Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 9

Bentangkan hasil rumusan berkaitan dengan Convention On The Rights Of the Child.
Berikan contoh-contoh yang mana anda selaku guru, dapat mendukung hak kanak-
kanak tersebut di sekolah

Convention On The Rights Of the Child dikuatkuasakan pada bulan September 1990 dan
merupakan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa yang paling cepat dan teragih dalam
sejarah. Konvensyen itu mengubah cara kanak-kanak dilihat dan dilayan. Penerimaan
Konvensyen ini yang tidak pernah berlaku sebelum ini jelas menunjukkan komitmen global
yang luas untuk memelihara hak kanak-kanak. Antara prinsip-prinsip utama bagi perjanjian ini
adalah:

 Tidak diskriminasi
 Melakukan sesuatu dengan penuh dedikasi demi kepentingan kanak-kanak
 Hak untuk hidup dan diperkembangkan
 Menghormati dan mengambil kira pandangan kanak-kanak

Contoh hak kanak-kanak di bawah Convention On The Rights of the Child

 Tidak berdiskriminasi: Memberikan layanan yang sama kepada setiap kanak-kanak


tanpa mengira agama, bangsa, keupayaan, budaya, dan latar belakangan keluarga
mereka.
 Menjaga kepentingan kanak-kanak: Mengambil kira kepentingan kanak-kanak
semasa membuat sesuatu keputusan
 Menjaga hak kanak-kanak: Hak kanak-kanak perlu dijaga oleh semua pihak
 Hidup: Kanak-kanak berhak untuk hidup dalam keadaan yang sihat.
 Perlindungan dari semua bentuk keganasan: Kanak-kanak mempunyai hak untuk
dilindungi daripada dicederakan, dianiaya, secara fizikal dan mental.

Peranan guru di sekolah

 Memberi perhatian kepada setiap murid di dalam kelas. Sekiranya terdapat murid yang
selalu menunjukkan gangguan emosi, maka tindakan perlu diambil oleh guru untuk
mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu murid tersebut.
 Memberikan layanan yang sopan dan adil kepada semua murid di dalam kelas tanpa
mengira prestasi akademik, latar belakang keluarga, ekonomi, agama dan bangsa
mereka.
 Mengambil berat tentang keperluan murid-murid.
 Tidak melakukan perkara-perkara yang akan menyakitkan hati dan jiwa murid-murid
di sekolah.
 Mengambil peduli tentang kesejahteraan anak murid dalam hal akademik dan hal
peribadi murid.
 Mengambil tindakan seperti rehabilitasi terhadap murid yang menghadapi masalah
emosi akibat dibuli atau didera oleh mana-mana pihak.
 Mendidik murid-murid ke tahap yang cemerlang dalam akademik dan membentuk
potensi merek secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai