Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Menurut Shulman (1986), guru adalah seseorang yang memiliki pengetahuan pedagogi dan
ilmu yang berintegrasi atau digabungkan ataupun “Pedagogical Content Knowledge”. Selain
itu, Guru adalah seseorang yang bertanggungjawab untuk mengarahkan dan membimbing
pelajar dengan tujuan untuk mengembangkan potensi, kemahiran, pengetahuan, dan akhlak
pelajar serta membantu mereka mencapai matlamat pendidikan, menurut pakar pendidikan
Malaysia Profesor Dr Zubaidah Ismail pada 2007. Konsep ini menerangkan fungsi guru
dalam mendidik dan membimbing pelajar dengan memberi tumpuan kepada semua aspek
pendidikan, seperti pertumbuhan potensi, kebolehan, pengetahuan, dan akhlak pelajar.
Kepentingan pengajar dalam proses pendidikan ditekankan oleh definisi ini.

2.0 Konsep Mengajar

Menurut Kamus Dewan (2005), ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Ornstein dan Levine (1993) pula mentakrif profesion dengan membahagi kepada empat
aspek atau atribut. Atribut itu terdiri daripada seorang guru hendaklah perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu,
mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan
diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Konsep mengajar sebagai suatu profesion telah dikembangkan dan difahami oleh
pelbagai pakar atau tokoh. Salah satu konsep utama tentang mengajar sebagai satu
profesion adalah profesionalisme dalam pendidikan. Menurut John Dewey (1859-1952),
mengajar sebagai suatu profesion yang dimaksudkannya adalah bahawa guru harus
memiliki pemahaman yang mendalam tentang teori dan praktik pendidikan, serta komitmen
untuk terus belajar dan beradaptasi dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan tuntuan
sosial.
Menurut Lawrence A. Cremin (1925-1990), ia menekankan pentingnya guru mengajar
sebagai satu suatu profesion dengan mentakrifkan guru hendaklah mementingkan dalam
membentuk masyarakat dan mengarahkan perubahan sosial melalui pendidikan. Guru juga
haruslah memiliki pengetahuan, keterampilan, dan integriti yang mendalam untuk
menjalankan tugas mereka sebagai profesional.
3.0 Ciri-Ciri Guru Profesional

Menurut McEwan (2002) menyatakan ciri-ciri guru profesional adalah terdiri daripada
sepuluh tret guru yang amat berkesan antaranya dorongan misi dan passionate, positif dan
benar, guru sebagai pemimpin, with-it-ness, gaya, kepakaran dalam motivasi, keberkasanan
pengajaran (Instructional effectiveness), pembelajaran kandungan (Book Learning), pintar
(Street smarts), celik minda (Mental life).
Pertama, adalah dorongan oleh misi dan passionate. Di sini, guru hendaklah mempunyai
passion untuk membantu murid belajar dan berkembang. Mereka hendaklah mempunyai
komitmen dan kerelaan yang tinggi untuk menerima tugas tambahan. Setelah menentukan
misi, guru harus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut seperti yang digariskan dalam
Kode Etika Keguruan.
Atribut yang kedua adalah positif dan benar di mana guru haruslah menampilkan kualiti-
kualiti seperti hormat, menyayangi, empati dan adil dalam hubungannya dengan pelajar, ibu
bapa dan rakan sejawat. Guru hendaklah bersifat demokratik seperti mudah berhubung
dengan pelajar, lebih terbuka dan mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan. Dalam
aspek ini juga, guru perlu sentiasa berpandangan positif dalam segala cabaran yang
dihadapi dan ikhlas dalam membina modal insan yang berpersonaliti terunggul.
Atribut yang ketiga adalah guru sebagai pemimpin di mana guru akan bergerak sebagai
role model yang mampu memberi pengaruh yang baik terhadap pelajar untuk berubah.
Perubahan ini merangkumi dari segi pelajaran, menjadi berdikari, bertanggungjawab dan
mencapai matlamat. Bukan sahaja itu, dalam atribut ini guru bertindak sebagai pemimpin ibu
bapa melalui pakatan aktif dan memimpin rakan sejawat melalui pementoran, kolaborasi
serta perkongsian idea baharu dalam pengajaran. Kesan daripada atribut ini adalah guru
mampu mempunyai kemahiran moral, intelek dan sosial untuk menggunakan kepimpinan
demi kebaikan pelajar, rakan sekerja dan ibu bapa.
Ciri seterusnya adalah with-it-ness iaitu bersedia dengan pengtahuan yang banyak
seperti kawalan kelas, penglibatan pelajar dan pengurusan masa. Guru mampu mengajar,
bergarak di bilik darjah dan mengambil tahu tentang segala yang berlaku di dalam bilik
darjah. Bukan sahaja itu, guru mampu mengurus dengan bijak tugas di dalam kelas dan
bertindak secara efektif dalam menyelesaikan masalah atau konflik yang wujud semasa
mengajar. Kesannya, guru mampu membuat satu refleksi semasa mengajar lalu mengambil
tindakan secara spontan tanpa berlaku gangguan semasa proses PdP.
Gaya juga termasuk dalam atribut guru profesional dimana guru menampilkan gaya
tersendiri yang unik, di mana gaya tersebut memberi tampilan yang positif dan mampu
diterima serta diikut oleh murid.
Guru yang profesional juga mempunyai kepakaran dalam motivasi contohnya guru
mampu mengubah kehidupan muridnya serta memotivasikan mereka untuk menguasai
standard akademik dan tingkah laku tertinggi. Guru mampu menghadirkan semangat dalam
diri murid seperti meyakinkan murid bahawa dia mampu belajar dan memperoleh hasil yang
baik jika berusaha selain membetulkan disiplin murid.

4.0 Isu dan Cabaran Kerjaya Guru

Antara isu dan cabaran guru yang pertama adalah cabaran dari segi pengajaran opsyen
yang berbeza. Mengajar opsyen yang berbeza ini bermaksud guru akan mengajar subjek
yang bukan yang dia mahir atau bukan dalam kalangan opsyen major dan minor yang
dipelajari. Kebiasaannya, isu atau cabaran ini akan dilalui oleh para guru yang ditempatkan
di sekolah yang kurang guru. Apabila kurang guru, mereka akan terpaksa mengajar subjek
yang bukan kalangan opsyen mereka dan memberi satu cabaran bagi guru untuk
mempelajari ilmu subjek yang terpaksa di ajari tersebut. Misalnya, guru yang mempunyai
opsyen bahasa melayu terpaksa mengajar subjek geografi yang tiada kena mengena
dengan opsyen yang dimiliki. Kesannya, guru akan menghadapi kesukaran dalam mengajar
pada mulanya namun sebagai guru bertaraf dunia membangunkan generasi cemerlang
masa hadapan mereka akan dapat mengharungi cabaran dan berupaya mengajar subjek
tersebut dengan jayanya.
Cabaran seterusnya adalah dalam aspek berkaiatan di dalam bilik darjah misalnya dalam
mengajar murid yang mempunyai pelbagai tahap pemikiran. Dalam konteks ini, kebiasaanya,
guru menghadapi cabaran dalam menyesuaikan cara pengajaran agar ia sesuai dengan
semua tahap pemikiran murid di dalam sesebuah kelas. Tidak seperti dahulu dimana setiap
sekolah di Malaysia mempunyai streaming class, iaitu pengasingan kelas mengikut tahap
pemikiran, kini streaming class tidak lagi dipraktikkan. Oleh itu, para guru hendaklah
memikirkan satu pedagogi atau rancangan pengajaran yang sesuai untuk semua tahap
pemikiran. Hal ini kerana, jika tidak perlakukan sedemikian para murid akan berasa cepat
bosan dan menunjukkan bahawa guru tidak profesional dan lemah dalam mengajar.
Di samping itu, peraliran permodenan juga termasuk dalam cabaran seorang guru. Hal
ini kerana, ianya sistem pendidikan sentiasa berkembang selari dengan arus permodenan
dan pedagogi pembelajaran juga berkembang. Kesannya, sebagai guru profesional para
guru haruslah sentiasa bersedia untuk mempelajari ilmu baharu serta memenuhi masa
mereka dengan menghadiri pelabagai jenis kursus serta perbanyakkan pengetahuan dalam
aspek pendidikan dan kaedah pengajaran masa kini. Sebagai contoh, KPM atau
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggalakkan guru untuk perkukuhkan kelayakan
akademik dengan menghadiri pelbagai program untuk membangunkan kerjaya guru.

5.0 Penutup

Secara kesimpulannya, bagi merealisasikan guru bertaraf dunia membangunkan generasi


cemerlang masa hadapan, terutamanya bakal guru hendaklah mendalami maksud menjadi
guru itu. Mendalami ini bermaksud memahami tugas seorang guru terutama guru yang
profesional serta menyimpan serta memahami ciri-ciri guru yang profesional. Tambahan
pula, guru hendaklah sentiasa bersedia apapun cabaran yang akan diharungi kelak pada
masa akan datang dengan memperbanyakkan ilmu pengetahuan yang dapat
membangunkan pendidikan di negara kita ini. Kesimpulannya, semoga setiap guru dapat
berusaha bersama-sama untuk membangunkan generasi murid yang akan mengetuai
negara ke landasan kemajuan.
Rujukan

Hoyle, E. (1980). Porfessionalization and De-Professionalisation in education’. Dalam

Hoyle, E. & Megarry, J. (eds.). World Yearbook of education 1980: The Professional

development of Teachers, London: Kogan Page.

Kamus Dewan (2016), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lieberman, M. (1956). Education as a profession. New Jersey: Prentice Hall.

Ornstein, A. C. & Levine, D. V. (1993). Foundation of education. Boston: Houghton Miflin

Company

Rohani Abdul Hamid (1998). Keperluan pendidikan Abad ke-21: Projek Sekolah Bestari.

Proseding seminar Isu-Isu Pendidkan Negara. 26-27 November, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai