Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPD 3016 PENGAJARAN,TEKNOLOGI& PENTAKSIRAN Pecahan 6 Esei ilmiah Berdasarkan pengalaman anda

sebagai guru , buat reflaksi dan jelaskan tentang konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru ( PPIK ) .

NAMA NO. KP KUMPULAN PENSYARAH

: ASKINAH BINTI MOHD MOKHTAR : 640811105750 : EL-A04 (D20111049833 ) : DR ROSKANG BIN JAILANI

Pendahuluan Guru adalah penjana masa depan masyarakat dan negara bangsa . Oleh itu sumbangan guru tidak dapat dinafikan dalam memperkasakan maju mundurnya sesebuah masyarakat dan Negara . Dalam konteks Pendidikan Negara pemerkasaan guru lebih kepada penekanan pengetahuan pedagogi kandungan yang sewajarnya dikuasai dan difahami oleh semua guru bagi meningkatkan minat pelajar mempelajari pelajaran yang kita ajar . Dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa manusia itu diciptakan dengan berbagai-bagai tahap kemampuan akal , roh dan jasad (surah AliImran 3:11, al-Am 6:165, al-Rum 30:22) . Kepelbagaian yang wujud dalam kalangan manusia ini seharusnya difahami oleh setiap mereka yang terlibat secara langsung yang berurusan dengan manusia.Maka gurulah golongan yang seharusnya memahami setiap pelajar adalah berbeza-beza tahap latar belakang sosioekonomi , bahasa ,budaya , kognitif dan agamanya . Oleh itu guru - guru harus dapat merancang dan menentukan dengan baik proses pengajaran dan

pembelajarannya . Guru yang cemerlang adalah sentiasa memastikan pengajaran yang dijalankan dengan bijaksana dengan mengambil kira tahap kemampuan pemikiran , kognitif serta kecenderungan pelajar yang didik . Guru sebagai pendidik yang dianggap golongan professional sudah pastinya perlu memiliki kekuatan minda , kehebatan daya cipta, kekuatan diri dan kemantapan idea . Disiplin dan profesionalisme guru adalah menjadi tunjang utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang guru .Guru perlu sentiasa menunjukkan rasa

tanggungjawabnya terhadap apa yang dipelajari oleh muridnya sesuai sebagai insan yang memikul amanah dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek . Dalam melaksanakan tanggungjawab ini , sudah pasti setiap guru harus dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan , nilai , motivasi , psikologi , dan pelbagai kemahiran yang lain .Untuk menjadikan kita sebagai guru yang cemerlang , guru harus juga menguasai pelbagai kemahiran generik dan pelbagai kaedah mengajar demi kepentingan masa depan generasi akan datang. Pengetahuan dan Kemahiran Guru Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan dunia globalisasi seirng dengan kemajuan sains dan teknologi kini system pendidikan di seluruh dunia telah banyak berubah . Perubahan-perubahan dalam pendidikan ini turut tercatat dalam dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 . Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 , Standard Guru Malaysia , dan lain-lain. Semua yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini adalah bermatlamat untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Hasil dari pengalaman saya yang telah mengajar selama hampir suku abad . Pengetahuan isi kandungan pedagogikal yang berkesan di kalangan guru adalah berdasarkan pengetahuan guru itu sendiri terhadap pengetahuan isi kandungan mata

pelajaran , pengetahuan pedagogi , pengetahuan ciri setiap pelajar , pengetahuan tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan . Ianya banyak melibatkan cara penyampaian guru secara berkesan terhadap sesuatu idea , analogi yang kukuh , contohcontoh yang tepat dan munasabah , penerangan jelas , gambar-gambar yang menarik dan tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran itu dapat difahami pelajar dengan mudah . Dengan adanya Pengetahuan pedagogikal ini , guru - guru akan dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan . Ia juga dapat memperkasa pengajaran guru dari segi membimbing pelajar untuk memahami mata pelajaran yang kita ajar dengan lebih bermakna seperti dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami . Pertuturan guru yang lancar dan sistematik , perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika mengajar turut memainkan peranan penting . Guru juga harus memberi penjelasan sesuatu tajuk yang diajar dengan baik . Pengajaran dan pembelajaran guru harus disusun , diolah , diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar agar ia akan lebih menarik minat pelajar - pelajar kita terhadap apa yang kita sampaikan . Untuk menjadi guru yang terbaik , guru harus mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah dan strategi serta teknik pengajaran bagi untuk penyampaian ilmu yang berkesan dan memberi semangat kepada anak didik kita . Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru Guru perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan yang baik . Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru . Antara pengetahuan isi kandungan yang perlu difokuskan ialah kesediaan guru untuk menyampaikan bahan

pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran . Pengetahuan guru seperti saya tentang isi kandungan Bahasa Melayu

merupakan aspek terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajaran saya . Setiap guru seperti saya seharusnya memiliki pengetahuan substantif iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa . Guru juga perlu menguasai pengetahuan sintaktik , iaitu pengetahuan tentang bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan kaedah , prosedur dan proses proses perlu dilaluinya 3 dan pengetahuan baru dapat dibina

berdasarkan p&p

yang dijalankan . Setiap guru

perlu mengukuhkan kefahaman dan

konsep pelajar dengan menggunakan contoh - contoh , perbandingan , memberi hujah secara logikal dan dapat berhujah menggunakan pemikiran pelajar yang kita ajarkan . Setiap guru terutama guru Bahasa Melayu seperti saya perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu . Saya perlu menguasai pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan , ini juga merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru . Sekiranya saya tidak menguasai ilmu Bahasa Melayu , ia boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar saya tentang tajuk yang akan dipelajari . Jelaslah , keberkesanan pengajaran saya banyak fakta yang tepat mengikut tahap

bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan saya mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran . Pengetahuan isi kandungan pelajaran yang baik juga membantu saya dalam merancang pengajaran harian , mingguan dan bulanan dengan sistematik seperti yang dikehendaki . Pengusaan ini juga akan menyebabkan saya kepada saya . Pengetahuan Pedagogi Mengajar. Setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar . Guru Bahasa Melayu seperti saya sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar atau pedagogi terkini yang melibatkan , pendekatan , teknik , kaedah dan strategi mengajar yang baik . Dalam pengajaran , seharusnya pelajar saya merasai dan dapat memahami bahawa saya sebagai guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih rasa seronok dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi

mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding mereka . Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang saya gunakan . Sekiranya berlaku disebaliknya p&p yang dijalankan agak kaku dan hambar dan tidak bermakna bagi pelajar saya dan mereka tidak dapat kepuasan dalam p&p saya dan boleh menimbulkan kebosanan kepada mereka . Terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh saya gunakan di dalam bilik darjah . Selalunya guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik , induktik dan komunikatif . Sepatutnya saya perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini yang sesuai

dengan tahap kognitif murid saya, kepelbagaian pelajar saya , kesesuaian tajuk yang saya ajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh saya gunakan ialah pendekatan masteri , kontekstual ,koperatif, konstruktif , kolaboratif , penggabungjalinan pelbagai

displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah serta penyebatian kemairan . 4

Saya juga sepatutnya mengetahuai dan menguasai banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran . Di dalam kelas saya yang mempunyai pelbagai pelajar , kaedah

mengajar berpusat pelajar biasanya saya gunakan untuk pembelajaran yang lebih bermakna . Contohnya seperti ialah kaedah perbincangan , main peranan , penyelesaian masalah , inkuiri penemuan dan sumbang saran mrupakan kaedah yang biasa saya laksanakan dalam p&p saya . Saya kurang mengunakan kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan kerana ia tidak berapa digalakkan digunakan pelajar saya . kerana ia akan membosankan

Saya harus menguasai pedagogi teknik atau kaedah pengajaran , yang merupakan kemahiran dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa saya gunakan ialah teknik bercerita , bersyarah , perbincangan , demonstrasi , latih tubi , penyoalan , sumbang saran dan permainan . Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar supaya sentiasa mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid saya supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada ketika itu. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah . Jika sekiranya saya tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah , maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil . Strategi pengajaran bagi saya adalah penting jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan , pencapaian , kecenderungan serta minat yang berbezabeza . Saya perlu merancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu .Contohnya , di dalam bilik darjah saya yang pelbagai tahap pencapaian , saya perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan . Di samping itu , saya juga perlu memikirkan keadaan fizikal , kemudahan bilik darjah , nilai , norma serta latar belakang sekolah dan pelajar - pelajar saya . Lantaran itu , saya bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajaran saya . Sewaktu mengajar , saya perlu menggunakan pendekatan daripada mudah

kepada yang lebih sukar , atau daripada konkrit kepada abstrak . Hal ini disebabkan keperluan anak murid saya kerana otak mereka berkembang secara berperingkat-peringkat . Oleh itu , adalah penting memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada anak murid 5

saya terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak . Dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran , saya perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis , perbincangan , soal jawab dan sebagainya . Selepas kaedah yang hendak saya gunakan dipilih , barulah saya akan merancang teknik yang sesuai dengan kaedah tersebut seperti teknik bercerita , latih tubi , menghafal dan seumpamanya . Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai ini dapat memenuhi pendekatan yang saya gunakan ini disebut sebagai strategi .Saya bukan sahaja perlu mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar , tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap pelajar yang di dalam kelas yang saya ajar . Pengetahuan saya berkaitan ciri pelajar saya adalah amat diperlukan untuk membantu saya memilih pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajar saya . Pengetahuan saya tentang ciri pelajar saya boleh menjadikan pengajaran saya lebih menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar kerana telah wujud kemesraan antara saya dan murid saya . Setiap guru bukan untuk mengajar sahaja, tetapi perlu mengambil berat akan halhal berkaitan dengan pelajar yang dididiknya . Mengambil berat ini amat penting lebih-lebih lagi jika guru berkenaan menjadi guru kelas . Semasa saya menjadi guru kelas saya akan mengenali dan cuba mengetahui latar belakang kehidupan pelajar saya . Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya .Maka perbezaan itu akan saya gunakan untuk mencari kaeadah dan pendekatan saya dalam membantu mereka menguasai p&p . Demikian juga pelajar yang belajar Bahasa Melayu contohnya . Tahap penguasaan bahasa dan kemahiran berbahasa mereka turut dipengaruhi tahap kognitif mereka . Sudah tentu apabila saya menyoal aras soalan , memberi tugasan mudah atau sukar , memberi arahan main peranan sebagai ketua , pembentang , pencatat dan sebagainya , maka saya perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab soalan , menyiapkan tugasan , kemampuan bertindak ketika main peranan dan sebagainya . Oleh itu saya perlu menyediakan lembarankerja yang berbeza-beza mengikut tahap mereka.Murid yang cemerlang saya akan menyediakan lembaran pengkayaan ,manakala murid yang lambat sedikit penguasaannya akan saya beri pemulihan dan perhatian yang khusus semasa p&p dijalankan . Kemampuan pelajar mempelajari pelajaran juga ada kaitan dengannya dengan tahap sosioemosi pelajar . Dalam hal ini , sebagai guru saya perlu kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarannya . Saya perlu mengambil kira tahap sosioemosi pelajar yang boleh mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran secara

keseluruhannya . Saya perlu mengambil tahu dan meyelidik apakah puncanya mereka bersikap demikian . Ada pelajar saya yang tidak berminat untuk belajar Bahasa Melayu , atau mengambil mudah sahaja ketika pembelajaran , dan sebaliknya . Oleh itu , saya perlu 6

mengenal pasti setiap masalah pembelajaran pelajar saya . Melalui kaedah ini , saya harus merancang aktiviti pengajaran , bahan pembelajaran yang perlu saya gunakan , kaedah pengajaran yang sesuai dan membuat aktiviti pengukuhan dan penilaian yang sesuai dengan kemampuan pelajar saya yang bermasalah dalam pembelajaran tersebut . Faktor sikap juga amat penting , menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran , juga samaada terhadap guru yang mengajar , kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya . Oleh itu saya sebagi guru perlu memastikan pengajaran yang saya sampaikan akan menyeronokkan dan mudah difahami pelajar . Kreativiti dan inovatif saya sebagai guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang saya

ajar . Oleh itu kaedah pengajaran mestilah sentiasa berlainan , sekiranya kaedahnya dan teknik yang sama sahaja akan menimbulkan kebosanan di kalangan anak murid saya dan akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk memberi tumpuan semasa p&p .

Kemahiran Bahasa Pelajar. Pengetahuan tentang tahap kemahiran bahasa pelajar untuk setiap pelajar juga adalah berbeza dan perlu diambil berat oleh guru . Demikian juga aspek tatabahasa , kosa kata , pemahaman dan komponen sastera . Apabila saya dapat mengetahui tahap kemampuan setiap pelajar saya tentang kecekapan kemahiran bahasa dan aspek-aspek bahasa yang lain , maka saya dapat merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan berbahasa pelajar-pelajar tersebut . Oleh itu , pengetahuan yang mendalam tentang setiap pelajar amat penting bagi saya . Pengetahuan yang baik tentang pelajar-pelajar saya membolehkan saya dapat menyalurkan semua pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi kandungan diterapkan secara mendalam kepada mereka . Di samping itu juga saya perlu memahami , mengetahui dan menguasai bagaimana kurikulum yang dibina dan direka bentuk menjadi satu kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar saya . Antara elemen dalam pengetahuan kurikulum Bahasa Melayu itu ialah kesinambungan kurikulum . Saya harus memastikan kurikulum yang dibina perlu saling berkaitan di antara satu sama lain . Tajuk tatabahasa misalnya , jika di

peringkat sekolah rendah , penekanannya diberikan kepada tatabahasa yang mudah , kemudian kepada pembinaan tata bahasa yang agak mencabar sedikit . Begitu juga dengan pembinaan ayat dan sebagainya . Sekiranya pendedahan tersebut secara ansur maju , maka mudahlah untuk mereka menguasai p&p yang saya laksanakan . 7

Pengetahuan Penilaian Saya sebagai guru juga harus memastikan bahawa pengajaran yang saya jalankan bukan hanya berfokus kepada peperiksaan , matlamat utama saya adalah membantu pelajar saya untuk menguasai kesemua kemahiran bahasa , kemahiran berkomunikasi dan lain-lain . Saya hendaklah sentiasa memastikan pelajar saya menguasai pelajaran saya bukan untuk tujuan peperiksaan sahaja . Dalam pelaksanaan kurikulum pula saya perlu memiliki pengetahuan bagaimana hendak melaksanakan pengajaran dengan menyeluruh bagi membolehkan saya membuat perancangan dan pelaksanaan pengajarannya mengikut tahap perkembangan dan kematangan pelajar saya . Sebelum memulakan pengajaran , saya haruslah memahami isi kandungan sukatan pelajaran agar dapat menjalankan P&P dengan mengunakan kepelbagaian kecerdasan , kemahiran bahasa , penerapan nilai dan lain-lain demi kepentingan pelajar saya. Pengetahuan Pedagogi Kandungan juga perlu saya kuasai sepenuhnya . Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar keupayaan dan kebolehan saya untuk mengajar dengan baik dan berkesan . Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajar saya . Oleh itu , saya perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses pengajaran saya akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan serta berkesan kepada murid- murid saya . Selain daripada itu , saya juga harus menguasai maklumat umum , latar belakang , tahap kognitif dan masalah pembelajaran serta sikap setiap murid saya , ini bertujuan agar p&p yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan . Berdasarkan pengetahuan pedagogi guru juga , sangat penting untuk saya mengetahui pendekatan , kaedah , teknik , strategi dalam menyampaikan pengajaran saya . Selain daripada itu pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Melayu saya juga harus mengetahui pengetahuan kurikulum dan kesinambungannya . Di samping itu juga ,saya juga harus mengetahui orientasi kurikulum dan cara pelaksanaannya serta isi kandungan sukatan pelajaran bagi memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan . Saya juga perlu menguasai pelbagai perkara yang melibatkan pengajaran dan

pembelajaran . Guru bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan pedagogi kandungan mata pelajaran , tetapi juga aspek-aspek lain yang melibatkan perubahan dalam pendidikan dan latihan guru itu sendiri . Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan dan latihan guru perlulah mengambil kira berupaya melunaskan inspirasi Negara , maka saya harus 8

mahir mengusai kurikulum berasaskan masalah , pengisian ICT dalam kurikulum , menjalankan aktiviti pengajaran melibatkan aktiviti penyelesaian masalah . Saya juga menjalankan penyelidikan untuk pengembangan profesionalisme saya sebagai guru .

Malahan saya juga harus memiliki kemahiran mengajar berpusatkan pelajar serta memberi perhatian kepada pentaksiran dan penilaian yang terkini . Semua pengetahuan tersebut akan membantu saya dalam melaksanakan tugas sebagai profesional . Kecekapan Berbahasa. Selain daripada itu sebagai guru Bahasa Melayu saya seharusnya memiliki padagogikal kecekapan berbahasa yang baik . Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kemahiran berbahasa , saya juga perlu menguasai kecekapan berbahasa seperti kecekapan berkomunikasi , kecekapan berhujah dan membidas .Semua kemahiran tersebut adalah amat penting sekali untuk menghadapi murid era teknologi ini yang mempunyai pelbagai pengetahuan yang lebih hebat berbanding murid suatu ketika dahulu . Begitu juga dengan kecekapan berbincang dan mengulas serta kecekapan menyoal dapat menolong memantapkan hubungan saya dengan anak didik saya . Berdasarkan kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat amat penting sekali bagi saya agar murid saya dapat menguasai kemahiran yang saya ajar dengan mudah . Kecekapan membaca , memahami dan merumus teks , menganalisis dan mentafsir maklumat , membaca dan menaakul pelbagai bahan , membina ayat dan menulis ,turut memainkan peranan penting untuk p&p saya agar menjadi guru yang didikasi .

Kemahiran Mengajar Kemahiran mengajar dan gaya mengajar yang berbeza juga merupakan suatu keperluan yang perlu ada pada setiap guru .Saya juga harus bertindak sebagai pemudah cara , pembimbing dan penunjuk ajar kepada murid saya dengan kaedah berpusatkan pelajar di samping memberi panduan kepada mereka bagaimana hendak mempelajari sesuatu tajuk , kemahiran , dan membuat aktiviti berkaitan pelajaran dengan mudah . Selain gaya mengajar tersebut saya juga perlu memiliki kemahiran-kemahiran mengajar lain yang boleh membantu anak didik saya agar mereka tidak bosan , antaranya ialah kemahiran menjelaskan konsep mengikut tahap kebolehan , mempelbagaikan kaedah pengajaran , melaksanakan

pengukuhan pembelajaran , menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan . Jika saya menyampaikan isi pengajaran dengan berkesan , menggunakan teknologi secara bestari dan mempelbagaikan bahan bantu mengajar turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu p&p saya . Malahan saya perlu menggunakan perisian pengajaran , 9

menyediakan modul pengajaran agar dapat meningkatkan penglibatan pelajar di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran . Saya harus menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif agar murid murid saya dapat menempuh kehidupan yang lebih mencabar di masa depan dalam era globalisasi ini . Dalam pengajaran dan pembelajaran saya juga perlu kepada memberi penekanan

pedagogi pembelajaran koperatif dan kolaboratif , kemahiran berfikir kritis dan

kreatif , perkembangan kreativiti , kemahiran generik atau insaniah , penerapan patriotisme dan ketatanegaraan agar murid tahu asal usul mereka serta kepayahan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanah air di samping itu murid juga harus diberi penghayatan nilainilai murni , kepelbagaian kecerdasan , strategi belajar cara belajar yang berkesan . Saya juga hendaklah memastikan bahawa murid-murid menggunakan kurikulum yang bersifat dinamis , futuristik dan fleksibel dengan kandungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah . Saya perlu tahu tujuan kurikulum itu dirancang supaya sesuai dengan susasana

pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi matlamat pembangunan dan kemajuan negara . Saya juga harus memastikan pelajar saya berkemampuan menangani cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi dengan pelbagai ilmu dan maklumat di samping memastikan murid berkebolehan untuk merancang masa depan dan berkemampuan untuk membuat pilihan bijak dan tetap sesuai dengan budaya dan nilai semasa . Saya juga harus tahu dan mahir mengunakan strategi pengajaran agar p&p yang disampaikan berkesan dan tidak membosankan murid . Selain strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web , saya perlu mengusai strategi pengajaran dan

pembelajaran koperatif dan kolaboratif pengajaran dan pembelajaran kontekstual , Strategi pengajaran dan pembelajaran masteri , Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah , Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar , Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul , Strategi pengajaran dan pembelajaran metakognitif pembelajaran konteks luaran . Insya Allah sekiranya semua guru dapat mengadaptasikan dalam p & p mereka , saya percaya mutu pendidikan negara adalah di tahap yang cemerlang . Pedagogikal Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah pengajaran dan pembelajaran turut perlu diberi tumpuan dan penekanan dalam pengajaran guru bagi memboleh peningkatkan pencapaian akademik pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru . Antaranya ialah permainan bahasa , kajian kes ,

mengambil nota , menghafal dialog , main peranan atau simulasi , lakonan dan demontrasi , penyelesaian masalah , latih tubi , tutoran rakan sebaya , perbincangan atau sumbang saran , seminar , forum ,perbahasan , dan lawatan sambil belajar , serta kerja projek atau folio . 10

Semua kaedah tersebut sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam melaksanakan p&p yang berkesan dan boleh menarik minat murid terhadap apa yang saya sampaikan dan minat mereka terhadap pelajaran Bahasa Melayu . Selain dari kaedah pengajaran dan pembelajaran itu saya juga mesti mempunyai pedagogi dalam membentuk penilaian atau pentaksiran yang digunakan sama sesuai atau tidak dengan kemahiran dan kurikulum . Penilaian dan pentaksiran pendidikan Bahasa Melayu perlu ada kelainan berbanding penilaian dan pentaksiran sebelumnya . Jika dahulu penilaian dan pentaksiran terhadap pelajar lebih berfokus kepada penilaian sumatif dan hanya diukur pada peperiksaan akhir sahaja , maka banyak kelemahan dan kelompangan dikenal pasti kepada pelajar .Saya akaui antara kelemahan ini ialah penekanan kepada aspek peperiksaan semata-mata , guru kadangkala mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran sahaja . Guru juga mengutamakan tajuk-tajuk yang belum atau sudah lama tidak keluar dalam peperiksaan ditambah lagi dengan pandangan dan kemahuan ibu bapa yang lebih mengutamakan pencapaian akademik anak-anak . Guru juga turut mengutamakan pencapaian prestasi sekolah . Tumpuan pentadbir dan prestasi guru diukur berdasarkan peratusan gred pencapaian pelajar dalam mata pelajaran . Maka banyak elemen yang berkaitan pelajar telah diabaikan oleh guru guru . Akibat kerana terlalu berfokus kepada peperiksaan ini akan menyebabkan kecekapan dan kemahiran bahasa dan berbahasa pelajar diabaikan . Penerapan nilai murni dan kerohanian tidak diterapkan secara penyebatian dan penyepaduan dalam p&p .Hal ini menyebabkan kemahiran dan kecekapan bahasa pelajar terbatas hanya untuk peperiksaan sahaja . Maka di sini ilmu yang

disampaikan oleh guru adalah tidak menyeluruh dan amat merugikan pelajar - pelajar . Pengetahuan Penilaian dan Penaksiran Saya harus memikirkan bahawa pencapaian pelajar tidak harus sepenuhnya diukur berdasarkan peperiksaan akhir yang berbentuk sumatif , tetapi harus diukur dalam pelbagai cara . Seperti perlaksanaan Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk murid tahun satu sekarang . Pelbagai kaedah penilaian dan pentaksiran untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu sangat menarik untuk dipelajari . Sistem penilaian sebelum ini lebih berfokuskan pencapaian akademik , maka penilaian yang dibuat pada domain kognitif sahaja . Akibatnya , pelajar-pelajar hanya dinilai dari segi kognitif sahaja , manakala domain afektif dan psikomotor diabaikan . Saya harus memastikan pelajar cemerlang dalam

akademik , berkemahiran , dan bersahsiah . Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah terbaik dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi kognitif , afektif dan psikomotornya .

11

Sebagai guru saya juga harus bersedia dalam menjayakan sistem PBS ini . Pengetahuan pedagogikal tentang PBS secara keseluruhan mesti saya kuasai

sepenuhnya . Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini amat sesuai pada masa kini . PBS ialah satu alternatif kepada sistem penilaian dan pentaksiran yang diguna pakai sekarang . Amat sesuai sekali , sistem penilaian dalam pendidikan Bahasa Melayu perlu ke arah PBS . Telah terbukti akan kelebihan PBS sebagai satu alternatif dalam sistem pendidikan masa kini yang tidak hanya mengukur pencapaian akademik pelajar berdasarkan kognitif , tetapi juga daripada aspek afektif dan psikomotor . Jika ia dapat dilaksanakan sepenuhnya saya yakin hasilnya akan melahirkan individu yang berketerampilan selaras dengan kehendak falsafah Negara . Pengajaran dan pembelajaran tidak lagi berpusatkan guru , sebaliknya penekanan kepada pendekatan berpusatkan pelajar . Guru harus memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar agar murid lebih bebas dan seronok serta bermotivasi . Saya sebagai guru juga harus merancang pengajaran saya dengan berkesan seperti mempraktikalkan pembelajaran tearah kendiri , pembelajaran kemampuan sendiri dan pembelajaran kendiri bagi menarik minat pelajar saya . Di samping itu , pembelajaran perlu berfokuskan kepada pembinaan minda pelajar dan berbentuk thoughtful learning yang dibantu teknologi komputer dan sumber multimedia untuk mengoptimumkan proses pembelajaran yang berkesan . Oleh itu pedagogikal saya sebagai guru haruslah menyeluruh seiring dengan perkembangan teknologi moden . Komunikasi Berkesan Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu , saya juga harus mempunyai pengetahuan

pedagogikal , komunikasi berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran . Tanpa komunikasi yang berkesan , maka sesuatu perkara yang ingin saya sampaikan tidak dapat dilaksanakan dengan berjayanya . Misalnya , objektif pengajaran saya tidak tercapai

apabila sesuatu tajuk yang saya ajar dalam satu jangka masa pengajaran tidak difahami oleh anak didik saya . Oleh itu, penguasaan komunikasi berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran saya . Kemahiran - kemahiran abad ke-21 Sebagai guru saya juga harus mengusai kemahiran - kemahiran abad ke-21 untuk melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan kecanggihan ICT, mampu berfikir secara kritis dan kreatif , berdaya saing dan mempunyai sahsiah diri dan mempunyai interpersonal yang tinggi dalam diri mereka . Dalam pendidikan , keupayaan dan pencapaian saya bukan sahaja diukur berdasarkan peratusan cemerlang kuantiti dalam peperiksaan , tetapi juga 12

berdasarkan kualiti pelajar yang saya hasilkan itu . Jika pelajar yang saya hasilkan itu berjaya menguasai pelbagai kemahiran dan kelulusan dalam peperiksaan , maka saya sudah berjaya menghasilkan produk yang bermutu tinggi , terutamanya dalam menghadapi cabaran kerjaya pada masa kini. Saya juga sedar bahawa pelajar yang kurang atau tidak memperoleh kemahiran-kemahiran abad ke - 21, akan menghadapi banyak saingan dalam kehidupan , terutamanya cabaran dalam dunia pekerjaan . Kemahiran abad ke-21 berkaitan dengan normal , nilai murni dan kerohanian ini bermaksud saya perlu menerapkan elemenelemen ini ketika mengajar . Penerapan dan penyebatian norma , nilai murni dan kerohanian ini tidak hanya diserapkan secara tersurat dalam kandungan kurikulum, tetapi juga secara tersirat . Era Digital Pedagogikal saya dalam literasi Era digital sangat penting .

Pengetahuan , kemahiran dan penguasaan ilmu tentang ICT amat penting bagi setiap guru dan pelajar kerana memberi impak perubahan yang amat besar dalam sistem pendidikan , maka peranan guru dalam menangani perubahan literasi era digital ini juga amat penting , maka saya harus mengamalkan pemikiran inventif . Aktiviti kognitif ini dapat membantu saya pengpalikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di samping kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti inovasi dan reka cipta .Sekiranya saya sentiasa peka dengan perubahan tersebut dan mengunapakai dalam p&p saya , maka saya sampaikan akan lebih menarik dan disukai oleh setiap pelajar saya . Kesimpulan. Tugas guru adalah sangat mulia , mereka bukan sahaja menanamkan keyakinan yang tinggi dalam jiwa para murid terhadap kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang termaktup di dalam rukun negara yang pertama . Selain menguasai pengetahuan pedagogikal di bidang masing-masing , semua guru dalam apa juga bidang mesti mempunyai pengetahuan agama selain mahir dalam bidang masing-masing . Guru harus menerapkan nilai-nilai murni , rasa bersyukur mempelajari pelbagai ilmu , serta menyepadukan ilmu bahasa dengan pelbagai ilmu , turut mengaitkan ilmu bahasa dengan ilmu dunia dan akhirat adalah penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran , yang seimbang dalam aspek norma , nilai murni dan kerohanian . Guru merupakan suri tauladan di samping tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka . Bak kata pepatah Jika guru ikhlas , murid tidak akan malas . Jika guru penyayang murid akan cemerlang . Jika guru amanah , murid akan berhemah , Jika guru beriya-iya , murid akan berjaya . Guru cemerlang , murid gemilang dan masyarakat akan terbilang.Sama-samalah kita sebagai guru berlumba-lumba untuk menjadi Jutawan Akhirat nanti . pengajaran yang

13

RUJUKAN : Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim, ( 2007 ) Profision Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia . Rohaty Mohd Majzud.Guru Berkesan Dalam Profision Perguruan. (2007). Jabatan Asas Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi . Asas Pengkaedahan Mengajar Bahasa.Siri Risalah Panduan Guru Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia .Kuala Lumpur (1991) . Teacher Learning in Malaysia (Problems and Possibilities of Reform).(2007 )Suseela Malakolunthu University of Malaya Press.Kuala Lumpur .University of Malaya Press . Kuala Lumpur . Profesor Madya Dr Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan , (2010) Universiti Kebangsaan Malaysia .Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ilmu Pendidikan Pedagogi . Sharifah Alwiah Alsagoff .( 1983 ).Heinemann ( Malaysia ) Sdn.Bhd.Petaling Jaya.Selangor. Norasmah Othman .Mohammed Sani Ibrahim & Zamri Mohamod . ( 2007 ).Profesionalisme Guru Novis , Model Latihan, Penyunting ,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia . www.//.eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf eprints.uthm.edu.my/1266/

14

Anda mungkin juga menyukai