Anda di halaman 1dari 1

Wawancara

Selamat petang para hadirin sekalian. Saya merupakan wartawan dari apple TV. Pada hari
ini, saya telah menjemput tiga orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar untuk
membincangkan isu berkenaan pemuliharaan air dalam keadaan yang mencabar. Malaysia
bertuah mempunyai 2986 lembangan sungai secara keseluruhan termasuk 189 lembangan
sungai utama iaitu yang mempunyai keluasan melebihi 80 kilometer persegi (“Inisiatif
pemuliharaan sungai”, 2013). Sebagai sumber air utama negara, rakyat sewajarnya sedar
bahawa sungai menyediakan hampir semua sumber air minum di Malaysia dan selebihnya
kira-kira tiga peratus adalah punca hujan dan air bawah tanah. Namun ia mengalami banyak
tekanan akibat pencemaran yang kebanyakannya dilakukan oleh manusia, secara langsung
atau tidak langsung. Menurut Mohd. Hasni Jaafar (2017), Kebelakangan ini, analisis pihak
berkuasa mendapati hampir 22 sungai yang digunakan untuk bekalan air minum telah
tercemar, satu peningkatan yang agak drastik dalam masa 10 tahun. Antara faktor yang
menyumbang kepada pencemaran sungai adalah seperti pihak pengusaha kilang yang tiada
kolam rawatan air efluen sebelum dilepaskan ke dalam sungai, sikap masyarakat yang suka
membuang sampah-sarap ke dalam sungai, undang-undang yang tidak dikuatkuasakan dan
sebagainya. Tahap pencemaran sungai yang semakin meningkat di negara Malaysia telah
menyebabkan pihak kerajaan melakukan pelbagai inisiatif untuk memulihara dan merawat air
sungai supaya kualiti air dapat ditingkatkan semula.

Soalan:

1. Pada pendapat anda, apakah maksud pemuliharaan air?


2. Mengapakah pemuliharaan air adalah penting?
3. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh kita dalam pemuliharaan
air?
4. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
cabaran yang dihadapi dalam pemuliharaan air?
5. Bolehkah anda kongsikan mana-mana kajian tentang pemuliharaan air dalam
keadaan yang mencabar?

Anda mungkin juga menyukai