Anda di halaman 1dari 2

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan mekanisme dalam menentukan

keberkesanan dan kejayaan sesebuah institusi pendidikan. Tanpa proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan sempurna, akan menyebabkan hala tuju dan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara yang ditetapkan tidak akan tercapai. Oleh yang demikian,
kepimpinan dan kemahiran seorang guru mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya menentukan keberkesanan pendidikan.
Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru terutamanya bakal-
bakal guru bagi mencapai hasrat ini. Antara kemahiran seorang guru seperti berikut:

1) Kemahiran komunikasi yang baik

Sebagai seorang pendidik, guru haruslah berupaya menyampaikan pengajarannya


dengan berkesan. Hal ini boleh dilihat dari segi suara yang lantang, bahasa yang halus,
sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis
yang diselangselikan dengan elemen “humor”. Contohnya, guru ini sentiasa
menghidupkan suasana pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak
bosan sepanjang kelas berlangsung.

2) Kemahiran mengurus bilik darjah

Guru yang profesional mesti cekap dalam mengurus bilik darjah. Kecekapan itu dapat
dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan
rutin di dalam bilik darjah yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod
murid dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Contohnya, guru ini sentiasa
mempastikan ketepatan masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa
memberikan tumpuan terhadap pengajarannya.

3) Kemahiran pengetahuan kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam.

Guru mesti menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan
yang menjadi panduan dan rujukan kepada dirinya. Guru juga harus dapat menguasai
subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang
memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini
pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya
menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan
yang ditetapkan.

4) Kemahiran intrapersonal

Kemahiran ini merujuk kepada hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, rakan
sejawat, masyarakat dan pentadbir sekolah. Dalam konteks ini, guru harus dapat
mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti
anaknya, bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan
sejawat yang baik dan boleh dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika
beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu dirasai oleh sekolah, rakan dan murid,
keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.

5) Kemahiran Interpersonal
Kemahiran interpersonal atau juga dikenali keupayaankhusus dalam arah kendiri
seseorang individu. Dalam hal ini, kemahiran ini harus dimiliki oleh setiap guru bagi
memotivasikan diri sendiri dalam usaha mencapai matlamat dalam kehidupan mereka
pada masa hadapan tersebut. Sebenarnya, guru yang ada kemahiran arah kendiri akan
melihat kegagalan atau kesedihan sebagai satu proses kehidupan yang harus diharungi
dalam kehidupan manusia sebenar.

6) Kemahiran teknologi maklumat

Pada zaman globalisasi ini, kemahiran teknologi maklumat merupakan kemahiran yang
paling penting dikuasai oleh guru. Guru harus menggunakan teknologi ini sebagai sumber
berita atau informasi yang berguna dalam meningkatkan keupayaan proses pengajaran
dan pemudahcaraan. Tambahan lagi, penggunaan bahan mengajar iaitu media digital
atau multimedia dapat membantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat
pelajar.

Kesimpulannya, guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan sikap


profesional, kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berperibadi
mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya melahirkan
pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai