Anda di halaman 1dari 4

KPD 6014 Penganalisisan Kritis Pengajaran dan Guru

Kepimpinan Profesional dan Akademik dalam Pendidikan Guru Alaf Baru I Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran ( Mok Soon Sang, 1996). Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta melahirkan para pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Asas ilmu guru merupakan tunjang utama untuk mencapai objektif objektif seperti di atas. Saya sebagai seorang guru bersetuju dengan pendapat Shulman (1987) iaitu terdapat empat punca kepada asas ilmu guru ini. Antaranya ialah ilmu dalam konten subjek yang diajar, perkara-perkara yang membentuk institusi pendidikan itu sendiri, penyelidikan tentang persekolahan, dan kebijaksanaan pedagogi guru-guru. Pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang kandungan subjek, pengetahuan kurikulum, pengetahuan konten-pedagogi, pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan tentang konteks pendidikan di Malaysia, pengetahuan tentang tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia merupakan asas ilmu guru. Asas asas ini perlulah lebih dititikberatkan dalam kalangan guru untuk meningkatkan kemahiran pedagogi guru. Pengetahuan pedagogi adalah guru lebih memiliki pengetahuan mengenai prinsip pengajaran, strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah iaitu menyediakan bilik darjah yang kondusif serta pengurusan idea. Selain itu, guru haruslah lebih menitikberatkan tentang pengetahuan mengenai kandungan subjek, falsafah subjek, teori-teori tentang subjek, dan struktur ilmu subjek . Menurut Shulman terdapat beberapa perbezaan di antara guru-guru baru dengan guruguru lama.Perbezaannya bukan sahaja wujud dalam aspek kebolehan mengajar tetapi juga dalam aspek pengurusan idea semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru- guru yang lama lebih mahir tentang konten subjek yang diajar dan faham secara mendalam tentang, organisasi, struktur dan binaan tentang sesuatu konten yang diajar manakala guru- guru baru masih berada dalam proses pembelajaran. Kemahiran kepada kepakaran dan kepimpinan seseorang guru.
1

KPD 6014 Penganalisisan Kritis Pengajaran dan Guru

Seterusnya, guru perlulah lebih arif mengenai pengetahuan tentang kurikulum, teori-teori kurikulum dan model-model kurikulum. Sebagai contohnya, apabila soalan seperti apa yang dimaksudkan dengan kurikulum? diutarakan kepada seorang guru, Guru tersebut perlulah mempunyai jawapan yang sesuai dan jelas seperti kurikulum merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti yang mencakupi pembelajaran samada di dalam mahupun di luar kelas . Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya. Guru akan bersikap lebih bersemangat dan yakin dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru mempunyai jawapan yang bernas seperti di atas. Selain itu, Guru perlulah memiliki pengetahuan tentang konten-pedagogi seperti kefahaman tentang subjek dan pedagogi, takulan pedagogi, kefahaman tentang subjek, transformasi iaitu persediaan, representasi, pemilihan dan adaptasi. Pengetahuan tentang konten-pedagogi juga merangkumi tentang pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan refleksi. Aspek ini lebih memfokuskan tentang proses peningkatan keupayaan dan kecekapan untuk mengajar dengan lebih berkesan. Seseorang guru perlulah faham tentang perkara yang hendak diajar sebelum seorang guru mengajar. Sebagai seorang guru saya bersetuju dengan pepatah yang mengatakan siapa yang tahu, buat dan siapa yang faham, ajar. Seorang guru juga perlulah lebih arif untuk membuat penilaian dan refleksi tentang pengajaran tang dilakukan. Cara ini lebih penting untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pengajaran. Dengan cara ini guru juga boleh mengubah teknik- teknik dan strategik strategik yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlulah mempunyai pengetahuan tentang pelajar, ciri-ciri psikologi, latar belakang keluarga, rakan sebaya, keadaan komuniti dan prospek kerjaya. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran seorang guru perlulah mengetahui tentang latar belakang anak murid mereka supaya kaedah pedagogi yang digunakan sesuai dengan tahap pendidikan atau kemahiran berfikir mereka. Ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar. Pengetahuan tentang konteks pendidikan di Malaysia juga amatlah dititikberatkan dalam kalangan guru-guru. Guru perlulah mengetahui tentang sejarah sistem pendidikan di Malaysia, matlamat pendidikan di Malaysia, struktur pendidikan di Malaysia, pengaruh perubahan ekonomi terhadap sistem dan corak pendidikan dan pengaruh budaya setempat terhadap sekolah. Pengetahuan tentang pendidikan di Malaysia penting untuk melahirkan bakal pemimpin Negara yang sesuai dengan keadaan Negara kita Malaysia. Pengetahuan tentang tujuan dan falsafah pendidikan di
2

KPD 6014 Penganalisisan Kritis Pengajaran dan Guru

Malaysia iaitu tujuan pendidikan, falsafah pendidikan negara dan huraiannya perlulah diketahui oleh para pendidik. Guru perlulah melahirkan tenaga pelajar selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan kita seperti berikut. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.". Falsafah kebangsaan ini merupakan tunjang utama untuk melahirkan para pelajar yang berkaliber. Tuntasnya, Program sarjana pendidikan kepimpinan pedagogi ini berupaya memberi latihan dan bimbingan secara berkesan kepada para pendidik untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar. Program inilah merupakan asas yang sesuai untuk medapatkan keberkesanan dalam profesion ini.

KPD 6014 Penganalisisan Kritis Pengajaran dan Guru

RUJUKAN Etika dan profesion perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 10 March 2013 daripada http://www.ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_ED U3001.pdf Etika perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/76 0392/1/ Mok Soon Sang (1996) Ilmu Pendidikan untuk KPLI (komponen 1 & 2 Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & Pedagogi), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya. Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskon. (2011). Pengantar Pendidikan Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai