Anda di halaman 1dari 3

ISL 4: Bandingkan dan buat satu ringkasan nota tentang bagaimana negara-negara

memulihara air dalam keadaan yang mencabar.

Pemuliharaan air sungai di Malaysia:

Pendidikan tingkat kesedaran

Guru-guru di sekolah perlu mendidik murid tentang kegunaan dan kepentingan sungai.
Perkara ini merupakan tanggungjawab bagi semua guru di sekolah dan bukan hanya terhad
kepada guru sains atau moral. Guru boleh mengeksploitasikan masa lapang untuk berkongsi
dengan murid tentang isu-isu pencemaran sungai yang telah berlaku di negara kita seterusnya
mendidik mereka tentang kegunaan, kepentingan, dan masalah yang mungkin akan timbul
sekiranya sungai yang tercemar tidak dipeduli oleh mana-mana pihak semasa sesi
perkongsian ini.

Penguatkuasaan undang-undang

Hukuman yang berat seperti dendaan perlu dikenakan kepada individu yang
melakukan kesalahan. Perkara ini dapat dilakukan dengan membuat rondaan dengan lebih
kerap di kawasan persekitaran sungai. Pemeriksaan secara mengejut telah dilaksanakan di
tempat pembalakan, tempat perindustrian dan sebagainya yang berhampiran dengan sungai.
Dengan ini, aktiviti manusia yang kurang bertanggungjawab seperti pembalakan haram yang
menyebabkan aliran tanah ke dalam sungai, pembuangan sisa-sisa kimia yang bertoksik ke
dalam sungai, dan pelepasan efluen tidak terawat dari ladang ternakan haiwan dapat dikesan
dan diberikan hukuman yang sewajarnya.

Kempen kesedaran

Program ini dijangka boleh meningkatkan kesedaran orang awam mengenai akibat
yang bakal dihadapi mereka sekiranya sungai itu tercemar. Tabiat membuang sampah merata
tempat juga dapat diubah secara beransur-ansur. Tambahan pula, dengan ceramah
kesedaran di sekolah dapat mengukuhkan lagi kesedaran mengenai kepentingan Sungai
Semenyih.

Teknologi Infinitesimal Quantum Persistent and Reflection (IQPR)

Teknologi hijau yang dikenali sebagai iQPR itu dilaksana sejak 2014 untuk merawat dan
meningkatkan kualiti air Sungai Pinang daripada kelas IV (sangat kotor) hingga kelas III dan
II (bersih). Teknologi iQPR yang telah dibangunkan oleh seorang anak Negeri Pulau Pinang,
adalah teknologi hijau yang menggunakan air mineral semula jadi sebagai asas, di mana
bahan kimia atau mikrob tidak digunakan. Digabungkan dengan asas fizik kuantum, proses
berteknologi tinggi ini menghasilkan banyak rumusan air berfungsi yang boleh menangani
pelbagai masalah pencemaran di dalam air dan tanah. Penggunaan teknologi ini adalah
mudah dan kos efektif. Ia tidak memerlukan perubahan infrastruktur yang mahal. Air
berformula iQPR dicurahkan ke dalam pelbagai lokasi di sepanjang sungai untuk
mempengaruhi perubahan dalam badan air, meningkatkan kualiti air, menghapuskan bau
busuk dan mewujud dan memulihkan eko-sistem alam sekitar yang sihat.

Pemuliharaan air sungai di Singapura:

Melalui Pendidikan

Meningkatkan kesedaran mengenai kesan negatif pembuangan sisa ke dalam Sungai


Singapura dan mendidik orang ramai supaya menjaga kebersihan sungai.

Pembuangan lumpur-lumpur yang terdapat di tebing dan di bahagian bawah sungai

Lumpur yang berbau busuk juga harus dikorek dari bawah sungai untuk
menghidupkan semula sungai. Salah satu cara yang digunakan dan berjaya untuk
membersihkan Sungai Singapura adalah melalui pembuangan lumpur-lumpur yang terdapat
di tebing dan di bahagian bawah sungai.

Mengenalpasti punca pencemaran

Langkah ini adalah penting kerana sesuatu masalah hanya dapat diselesaikan setelah
memahami dan mengetahui tentang sebab berlakunya. Sebagai contohnya, masalah
pencemaran Sungai Singapura telah berjaya diselesaikan pada 1987 dengan melakukan
usaha seperti pemindahan besar-besaran yang melibatkan setinggan, penjaja dan penjual
sayur yang selalu membuang sisa-sisa pepejal ke dalam sungai pada setiap hari. Perumahan
awam telah disediakan untuk setinggan, manakala penjaja telah dipujuk supaya dipindahkan
ke pusat penjaja. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengenalpasti faktor yang menyebabkan
kedua-dua Sungai Sarawak dan Sungai Tabuan tercemar dan mengambil tindakan yang
sesuai dengan berdasarkan faktor tersebut.

Menjalankan projek pemuliharaan dan pemeliharaan secara bersepadu, lestari dan


berterusan

Kualiti air sungai selalu dipantau oleh pihak yang berkuasa supaya tindakan yang
segera boleh diambil sekiranya wujudnya peningkatan tahap pencemaran air sungai. Kerja-
kerja sungai telah dilakukan mengikut jadual tertentu untuk mengelakkan pemendapan
keladak yang tinggi. Ini telah Berjaya menghidupkan semula Sungai Singapura.

Anda mungkin juga menyukai