Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Pada hari ini anak-anak murid kami akan menduduki UPSR. Kami memohon kepadaMu ya Allah,
bantulah anak-anak murid kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah ,

Peliharalah kesihatan dan keselamatan anak-anak murid kami sepanjang minggu peperiksaan ini.
Permudahkanlah mereka menjawab setiap soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan
gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap
soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah , Ya Tuhan kami,

Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak murid kami. Mudah –mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi.
Semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan
diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah mereka insan yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kami mohon kepada Mu, kau baikilah akhlak anak-anak murid kami agar mereka mempunyai sahsiah
yang baik dan terpuji. Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri dan buangkanlah sifat mazmumah
dalam diri mereka.

Ya Allah ,

Perkenankanlah doa kami ini. Kami merayu kepadaMu kerana engkaulah yang Maha memakbulkan
doa- doa kami. Bantulah kami ya Allah.

Anda mungkin juga menyukai