Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1: Penulisan Akademik

Pengenalan

Selain daripada memimpin dalam sesi PdP yang dijalankan, guru juga berperanan
sebagai ketua bidang, guru kanan, penggubal dan penyemak kurikulum, guru mentor dan
peranan-peranan lain kepemimpinan pendidikan. Dalam penulisan akaedemik ini, saya akan
membincangkan asas kepemimpinan dan perkembangan professional guru dari perspektif guru-
guru sekolah.

Kandungan

Profesion & Profesional

Menurut Noriati A. Rashid Ying, P. B, Wah, K. W. (2010), aspek keguruan dianggap


sebagai profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran mendalam tentang
mata pelajaran, pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang
panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi
dalam membuat keputusan. Keenam-enam guru sekolah berpendapat bahawa guru merupakan
suatu profesion kerana seseorang guru perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan,
kemahiran, memperoleh latihan yang khusus, serta mempunyai sahsiah yang baik. Semua ini
adalah penting untuk membolehkan seseorang guru melaksanakan pengajaran dengan baik
dan berkesan.

Antara ciri-ciri profesional yang dikongsikan oleh guru sekolah adalah seperti
bersemangat, berketerampilan, keyakinan diri, bertanggungjawab, kasih sayang, berupaya
merancang dan melaksanakan PdP dengan baik dan berkesan, beretika, menunjukkan
komitmen untuk mendidik anak murid, menjalin hubungan yang baik dengan murid, rajin, dan
berani menghadapi pelbagai cabaran. Boleh dirumuskan bahawa guru yang profesional perlu
berilmu, berketrampilan dalam pengetahuan pedagogi dan pengaplikasian pedagogi dalam
PdP, dan mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat diteladani murid dan melaksanakan
tugas dengan baik.

1
Etika, Akauntabiliti dan Integriti Guru

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2010), Kod etika perguruan disediakan agar semua
guru akan mematuhi dan menjaga imej profesion. Guru sekolah menyetujui bahawa kod etika
guru dapat mengawal pergerakan seorang guru kerana kod etika merupakan rujukan atau garis
panduan untuk guru semasa mereka melaksanakan tugas. Ini disebabkan kod etika keguruan
mengatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap murid, ibu bapa, masyarakat,
dan rakan sejawat. Setiap guru akan lebih memahami tentang tanggungjawab mereka dan ini
dapat memastikan para guru tidak melakukan sesuatu yang tidak diigini serta mencemarkan
imej profesion keguruan.

Dari segi integriti, guru sekolah berpendapat bahawa seseorang guru yang
menunjukkan integriti akan selalu mematuhi etika guru, melaksanakan tugas dengan penuh
komitmen dan amanah, ambil berat terhadap murid, bersikap jujur, adil dan ikhlas. Pada
pendapat mereka, integriti seseorang guru dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan
berguna kepada masyarakat dan negara. Anuar Ahmad selaku Pensyarah Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Utusan Online mengatakan fenomena guru membuat
kerja luar seperti mengajar di kelas tuisyen, ejen insurans akan menyebabkan guru
mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah (“Guru kerja luar”,
2011). Oleh itu, seseorang guru yang integriti harus bertanggungjawab atas segala tugas yang
diberikan. Contohnya, pengajaran yang berlaku di dalam kelas, perancangan aktiviti PdP dan
penggunaan kaedah PdP perlu dilakukan dengan penuh ikhlas dan amanah oleh seseorang
guru.

Guru sekolah mempercayai bahawa seseorang guru yang mempunyai akauntabiliti akan
melakukan tugas dengan baik, berkualiti, mencapai objektif dan akan dihormati dan dipercayai
oleh orang lain. Seseorang guru yang mempunyai akauntabiliti akan mendidik murid ke tahap
cemerlang dalam pencapaian akademik dan mengembangkan potensi murid secara
menyeluruh dengan menggunakan pendekatan, kemahiran, dan bahan yang sesuai. Seorang
guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap diri sendiri akan melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dalam bidang mata pelajaran yang ingin diajar, pengetahuan dari segi pedagogi
mengajar dan pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak. Guru di era ini perlu sentiasa
memperbaharui pengetahuan dan juga kemahiran mereka (Halimah Haridi, 2017). Ini kerana
suasana sudah berubah dan mahu tidak mahu sistem pembelajaran serta pengajaran perlu
seiring dengan perubahan itu untuk mengelakkan guru sendiri daripada ketinggalan zaman.

2
Peringkat perkembangan Guru

Dari segi peringkat perkembangan guru, guru sekolah berpendapat seseorang guru
haruslah peka terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling, menguasai ilmu pengetahuan yang
terkini dan pengetahuan pedagogi melalui membaca, seminar, bengkel, pengaksesan internet
dan sebagainya. Guru haruslah mengemaskini diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
terkini supaya dapat mendidik dan membawa perubahan kepada murid demi melahirkan
generasi masa depan yang dinamik dan proaktif. Ini dapat memastikan supaya guru selalu
menyampaikan sesuatu maklumat yang terkini semasa menyampaikan isi pelajaran di dalam
kelas. Misalnya, sebanyak 12,000 guru yang mengajar Bahasa Inggeris telah menjalani kursus
bagi meningkatkan kemahiran dan skil mereka sejak tahun lalu dengan 10,000 lagi guru
disasarkan pada tahun ini (12,000 guru jalani latihan bahasa inggeris”, 2011). Guru sekolah
juga berpendapat bahawa setiap guru perlu menyediakan suatu pelan pembelajaran kendiri.
Dengan berdasarkan pelan ini, mereka perlu meluangkan masa lapang untuk mempelajari
tentang ilmu dan kemahiran yang terkini dan berkaitan.

Bukan itu sahaja, guru sekolah juga sedar tentang perlunya melengkapkan diri dengan
kemahiran menggunakan TMK. Melalui TMK, guru dapat mencari maklumat-maklumat yang
berkenaan dengan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kepada murid dengan lebih
berkesan. Dengan mengintegrasikan TMK seperti video, powerpoint, dan gambar dalam proses
PdP, murid-murid akan lebih tertarik dan memahami terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Peranan Guru Sekolah Rendah

Salah satu peranan guru di sekolah adalah sebagai pengamal ilmu dan kemahiran.
Selain daripada menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran, guru perlu memikirkan cara-cara yang
sesuai untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid dengan mengintegrasikan
unsur-unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam penyampaian supaya dapat
menghasilkan murid-murid yang mempunyai pemikiran aras yang tinggi.

Menurut akhbar “Pelajar cuba bunuh diri” (2014), seorang pelajar tingkatan tiga di
sebuah sekolah cuba membunuh diri akibat tekanan jiwa berpunca daripada masalah belajar.
Ini menunjukkan seseorang murid yang tidak dilengkapkan dengan kemahiran menguruskan
emosi akan melakukan sesuatu perkara yang kurang wajar. Oleh itu, guru di sekolah
sebenarnya berperanan sebagai pembimbing untuk mengenalpasti dan membantu murid-murid
yang mengalami masalah pelajaran, masalah keluarga, masalah emosi dan seterusnya
membimbing mereka ke arah kehidupan berkualiti dan sihat. Selain itu, guru juga berperanan

3
untuk menyemaikan minat dan motivasi murid terhadap akademik supaya dapat meningkatkan
pencapaian mereka dalam akademik.

Guru di sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk tingkah laku
yang baik dalam kalangan murid. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2010), Jika guru
mempamerkan perasaan bosan, malas dan tidak bersemangat maka pelajar juga akan meniru
perlakuan yang diperhatikannya. Selain daripada mengajar, guru juga perlu selalu menunjukkan
teladan yang baik supaya sesuatu yang baik akan dicontohi oleh murid-murid. Sekiranya murid-
murid menunjukkan perlakuan yang kurang sesuai, peneguhan negatif atau hukuman haruslah
diberikan untuk membentuk perlakuan murid yang baik.

Kepemimpinan Guru

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh guru sekolah, kepimpinan guru merangkumi
menguruskan bilik darjah, memimpin/membimbing murid, merangsangkan minat murid,
mempengaruhi tingkah laku rakan sekerja, menjadi sebagai pakar rujuk dan memimpin dan
membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum.

Guru berperanan menguruskan bilik darjah untuk memastikan kelancaran dan


keberkesanan sesuatu sesi PdP yang dijalankan. Ini kerana pengurusan bilik darjah yang baik
akan membentuk suasana pembelajaran yang positif di mana murid-murid menunjukkan
tingkah laku yang sesuai dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP. Bukan itu sahaja,
guru juga perlu merangsangkan minat murid dengan menggunakan kaedah yang sesuai dan
membimbing mereka dalam pembelajaran mereka.

Selain itu, guru juga perlu membimbing atau mendorong guru lain untuk bersama-sama
meningkatkan amalan profesional dan peringkat pencapaian murid. Contohnya, seseorang guru
yang merupakan ketua panitia sains akan dijadikan sebagai pakar rujuk oleh guru yang lain.
Beliau mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nasihat dan membimbing guru yang lain
dalam mata pelajaran kepakarannya.

Akhir sekali, guru juga perlu memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan
kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran dan bidang pengkhususuan.
Misalnya, seseorang guru yang merupakan ketua panitia sains perlu mengetuai perbincangan
dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah dan guru yang
mahir dalam berenang kadangkala akan dilantik sebagai jurulatih kelab renang sekolah.

4
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, guru pada masa kini bukan hanya sekadar mengajar tetapi perlu
memainkan pelbagai peranan di sekolah. Memandangkan menjadi seorang guru bukan sesuatu
yang mudah dan pelbagai cabaran akan dihadapi, maka seseorang guru haruslah selalu
melaksanakan tugas dengan beretika, berakauntabiliti, berintegriti supaya dapat menunaikan
tanggungjawab untuk melahirkan insan yang berguna pada masa depan.

5
Rujukan

Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu dikaji. (2011, September 02). Utusan Online.
Diakses daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm

Nurul Syahirah Mohd Jamel. (2008, Mei 16). Guru mendidik, bukan mengajar. Malaysia Kini.
Diakses daripada https://www.malaysiakini.com/letters/82967

Noriati, A. R., Boon, P. Y., & Wong, K. W. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan
profesional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.

Halimah Haridi. (2017, Mei 18). Hebatnya insan yang bergelar guru. Utusan Online. Diakses
daripada http://www.utusan.com.my/rencana/forum/8216-hebatnya-insan-yang-bergelar-
guru-8217-1.482773

12,000 guru jalani latihan bahasa Inggeris. (2011, July 06). Utusan Online. Diakses daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Pelajar cuba bunuh diri akibat tekanan belajar. (2014, September 25). Utusan Online. Diakses
daripada http://www.utusanborneo.com.my/2014/09/25/pelajar-cuba-bunuh-diri-akibat-
tekanan-belajar

Anda mungkin juga menyukai