Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan gelanggang

Gelanggang bola tampar


Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan
luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga dikelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3
meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggan bola tampar mesti
bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola
tampar.

Permukaan Gelanggang

Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh
menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan
permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola
tampar di dewan.

Untuk pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik
sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk
gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah manakala
Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain
yang berbeza di antara satu sama lain, diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon
bebas.

Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5mm semester dibenarkan untuk pengaliran air.
Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang.

Garisan Gelanggang
Semua garisan adalah 5 cam lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada
lantai dan garisan-garisan yang lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

Garisan-garisan Sempadan
Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang.
Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran
gelanggang permainan
Garisan tengah
Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah
gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring
dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.
Garisan Serang
Pada setiap gelanggan, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan
tengah, menandakan zon depan.
Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan
tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi, berukuran 15cm lebar, dilukis 20cm
di antara satu sama lain sepanjang 1.75m.

Zon dan Kawasan Permainan

a) Zon Depan

Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang
garisan serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga
hujung zon bebas.

b) Zon Servis

Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia
dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke
belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini
adalah termasuk dalam lebar zon servis.

c) Zon Penggantian

Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-dua garisan serang hingga ke meja pencatat
skor.

d) Kawasan Memanaaskan Badan

Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih
kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon
bebas.

e) Kawasan Penalti

Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi, terletak dalam
kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah
berukuran 5 cm.
Peralatan-peralatan bagi permainan bola tampar

Peralatan Pemain

Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Jersi dan seluar
pendek mestilah seragam, bersih dan sama warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentur
dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit.

Jersi pemain-pemain mestilah benombor 1 hingga 18. nombor-nombor tersebut


mestilah dilatakkan di tengah-tengah bahagian hadapan dan belakang jersi. Warna nombor
mestilah berbeza daripada warna jersi.

JARING DAN TIANG

Ketinggian Jaring

Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya
dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur
dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah
sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk
pertandingan peringkat MSSM ialah :

Lelaki B-18 : 2.35 m


Lelaki B-15 : 2.25 m
Perempuan B-18 : 2.20 m
Perempuan B-15 : 2.15 m
L & P B-12 : 2.00 m

Penanda Tepi

Dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap
garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x 1cm) adalah sebahagian
daripada jaring.

Antena
Antena ialah satu rod berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm, diperbuat
daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena diikat pada pinggir luar setiap
penanda tepi. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian
atas antena menjangkaui di atas jaring dan ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang
berlainan warna; merah dan putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah
sebahagian daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring.

Tiang

Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan tepi. Ia
berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk Pertandingan Rasmi
dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1 m di luar garisan tepi
kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah membulat dan licin, dipasang ke atas lantai
tanpa sebarang kabel. Tidak seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang
merbahaya.

BOLA

Taraf

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit sintetik yang
fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan yang sama.
Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna-warni. Lilitannya adalah 65-67
cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara ialah 0.30-0.325 kg/cm2 .

Keseragaman Bola

Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang
sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia
FIVB termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola kelulusan FIVB
kecuali dengan persetujuan FIVB.

Anda mungkin juga menyukai