Anda di halaman 1dari 8

Sejauh manakah pemuliharaan ex situ berjaya dilaksanakan di Malaysia.

Pengenalan
Pada masa kini, memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti penebangan pokok
yang berleluasa, pencemaran alam sekitar, dan manipulasi aktiviti manusia secara terlarang
telah memberikan impak yang besar kepada ekosistem dan biodiversiti di Negara Malaysia.
Menurut Orangutan Species Survival Plan, (2010) Disebabkan banyak habitat bagi fauna
dan flora telah dimusnahkan, maka adalah suatu cabaran untuk menjalankan pemuliharaan
in-situ di Negara Malaysia. Oleh itu, Pemuliharaan ex-situ adalah lebih digalakkan dan
pemuliharaan ex-situ di Pusat Orang Utang Semenggoh telah dipilih oleh kumpulan kami
sebagai tempat untuk mendalami pengetahuan dan kefahaman kami tentang pemuliharaan
ex-situ di Negara Malaysia.

Latar belakang

Menurut Sarawak Forestry Corporation, (2006) Pusat Hidupan Liar Semenggoh


ditubuhkan pada 1975 dengan tujuan untuk menjaga haiwan liar yang ditemui tercedera di
dalam hutan, haiwan yatim, dan memulihara haiwan yang diselamatkan daripada penjualan
haram. Pusat ini telah mencapai suatu kejayaan iaitu menjaga hampir 1000 mamalia yang
terancam, burung dan reptilian dari berpuluh-puluh spesies yang berbeza.
Walaubagaimanapun, pemuliharaan orang utan merupakan sebab yang menjadikan pusat
ini terkenal. Proses pemulihan orang utan akan dijalankan di dalam pusat ini. Melalui proses
pemulihan ini, orang utan dapat menyesuaikan diri kepada alam sekelilingnya terutamanya
orang utan yang masih mudah. Mereka akan diajar pelbagai cara untuk mencari makanan,
memanjang pokok dan lain-lain. Apabila mereka telah menguasai ilmu seperti ini, mereka
akan dibenarkan balik ke hutan. Makanan akan diberikan sepanjang proses pemulihan
kerana orang utan masih kurang berupaya untuk mencari makanan.

Kelebihan

Antara kelebihan pertubuhan Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini adalah nyawa orang utan
yang diancam akan dipelihara di dalam pusat ini. Ini mungkin disebabkan kehilangan
habitat, pemburuan haram, kehilangan ibu bapa dan lain-lain. Orangutan akan diselamatkan
dan disimpan di pusat pemuliharaan ex-situ ini. Menurut Sarawak Forestry Corporation,
(2006) Selepas mereka menyembuh daripada penyakit, mereka akan dibenarkan balik ke
hutan. Ini secara tidak langsung dapat menjamin keseimbangan ekosistem di dalam hutan.

Menurut Sarawak Forestry Corporation, (2006) Pemuliharaan ex situ Semenggoh juga


membolehkan dan memudahkan ahli-ahli saintis dan ekologi untuk menjalankan kajian
penyelidikan tentang orang utan, tanpa merosakkan populasi semula jadi. Kajian
penyelidikan mungkin adalah seperti ujian klinikal yang bertujuan untuk mencuba atau
menguji sesuatu ubat sama ada selamat atau tidak. Untuk memasarkan ubat yang baru,
ubat tersebut perlulah melalui beberapa ujian klinikal yang mendapatkan keputusan yang
memuaskan. Memang tidak dinafikan bahawa sifat fizikal orang utan yang hampir serupa
dengan manusia menyumbang kepada banyak ubat-ubatan yang diperkenalkan di sektor
perubatan pada masa kini. Kajian penyelidikan terhadap orangutan juga membolehkan ahli
sains untuk mendalami pengetahuan mereka tentang orang utan dan memajukan ilmu sains
tentang haiwan di Negara kita.

Menurut Ashriq Fahmy Ahmad, (2012, Februari 27) Pusat pemuliharaan ini juga dijadikan
sebagai tempat untuk mendidik murid-murid dan orang awam tentang kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan. Ini akan merangsangkan sikap kasih sayang
mereka terhadap orang utan selepas terlihat orang utan yang kehilangan habitat, tercedera
disebabkan sikap manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Penjelasan yang
berkaitan dengan kepentingan orang utan akan menjadikan murid-murid dan orang awam
menyedari betapa pentingnya orang utan kepada manusia Selain itu, lawatan ke pusat
pemuliharaan ini juga dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran subjek sains.

Kekurangan

Menurut Mohammed Kasso & Mundanthra Balakrishnan, (2013) Salah satu


kekurangan adalah orang utan adalah orang utan akan menjadi terlalu bergantung kepada
manusia untuk memberikan makanan. Hal ini kerana makanan akan disediakan oleh pihak
pengurusan dan orang utan yang berada di dalam pusat pemuliharaan mungkin akan hilang
keupayaan untuk mencari makanan bergantung kepada diri sendiri. Walaupun mereka telah
diajar dengan cara-cara untuk mencari makanan, mereka mungktin masih tidak dapat
mencari makanan kerana makanan sentiasa diberikan. Selain itu, mereka juga mungkin
dipengaruhi oleh alam sekeliling yang baru dan lama-lama kehilangan sifat-sifat yang
sebenarnya perlu ada pada orang utan yang biasa.

Tambahan pula, Menurut Semenggoh Wildlife Centre, (2015) Spesies berkenaan


tidak mempunyai sistem imun yang kuat untuk hidup di habitat semula jadi sekiranya
spesies berkenaan dilepaskan ke habitat asal. Selain itu, Orang Utan juga tidak akan
berupaya untuk adaptasi genetik dan mutasi serta tidak mempunyai ketahanan yang kuat
apabila spesies tersebut dilepaskan ke habitat semula jadi yang sentiasa berubah-ubah.

Selain itu, Menurut Clem Tisdell & Hemanath Swarna Nantha, (2007).
Pemuliharaan ex situ juga memerlukan kos yang tinggi, dan penjagaan yang rapi serta
memerlukan kawasan yang luas. Hal ini adalah menjamin supaya alam sekeliling disediakan
adalah sesuai bagi orang utan. Makanan yang banyak juga perlu dibekalkan untuk dijadikan
sebagai makanan kepada orang utan. Orang utan juga merupakan sejenis haiwan yang
sensitif, jadi ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Usaha yang telah dilakukan

Salah satu usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menjayakan
pemuliharaan ex-situ adalah pengenalan dan penguatkuasaan akta-akta atau undang-
undang. Akta seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang telah dikuatkuasakan oleh
pihak kerajaan dipercayai akan dapat melindungi hidupan liar yang berada di dalam tempat
perlindungan ex-situ. Hal ini kerana salah satu seksyen di dalam Akta ini mengatakan
bahawa mana-mana orang yang memburu mana-mana hidupan liar atau mengambil,
memusnahkan atau merosakkan sarang atau telur mana-mana hidupan liar akan didenda
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya. Dengan penguatkuasakan undang-undang, orang-orang yang
berniat jahat akan tidak berani untuk melakukan kesalahan semasa berada di dalam pusat
pemuliharaan ini. Ini dapat membawa kepada kejayaan pemuliharaan ex-situ di mana
hidupan liar dilindungi dengan baik dan nyawa tidak akan diancam. Di samping itu,
kebajikan hidupan liar yang berada di dalam pusat pemuliharaan ex-situ juga
diambilberatkan oleh pihak kerajaan. Contohnya, pihak pengurusan yang cuai untuk
memberikan makanan dan air yang mencukupi kepada mana-mana hidupan liar yang
ditempatkan, dikurung atau dibiak olehnya juga akan diambil tindakan. Ini dapat memastikan
keperluan hidupan liar yang dilindungi dalam pusat pemuliharaan ex-situ selalu dipenuhi.

Menurut Bernama. (2009, Jun) Pihak Kerajaan Sarawak telah membabitkan


penyertaan sektor swasta untuk memperbaiki sistem sedia ada. Jadi, sumbangan wang
telah diperuntukkan oleh sektor swasta untuk dijadikan sebagai kos penyelenggaran dan
juga kos penjagaan hidupan liar di dalam pusat pemuliharaan. Dermaan wang juga telah
dilaksanakan untuk menjamin perlaksanaan pemuliharaan ex-situ dengan berjaya. Menurut
Sarawak Forestry Corporation, (2011) Selain daripada dermaan wang, terdapat juga
orang yang membayar untuk berkerja di dalam pusat tersebut secara sukarela. Wang yang
didapati akan digunakan untuk membeli mana-mana bahan yang diperlukan. Ini dapat
menjamin taraf hidupo hidupan liar di dalam pusat pemuliharaan.

Kajian atau penyelidikan juga boleh dijalankan berkaitan dengan gaya hidup orang
utan oleh pihak kerajaan. Ini membolehkan kerajaan untuk menghasilkan suatu pelan pusat
pemuliharaan yang paling sesuai untuk diikuti oleh pihak pengurusan pusat pemuliharaan.
Di samping itu, Menurut Sabah Wildlife Department, (Disember, 2011) Kursus
juga diberikan kepada pihak pengurusan dan ranger-ranger yang terlibat dalam penjagaan
pusat pemuliharaan ex-situ. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan mereka supaya lebih
memahami hidupan liar yang dijaga oleh mereka dan tidak melakukan sesuatu yang akan
membahayakan diri sendiri dan hidupan liar tersebut.

Orangutan akan dibenarkan balik ke hutan selepas mereka dapat meneruskan


kehidupan diri sendiri dan tidak perlu bergantung kepada manusia untuk memberikan
mereka makanan. Menurut Sarawak Forestry Corporation, (2006) Orang utan akan terus
diawasi selepas mereka dibenarkan untuk balik ke hutan. Hal ini kerana orangutan sering
gagal untuk terus hidup apabila dilepaskan ke dalam hutan dari kerana mereka telah
menjadi terlalu bergantung kepada penjagaan semasa berada di dalam pusat Rijksen dan
Meijaard (1999). Ini adalah untuk menjamin keberkesanan pemuliharaan ex-situ yang telah
dilaksanakan pada orang utan. Pengawasan ini adalah untuk menjamin orangutan yang
telah tertinggal dari hutan dapat menyesuaikan diri semula dengan baik di dalam hutan.

Menurut Sabah Wildlife Department. (Disember, 2011) Pemberian kesedaran


kepada masyarakat tentang ancaman kepupusan yang dihadapi oleh orang utan adalah
salah satu usaha yang telah dilakukan. Hal ini kerana ini akan menjadikan mereka supaya
melaporkan kes pemburuan haram kepada pihak berkuasa secara terus apabila mereka
ternampak orang yang melakukan kesalahan dari sisi undang-undang. Keinginan untuk
memberikan perlindungan kepada orang utan akan ditanam dalam masyarakat dan ini
menjadikan mereka supaya tidak melakukan sesuatu yang akan mengancam keselamatan
hidupan liar yang terdapat dalam pemuliharaan ex-situ.

Strategi mengatasi dan menjayakan pemuliharaan ex-situ

Program Rehabilisasi Orang Utan telah dijalankan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh,
Sarawak. Orang utan telah berjaya dilepaskan semula ke habitat asal mereka setelah
program ini dijalankan. Program ini telah dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat
jagaan, sekolah rendah, sekolah menengah, pelepasan ke hutan dan pemantauan.

Pada peringkat jagaan, orang hutan yang baru dilahirkan dijaga secara sepenuhnya
dari aspek pembersihan, pemakanan dan bermain dalam kawasan berpagar. Bagi orang
utan yang baru diterima, mereka akan dikurung dahulu untuk diperiksa dan dirawat. Orang
utan diberi latihan setelah memasuki peringkat sekolah rendah. Mereka dibawa oleh renjer
untuk belajar cara memanjat pokok, bergayutan antara dahan, mencari makanan, membuat
sarang serta keluar ke hutan.
Orang utan belajar cara memanjat pokok

(Sumber petikan: stephenlangitan.com)

Pada peringkat sekolah menengah pula, orang utan belajar cara hidup sendiri di
hutan. Mereka akan tidur di hutan dengan membina sarang. Tambahan pula, pemberian
makanan kepada orang utan akan dikurangkan kerana ia bertujuan untuk menggalakkan
orang utan mencari makanan secara berdikari. Pihak berkenaan akan mengawasi dan
memantau orang utan secara rapat sebelum membenarkan mereka dilepaskan. Orang utan
akan dilepaskan ke Taman Negara Sarawak atau mana-mana kawasan perlindungan
hidupan liar di sekitar Sarawak setelah mereka dikenal pasti mampu untuk hidup berdikari di
hutan.

Penutup

Kesimpulannya, setiap individu di negara Malaysia haruslah memainkan peranan diri sendiri
dengan baik dan selalu mengambil berat akan isu tentang pemuliharaan orangutan. Selain
itu, Pihak kerajaan perlulah mempunyai pemikiran bahawa tujuan akhir dalam pemuliharaan
ex-situ adalah menghapuskan semua pusat pemuliharaan ex-situ pada suatu hari nanti. Ini
merupakan kejayaan akhir bagi pemuliharaan ex-situ.
Rujukan

Mohammed Kasso & Mundanthra Balakrishnan. (2013). Ex Situ Conservation of Biodiversity


with Particular Emhasis to Ethiopia. Diakses daripada
http://www.hindawi.com/journals/isrn/2013/985037/

Sabah Wildlife Department. (Disember, 2011). Orangutan Action Plan 2012-2016. Diakses
daripada
http://static1.1.sqspcdn.com/static/f/1200343/24377541/1392391814550/Sabah_Ora
ngutan_Action_Plan_2012-2016.pdf?token=o3d5PLBkTXPquuYh0SNJ0%2FFNIfI
%3D

Clem Tisdell & Hemanath Swarna Nantha. (2007). Conservation Of The Proboscis Monkey
And The Orangutan In Borneo: Comparative Issues And Economic Considerations.
Diakses daripada http://www.uq.edu.au/rsmg/docs/ClemWPapers/EEE/WP138.pdf

The Borneo Orangutan Survival Foundation. (2007). Diakses daripada


http://www.actionforthewild.org/projects/past-projects/item/127-borneo-orangutan-
survival-foundation

-. n.d. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre. Diakses daripada http://www.orangutan-


appeal.org.uk/about-us/sepilok-rehabilitation-centre

Joe Leong. (2015, Ogos 2). Pembunuhan ngeri Gedau, orangutan Borneo. SemutHarian,
Diakses daripada http://bm.theantdaily.com/Terkini/Pembunuhan-ngeri-Gedau-
orangutan-Borneo

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, 716 U.U.M. 1-136. (2014).

Schaller, G.B. (1961). The orang utan in Sarawak. Zoologica 46: 73-82.
Susanna Gustavsson. (2011). Save the orangutan (Pongo Pygmaeus). Diakses daripada
http://files.webb.uu.se/uploader/271/1611-Gustavsson-Susanna-uppsats.pdf

Sarawak Forestry Corporation. (2011). Matang Wildlife Centre Volunteer Project. Diakses
daripada http://projectorangutan.com/wp-content/uploads/2014/01/Matang-Volunteer-
Project.pdf

Sarawak Forestry Corporation. (2006). Semenggoh Wildlife Centre. Diakses daripada


http://www.sarawakforestry.com/htm/snp-nr-semenggoh.html
Ashriq Fahmy Ahmad. (2012, Februari 27). Santuari kebajikan orang utan. Utusan Online.
Diakses pada 20 Ogos 2015 daripada: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia& sec=Impak_Alam&pg=al_01.htm

-. n.d. Populasi orang utan Semenggoh berganda. Diakses pada 20 Ogos 2015 daripada:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2015&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

Semenggoh Wildlife Centre. (2015). Diakses daripada


http://www.wonderfulmalaysia.com/sarawak-borneo-attractions-semenggoh-wildlife-
centre.htm.

Orangutan Species Survival Plan. (2010). Diakses daripada


http://www.orangutanssp.org/conservation.html

Bernama. (2009, Jun). Pakar orang utan puji usaha pemuliharaan. Utusan Online. Diakses
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0626&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_
%26_Sarawak&pg=wb_04.htm&arc=hive

http://www.thegreatprojects.com/projects/orangutan-volunteer-experience-borneo

https://www.gapyear.com/volunteering/animals/orang-utans/list

http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2015/Akta%20716%20-%20Akta%20Pemuliharaan
%20Hidupan%20Liar%202010.pdf

http://www.wcsmalaysia.org/OU_flyer.pdf

http://www.uq.edu.au/rsmg/docs/ClemWPapers/EEE/WP138.pdf

Anda mungkin juga menyukai