Anda di halaman 1dari 53

SEJARAH AWAL BOLA

Manusia bermain bola sejak beribu-ribu tahun dahulu, dipercayai bahawa orang-orang Indian Amerika Selatan telah mencipta bola elestik yang pertama ribuan tahun dahulu.

Berdasarkan sejarah, bola dahulu diperbuat daripada kulit haiwan, pundi haiwan ataupun tengkorak manusia,menurut lagenda pada zaman pertengahan dahulu sebilangan penduduk kampung akan menendang tengkorak disepanjang laluan ke kampung yang bersebelahan kemudian menendang masuk ke dalam kotak di kampung berkenan, tindakan itu akan dibalas dengan cara yang sama oleh kampung yang bersebelahan.

Semasa dinasti Ts'in dan Han Dynasties (255 BC-220 AD), orang-orang cina bermain 'tsu chu' iaitu permainan bola yang mana bola diperbuat dari kulit haiwan, mereka menjaringkan gol melalui jaring yang diikat antara dua tiang.

Orang Greek dan Roman juga bermain bola sejak ribuan tahun dahulu, mereka menggunakan kaki atau membawa dengan tangan.

Sejarah Bola Getah

Pada tahun 1855, bola getah yang pertama yang boleh dikembungkan telah dicipta oleh Charles Goodyear. Gambar di atas menunjukkan bola ciptaan Charles Goodyear yang ditempatkan di National Soccer Hall of Fame, Oneonta, NY, USA sebagai salah satu daripada sejarah permainan bola sepak.

The First World Cup Soccer Ball

Uruguay 1930 : "Tiento"

Gambar menunjukkan "Tiento" salah satu daripada dua bola yang digunakan pada final piala dunia yang pertama, bola ini diambil dari pasukan Uruguay. Perlawanan akhir piala dunia 1930 menemukan Argentina dan Uruguay, pada mulanya mereka tidak dapat memutuskan untuk mengunakan bola siapa terlebih dahulu,jadi mereka bersepakat untuk mengunakan bola dari pasukan Argentina pada separuh masa pertama dan seterusnya mengunakan bola dari pasukan Uruguay pada separuh masa kedua. Argentina mendahului dengan 2-1 pada separuh masa pertama, tapi pada separuh masa kedua kemenangan berpihak kepada Uruguay 4-2 dengan mengunakan bola mereka.

UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN Permukaan Padang Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semula jadi atau padang rumput palsu mengikut peraturan pertandingan. Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau. Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak FIFA Quality Concept for Artificial Turf atau International Artificial Turf Standard kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA.

Tanda-tanda Padang Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi. Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya. Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Ukuran Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) dan maksimum 120m (130 ela). Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela dan maksimum 90m (100 ela). Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Perlawanan Antarabangsa Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela). Lebar: minimum 64m (70 ela) dan maksimum 75m (80 ela).

Kawasan Gol Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter

(6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.

Kawasan Penalti Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.

Tiang Bendera Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.

Lengkok Penjuru

Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

Tiang dan Palang Gol Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.

Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki). Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol. Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.

Keselamatan Tiang-tiang gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Tiang-tiang gol jenis boleh ubah boleh digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.

Padang Permainan

Bendera Penjuru

Ukuran Metrik

Ukuran Imperial

Petunjuk: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. XII. XIII. the field of play padang permainan goal line garisan gol goal area kawasan gol penalty mark tanda penalty penalty area kawasan penalty penalty arc lengkuk penalty halfway line garisan tengah touch line garisan tepi centre mark pusat padang corner flag post tiang bendera penjuru corner arc lengkuk penjuru flag post optional tiang bendera tidak wajib compulsory wajib

UNDANG-UNDANG 2 BOLA Kualiti dan Ukuran Bola berbentuk sfera diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci) beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan. tekanan udara bersamaan dengan 0.6 1.1 atmosfera (600 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 15.6 paun/in2).

Penggantian Bola yang Rosak

Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan: perlawanan diberhentikan perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang 8-Keadaan Tertentu).

Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam maka perlawanan perlu dimulakan semula seperti sepatutnya.

Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa

Keputusan 1

Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam sesuatu pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawalan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut: Logo the rasmi FIFA APPROVED

Logo the rasmi FIFA INSPECTED

Logo the INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD

10

Logo sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus kepda setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA.

Pertandingan ahli-ahli gabungan juga boleh menetapkan kegunaan bola yang mempunyai manamana satu dari tiga logo ini.

Keputusan 2

Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.

11

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN Pemain-pemain

Setiap perlawan perlu dimainkan oleh dua buah pasukan di mana setiap pasukan mengandungi tidak lebih daripada sebelas orang pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Sesuatu perlawanan yang dimainkan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan yang bermain itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.

Pemain Gantian Perlawanan-perlawanan rasmi

Setiap pasukan boleh menukar pemain sehingga jumlah maksimum sebanyak tiga orang pemain gantian di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan.

Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh.

Perlawanan-perlawanan Lain

Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan.

Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat: Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya; Pengadil diberitahu sebelum perlawanan

Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan.
12

Semua Perlawanan

Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.

13

Prosedur Penggantian

Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi: pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat. pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari Pengadil. pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan. penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan. dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain. seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya. semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak.

Pertukaran Penjaga Gol

Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat: pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat. pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.

Kesalahan-kesalahan dan Hukuman

Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil: 1) permainan diberhentikan (walaupun permainan tidak diberhentikan dengan segera, jika pengganti tidak mengganggu permainan) 2) pengadil berikan amaran kepada kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan dia keluar dari padang.

14

3) jika pengadil telah memberhentikan permainan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan.

Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran Pengadil sebelum pertukaran dibuat: 1) permainan boleh diteruskan. 2) Pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning sebaik saja bola di luar permainan.

Untuk kesalahan-kesalahan lain: 1) Pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning. 2) permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan.

Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar

Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan.

Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.

15

UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN Keselamatan Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain termasuk apa jua barang kemas.

Peralatan Asas Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah: jersi atau baju berlengan Jika pakaian dalaman digunakan, warna lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi atau baju. seluar pendek jika seluar pendek thermal digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya. stoking alas kaki Shinguard dilitupi keseluruhannya oleh stokin. dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah.

Warna Kedua-dua pasukan wajib memakai warna jersi yang membezakan pasukannya dengan pasukan lawan dan juga membezakan dengan pengadil dan penolong pengadil.

Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemainpemain lain, Pengadil dan Penolong Pengadil.

Kesalahan-kesalahan dan Hukuman Untuk Pelanggaran Undang-undang ini: permainan tidak perlu diberhentikan. pemain yang bersalah diarah keluar oleh Pengadil untuk membetulkan peralatannya.
16

pemain tersebut perlu keluar padang sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu. pemain yang dikehendaki keluar padang untuk membetulkan peralatannya tidak dibenarkan masuk semula tanpa kebenaran Pengadil. pengadil akan memeriksa peralatan pemain sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang. pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar permainan.

Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula) padang tanpa kebenaran Pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.

Memulakan Semula Permainan Jika permainan diberhentikan oleh Pengadil untuk memberi amaran maka perlawanan boleh dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa Pengadil memberhentikan permainan.

17

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa

Keputusan 1

Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang mengandungi slogan atau pengiklanan. Peralatan asas yang wajib mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik, agama atau peribadi.

Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan. Pasukan pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya mengandungi kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan atau FIFA.

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL Kuasa Pengadil

Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa penuh untuk menguatkuasa Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan.

Kuasa dan Tugas Pengadil: mengawal perlawanan dengan kerjasama Penolong-penolong Pengadil dan di mana berkaitan dengan Pegawai Keempat. memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat Undang-undang 2. memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4. bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan. mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan untuk sebarang pelanggaran Undang-undang.

18

memberhentikan, menangguhkan atau menamatkan perlawanan kerana sebarang bentuk gangguan luar. berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan. meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan. memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari Pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti.

meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu.

menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu kesalahan pada masa yang sama. mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar. Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan.

mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari padang permainan dan kawasan sekitarnya.

bertindak atas nasihat Penolong-penolong Pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya. jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang permainan. mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan. mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan perlawanan yang mengandungi maklumat tentang tindakan disiplin diambil ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan.

19

Keputusan Pengadil

Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad.

Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu.

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa

Keputusan 1

Seorang Pengadil (atau jika berkaitan, Penolong Pengadil atau Pegawai Keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana:

Sebarang

kecederaan

ke

atas

seseorang

pemain,

pegawai

atau

penonton

sebarang kerosakan ke atas harta benda sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan sesuatu perlawanan.

20

Keputusan ini meliputi: keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan. keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab. keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang digunakan semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru atau juga bola. keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan kerana gangguan penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan penonton. keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan. keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan. keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai kelengkapan atau alat tertentu keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawai-pegawai stadium, pegawaipegawai keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang permainan. sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam menjalankan tugasnya untuk mematuhi syarat-syarat FIFA, Konfederasi Persatuan Kebangsaan atau Liga atau Peraturan-peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan.

Keputusan 2

Untuk kejohanan atau pertandingan di mana seorang Pegawai Keempat dilantik, peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa, yang terkandung di dalam publikasi ini.

21

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL Tugas-tugas

Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan Pengadil, ialah untuk memberi isyarat: Apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan. Pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam. Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid. Apabila ada permintaan untuk penggantian. Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu. Bantuan

Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal perlawanan mengikut Undangundang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter.

Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya Pengadil boleh melucutkan Penolong Pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

22

UNDANG-UNDANG 7 JANGKA MASA PERMAINAN

Tempoh Permainan Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan.

Rehat Separuh Masa Setiap pemain daripada kedua-dua pasukan yang bermain berhak untuk mendapatkan masa rehat pada tamat separuh masa pertama. Masa rehat separuh masa mestilah tidak melebihi daripada 15 minit.

Peruntukan Masa Kecederaan Peruntukan masa kcederaan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang terbuang melalui: penggantian menilai kecederaan pemain mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan membuang masa sebab-sebab lain

Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara Pengadil.

23

Sepakan Penalti Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiaptiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan.

Pembatalan Perlawanan Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.

24

UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN Pra Perlawanan Lontaran syiling akan dilakukan dan pasukan yang menang lontaran itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama. Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan. Pasukan yang menang lontaran syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan. Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang pada arah yang bertentangan.

Sepak Mula Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan. pada permulaan perlawanan selepas gol dijaringkan pada permulaan separuh masa kedua pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan)

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. Prosedur Sepak Mula semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri. pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan. bola diletak tidak bergerak di tanda tengah. Pengadil memberi isyarat. bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan. penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain. Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh pihak lawannya.

25

Kesalahan-kesalahan dan Hukuman

Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain: Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula: Sepak mula dibuat semula

Jatuhan Bola

Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk apa jua sebab yang tidak disebut di manamana bahagian Undang-undang Permainan.

26

Prosedur

Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan sementara di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah.

Kesalahan dan Hukuman

Bola dijatuhkan semula jika; disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah, tanpa disentuh oleh manamana pemain.

27

UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN Bola di luar permainan

Bola berada di luar permainan apabila: keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara. permainan telah diberhentikan oleh Pengadil.

Bola di dalam permainan

Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila: ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan berada di dalam padang permainan. ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil ketika mereka berada di dalam padang permainan.

28

UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN Jaringan Gol Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undang-undang Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol.

Pasukan Menang Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri.

Peraturan-peraturan Pertandingan Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut, yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan Jaringan gol di tempat lawan Masa tambahan; Sepakan dari tanda penalti.

29

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID Kedudukan Ofsaid Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid. Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:

-Berada terlalu hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.

Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika: berada di kawasan padang permainannya sendiri berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir

Kesalahan Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan: mengganggu permainan atau mengganggu pemain pihak lawan atau memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu

Tiada Kesalahan Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari: sepakan gol lontaran ke dalam sepakan penjuru

Pelanggaran dan Hukuman Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.

30

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut:

Sepakan Percuma Terus Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh Pengadil sebagai cuai seperti:

menendang atau cuba menendang pemain lawan membentes atau cuba membentes pemain lawan menerjah ke pemain lawan merempuh pemain lawan memukul atau cuba memukul pemain lawan menolak pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut: memegang pemain lawan meludah pemain lawan memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya)

Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku.

31

Sepakan Penalti Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola itu berada di dalam permainan.

Sepakan Percuma Tidak Terus Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut: mengambil lebih dari enam saat semasa mengawal bola dengan tangannya sebelum melepaskan dari kawalannya. memegang bola semula dengan tangan setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain. menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh rakan kepadanya. memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.

Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada pendapat Pengadil:

bermain dengan cara yang berbahaya menyekat pergerakan pemain lawan menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.

Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku.

32

Tindakan Disiplin Kad kuning ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran Kad merah ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar. Hanya pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan saja boleh ditunjukkan kad merah dan ditunjukkan kad kuning. Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke padang permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat. Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Kesalahan-kesalahan Beramaran Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut: bersalah kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan membantah dengan perkataan atau perbuatan sentiasa melanggar Undang-undang Permainan melambat-lambat memulakan semula permainan gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru atau sepakan percuma atau lontaran ke dalam masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil

Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut: bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan membantah dengan perkataan atau perbuatan melambat-lambat memulakan semula permainan
33

Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar

Pemain diperintah keluar dan ditunjukkan kad merah jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut: bersalah kerana bermain dengan amat kasar. bersalah kerana berkelakuan ganas. meludah pemain lawan atau orang lain. menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri). menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalty. menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan/atau geraklaku. menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

Pemain yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.

34

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA Jenis-jenis Sepakan Percuma Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Sepakan Percuma Terus

Bola Masuk ke Gol jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan, gol dikira. jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.

Sepakan Percuma Tidak Terus

Isyarat Pengadil memberikan isyarat sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas. Dia mengekalkan kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari permainan.

Bola Masuk ke Gol Jaringan gol dikira hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol. Jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, sepakan gol diberi. jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.

35

Prosedur

Untuk kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik apabila dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain. Kedudukan Sepakan Percuma Sepakan Percuma Di Dalam Kawasan Penalti

Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan. semua pemain pihak lawan berada sekurang 9.15 m (10 ela) dari bola. semua pemain pihak lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan. bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi kawasan penalti. sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan itu.

Sepakan percuma tidak terus untuk pasukan menyerang: semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan, kecuali mereka berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gol bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak sepakan percuma tidak terus yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol, ditempat yang paling hampir di mana kesalahan berlaku.

36

Sepakan Percuma Di Luar Kawasan Penalti semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan. bola dikira di dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku atau di tempat bola berada apabila kesalahan berlaku (mengikut kesalahan)

Pelanggaran dan Hukuman

Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada hampir dengan bola dari jarak yang dikehendaki: sepakan dibuat semula

Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam kawasan penaltinya, bola tidak disepak terus ke dalam permainan: sepakan dibuat semula

Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum bola dimainkan oleh pemain lain. sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan sengaja memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh oleh pemain lain sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku. sepakan penalti diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak. Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol

37

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola itu kali kedua (kecuali dengan tangannya), sebelum bola disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol dengan sengaja memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku. sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.

38

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.

Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan.

Posisi Bola dan Pemain-pemain

Bola: mesti diletakkan di tanda penalti.

Pemain yang membuat sepakan penalti: mesti dikenal pasti

Penjaga gol bertahan: mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak, di antara tiang-tiang gol sehingga bola disepak

Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti: di dalam padang permainan di luar kawasan penalti di belakang tanda penalti sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti

39

Prosedur Pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat setelah semua pemain berada di tempat menurut Undang-undang Pemain yang membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan dia mesti tidak memainkan bola kali kedua sehingga bola disentuh oleh pemain lain bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan

Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol: bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol

Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan

40

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.

Prosedur Semasa melontar bola ke dalam, pelontar: menghadap ke padang permainan sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi menggunakan kedua-dua tangannya melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya melontar dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu.

Semua pemain lawan mesti berada tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat.

Bola dikira di dalam permainan sebaik saja ia masuk ke dalam padang permainan. Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah disentuh oleh pemain lain.

41

UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap gol pasukan lawan.

Prosedur Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pasukan bertahan Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya disentuh oleh pemain lain Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi kawasan penalti

Pelanggaran dan Hukuman

Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti: sepakan dibuat semula

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu.
42

UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan.

Sepakan penjuru diberi apabila keseluruhan bola, yang akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap gol pasukan lawan.

Prosedur Bola mesti diletakkan di dalam lengkuk penjuru pada tiang bendera penjuru terdekat. Bendera penjuru mesti tidak boleh dialihkan Semua pemain lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola berada di dalam permainan Bola mesti disepak oleh pemain pasukan menyerang Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak Penyepak mesti tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya telah disentuh oleh pemain lain

43

Pelanggaran dan Hukuman

Sepakan

penjuru

yang

dibuat

oleh

pemain

selain

daripada

penjaga

gol

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu

44

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari tanda penalti adalah cara-cara untuk menentukan pasukan pemenang di mana peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berakhir dengan seri.

Jaringan Gol Di Tempat Lawan Peraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika jaringan gol adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang dijaringkan di padang pasukan lawan akan dikira berganda.

Masa Tambahan Peraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian tempoh masa yang sama, tiaptiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan. Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah dipatuhi.

45

Sepakan Dari Tanda Penalti

Prosedur Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat. Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama atau sepakan kedua. Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat. Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan. Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu. Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika kedua-duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan dari tanda penalti itu tidak perlu diteruskan. Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan, sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah jumlah sepakan yang sama dibuat. Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan. Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam padang permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika ada, dibenarkan membuat sepakan dari tanda penalti itu. Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua.

46

Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat. Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat. Semua pemain mestilah berada di dalam bulatan tengah padang kecuali, pemain yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol. Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti.

Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah dikuatkuasakan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat.

Apabila suatu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang lebih dari pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestilah memberitahu Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan.

Sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat Pengadil hendaklah memastikan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang dikehendaki membuat sepakan.

47

KAWASAN TEKNIKAL

Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan yang lain, seperti saiz dan lokasinya, dan nota-nota berikut dikeluarkan untuk panduan am. Kawasan teknikal menganjur keluar 1 meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat duduk khas dan menganjur ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari garisan tepi. Adalah digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini. Bilangan orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal dinyatakan di dalam peraturan pertandingan. Mereka yang berada di dalam kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum permulaan perlawanan selaras dengan peraturan pertandingan. Hanya seorang saja pada satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan taktik dan dia mestilah kembali ke tempatnya selepas memberi arahan tersebut. Jurulatih dan pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan kawasan teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau doktor memasuki padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk menilai kecederaan pemain. Jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal mestilah berkelakuan penuh tanggungjawab.

PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL SIMPANAN


48

Pegawai Keempat boleh dilantik di bawah peraturan pertandingan dan menjalankan tugas jika salah seorang daripada tiga pegawai perlawanan tidak dapat meneruskan tugasnya, kecuali seorang penolong pengadil simpanan dilantik. Dia akan membantu Pengadil pada setiap masa.

Sebelum pertandingan dimulakan, pengelola akan menyatakan dengan jelasnya, jika Pengadil tidak dapat meneruskan tugasnya, sama ada Pegawai Keempat mengambil alih tugas sebagai Pengadil perlawanan atau sama ada Penolong Pengadil Kanan mengambil alih sebagai Pengadil dengan Pegawai Keempat menjadi Penolong Pengadil.

Pegawai Keempat membantu tugas-tugas pentadbiran sebelum, semasa dan selepas perlawanan seperti yang dikehendaki oleh Pengadil. Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan prosedur penggantian semasa

perlawanan. Dia mempunyai kuasa untuk memeriksa peralatan pemain gantian sebelum mereka masuk ke dalam padang permainan. Jika peralatan mereka tidak mematuhi kehendak Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu Pengadil. Dia menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu ditukarkan semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan Pengadil, dengan itu mengurangkan kelewatan dengan kadar minimum. Dia mesti memberi petunjuk kepada Pengadil jika ada pemain yang tersalah diberi amaran kerana tersilap indentiti, atau apabila pemain tidak diperintah keluar setelah kelihatan diberi kad kuning kedua, atau apabila kelakuan ganas berlaku di luar penglihatan Pengadil dan Penolong Pengadil. Walau bagaimanapun Pengadil masih berkuasa untuk membuat keputusan di atas semua maklumat yang berkaitan dengan permainan. Selepas perlawanan, Pegawai Keempat mesti mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang sebarang salahlaku atau insiden lain yang Pengadil dan Penolong Pengadil tidak melihatnya. Pegawai Keempat mestilah menasihat Pengadil dan Penolong-penolongnya tentang sebarang laporan yang dibuat. Dia mempunyai kuasa untuk memberitahu Pengadil sebarang kelakuan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana penghuni kawasan teknikal.
49

Seorang penolong pengadil simpanan boleh juga dilantik di bawah peraturan pertandingan. Tugasnya hanya untuk mengambil alih tugas penolong pengadil yang tidak dapat meneruskan tugasnya atau untuk mengganti pegawai keempat, seperti diperlukan.

RUJUKAN

50

http://pengadilfam.blogspot.com/2009/01/angle-of-view.html http://wikipedia.org/wiki/undang-undang_bola_sepak http://ms.wikipedia.org/wiki/Peraturan_Perlawanan_%28bola_sepak%29 http://www.slideshare.net/gtabbas/topik-1-bola-sepak http://www.harimaumalaya.com/forum/index.php?/topic/417-perbezaan-undang-undang-futsalfifa-dan-amf/ http://en.wikipedia.org/wiki/Offside_%28association_football%29

REFLEKSI

Assalamualaikum,

51

Dalam ruangan refleksi ini,ingin saya berkongsi akan masalah atau kesulitan yang telah saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Antara masalah yang saya hadapi ialah kekurangan bahan-bahan rujukan bagi menyiapkan kerja kursus ini.Saya telah mencari segala bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan Institut Perguruan Kota Bharu,namun maklumat atau rujukan yang saya dapat masih lagi tidak mencukupi kerana guru pelatih yang lain juga sibuk menyiapkan tugasan yang sama seperti saya. Melalui gerko bola sepak ini,saya telah mendapat pelbagai manfaat yang cukup berharga untuk diri saya sebagai bakal seorang guru. Segala ilmu terutamanya dalam bidang pengurusan telah saya pelajari. InsyaALLAH segala ilmu ini akan saya manfaatkan apabila bergelak nsebagai seorang guru kelak. Alhamdulillah,dengan berkat kesabaran dan kesungguhan yang dizahirkan,dapat juga saya menyiapkan folio yang telah diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini,ingi saya mengukapkan ribuan terima kasih kepada individu yang turut menghulurkan kerjasama samada secara langsung ataupun tidak langsung.. Sekian,terima kasih.

52

53

Anda mungkin juga menyukai