Anda di halaman 1dari 99

UNDANG-UNDANG 1 PADANG PERMAINAN

Permukaan Padang Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan. Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau. Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak FIFA Quality Concept for Artificial Turf atau International Artificial Turf Standard kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA. Tanda-tanda Padang Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisangarisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi. Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya. Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya. Ukuran Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela) maksimum 90m (100 ela) Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Perlawanan Antarabangsa Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela) Lebar: minimum 64m (70 ela) maksimum 75m (80 ela) Kawasan Gol Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol. Kawasan Penalti Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti. Tiang Bendera Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi. Lengkok Penjuru Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

Tiang dan Palang Gol

Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki). Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol. Tiang dan palang gol mesti berwarna putih. Keselamatan Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah. Gol-gol jenis boleh ubah dibenar digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.

Padang Permainan

Bendera Penjuru

Ukuran Metrik

Ukuran Imperial

THE FIELD OF PLAY PADANG PERMAINAN GOAL LINE GARISAN GOl GOAL AREA KAWASAN GOL PENALTY MARK TANDA PENALTI PENALTY AREA KAWASAN PENALTI PENALTY ARC LENGKUK PENALTI HALFWAY LINE GARISAN TENGAH TOUCH LINE GARISAN TEPI CENTRE MARK PUSAT PADANG CORNER FLAG POST TIANG BENDERA PENJURU CORNER ARC LENGKUK PENJURU FLAG POST OPTIONAL TIANG BENDERA TIDAK WAJIB COMPULSORY WAJIB Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa Keputusan 1 Di mana kawasan teknikal diwujudkan, ianya mesti memenuhi kehendak yang diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa yang terkandung dalam publikasi ini.

UNDANG-UNDANG 2 BOLA

Kualiti dan Ukuran Bola berbentuk sfera diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang sesuai lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak kurang dari 68 cm (27 inci) beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan. tekanan udara bersamaan dengan 0.6 1.1 atmosfera (600 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 15.6 paun/in2). Penggantian Bola yang Rosak Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan: perlawanan diberhentikan perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang 8-Keadaan Tertentu). Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam: perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya. Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa Keputusan 1 Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawlan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut: Logo the official FIFA APPROVED Logo the offi cial FIFA INSPECTED Logo the INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD

Logo sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji dengan rasminya dan didapati memenuhi keperluan spesifikasi teknikal, perbezaan setiap logo dan tambahan kepada ketetapan minimum yang dinyatakan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan khusus kepda setiap logo mestilah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa. Institusi yang menjalankan ujian adalah tertakluk kepada kelulusan FIFA. Pertandingan ahli-ahli gabungan juga boleh menetapkan kegunaan bola yang mempunyai manamana satu dari tiga logo ini. Keputusan 2 Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.

UNDANG-UNDANG 3 BILANGAN PEMAIN


Pemain-pemain Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain. Perlawanan-perlawanan Rasmi Sehingga maksimum tiga pengganti boleh digunakan di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan. Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum tujuh. Perlawanan-perlawanan Lain Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum enam pengganti boleh digunakan. Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar boleh digunakan dengan syarat: Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang bilangan maksimumnya; Pengadil diberitahu sebelum perlawanan Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan. Semua Perlawanan Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.

Prosedur Penggantian Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi: pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat. pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari Pengadil. pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan. penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan. dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain. seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya. semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak.

Pertukaran Penjaga Gol Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat: pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat. pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan. Kesalahan-kesalahan dan Hukuman Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil: permainan diberhentikan (walaupun permainan tidak diberhentikan dengan segera, jika pengganti tidak mengganggu permainan) pengadil berikan amaran kepada kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan dia keluar dari padang. jika pengadil telah memberhentikan permainan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undangundang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran Pengadil sebelum pertukaran dibuat: permainan diteruskan. pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning sebaik saja bola di luar permainan. Untuk kesalahan-kesalahan lain: pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning. permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan. Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.

UNDANG-UNDANG 4 ALATAN PEMAIN


Keselamatan Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk apa jua barang kemas). Peralatan Asas Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah: jersi atau baju berlengan Jika pakaian dalaman digunakan, warna lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi atau baju. seluar pendek jika seluar pendek thermal digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya. stokin shinguard alas kaki Shinguard dilitupi keseluruhannya oleh stokin. dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah. Warna Kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan pasukannya dan juga Pengadil dan Penolong Pengadil. setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemainpemain lain, Pengadil dan Penolong Pengadil. Kesalahan-kesalahan dan Hukuman Untuk Pelanggaran Undang-undang ini: permainan tidak perlu diberhentikan.

pemain yang bersalah diarah keluar oleh Pengadil untuk membetulkan peralatannya. pemain tersebut perlu keluar padang sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu. pemain yang dikehendaki keluar padang untuk membetulkan peralatannya tidak dibenarkan masuk semula tanpa kebenaran Pengadil. pengadil akan memeriksa peralatan pemain sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang. pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar permainan. Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula) padang tanpa kebenaran Pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning. Memulakan Semula Permainan Jika permainan diberhentikan oleh Pengadil untuk memberi amaran: perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa Pengadil memberhentikan permainan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa Keputusan 1 Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang mengandungi slogan atau pengiklanan. Peralatan asas yang wajib mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik, agama atau peribadi. Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan. Pasukan pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya mengandungi kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan atau FIFA.

UNDANG-UNDANG 5 PENGADIL
Kuasa Pengadil Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang berkuasa penuh untuk menguatkuasa Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan. Kuasa dan Tugas Pengadil: menguatkuasakan Undang-undang Permainan mengawal perlawanan dengan kerjasama Penolong-penolong Pengadil dan di mana berkaitan dengan Pegawai Keempat. memastikan mana-mana bola yang digunakan memenuhi syarat-syarat Undang-undang 2. memastikan peralatan pemain memenuhi syarat-syarat Undang-undang 4. bertindak sebagai penjaga masa dan membuat catatan perlawanan. mempunyai budi bicara untuk memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan untuk sebarang pelanggaran Undang-undang. memberhenti, menangguh atau menamatkan perlawanan kerana sebarang bentuk gangguan luar. berhentikan perlawanan jika pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan ianya dikeluarkan dari padang permainan. meneruskan permainan sehingga bola di luar permainan, jika pada pendapatnya seorang pemain itu hanya cedera ringan. memastikan pemain yang luka berdarah dikeluarkan dari padang permainan. Pemain tersebut hanya boleh kembali, setelah menerima isyarat dari Pengadil yang mesti berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti. meneruskan permainan apabila pasukan yang mana kesalahan dilakukan ke atasnya akan memperolehi advantej dari situasi itu dan hukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan tidak diperolehi pada masa itu. menghukum kesalahan yang lebih berat apabila pemain melakukan lebih dari satu kesalahan pada masa yang sama. mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kerana kesalahan beramaran dan perintah keluar.

Dia tidak perlu mengambil tindakan ini serta merta tetapi mesti berbuat demikian sebaik saja bola di luar permainan. mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan tidak bertanggungjawab dan mengikut budi bicaranya, menyingkirkan mereka dari padang permainan dan kawasan sekitarnya. bertindak atas nasihat Penolong-penolong Pengadil terhadap insiden yang tidak dilihatnya. jangan membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke padang permainan. mulakan semula permainan setelah ianya diberhentikan. mengemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan laporan perlawanan yang mengandungi maklumat tentang tindakan disiplin diambil ke atas pemain, dan/atau pegawai pasukan dan insiden lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas perlawanan. Keputusan Pengadil Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pengadil tentang fakta yang berkaitan dengan permainan adalah muktamad. Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu. Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa Keputusan 1 Seorang Pengadil (atau jika berkaitan, Penolong Pengadil atau Pegawai Keempat) tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana: sebarang kecederaan ke atas seseorang pemain, pegawai atau penonton sebarang kerosakan ke atas harta benda sebarang kerugian yang dialami oleh individu, kelab, syarikat, persatuan atau badan serupa, kerana atau mungkin kerana keputusan yang dibuatnya berkaitan dengan Undang-undang Permainan atau mengikut prosedur biasa yang dikehendaki dijalankan, dimainkan atau bagi pengawalan sesuatu perlawanan. Keputusan ini meliputi: keputusan tentang keadaan padang permainan, kawasan sekitarnya atau keadaan cuaca yang boleh atau tidak membolehkan sesuatu perlawanan itu dijalankan. keputusan untuk membatalkan sesuatu perlawanan dengan apa jua sebab.

keputusan berkaitan keadaan kelengkapan atau alat-alat yang digunakan semasa perlawanan termasuk tiang-tiang gol, palang gol, tiang penjuru atau juga bola. keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan kerana gangguan penonton atau sebarang masalah di dalam kawasan penonton. keputusan untuk memberhentikan atau tidak memberhentikan permainan untuk membenarkan pemain cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan. keputusan untuk memohon atau menggesa supaya pemain yang cedera dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan. keputusan untuk membenarkan atau tidak membenarkan seorang pemain memakai kelengkapan atau alat tertentu keputusan (selagi itu menjadi tanggungjawabnya) untuk membenarkan atau tidak membenarkan sesiapa jua (termasuk pasukan atau pegawai-pegawai stadium, pegawai-pegawai keselamatan, juru-juru gambar atau wakil-wakil media) hadir di persekitaran kawasan padang permainan. sebarang keputusan lain yang akan dibuatnya mengikut Undang-undang Permainan atau dalam menjalankan tugasnya untuk mematuhi syarat-syarat FIFA, Konfederasi Persatuan Kebangsaan atau Liga atau Peraturan-peraturan di bawah mana perlawanan itu dimainkan. Keputusan 2 Untuk kejohanan atau pertandingan di mana seorang Pegawai Keempat dilantik, peranan dan tugasnya mestilah mematuhi garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa, yang terkandung di dalam publikasi ini.

UNDANG-UNDANG 6 PENOLONG PENGADIL


Tugas-tugas Dua Penolong Pengadil dilantik di mana tugas mereka tertakluk kepada keputusan Pengadil, ialah untuk memberi isyarat: Apabila keseluruhan bola telah keluar dari padang permainan. Pasukan mana yang berhak untuk sepakan penjuru, sepakan gol atau lontaran ke dalam. Apabila seorang pemain boleh dihukum kerana berada di kedudukan ofsaid. Apabila ada permintaan untuk penggantian. Apabila ada salahlaku atau insiden lain di luar penglihatan Pengadil. Apabila kesalahan dilakukan di mana Penolong Pengadil lebih hampir dengan insiden dari Pengadil (ini termasuk, dalam keadaan-keadaan tertentu, kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam kawasan penalti). Semasa sepakan penalti, sama ada, penjaga gol telah bergerak ke hadapan sebelum bola disepak dan jika bola telah melintasi garisan itu. Bantuan Penolong-penolong Pengadil juga membantu Pengadil mengawal perlawanan mengikut Undangundang Permainan. Terutama sekali mereka boleh masuk ke padang permainan untuk menolong mengawal jarak 9.15 meter. Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya Pengadil boleh melucutkan Penolong Pengadil itu dari tugasnya dan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

UNDANG-UNDANG 7 JANGKAMASA PERMAINAN

Tempoh Permainan Perlawanan hendaklah mengandungi dua bahagian tempoh masa yang sama iaitu 45 minit, kecuali jika ada persetujuan bersama di antara Pengadil dan kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian. Sebarang persetujuan untuk mengubah tempoh masa permainan (contohnya untuk mengurangkan setiap bahagian kepada 40 minit kerana kekurangan cahaya) mestilah dibuat sebelum permulaan permainan dan mestilah mematuhi Peraturan Pertandingan. Rehat Separuh Masa Pemain berhak untuk masa rehat pada separuh masa. Masa rehat separuh masa mesti tidak melebihi 15 minit. Peraturan Pertandingan mestilah menyatakan jangkamasa rehat separuh masa. Tempoh masa rehat boleh diubah hanya dengan persetujuan Pengadil. Peruntukan Masa Terbuang Peruntukan hendaklah dibuat pada setiap separuh masa untuk jumlah masa yang terbuang melalui: penggantian menilai kecederaan pemain mengeluarkan pemain cedera dari padang permainan untuk rawatan membuang masa sebab-sebab lain Peruntukan masa terbuang adalah di bawah budi bicara Pengadil.

Sepakan Penalti Jika sesuatu sepakan penalti perlu dibuat atau dibuat semula, jangkamasa permainan bagi tiaptiap separuh bahagian adalah dilanjutkan sehingga sepakan penalti itu disempurnakan. Pembatalan Perlawanan Perlawanan yang dibatalkan akan dimainkan semula kecuali Peraturan Pertandingan menyatakan sebaliknya.

UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN


Pra Perlawanan Lentingan syiling dilakukan dan pasukan yang menang lentingan itu memilih bahagian gol yang akan diserang pada separuh masa pertama. Pasukan lawannya akan membuat sepak mula untuk permulaan perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling akan membuat sepak mula bagi permulaan bahagian kedua perlawanan. Pada separuh masa kedua perlawanan, pasukan-pasukan akan bertukar tempat untuk menyerang gol yang bertentangan. Sepak Mula Sepak mula ialah suatu cara untuk permulaan atau memulakan semula permainan. pada permulaan perlawanan selepas gol dijaringkan pada permulaan separuh masa kedua pada permulaan setiap separuh masa dalam masa tambahan (jika berkaitan) Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. Prosedur semua pemain berada di dalam kawasannya sendiri. pihak lawan kepada pasukan yang membuat sepak mula berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga ia berada di dalam permainan. bola diletak tidak bergerak di tanda tengah. Pengadil memberi isyarat. bola dikira dalam permainan sebaik saja ia disepak dan bergerak ke hadapan. penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.

Selepas sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula akan dibuat oleh pihak lawannya. Kesalahan-kesalahan dan Hukuman Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus diberi kepada pihak lawan yang dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Untuk kesalahan-kesalahan lain dalam prosedur sepak mula: sepak mula dibuat semula Jatuhan Bola Jatuhan bola adalah cara untuk memulakan semula permainan selepas pemberhentian sementara diperlukan, semasa bola di dalam permainan, untuk apa jua sebab yang tidak disebut di manamana bahagian Undang-undang Permainan.

Prosedur Pengadil membuat jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan kecuali jika permainan diberhentikan sementara di dalam kawasan gol, jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan. Permainan dimulakan semula sebaik saja bola mencecah tanah. Kesalahan dan Hukuman Bola dijatuhkan semula jika;

disentuh oleh pemain sebelum ia mencecah tanah terkeluar dari padang permainan setelah ia mencecah tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana pemain.

UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN

Bola di luar permainan Bola berada di luar permainan apabila: keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara. permainan telah diberhentikan oleh Pengadil. Bola di dalam permainan Bola sentiasa berada di dalam permainan, termasuk apabila: ia melantun dari tiang gol, palang gol atau tiang bendera penjuru dan berada di dalam padang permainan. ia melantun dari pengadil atau penolong pengadil ketika mereka berada di dalam padang permainan.

UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN

Jaringan Gol Gol dijaringkan apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol, di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada pelanggaran Undang-undang Permainan dilakukan sebelum itu oleh pasukan yang menjaringkan gol. Pasukan Menang Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih semasa perlawanan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama, atau jika tiada gol dijaringkan, perlawanan dikira seri. Peraturan-peraturan Pertandingan Apabila peraturan-peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berkeputusan seri, hanya prosedur berikut, yang telah diluluskan oleh Lembaga P.B. Antarabangsa, dibenarkan Jaringan gol di tempat lawan Masa tambahan; Sepakan dari tanda penalti.

UNDANG-UNDANG 11 OFSAID

Kedudukan Ofsaid Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid. Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika: dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir. Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika: dia berada di kawasan padang permainannya sendiri atau dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir Kesalahan Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan: mengganggu permainan atau mengganggu pemain pihak lawan atau memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu Tiada Kesalahan Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari: sepakan gol lontaran ke dalam sepakan penjuru Pelanggaran dan Hukuman Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma)

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN

Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut: Sepakan Percuma Terus Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut dengan cara yang dianggap oleh Pengadil sebagai cuai, gegabah atau melibatkan daya yang berlebihan: menendang atau cuba menendang pemain lawan membentes atau cuba membentes pemain lawan menerjah ke pemain lawan merempuh pemain lawan memukul atau cuba memukul pemain lawan menolak pemain lawan menakel pemain lawan Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut: memegang pemain lawan meludah pemain lawan memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya) Sepakan percuma terus dibuat di mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) Sepakan Penalti Sepakan penalti diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola itu berada di dalam permainan. Sepakan Percuma Tidak Terus Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut: mengambil lebih dari enam saat semasa mengawal bola dengan tangannya sebelum melepaskan dari kawalannya.

memegang bola semula dengan tangan setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain. menyentuh bola dengan tangan setelah ia dengan sengaja disepak oleh rakan kepadanya. memegang bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya. Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada pendapat Pengadil: bermain dengan cara yang berbahaya menyekat pergerakan pemain lawan menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam Undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain. Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) Tindakan Disiplin Kad kuning ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran Kad merah ditunjukkan kepada pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar. Hanya pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan saja boleh ditunjukkan kad merah dan ditunjukkan kad kuning. Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin, dari ketika ia masuk ke padang permainan hingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Kesalahan-kesalahan Beramaran Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut: bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan

membantah dengan perkataan atau perbuatan sentiasa melanggar Undang-undang Permainan melambat-lambat memulakan semula permainan gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru atau sepakan percuma atau lontaran ke dalam masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil . dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil Pengganti atau pemain yang telah digantikan diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut: bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan membantah dengan perkataan atau perbuatan melambat-lambat memulakan semula permainan Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar Pemain diperintah keluar dan ditunjukkan kad merah jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut: bersalah kerana bermain dengan amat kasar bersalah kerana berkelakuan ganas meludah pemain lawan atau orang lain menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri) menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang menuju ke arah gol lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat dan/atau geraklaku. menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.

Pemain yang diperintah keluar mestilah meninggalkan persekitaran padang permainan dan kawasan teknikal.

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA

Jenis-jenis Sepakan Percuma Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Sepakan Percuma Terus Bola Masuk ke Gol jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan, gol dikira. jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan. Sepakan Percuma Tidak Terus Isyarat Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas. Dia mengekalkan kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari permainan. Bola Masuk ke Gol Jaringan gol dikira hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol. jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, sepakan gol diberi jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan. Prosedur Untuk kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik apabila dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola untuk kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain. Kedudukan Sepakan Percuma Sepakan Percuma Di Dalam Kawasan Penalti Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan. semua pemain pihak lawan berada sekurang 9.15 m (10 ela) dari bola semua pemain pihak lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan. bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi kawasan penalti sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari mana-mana tempat di

dalam kawasan itu. Sepakan percuma tidak terus untuk pasukan menyerang: semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan, kecuali mereka berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gol bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak sepakan percuma tidak terus yang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol, ditempat yang paling hampir di mana kesalahan berlaku. Sepakan Percuma Di Luar Kawasan Penalti semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan. bola dikira di dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku atau di tempat bola berada apabila kesalahan berlaku (mengikut kesalahan) Pelanggaran dan Hukuman Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada hampir dengan bola dari jarak yang dikehendaki: sepakan dibuat semula Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam kawasan penaltinya, bola tidak disepak terus ke dalam permainan: sepakan dibuat semula Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum bola dimainkan oleh pemain lain. sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan sengaja memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh oleh pemain lain sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak.

Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola itu kali kedua (kecuali dengan tangannya), sebelum bola disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol dengan sengaja memegang bola itu dengan tangannya sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan ). sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan ).

UNDANG-UNDANG 14 SEPAKAN PENALTI

Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti. Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan. Posisi Bola dan Pemain-pemain Bola: mesti diletakkan di tanda penalti Pemain yang membuat sepakan penalti: mesti dikenal pasti Penjaga gol bertahan: mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak, di antara tiang-tiang gol sehingga bola disepak Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti: di dalam padang permainan di luar kawasan penalti di belakang tanda penalti sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti Prosedur Pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat setelah semua pemain berada di tempat menurut Undang-undang Pemain yang membuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan dia mesti tidak memainkan bola kali kedua sehingga bola disentuh oleh pemain lain bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan di bawah palang gol:

bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan Pelanggaran dan Hukuman Jika pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan sebelum bola berada di dalam permainan, salah satu dari situasi berikut berlaku: pemain yang membuat sepakan penalti melanggar Undang-undang Permainan: pengadil membenarkan sepakan diteruskan jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat di mana kesalahan berlaku. penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan: pengadil membenarkan sepakan diteruskan jika bola masuk ke dalam gol, jaringan dibenarkan jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula rakan pemain yang membuat sepakan melanggar Undang-undang Permainan: pengadil membenarkan sepakan diteruskan jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan. jika bola melantun dari penjaga gol, palang atau tiang gol dan disentuh oleh pemain ini, Pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula perlawanan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat di mana kesalahan berlaku. rakan penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan: pengadil membenarkan sepakan diteruskan jika bola masuk ke dalam gol, jaringan dibenarkan jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula

seorang pemain dari kedua-dua pasukan menyerang dan yang bertahan melanggar Undangundang Permainan: sepakan dibuat semula Jika, selepas sepakan penalti dibuat: penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum bola disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan: sepakan dibuat semula Bola melantun ke dalam padang permainan dari penjaga gol, palang gol atau tiang-tiang gol dan kemudiannya disentuh oleh anasir luar: pengadil berhentikan permainan permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat bola disentuh anasir luar kecuali jika ianya disentuh dalam kawasan gol, maka jatuhan bola hendaklah dibuat di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM

Lontaran ke dalam adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam. Prosedur Semasa melontar bola ke dalam, pelontar: menghadap ke padang permainan sebahagian dari kakinya berada di atas garisan tepi atau di luar garisan tepi menggunakan kedua-dua tangannya melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya melontar dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi itu Semua pemain lawan mesti berada tidak kurang 2 m (2 ela) dari tempat di mana lontaran ke dalam itu dibuat. Bola dikira di dalam permainan sebaik saja ia masuk ke dalam padang permainan. Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah disentuh oleh pemain lain.

Pelanggaran dan Hukuman Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti pelontar itu. Lontaran ke dalam oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undangundang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil cuba mengganggu tumpuan atau menghalang pelontar: dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan dan ditunjuk kad kuning. Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini: lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan

UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL

Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap gol pasukan lawan. Prosedur Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain pasukan bertahan Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada di dalam permainan Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya disentuh oleh pemain lain Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi kawasan penalti Pelanggaran dan Hukuman Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti: sepakan dibuat semula Sepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu. Sepakan gol yang dibuat oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola sebelum ianya

disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undangundang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol itu, sepakan dibuat di tempat kesalahan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini: sepakan dibuat semula

UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU

Sepakan penjuru adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepakan penjuru diberi apabila keseluruhan bola, yang akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap gol pasukan lawan. Prosedur Bola mesti diletakkan di dalam lengkuk penjuru pada tiang bendera penjuru terdekat Bendera penjuru mesti tidak boleh dialihkan Semua pemain lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola berada di dalam permainan Bola mesti disepak oleh pemain pasukan menyerang Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak dan bergerak Penyepak mesti tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya telah disentuh oleh pemain lain

Pelanggaran dan Hukuman Sepakan penjuru yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu Sepakan penjuru yang dibuat oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu dan sepakan dibuat di tempat kesalahan itu (rujuk Undangundang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan dibuat di tempat kesalahan itu (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini: sepakan dibuat semula

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG SESUATU PERLAWANAN

Jaringan gol di tempat lawan, masa tambahan dan membuat sepakan dari tanda penalti adalah cara-cara untuk menentukan pasukan pemenang di mana peraturan pertandingan berkehendakkan sesuatu pasukan itu sebagai pemenang setelah perlawanan berakhir dengan seri. Jaringan Gol Di Tempat Lawan Peraturan pertandingan boleh membuat peruntukan di mana pasukan-pasukan bermain sesama sendiri di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan jika jaringan gol adalah sama selepas perlawanan kedua, maka gol yang dijaringkan di padang pasukan lawan akan dikira berganda. Masa Tambahan Peraturan pertandingan boleh menentukan lanjutan dua bahagian tempoh masa yang sama, tiaptiap sebahagian tidak melebihi 15 minit untuk dimainkan. Syarat-syarat Undang-undang 8 hendaklah dipatuhi. Sepakan Dari Tanda Penalti Prosedur Pengadil memilih gol untuk sepakan dibuat. Pengadil membuat lentingan syiling dan pasukan yang Ketua Pasukannya menang lentingan akan menentukan sama ada untuk membuat sepakan pertama atau sepakan kedua. Pengadil membuat catatan berkaitan sepakan-sepakan yang dibuat. Tertakluk kepada keadaan-keadaan yang diterangkan di bawah, kedua-dua pasukan akan membuat lima sepakan. Sepakan dibuat berselang-ganti oleh pasukan-pasukan itu. Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, satu pasukan telah memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawannya walaupun jika kedua-duanya menyempurnakan bilangan lima sepakan itu, maka sepakan dari tanda penalti itu tidak perlu diteruskan. Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, jaringan oleh kedua-dua pasukan itu adalah sama atau belum membuat jaringan, sepakan adalah diteruskan mengikut urutan yang sama sehingga salah satu pasukan memperolehi lebih jaringan daripada pasukan lawan setelah jumlah sepakan yang sama dibuat. Penjaga gol yang cedera semasa sepakan dari tanda penalti dibuat dan tidak berupaya untuk meneruskan tugasnya sebagai penjaga gol boleh digantikan oleh pengganti yang dinamakan dengan syarat pasukannya belum membuat bilangan maksimum penggantian yang dibenarkan mengikut peraturan pertandingan. Kecuali apa yang dinyatakan di atas, hanya pemain yang berada di dalam padang permainan pada tamat perlawanan, termasuk masa tambahan jika ada, dibenarkan membuat sepakan dari

tanda penalti itu. Tiap-tiap sepakan adalah dibuat oleh pemain berlainan dan semua pemain yang layak mestilah membuat sepakan sebelum mana-mana pemain dibenarkan membuat sepakan kedua. Mana-mana pemain yang layak boleh bertukar tempat dengan penjaga gol pada bila-bila masa semasa sepakan dari tanda penalti dibuat. Hanya pemain-pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan dibenarkan berada di atas padang permainan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat. Semua pemain mestilah berada di dalam bulatan tengah padang kecuali, pemain yang sedang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol. Penjaga gol yang sepasukan dengan penyepak mesti berada di dalam padang permainan, di luar kawasan penalti di mana sepakan dibuat, atas garisan gol yang bertemu dengan garisan sempadan kawasan penalti. Kecuali dinyatakan sebaliknya, Undang-undang Permainan yang berkenaan dan keputusankeputusan Lembaga P.B. Antarabangsa adalah dikuatkuasakan semasa sepakan dari tanda penalti dibuat. Apabila suatu pasukan menamatkan perlawanan dengan bilangan pemain yang lebih dari pasukan lawannya, mereka mestiah mengurangkan bilangan pemainnya untuk menyamai pasukan lawan dan ketua pasukan mestilah memberitahu Pengadil nama dan nombor pemain yang dikeluarkan. Sebelum sepakan dari tanda penalti dibuat Pengadil hendaklah memastikan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pemain yang sama berada di dalam kawasan bulatan tengah dan mereka sajalah yang dikehendaki membuat sepakan.

KAWASAN TEKNIKAL

Kawasan teknikal boleh berbeza di antara satu stadium dengan yang lain, seperti saiz dan lokasinya, dan nota-nota berikut dikeluarkan untuk panduan am. Kawasan teknikal menganjur keluar 1 meter (1 ela) dari tiap-tiap sisi tempat duduk khas dan menganjur ke hadapan sehingga 1 meter (1 ela) dari garisan tepi. Adalah digalakkan tanda-tanda dibuat bagi menentukan kawasan ini. Bilangan orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal dinyatakan di dalam peraturan pertandingan. Mereka yang berada di dalam kawasan teknikal ini dikenal pasti sebelum permulaan perlawanan selaras dengan peraturan pertandingan. Hanya seorang saja pada satu-satu masa dibenar menyampaikan arahan taktik dan dia mestilah kembali ke tempatnya selepas memberi arahan tersebut. Jurulatih dan pegawai-pegawai lain mestilah berada di dalam sempadan kawasan teknikal kecuali dalam keadaan tertentu seperti fisioterapi atau doktor memasuki padang permainan dengan kebenaran pengadil untuk menilai kecederaan pemain. Jurulatih dan mereka yang berada di dalam kawasan teknikal mestilah berkelakuan penuh tanggungjawab.

PEGAWAI KEEMPAT DAN PENOLONG PENGADIL SIMPANAN

Pegawai Keempat boleh dilantik di bawah peraturan pertandingan dan menjalankan tugas jika salah seorang daripada tiga pegawai perlawanan tidak dapat meneruskan tugasnya, kecuali seorang penolong pengadil simpanan dilantik. Dia akan membantu Pengadil pada setiap masa. Sebelum pertandingan dimulakan, pengelola akan menyatakan dengan jelasnya, jika Pengadil tidak dapat meneruskan tugasnya, sama ada Pegawai Keempat mengambil alih tugas sebagai Pengadil perlawanan atau sama ada Penolong Pengadil Kanan mengambil alih sebagai Pengadil dengan Pegawai Keempat menjadi Penolong Pengadil. Pegawai Keempat membantu tugas-tugas pentadbiran sebelum, semasa dan selepas perlawanan seperti yang dikehendaki oleh Pengadil. Dia bertanggungjawab menolong melaksanakan prosedur penggantian semasa perlawanan. Dia mempunyai kuasa untuk memeriksa peralatan pemain gantian sebelum mereka masuk ke dalam padang permainan. Jika peralatan mereka tidak mematuhi kehendak Undang-undang Permainan, dia akan memberitahu Pengadil. Dia menyelia pertukaran bola apabila perlu. Jika bola perlawanan perlu ditukarkan semasa perlawanan, dia menyediakan bola lain atas arahan Pengadil, dengan itu mengurangkan kelewatan dengan kadar minimum. Dia mesti memberi petunjuk kepada Pengadil jika ada pemain yang tersalah diberi amaran kerana tersilap indentiti, atau apabila pemain tidak diperintah keluar setelah kelihatan diberi kad kuning kedua, atau apabila kelakuan ganas berlaku di luar penglihatan Pengadil dan Penolong Pengadil. Walau bagaimanapun Pengadil masih berkuasa untuk membuat keputusan di atas semua maklumat yang berkaitan dengan permainan. Selepas perlawanan, Pegawai Keempat mesti mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tentang sebarang salahlaku atau insiden lain yang Pengadil dan Penolong Pengadil tidak melihatnya. Pegawai Keempat mestilah menasihat Pengadil dan Penolongpenolongnya tentang sebarang laporan yang dibuat. Dia mempunyai kuasa untuk memberitahu Pengadil sebarang kelakuan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana penghuni kawasan teknikal. Seorang penolong pengadil simpanan boleh juga dilantik di bawah peraturan pertandingan. Tugasnya hanya untuk mengambil alih tugas penolong pengadil yang tidak dapat meneruskan tugasnya atau untuk mengganti pegawai keempat, seperti diperlukan.

TAFSIRAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAN GARIS-GARIS PANDUAN UNTUK PENGADIL

Tafsiran Undang-undang Permainan dan Garis Panduan untuk Pengadil sebagaimana yang dikeluarkan oleh FIFA untuk 2008/2009 telah diterjermahkan oleh Saudara Amir Sharifuddin Wong untuk faedah dan manfaat warga bolasepak yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai rujukan. Sebarang cadangan/pandangan untuk penambahbaikan dan pembetulan dari segi ejaan, tatabahasa, dan ayat-ayat amat dialu-alukan. Walau bagaimanapun, jika ada sebarang kekeliruan dan pertikaian, Undang-undang Permainan dalam Bahasa Inggeris yang dikeluarkan oleh FIFA hendaklah dirujuk. Penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Amir Sharifuddin Wong. SALAM SEJAHTERA

UNDANG-UNDANG 1 - PADANG PERMAINAN

Tanda-tanda Padang Adalah tidak dibenarkan untuk menandakan garis-garis padang permainan dengan garis terputusputus atau digali. Jika pemain membuat tanda-tanda di padang permainan dengan kakinya, dia mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Jika pengadil melihatnya semasa perlawanan, dia mesti beri amaran kepada pemain itu kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan sebaik saja bola di luar permainan. Hanya garis-garis yang ditetapkan dalam Undang-undang 1 ditandakan di padang permainan. Tiang dan Palang Gol Jika palang gol tercabut atau patah, permainan diberhentikan sehingga ia dibaiki atau digantikan. Jika palang gol tidak dapat dibaiki, perlawanan hendaklah ditamatkan. Pengunaan tali bagi menggantikan palang gol adalah tidak dibenarkan. Jika palang gol boleh dibaiki, perlawanan hendaklah dimulakan semula dengan satu jatuhan di mana bola berada ketika permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan. Pengiklanan Iklan hendaklah sekurang-kurangnya 1 m (1 ela) dari garis sempadan padang permainan. Tiada sebarang iklan sama ada jelas atau maya, dibenarkan di atas padang padang permainan, di kawasan dalam lingkungan jaringan gol atau di kawasan teknikal atau dalam lingkungan 1 m (1 ela) dari garis tepi dari masa pasukan mula masuk ke padang permainan sehingga mereka keluar darinya, semasa masa rehat dan dari masa pasukan-pasukan masuk semula sehingga tamat perlawanan. Iklan juga tidak dibenarkan pada gol, jaring, tiang bendera atau benderanya dan sebarang peralatan yang tiada berkaitan (kamera, mikrofon dan sebagainya) dibenarkan dipasangkan pada peralatan-peralatan ini. Logo dan Lambang Penghasilan logo atau lambang FIFA , konfederasi, ahli-ahli persatuan bergabung, liga , kelab atau badan-badan lain sama ada jelas atau maya tidak dibenarkan di padang permainan, jaringjaring gol dan kawasan lingkungannya, tiang gol, tiang bendera dan benderanya semasa permainan.

UNDANG-UNDANG 2 - BOLA

Bola Tambahan Bola-bola tambahan boleh diletakkan di sekeliling padang permainan untuk kegunaan semasa perlawanan dengan syarat bola-bola itu telah memenuhi keperluan Undang-undang 2 dan kegunaannya di bawah seliaan pengadil. Bola Tambahan di dalam Padang Permainan Jika bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawnan, pengadil hendaklah memberhentikan permainan hanya jika ia mengganggu permainan. Permainan hendaklah dimulakan semula dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan. Jika bola tambahan masuk ke padang permainan semasa perlawanan tanpa mengganggu permainan, pengadil hendakah mengeluarkannya seberapa cepat yang boleh.

UNDANG-UNDANG 3 - BILANGAN PEMAIN

Prosedur Penggantian Penggantian dibuat ketika pemberhentian permainan Penolong pengadil memberi isyarat permintaan untuk penggantian Pemain yang akan digantikan menerima kebenaran pengadil untuk keluar, kecuali dia telah berada di luar padang permainan untuk sebab-sebab yang mematuhi Undang-undang Permainan Pengadil memberi kebenaran untuk pengganti masuk ke padang permainan Sebelum masuk ke padang permainan, pengganti menunggu sehingga pemain yang digantikan itu keluar padang Pemain yang digantikan tidak wajib keluar melalui garis tengah padang Kebenaran untuk penggantian boleh dinafikan di bawah keadaan-keadaan tertentu, contohnya, jika pengganti belum bersedia untuk masuk Pengganti yang belum melengkapkan prosedur penggantian dengan memijak di dalam padang permainan tidak boleh memulakan semula permainan dengan membuat lontaran ke dalam atau sepakan penjuru Jika pemain yang akan digantikan itu enggan keluar dari padang permainan, permainan diteruskan Jika penggantian dibuat semasa rehat separuh masa atau sebelum masa tambahan, prosedur itu hendaklah dipenuhi sebelum sepak mula separuh masa kedua atau masa tambahan. Orang luar di dalam padang permainan Anasir luar Sesiapa yang tidak dinamakan di dalam senarai pemain, pengganti atau pegawai pasukan adalah anasir luar sama seperti pemain yang telah diperintah keluar. Jika anasir luar masuk ke padang permainan: Pengadil hendaklah memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan) Pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan sempadannya Jika pengadil memberhentikan permainan, dia hendaklah memulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan Pegawai-pegawai pasukan Jika pegawai pasukan masuk ke padang permainan: Pengadil hendaklah memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan) Pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan jika kelakuannya tidak bertanggungjawab, pengadil hendaklah mengeluarkannya dari padang permainan dan sempadannya Jika pengadil memberhentikan permainan, dia hendaklah memulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas

garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan Pemain di luar padang permainan Jika pemain keluar padang permainan untuk membetulkan peralatan yang tidak menurut undangundang, menerima rawatan kerana kecederaan atau mempunyai darah pada peralatannya atau untuk sebarang sebab-sebab lain dengan kebenaran pengadil, pemain yang masuk semula padang permainan tanpa kebenaran pengadil mesti: memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan) beri amaran kepada pemain kerana masuk tanpa kebenaran arahkan pemain itu keluar jika perlu (contohnya melanggar Undang-undang 4) Jika pengadil memberhentikan permainan, ia dimulakan semula: dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) jika tidak ada pelanggaran lain menurut Undang-undang 12 jika pemain melanggar Undang-undang ini Jika pemain melintasi garis sempadan padang permainan dengan tidak sengaja, dia tidak melakukan sebarang perlanggaran. Keluar dari padang permainan adalah dianggap sebagai sebahagian dari pergerakan pemain. Pengganti atau pemain yang telah digantikan Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk padang permainan tanpa kebenaran: pengadil mesti memberhentikan permainan (walaupun tidak dengan segera jika anasir luar itu tidak mengganggu permainan atau advantej boleh dilaksanakan) pengadil mesti member amaran kepadanya kerana tidak bersemangat sukan pemain mesti keluar dari padang permainan Jika pengadil memberhentikan permainan ia dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Gol dijaringkan dengan orang tambahan dalam padang permainan Jika, setelah gol dijaringkan, pengadil menyedari, sebelum permulaan semula permainan bahawa terdapat orang tambahan dalam padang permainan semasa gol dijaringkan: pengadil mesti membatalkan jaringan itu jika: - orang tambahan itu adalah anasir luar dan telah mengganggu permainan - orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah digantikan atau pegawai pasukan pasukan berkenaan yang menjaringkan gol itu pengadil mesti membenarkan jaringan itu jika: - orang tambahan itu adalah anasir luar dan tidak mengganggu permainan - orang tambahan itu adalah pemain, pengganti, pemain yang telah digantikan atau pegawai pasukan pasukan berkenaan yang menerima jaringan itu.

Bilangan minimum pemain Jika undang-undang pertandingan menyatakan bahawa semua pemain dan pengganti mesti dinamakan sebelum sepak mula dan satu pasukan memulakan permainan dengan kurang dari 11 pemain, hanya pemain yang dinamakan dalam senarai mula boleh melengkapkan 11 pemain itu bila tiba. Walaupun permainan tidak boleh dimulakan jika mana-mana pasukan mempunya kurang dari tujuh pemain, bilangan minimum dalam sesuatu pasukan yang diperlukan untuk perlawanan diteruskan adalah tertakluk kepada persatuan gabungan. Walau bagaimanapun, pada pendapat Lembaga Antarabangsa Persatuan Bolasepak perlawanan tidak boleh diteruskan jika mana-mana pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain. Jika sesuatu pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain kerana satu atau lebih pemain keluar padang permainan dengan sengaja, pengadil tidak perlu memberhentikan permainan jika advantej boleh dilaksanakan. Dalam kes sedemikian, pengadil mesti tidak boleh membenarkan permainan diteruskan setelah bola berada di luar permainan jika sesuatu pasukan tidak mempunyai bilangan minimum tujuh pemain.

UNDANG-UNDANG 4 - ALATAN PEMAIN

Peralatan asas Warna: Jika jersi kedua-dua penjaga gol sama warna dan kedua-duanya tidak ada jersi untuk ditukar, pengadil hendaklah membenarkan permainan dimulakan Jika pemain secara tidak sengaja tercabut alas kakinya dan kemudiannya memainkan bola dan/atau membuat jaringan, tidak ada pelanggaran berlaku dan jaringan itu dibenarkan kerana dia tercabut alas kakinya dengan tidak sengaja. Penjaga gol boleh memakai seluar track sebagai sebahagian dari peralatan asasnya. Peralatan lain Pemain boleh menggunakan peralatan selain daripada peralatan asasnya dengan syarat tujuannya adalah untuk melindunginya secara fizikal dan tidak mendatangkan bahaya kepada dirinya atau orang lain. Semua pakaian atau peralatan selain daripada peralatan asas hendaklah diperiksa oleh pengadil dan ditentukan agar tidak berbahaya. Peralatan perlindungan moden seperti alas kepala, topeng dan pelindung lutut dan siku daripada bahan lembut dan alas ringan tidak mendatangkan bahaya dan dengan itu adalah dibenarkan. Menurut teknologi baru bahawa kacamata sukan diperbuat lebih selamat, sama ada kepada pemakai atau orang lain, penadil hendaklah menunjukkan kebijaksanaan dalam membenarkan kegunaanya, terutama bagi pemain muda. Jika pakaian atau peralatan yang telah diperiksa pada permulaan permainan dan ditentukan tidak berbahaya menjadi bahaya atau digunakan secara berbahaya semasa perlawanan, kegunaannya mesti tidak boleh dibenarkan seterusnya. Kegunaan sistem perhubungan radio di antara pemain dan/atau kakitangan teknikal adalah tidak dibenarkan. Barang Kemas Semua barang kemas (rantai, cincin, gelang, subang, gelang kulit atau getah dan sebagainya) adalah dilarang dengan kerasnya dan mestilah ditanggalkan. Penggunaan pita untuk menutup barang kemas tidak boleh diterima. Pengadil juga dilarang memakai barang kemas (kecuali jam atau alatan serupa untuk mencatat masa perlawanan). Tindakan Disiplin Pemain-pemain adalah diperiksa sebelum permulaan permainan dan pengganti sebelum masuk

ke padang permainan. Jika pemain didapati memakai alat kemas atau pakaian yang tidak dibenarkan semasa permainan, pengadil mesti: mengarahkan pemain menanggalkan peralatan itu mengarahkan pemain keluar padang sebaik saja bola di luar permainan jika dia tidak dapat atau enggan menurut arahan memberi amaran, jika setelah diberitahu untuk menanggalkan peralatan tersebut, didapati memakainya semula. Jika permainan telah diberhentikan untuk memberi amaran kepada pemain, suatu sepakan percuma tidak terus mesti diberi kepada pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma).

UNDANG-UNDANG 5 - PENGADIL

Kuasa dan Tugas Pengadil mempunyai kuasa untuk memberhentikan permainan jika, pada pendapatnya lampulimpah tidak mencukupi. Jika suatu objek dibalingkan leh penonton terkena pengadil, penolong pengadil, pemain atau pegawai pasukan, pengadil boleh meneruskan permainan, menangguh atau menamatkan permainan mengikut keadaannya. Dia mesti dalam semua keadaan melaporkan insiden itu kepada pihak yang berkuasa. Pengadil mempunyai kuasa untuk menunjukkan kad kuning atau merah semasa waktu rehat separuh masa dan selepas perlawanan termasuk masa tambahan dan sepakan dari tanda penalti, di mana perlawanan masih di bawah budi bicaranya ketika ini. Jika pengadil tidak berupaya sementara atas apa jua sebab, permainan boleh diteruskan di bawah seliaan penolong pengadil sehingga bola di luar permainan. Jika penonton meniup wisel dan pengadil menggangap bahawa wisel tersebut telah mengganggu permainan (contohnya, pemain mengangkat bola di tangannya, dengan menyangkakan permainan telah diberhentikan), pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan jatuhan bola di tempat bola berada, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan. Advantej Pengadil boleh memainkan advantej apabila sesuatu pelanggaran atau kesalahan berlaku. Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut dalam memutuskan sama ada untuk melaksanakan advantej atau tidak: tahap kekasaran kesalahan: jika kesalahan yang memerlukan perintah keluar, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan perintah keluar pemain tersebut kecuali terdapat peluang menjaringkan gol berikutnya kedudukan kesalahan berlaku berhampiran dengan gol pasukan lawan, ia adalah lebih berkesan peluang segera suatu serangan ke arah gol pasukan lawan keadaan perlawanan Keputusan untuk menghukum kesalahan asal mestilah mengambil beberapa saat. Jika kesalahan memerlukan kad kuning diberi, ia hendaklah diberikan pada pemberhentian berikutnya. Walau bagaimanapun, kecuali ada sesuatu advantej yang jelas, adalah disyorkan agar pengadil memberhentikan permainan dengan segera untuk memberi amaran kepada pemain tersebut. Jika amaran tidak diberikan pada pemberhentian berikutnya, ia tidak boleh diberikan selepas itu. Pemain-pemain cedera

Pengadil mesti mematuhi prosedur berikut ketika menguruskan pemain-pemain yang cedera: permainan diteruskan sehingga bola di luar permainan jika pemain, pada pendapat pengadil hanya cedera ringan permainan diberhentikan, jika pada pendapat pengadil pemain cedera parah setelah bertanyakan pemain yang cedera, pengadil membenarkan seorang atau dua doktor untuk masuk ke padang permainan untuk menilai kecederaan dan menguruskan pemain tu dikeluarkan secepat mugkin dari padang permainan pembawa stretcher hendaklah masuk ke padang permainan pada masa yang sama dengan doktor agar pemain dapat dibawa keluar secepat mungkin pengadil hendaklah memastikan pemain yang cedera dikeluarkan dengan selamat dari padang permainan pemain tidak dibenarkan dirawat di dalam padang permainan mana-mana pemain yang berdarah lukanya mesti keluar dari padang permainan. Dia tidak boleh masuk semula sehingga pengadil berpuas hati bahawa pendarahan itu telah berhenti. Pemain tidak dibenarkan memakai pakaian yang berdarah. sebaik saja pengadil telah membenarkan doktor masuk ke padang permainan, pemain mesti keluar dari padang permainan, sama ada di atas stretcher atau berjalan. Jika pemain itu tidak mematuhinya, dia mesti diberi amaran kerana tidak bersemangat sukan. pemain yang tercedera hanya boleh masuk semula ke padang permainan setelah permainan dimulakan semula. ketika bola dalam permainan, pemain yang cedera mesti masuk semula ke padang permainan melalui garis tepi. Ketika bola di luar permainan, pemain yang tercedera boleh masuk semula dari mana-mana garis sempadan. sama ada bola di dalam atau di luar permainan, hanyapengadil saja berkuasa untuk membenarkan pemain yang cedera untuk masuk semula ke padang permainan. pengadil boleh memberikan kebenaran kepada pemain yang cedera itu untuk masuk semula jika penolong pengadil atau pegawai keempat mengesahkan bahawa pemain itu telah bersedia jika, sebaliknya permainan tidak diberhentikan untuk sebarang perkara lain, atau jika pemain mengalami kecederaan bukan disebabkan oleh sesuatu pelanggaran undang-undang permainan, pengadil mesti memulakan semula permainan dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan pengadil mesti membenarkan masa yang terbuang kerana kecederaan itu dimainkan sepenuhnya pada setiap separuh masa permainan apabila pengadil telah memutuskan untuk memberi kad kepada pemain yang cedera, yang perlu dikeluarkan dari padang permainan untuk rawatan, pengadil mesti tunjukkan kad tersebut sebelum pemain itu keluar dari padang permainan Pengecualian kepada peraturan ini dilaksanakan hanya ketika: penjaga gol yang cedera penjaga gol dan pemain lain bertembung dan memerlukan perhatian dengan segera kecederaan yang parah, seperti tertelan lidah, pengsan, kaki patah Lebih dari satu kesalahan berlaku pada masa yang sama

Kesalahan dilakukan oleh dua pemain dari pasukan yang sama: - pengadil mesti menghukum kesalahan yang lebih berat ketika pemain melakukan lebih dari satu kesalahan serentak - permainan mesti dimulakan semula mengikut kesalahan yang lebih berat dilakukan Kesalahan dilakukan oleh pemain-pemaind dari pasukan berbeza: - pengadil mesti memberhentikan permainan dan mulakan semula dengan satu jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan. Posisi ketika bola di dalam permainan Syor-syor Permainan hendaklah antara pengadil dan penolong pengadil yang berkenaan Penolong pengadil berkenaan hendaklah dalam penglihatan pengadil. Pengadil hendaklah menggunakan sistem diagonal yang lebar Berada di luar dari permainan memudahkan permainan sentiasa berada di antara penolong pengadil dan penglihatan pengadil Pengadil perlu berada hampir untuk melihat tanpa mengganggu permainan Apa yang perlu dilihat tidak semestinya sentiasa berhampiran. Pengadil hendaklah memberikan perhatian kepada: - pemain yang agresif semasa perebutan jauh dari bola - kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku di tempat arah tuju bola - kesalahan-kesalahan yang berlaku setelah bola digerakkan darinya Posisi dalam situasi bola di luar permainan Posisi terbaik adalah di mana pengadil boleh membuat keputusan yang tepat. Semua syor tentang posisi adalah berdasarkan kemungkinan-kemungkinan dan mesti diubahsuaikan dengan menggunakan maklumat khusus tentang pasukan, pemain-pemain dan kejadian-kejadian di dalam perlawanan sehingga ketika itu. Posisi yang dicadangkan dalam grafik berikut adalah asas dan syor kepada pengadil. Rujukan kepada zon bertujuan untuk menekankan bahawa setiap posisi yang disyorkan itu sebenarnya adalah kawasan di mana besar kemungkinan pengadil boleh berkesan secara optimumnya. Zon boleh jadi besar atau kecil atau berbentuk yang berbeza bergantung kepada kejadian tertentu.

GARIS PANDUAN POSISI PENGADIL

1. Posisi ketika sepak mula

2. Posisi ketika sepakan gol

3. Posisi untuk sepakan penjuru (1)

4. Posisi untuk sepakan penjuru (2)

5. Posisi untuk sepakan percuma (1)

6. Posisi untuk sepakan percuma (2)

7. Posisi untuk sepakan percuma (3)

8. Posisi untuk sepakan percuma (4)

9. Posisi untuk sepakan penalti

ISYARAT-ISYARAT PENGADIL

Penggunaan Wisel Wisel diperlukan untuk: sepak mula (separuh masa pertama, kedua), selepas sesuatu jaringan memberhentikan permainan untuk: - sepakan percuma atau sepakan penalti - jika permainan ditangguh sementara atau ditamatkan - ketika separuh masa permainan telah tamat kerana tamat masa memulakan semula permainan ketika: - sepakan percuma ketika mengarahkan benteng ke jaraknya - sepakan penalti memulakan semula permainan setelah diberhentikan untuk: - memberi kad kuning atau merah untuk kelakuan tidak bersopan - kecederaan - penggantian Wisel TIDAK diperlukan untuk: memberhentikan permainan untuk: - sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam - jaringan gol memulakan semula permainan ketika: - sepakan percuma, sepakan gol, sepakan penjuru atau lontaran ke dalam

Wisel yang tidak sepatutnya yang kerap digunakan akan kurang keberkesanannya ketika keadaan yang memerlukan. Ketika wisel budi bicara diperlukan untuk memulakan permainan, pengadil hendaklah memberitahu kepada pemain-pemain bahawa permulaan semula tidak akan berlaku sehingga isyaratnya. Bahasa badan Bahasa badan adalah alat yang pengadil guna untuk: membantu mengawal perlawanan menunjukkan kewibawaan dan kawalan diri Bahasa badan bukan: satu penjelasan kepada keputusan

UNDANG-UNDANG 6 - PENOLONG PENGADIL

Tugas dan tanggungjawab Penolong-penolong pengadil membantu pengadil untuk mengawal permainan menurut Undangundang Permainan. Mereka juga membantu pengadil dalam semua perkara berkaitan dengan pelaksanaan perlawanan menurut permintaan dan arah pengadil. Perkara-perkara lazim meliputi: memeriksa padang permainan, bola yang digunakan dan peralatan pemain menentukan masalah berkaitan kelengkapan atau pendarahan telah diatasi memantau prosedur penggantian menyimpan catatan berkaitan dengan masa, jaringan dan kesalahan kelakuan tidak bersopan Posisi dan kerjasama 1. Sepak mula Penolong pengadil mesti berada selari dengan pemain pertahanan kedua terakhir.

2. Posisi am semasa perlawanan Penolong pengadil mesti berada selari dengan pemain pertahanan kedua terakhir atau bola jika ia lebih hampir dengan garisan gol dari pemain pertahanan kedua terakhir itu. Penolong pengadil mesti sentiasa menghadap padang permainan.

3. Sepakan gol 1. Penolong pengadil mesti memastikan bola berada di dalam kawasan gol dahulu - jika bola tidak di tempatnya, penolong pengadil tidak bergerak dari posisinya, hubungan mata dengan pengadil dan angkat bendera 2. Setelah bola berada di kedudukan yang betul di dalam kawasan gol, penolong pengadil mesti bergerak ke bahagian atas kawasan penalti untuk memasikan bola keluar dri kawasan penalti

(bola di dalam permainan) dan pemain penyerang di luar kawasannya: - jika pemain pertahanan kedua terakhir yang membuat sepakan gol, penolong pengadil hendaklah berada di bahagian atas kawasan penalty 3. Akhirnya, penolong pengadil mesti berada di posisi untuk melihat ofsaid, yang menjadi keutamaannya

4. Penjaga gol melepaskan bola Penolong pengadil mesti berada di posisi selari dengan bahagian atas kawasan penalti untuk memastikan penjaga gol tidak memegang bola dengan tangannya di luar kawasan penalti. Setelah penjaga gol melepaskan bola, penolong pengadil mesti berada di posisi untuk melihat ofsaid yang menjadi keutamaannya.

5. Sepakan penalti Penolong pengadil mesti berada di tempat garisan gol bertemu garisan kawsan penalti. Jika penjaga gol dengan sengaja bergerak dari garisan gol sebelum bola disepak dan gol tidak dijaringkan, penolong pengadil mesti mengangkat benderanya.

6. Sepakan dari tanda penalti Seorang penolong pengadil mesti berada di tempat garisan gol bertemu garisan kawasan gol. Tugas utamanya ialah untuk memastikan bola melintasi garisan: ketika ia jelas bahawa bola telah melintasi garisan gol, penolong pengadil mesti melihat ke arah pengadil tanpa sebarang isyarat tambahan ketika gol telah dijaringkan tetapi ia tidak jelas sama ada bola telah melintasi garisan, penolong pengadil mesti angkat benderanya dahulu untuk mendapatkan perhatian pengadil dan kemudiannya mengesahkan jaringan itu. Seorang lagi penolong pengadil hendaklah berada di bulatan tengah untuk mengawal pemainpemain lain.

7. Situasi gol atau tidak gol Ketika gol telah dijaringkan dan tiada was-was terhadap keputusan itu, pengadil dan penolong pengadil mesti membuat hubungan mata dan penolong pengadil hendaklah berlari dengan pantas 25 30 meter di garisan tepi ke arah garisan tengah tanpa mengangkat benderanya.

Ketika suatu jaringan dihasilkan tetapi bola kelihatan masih dalam permainan, penolong pengadil mesti mengangkat benderanya dahulu untuk menarik perhatian pengadil dan kemudiannya meneruskan prosedur jaringan gol biasa dengan berlari pantas 25-30 meter di garisan tepi ke arah garisan tengah.

Dalam keadaan ketika bola tidak melintasi garisan gol keseluruhannya dan permainan diteruskan seperti biasa kerana tiada gol dijaringkan, pengadil hendaklah membuat hubungan mata dengan penolong pengadil dan jika perlu berikan isyarat yang tidak ketara. 8. Sepakan penjuru Kedudukan penolong pengadil untuk sepakan penjuru adalah di belakang bendera penjuru selari dengan garisan gol. Ketika di posisi ini dia mesti tidak mengganggu pemain yang membuat sepakan penjuru. Dia mesti memastikan bola diletakkan dengan betul di dalam lenguk penjuru.

9. Sepakan Percuma Kedudukan penolong pengadil untuk sepakan percuma mesti selari dengan pemain pertahanana kedua terakhir supaya dapat memastikan garis ofsaid yang menjadi keutamaannya. Walau bagaimanapun, dia mesti bersedia untuk mengikut bola dengan bergerak di garisan tepi ke arah bendera penjuru jika bola ditendang terus ke gol.

Geraklaku Secara amnya, penolong pengadil mesti tidak memberikan sebarang isyarat tangan yang ketara. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, isyarat tangan yang tidak ketara boleh memberikan sokongan yang bernilai kepada pengadil. Isyarat tangan ini perlu ada makna yang jelas. Maknanya hendaklah telah dibincangkan dan dipersetujui dalam perbincangan praperlawanan. Teknik Larian Secara amnya, penolong pengadil sepatutnya menghadap padang permainan semasa berlari. Pergerakan sisi ke sisi hendaklah digunakan bagi jarak yang dekat. Ini penting terutamanya semasa membuat keputusan ofsaid dan memberikan penolong pengadil suatu penglihatan yang lebih baik. Isyarat Beep

Pengadil adalah diingatkan bahawa sistem isyarat beep adalah isyarat tambahan yang digunakan, hanya bila perlu untuk mendapatkan perhatian pengadil. Situasi ketika isyarat beep adalah berguna termasuk: ofsaid kesalahan (di luar penglihatan pengadil) lontaran ke dalam, sepakan penjuru atau sepakan gol (keputusan kritikal) situasi jaringan (keputusan kritikal) ISYARAT-ISYARAT PENOLONG PENGADIL

Teknik Bendera dan Kerjasama Sepasukan Bendera penolong pengadil mesti sentiasa dapat dilihat oleh pengadil, terbuka dan tetap semasa berlari. Ketika memberi isyarat, penolong pengadil mesti berhenti, menghadap ke padang permainan, membuat eye contact dengan pengadil dan mengangkat bendera dengan pergerakan yang tetap (bukan gopoh atau berlebih-lebihan). Bendera adalah lanjutan dari tangan. Penolong pengadil mesti mengangkat bendera dengan menggunakan tangan yang akan digunakan memberi isyarat seterusnya. Jika keadaan bertukar dan tangan sebelah lagi diperlukan untuk memberikan isyarat, penolong pengadil mesti menukarkan bendera ke tangan berikutnya di bawah paras pinggang. Apabila penolong pengadil memberi isyarat bahawa bola di luar permainan, dia akan terus memberikan isyarat sehingga dilihat oleh pengadil. Apabila penolong pengadil memberi isyarat untuk kelakuan ganas dan isyarat tidak dilihat dengan segera: jika permainan telah diberhentikan untuk tindakan disiplin diambil, permulaan semula mesti mengikut Undang-undang (sepakan percuma, sepakan penalti dan sebagainya) jika permainan telah dimulakan semula, pengadil masih boleh mengambil tindakan disiplin tetapi tidak menghukum kesalahan itu dengan sepakan percuma atau sepakan penalti.

Lontaran ke dalam Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi hampir dengan posisi penolong pengadil, dia mesti memberikan isyarat terus menunjukkan arah lontaran ke dalam. Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi jauh dari posisi penolong pengadil dan keputusan itu pasti ialah lontaran ke dalam, penolong pengadil mesti memberikan isyarat terus menunjukkan arah lontaran itu. Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi jauh dari posisi penolong pengadil tetapi bola seolah-olah masih dalam permainan atau jika penolong pengadil berasa was-was, dia mesti mengangkat bendera dahulu untuk memberitahu bahawa bola telah keluar, hubungan mata dengan pengadil dan ikut isyarat pengadil. Sepakan Penjuru / Sepakan Gol Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol hampir dengan posisi penolong pengadil, dia mesti isyarat terus dengan tangan kanannya (penglihatan yang lebih jelas) untuk menunjukkan sama ada sepakan gol atau sepakan penjuru diberi. Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol jauh dari posisi penolong pengadil tetapi bola seolah-olah masih dalam permainan, penolong pengadil mesti terlebih dahulu mengangkat bendera untuk memberitahu bahawa bola berada di luar permainan, kemudiannya menunjukkan sama ada sepakan gol atau sepakan penjuru diberi. Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol jauh dari posisi penolong pengadil, penolong pengadil mesti mengangkat bendera untuk memberitahu pegadil bahawa bola berada di luar permainan, hubungan mata dengan pengadil dan ikut keputusan pengadil. Penolong pengadil boleh juga memberikan isyarat terus jika keputusannya pasti. Ofsaid Tindakan pertama penolong pengadil selepas suatu keputusan ofsaid ialah mengangkat benderanya. Dia kemudiannya menggunakan bendera untuk menunjukkan kawasan padang tempat kesalahan berlaku. Jika bendera itu tidak dilihat dengan segera oleh pengadil, penolong pengadil mesti mengekalkan isyarat itu sehingga ia diterima atau bola jelas dikawal oleh pasukan pertahanan. Bendera mesti diangkat dengan tangan kanan, penglihatan lebih jelas kepada penolong pengadil. Penggantian Apabila mengurus penggantian, penolong pengadil mesti terlebih dahulu dimaklumkan oleh pegawai keempat. Penolong pengadil mesti mengangkat isyarat ketika perberhentian perlawanan yang berikutnya. Penolong pengadil tidak perlu bergerak ke garisan tengah ketika pengawai keempat melaksanakan prosedur penggantian. Jika tidak terdapat pegawai keempat, penolong pengadil mesti membantu dalam prosedur penggantian. Dalam hal ini, pengadil mesti menunggu sehingga penolong pengadil berada di

posisinya sebelum memulakan semula permainan. Kesalahan-kesalahan Penolong pengadil mesti mengangkat bendera apabila kesalahan-kesalahan atau kelakuan tidak bersopan berlaku berdekatan atau di luar penglihatan pengadil. Dalam semua situasi lain, dia mesti menunggu dan memberikan pendapatnya jika diperlukan. Jika keadaan sedemikian, penolong pengadil mesti melaporkan apa yang dia telah lihat dan dengar dan pemain-pemain mana yang terlibat kepada pengadil. Sebelum memberikan isyarat untuk sesuatu kesalahan, penolong pengadil mesti menentukan bahawa: kesalahan itu di luar penglihatan pengadil atau penglihatannya telah terhalang pengadil tidak akan melaksanakan advantej jika dia melihat kesalahan itu Apabila sesuatu kesalahan atau kesalahan tidak bersopan berlaku, penolong pengadil mesti: mengangkat bendera dengan tangan sama yang akan digunakan untuk isyarat berikutnya, ini memberi petunjuk yang jelas kepada pengadil kepada siapa kesalahan itu telah dilakukan. hubungan mata dengan pengadil menggerakkan sedikit bendera itu (elakkan pergerakan yang keterlaluan atau agresif) gunakan isyarat beep elektronik, jika perlu Penolong pengadil mesti menggunakan teknik tunggu dan lihat untuk membenarkan permainan diteruskan dan tidak mengangkat bendera ketika pasukan yang dikasari akan mendapatkan keuntungan darinya. Dalam hal ini, adalah penting untuk penolong pengadil membuat hubungan mata dengan pengadil. Kesalahan-kesalahan di luar kawasan penalti Apabila sesuatu kesalahan berlaku di luar kawasan penalti (berhampiran dengan sempadan kawasan penalti), penolong pengadil membuat hubungan mata dengan pengadil untuk melihat posisi pengadil dan apa tindakan yang diambil. Penolong pengadil mesti berdiri selari dengan kawasan penalti dan mengangkat bendera jika perlu. Dalam situasi serang balas, penolong pengadil seharusnya boleh memberikan maklumat sama ada kesalahan itu telah berlaku dan sama ada telah dilakukan di dalam atau di luar kawasan penalti, yang menjadi keutamaan dalam apa juga keadaan dan tindakan disiplin yang hendaklah diambil. Kesalahan-kesalahan di dalam kawasan penalti Apabila sesuatu kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti di luar penglihatan pengadil, terutama berhampiran posisi penolong pengadil, penolong pengadil mesti terlebih dahulu membuat hubungan mata dengan pengadil untuk melihat posisi pengadil dan apa tindakan yang telah diambil, penolong pengadil mesti mengangkat bendera ke atas dan gunakan beep eletronik dan bergerak dengan jelas pada garisan tepi sehingga ke bendera penjuru. Konfrontasi ramai Dalam situasi konfrontasi ramai, penolong pengadil yang paling hampir boleh masuk ke padang

permainan untuk membantu pengadil. Penolong pengadil yang lain mesti melihat dan mencatat butir-butir insiden itu. Rundingan Apabila mengurus isu-isu disiplin, hubungan mata dan isyarat tangan asas yang tidak ketara dari penolong pengadil kepada pengadil mungkin memadai dalam sesetengah kes. Dalam keadaan yang memerlukan rundingan terus, penolong pengadil boleh bergerak 2 3 meter ke dalam padang jika perlu. Apabila bercakap, kedua-dua pengadil dan penolong pengadil mesti menghadap padang permainan untuk mengelakkan dari didengari orang lain. Jarak benteng Apabila sesuatu sepakan percuma diberi terlalu hampir dengan garisan tepi berdekatan posisi penolong pengadil, penolong pengadil boleh masuk ke padang permainan untuk membantu memastikan benteng diposisikan 9.15 m dari bola. Dalam hal ini, pengadil mesti menunggu sehingga penolong pengadil kembali ke posisinya sebelum memulakan semula permainan.

UNDANG-UNDANG 7 JANGKAMASA PERMAINAN


Peruntukan masa terbuang Kebanyakan dari pemberhentian dalam permainan adalah biasa (contohnya, lontaran ke dalam, sepakan gol). Peruntukan diberi hanya apabila kelewatan ini adalah keterlaluan. Pegawai keempat mengisyaratkan tambahan masa minimum yang diputuskan oleh pengadil pada minit terakhir setiap tempoh masa permainan. Pengumuman tambahan masa itu tidak menunjukkan jumlah masa tertinggal yang tepat di dalam perlawanan itu. Masa boleh ditambahkan jika pengadil berpendapat sesuai tetapi tidak dikurangkan. Pengadil mesti tidak boleh menambahkan kesilapan penjagaan masa semasa separuh masa pertama dengan menambah atau mengurangkan tempoh masa permainan di separuh masa kedua.

UNDANG-UNDANG 8 PERMULAAN DAN PERMULAAN SEMULA PERMAINAN


Jatuhan Bola Mana-mana pemain boleh berebutkan bola (termasuk penjaga gol). Tidak ada bilangan pemain minimum atau maksimum yang diperlukan untuk berebut dalam sesuatu jatuhan bola. Pengadil tidak boleh menentukan sesiapa yang boleh atau tidak boleh berebut dalam sesuatu jatuhan bola.

UNDANG-UNDANG 9 BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN

Bola di dalam padang permainan menyentuh orang selain dari pemain Jika bola yang berada di dalam permainan menyentuh pengadil atau penolong pengadil yang berada sementara di dalam padang permainan, permainan diteruskan kerana pengadil dan penolong pengadil adalah sebahagian dari perlawanan.

UNDANG-UNDANG 10 CARA MENENTUKAN JARINGAN

Jika pengadil mengisyaratkan satu jaringan gol sebelum keseluruhan bola melintasi garisan gol menyedari kesilapan itu, permainan hendaklah dimulakan semula jatuhan bola di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dengan itu pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berdekatan

UNDANG-UNDANG 11 - OFSAID

Definisi Dalam makna Undang-undang 11 Ofsaid, definisi berikut dikuatkuasakan: lebih hampir ke garisan gol pihak lawan bermaksud bahawa mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki pemain berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan dari kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir. Lengan tidak termasuk dalam definisi ini mengganggu permainan bermaksud memain atau menyentuh bola yang dihantar atau disentuh oleh rakan sepasukan mengganggu pemain lawan bermaksud menghalang pemain lawan dari memain atau berpeluang untuk memainkan bola dengan menghalang secara jelas penglihatan atau pergerakan pemain lawan atau menggunakan geraklaku atau gerakan yang pada pendapat pengadil menipu atau mengelirukan pemain lawan mendapatkan keuntungan dari kedudukannya bermaksud memainkan bola yang melantun kepadanya dari tiang atau palang gol setelah berada di dalam posisi ofsaid atau memainkan bola yang melantun kepadanya dari pemain lawan setelah berada dalam kedudukan ofsaid Kesalahan-kesalahan Apabila sesuatu kesalahan ofsaid berlaku, pengadil memberikan satu sepakan percuma tidak terus yang dibuat dari posisi pemain bersalah itu ketika bola akhir sekali dimainkan oleh rakannya. Jika seorang pemain pertahanan melangkah ke belakang garisan golnya untuk meletakkan pemain lawan dalam kedudukan ofsaid, pengadil mesti meneruskan permainan dan memberikan amaran kepada pemain pertahanan itu kerana dengan sengaja keluar padang permainan tanpa kebenaran pengadil apabila bola berada di luar permainan berikutnya. Adalah tidak menjadi satu kesalahan jika pemain yang berada dalam kedudukan ofsaid melangkah keluar padang permainan mengisyaratkan kepada pengadil yang tidak terlibat dalam permainan aktif. Walau bagaimanapun, jika pengadil berpendapat bahawa dia telah keluar dari padang permainan atas seab-sebab taktik dan telah memperolehi keuntungan yang tidak adil dengan memasuk semula padang permainan, pemain ini mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan. Pemain ini perlu meminta kebenaran pengadil untuk masuk semula ke padang permainan. Jika pemain menyerang berdiri tetap antara tiang-tiang gol di dalam jaring gol semasa bola masuk ke dalam gol, jaringan itu mesti dibenarkan. Walau bagaimanapun, jika pemain menyerang mengelirukan pemain lawan, jaringan itu mesti dibatalkan, pemain itu diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan dan permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di kedudukan bola semasa permainan diberhentikan, kecuali permainan telah diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol selari dengan garisan gol hampir dengan kedudukan bola semasa permainan diberhentikan.

An attacker in an offside position (A), not interfering with an opponent, touches the ball. The assistant referee must raise the flag when the player touches the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A), tidak mengganggu pemain lawan, menyentuh bola. Penolong pengadil hendaklah mengangkat bendera apabila pemain itu menyentuh bola.

An attacker in an offside position (A), not interfering with an opponent, does not touch the ball. The player cannot be penalised because he did not touch the ball. Penyerang yang berada di kedudukan (A), tidak mengganggu pemain lawan, tidak menyentuh bola.. Pemain ini tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh bola.

An attacker in an offside position (A) runs towards the ball and a team-mate in an onside

position (B) also runs towards the ball and plays it. (A) cannot be penalised because he did not touch the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) lari menuju ke bola dan rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid juga lari menuju bola dan memainkannya. Pemain (A) tidak boleh dihukum kerana dia tidak menyentuh bola.

A player in an offside position (A) may be penalised before playing or touching the ball, if, in the opinion of the referee, no other team-mate in an onside position has the opportunity to play the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) boleh dihukum sebelum memain atau menyentuh bola jika, pada pendapat pengadil, tiada rakan sepasukan yang berada di kedudukan tidak ofsaid mempunyai peluang untuk memainkan bola.

An attacker in an offside position (1) runs towards the ball and does not touch the ball. The assistant referee must signal goal kick. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola dan tidak menyentuh bola. Penolong pengadil mesti memberi isyarat sepakan gol.

An attacker in an offside position (A) is obstructing the goalkeepers line of vision. He must be penalised because he prevents an opponent from playing or being able to play the ball. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) menghalang penglihatan penjaga gol. Dia mesti dihukum kerana menghalang pemain lawan dari memainkan bla atau berpeluang memainkan bola.

An attacker in an offside position (A) is not obstructing the goalkeepers line of vision or making a gesture or movement which deceives or distracts him. Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (A) tidak menghalang penglihatan penjaga gol atau melakukan sesuatu geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukannya.

An attacker in an offside position (A) runs towards the ball but he does not prevent the opponent from playing or being able to play the ball.

(A) is not making any gesture or movement which deceives or distracts (B). Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola tetapi tidak menghalang pemain lawan memainkan bola atau berpeluang memainkan bola. (A) tidak melakukan sebarang geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukan (B).

An attacker in an offside position (A) runs towards the ball preventing the opponent (B) from playing or being able to play the ball. (A) is making a gesture or movement which deceives or distracts (B). Penyerang yang berada di kedudukan ofsaid (1) lari menuju bola menghalang pemain lawan (B) dari memainkan bola atau berpeluang memainkan bola. (A) melakukan sebarang geraklaku atau pergerakan yang menipu atau mengelirukan (B).

The shot by a team-mate (A) rebounds from the goalkeeper to (B) who is penalised for playing the ball having previously been in an offside position. Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol kepada penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum ini berada di kedudukan ofsaid.

The shot by a team-mate (A) rebounds from the goalkeeper. (B) is in an onside position and plays the ball. (C) in an offside position is not penalised because he did not gain an advantage from being in that position because he did not touch the ball. Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari penjaga gol. (B) yang tidak berada di kedudukan ofsaid memainkan bola. (C) yang berkedudukan ofsaid tidak dihukum kerana dia tidak mendapat keuntungan dengan berada di kedudukan ofsaid kerana tidak menyentuh bola.

The shot by a team-mate (A) rebounds off an opponent to attacker (B) who is penalised for playing the ball having previously been in an offside position. Cubaan oleh rakan sepasukan (A) melantun dari pemain lawan kepada penyerang (B) yang dihukum kerana memainkan bola yang sebelum itu berada di kedudukan ofsaid.

An attacker (C) is in an offside position, not interfering with an opponent, when a team-mate (A) passes the ball to player (B1) in an onside position who runs towards the opponents goal and passes the ball (B2) to team-mate (C). Attacker (C) cannot be penalised because when the ball was passed to him, he was in an onside position. Penyerang (C) yang berada di kedudukan ofsaid, tidak mengganggu pemain lawan apabila rakan sepasukan (A) menghantar bola kepada pemain (B1) yang berlari dari kedudukan tidak ofsaid menuju ke gol lawan dan menghantar bola itu pula kepada rakan sepasukan (C). Penyerang (C) tidak boleh dihukum kerana apabila bola dihantar kepadanya dia berada di kedudukan tidak ofsaid.

UNDANG-UNDANG 12 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERSOPAN


Keadaan-keadaan berikut hendaklah dipenuhi untuk sesuatu kesalahan ditentukan sebagai salah: ia dilakukan oleh pemain ia berlaku di dalam padang permainan ia berlaku apabila bola berada di dalam permainan Jika pengadil memberhentikan permainan kerana kesalahan itu berlaku di luar padang permainan (apabila bola dalam permainan), permainan mesti dimulakan semula dengan jatuhan bola di kedudukan bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol. Dalam hal ini, pengadil menjatuhkan bola di garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol berhampiran dengan tempat bola berada apabila permainan diberhentikan. Cuai, gegabah, menggunakan daya yang berlebihan Cuai bermaksud bahawa pemain menunjukkan kekurangan tumpuan atau pertimbangan apabila membuat rebutan atau dia bertindak tanpa was-was. Tiada tindakan disiplin diperlukan jika suatu kesalahan dianggap sebagai cuai. Gegabah bermaksud bahawa pemain bertindak tanpa mengambil kira langsung bahaya atau implikasinya terhadap pemain lawan Pemain yang bermain secara gegabah mesti diberi amaran. Menggunakan daya yang berlebihan bermaksud bahawa pemain melampau dalam penggunaan daya yang diperlukan dan mendatangkan bahaya untuk kecederaan pemain lawan. Pemain yang menggunakan daya yang berlebihan mesti diperintah keluar. Merempuh pemain lawan Tindakan merempuh adalah suatu rebutan untuk ruang dengan menggunakan sentuhan fizikal dalam jarak permainan tanpa menggunakan lengan atau siku. Ia adalah suatu kesalahan untuk merempuh pemain lawan: secara cuai secara gegabah dengan menggunakan daya yang berlebihan Memegang pemain lawan Memegang pemain lawan termasuk tindakan menghalangnya bergerak melepasinya dengan menggunakan tangan, lengan atau badan. Pengadil adalah diingatkan untuk membuat tindakan awal dan mengurus kesalahan-kesalahan memegang dengan tegas terutamanya di dalam kawasan penalti ketika sepakan penjuru dan sepakan percuma.

Untuk mengatasi situasi-situasi ini: pengadil mesti mencegah mana-mana pemain yang memegang pemain lawan sebelum bola berada dalam permainan memberi amaran kepada pemain jika kesalahan memegang itu berterusan sebelum bola berada dalam permainan berikan sepakan percuma terus atau sepakan penalti dan amaran kepada peman jika ia berlaku setelah bola berada dalam permainan Jika pemain pertahanan mula memegang penyerang di luar kawasan penalti dan terus memegangnya di dalam kawasan penalti, pengadil mesti menghukumnya dengan sepakan penalti. Tindakan Disiplin Amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan mesti diberikan kepada pemain yang memegang pemain lawan untuk menghalangnya mendapatkan bola atau bergerak ke posisi yang lebih menguntungkan Pemain mesti diperintah keluar jika dia menggagalkan suatu peluang jelas menjaringkan gol dengan memegang pemain awan Tiada tindakan seterusnya mesti diambil dalam situasi lain memegang pemain lawan.

Memulakan semula permainan Sepakan percuma terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) atau sepakan penalti jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti. Memegang bola Memegang bola melibatkan tindakan pemain yang sengaja membuat sentuhan pada bola dengan mengunakan tangan atau lengan. Pengadil mesti mengambil pertimbangan berikut: pergerakan tangan ke arah bola (bukan bola ke arah tangan) jarak di antara pemain lawan dengan bola (bola yang tidak dijangkakan) kedudukan tangan tidak semestinya bermaksud bahawa kesalahan berlaku menyentuh bola dengan objek yang dipegangnya (but, shinguard dll) dianggap sebagai suatu kesalahan memukul bola dengan objek yang dibaling (pakaian, shinguard dll.) dianggap sebagai suatu kesalahan Tindakan Disiplin Terdapat keadaan-keadaaan amaran diberi kerana kesalahan tidak bersemangat sukan diperlukan apabila pemain dengan sengaja memegang bola, contohnya apabila pemain: dengan sengaja dan jelas memegang bola untuk menghalang pemain lawan mengawal bola cubaan membuat jaringan dengan sengaja memegang bola

Walau bagaimanapun, pemain diperintah keluar jika dia menghalang suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan memegang bola. Hukuman ini tertimbul bukan kerana tindakan pemain dengan sengaja memegang bola tetapi kerana gangguan tidak adil dan tidak boleh diterima yang menghalang suatu jaringan diperolehi. Permulaan semula permainan Sepakan percuma terus dari kedudukan kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) atau sepakan penalti Di luar kawasan penalti, penjaga gol mempunyai sekatan untuk memegang bola seperti pemain lain. Di dalam kawasan penalti, penjaga gol tidak dihukum kerana kesalahan memegang bola yang dihukum dengan sepakan percuma atau kesalahan tidak sopan kerana memegang bola. Walau bagaimanapun dia boleh dihukum kerana beberapa kesalahan memegang yang dihukum dengan sepakan percuma tidak terus. Kesalahan-kesalahan oleh Penjaga Gol Penjaga gol tidak dibenarkan untuk mengawal bola dalam tangannya lebih dari enam saat. Penjaga gol dianggap mengawal bola: semasa bola berada antara tangannya atau antara tangannya dengan mana-mana permukaan (contohnya, tanah, badannya) semasa memegang bola dengan tapak tangan terbuka semasa bertindak melantunnya ke lantai atau melambungkannya ke udara Apabila penjaga gol telah mengawal bola di dalam tangannya, dia tidak boleh dirempuh oleh pemain lawan. Penjaga gol tidak dibenarkan untuk menyentuh bola dengan tangannya di dalam kawasan penaltinya dalam keadaan-keadaan berikut: jika memegang bola semula setelah ia telah dilepaskan dari kawalannya dan belum disentuh oleh pemain lain - penjaga gol dianggap telah mengawal bola dengan menyentuhnya dengan mana-mana tangan atau lengannya kecuali jika bola melantun darinya, contohnya , setelah dalam cubaan menyelamatkan golnya - kawalan bola termasuk penjaga gol dengan sengaja menyentuh bola jika dia menyentuh bola dengan tangan setelah ditendang dengan sengaja kepadanya oleh rakannya jika dia menyentuh bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari suatu lontaran ke dalam oleh rakannya. Permulaan semula permainan Sepakan percuma tidak terus di tempat kesalahan (liha tUndang-undang 13 kedudukan sepakan percuma)

Kesalahan-kesalahan terhadap Penjaga Gol Adalah menjadi satu kesalahan bagi pemain menghalang penjaga gol melepaskan bola dari tangannya Pemain boleh dihukum kerana bermain secara berbahaya jika dia menyepak atau cuba menyepak bola yang dipegang oleh penjaga gol dalam proses melepaskannya Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyekat pergerakan penjaga gol dengan menghalangnya, contohnya semasa sepakan penjuru Bermain secara berbahaya Bermain secara berbahaya didefinisikan sebagai mana-mana tindakan semasa cuba memainkan bola, boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain (termasuk pemain itu sendiri). Ia dilakukan ketika pemain lawan berhampiran dan mengahalang pemain lawan memainkan bola kerana takutkan kecederaan. Suatu sepakan gunting atau basikal adalah dibenarkan jika, pada pendapat pengadil ia tidak berbahaya kepada pemain lawan. Bermain secara berbahaya tidak melibatkan sentuhan fizikal antara pemain. Jika terdapat sentuhan fizikal, tindakan itu menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan satu sepakan percuma terus atau sepakan penalti. Dalam hal sentuhan fizikal ini, pengadil hendaklah berhatihati untuk mempertimbangkan kemungkinan besar bahawa kelakuan tidak bersopan telah dilakukan. Tindakan Disiplin Jika pemain bermain secara berbahaya dalam rebutan biasa, pengadil hendaklah tidak mengambil tindakan disiplin. Jika tindakan itu dibuat dengan risiko yang jelas untuk mencederakan, pengadil hendaklah memberi amaran kepada pemain itu. Jika pemain menggagalkan suatu peluang jelas menjaringkan gol dengan bermain secara berbahaya, pengadil hendaklah memerintah keluar pemain itu. Permulaan semula permainan Sepakan percuma tidak terus di tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepaka Percuma) Jika terdapat sentuhan fizikal, kesalahan lain telah dilakukan yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus atau sepakan penalti. Menyekat pergerakan pemain lawan Menyekat pergerakan pemain lawan bermaksud bergerak di laluan pemain lawan untuk menghalang, menghadang, memperlambatkan atau memaksa pemain lawan menukar arah semasa bola tidak dalam jarak permainan. Semua pemain berhak kepada kedudukannya di dalam padang permainan, dengan berada di laluan pemain lawan tidak sama dengan bergerak ke arah laluan pemain lawan.

Menghadang bola adalah dibenarkan. Pemain yang meletakkan dirinya antara pemain lawan dengan bola atas sebab-sebab taktik tidak melakukan sesuatu kesalahan selagi bola berada dalam jarak permainan dan pemain itu tidak memegang pemain lawan dengan lengan atau badannya. Jika bola berada dalam jarak permainan, pemain itu boleh dirempuh dengan adil oleh pemain lawan. Melambat-lambatkan permulaan semula permainan kerana kad diberi Apabila pengadil memutuskan untuk melayangkan kad, sama ada amaran atau perintah keluar, permainan mesti tidak boleh dimulakan semula sehingga tindakan disiplin telah dilaksanakan. Amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan Terdapat keadaan-keadaan yang berbeza apabila pemain mesti diberi amaran kerana berkelakuan tidak bersemangat sukan, contohnya, jika pemain: melakukan secara gegabah salah satu dari tujuh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus melakukan kesalahan dengan tujuan taktik bagi mengganggu atau mematahkan suatu serangan yang baik memegang pemain lawan dengan tujuan taktik bagi menarik pemain lawan dari bola atau menghalang pasukan lawan mendapatkan bola memegang bola bagi menghalang pemain lawan mendapatkannya untuk mengaturkan serangan (selain daripada penjaga gol di dalam kawasan penaltinya). memegang bola dalam cubaan untuk menjaringkan gol (tanpa mengambil kira cubaan itu berjaya atau tidak) cubaan untuk menipu pengadil dengan melakonkan kecederaan atau berpura-pura dikasari (simulasi) menukar tempat dengan penjaga gol semasa bola dalam permainan tanpa kebenaran pengadil bertindak secara tidak menghormati permainan memainkan bola ketika bergerak keluar setelah diberi kebenaran untuk keluar dari padang permainan menggunakan suara, mengganggu pemain lawan semasa permainan atau ketika permulaan semula membuat tanda-tanda yang tidak dibenarkan di atas padang permainan menggunakan helah secara sengaja semasa bola dalam permainan untuk menghantar bola kepada penjaga golnya dengan menggunakan kepala, dada atau sebagainya untuk mempermainkan undang-undang, tanpa perlu diambil kira sama ada penjaga gol meyentuh bola dengan tangan atau tidak. Kesalahan ini dilakukan oleh pemain dalam cubaan untuk mempermain-mainkan maksud dan hakiki Undang-undang 12 dan permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus menggunakan helah yang sengaja untuk menghantarkan bola kepada penjaga gol bagi mempermain-mainkan Undang-undang ketika membuat sepakan percuma (setelah pemain diberi amaran, sepakan percuma mesti dibuat semula)

Meraikan sesuatu jaringan Walaupun dibenarkan untuk mempamerkan kegembiraan semasa meraikan sesuatu jaringan, keraian ini mesti tidak boleh secara berlebih-lebihan. Keraian yang munasabah adalah dibenarkan, tetapi melakukan koreograf keraian adalah tidak digalakkan kerana hasilnya pembuangan masa yang berlebihan dan pengadil diarahkan untuk menghalang dalam hal sedemikian. Pemain mesti diberi amaran jika: pada pendapat pengadil, dia menggunakan geraklaku yang mengapi-apikan, menyinggung atau menimbulkan kemarahan dia memanjat pagar sempadan untuk meraikan jaringan yang dilakukannya dia menanggalkan baju atau menutup kepala dengan bajunya dia menutup kepala atau mukanya dengan topeng atau bahan yang serupa

Keluar dari padang permainan untuk meraikan sesuatu jaringan bukanlah suatu kesalahan yang diberi amaran tetapi adalah penting bahawa pemain dengan segera kembali ke padang permainan. Pengadil adalah diharapkan untuk bertindak secara mencegah dan menggunakan budibicara dalam menangani kejadian meraikan sesuatu jaringan. Membantah dengan perkataan atau perbuatan Pemain yang bersalah kerana membantah (secara lisan atau tidak lisan) terhadap keputusan pengadil mesti diberi amaran. Ketua pasukan tidak mempunyai status khusus atau keistmewaan di bawah Undang-undang Permainan tetapi dia mempunyai tahap tanggungjawab terhadap kelakuan pasukannya. Melambat-lambatkan permulaan semula permainan Pengadil mesti memberi amaran kepada pemain yang melambat-lambatkan permulaan semula permainan dengan taktik seperti: membuat sepakan percuma di tempat yang salah dengan tujaun memaksa pengadil mengarahkan sepakan dibuat semula seolah-olah akan membuat lontaran ke dalam tetapi tiba-tiba meninggalkannya kepada

rakannya untuk mengambilnya menyepak bola atau membawa bola dengan tangan dari tempatnya setelah pengadil memberhentikan permainan melambat-lambat masa yang keterlaluan dalam lontaran ke dalam atau sepakan percuma bergerak keluar dari padang permainan secara perlahan-lahan apabila digantikan menimbulkan kemarahan dengan sengaja memegang bola setelah pengadil memberhentikan permainan Kesalahan berulang-ulang Pengadil hendaklah sentiasa berwaspada terhadap pemain yang berulang-ulang melakukan kesalahan Undang-undang. Terutamanya, mereka mesti sedar bahawa, walaupun jika pemain itu melakukan beberapa kesalahan yang berbeza, dia mesti diberi amaran kerana berulang-ulang melakukan kesalahan Undang-undang. Tidak ada bilangan kesalahan yang ditetapkan yang membawa kepada berulang-ulang atau corak yang dipamerkan ini adalah terpulang kepada keputusan yang mestilah ditentukan dalam pengurusan permainan yang berkesan. Bermain secara amat kasar Pemain bersalah kerana bermain dengan amat kasar jika menggunakan daya yang berlebihan atau keganasan terhadap pemain lawan apaila berebut untuk bola semasa bola dalam permainan. Suatu takel yang membahayakan keselamatan pemain lawan hendaklah dihukum sebagai bermain dengan amat kasar Mana-mana pemain yang menerjah ke arah pemain lawan dalam perebutan untuk bola dari hadapan, tepi atau belakang, menggunakan satu atau kedua-dua kakinya dengan daya yang berlebihan dan membahayakan keselamatan pemain lawan bersalah kerana bermain dengan amat kasar. Advantej tidak boleh dilaksanakan dalam situasi yang melibatkan permainan amat kasar kecuali terdapat peluang jelas menjaringkan gol berikutnya. Pengadil hendaklah memerintah keluar pemain tersebut kerana bersalah bermain dengan amat kasar apabila bola berada di luar permainan berikutnya. Pemain yang bersalah kerana bermain dengan amat kasar hendaklah diperintah keluar dan permainan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma terus di tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma) atau satu sepakan penalti (jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu).

Keperluan asas untuk sesuatu kesalahan

Berkelakuan ganas Pemain bersalah kerana berkelakuan ganas jika dia menggunakan daya yang berlebihan atau keganasan terhadap pemain lawan ketika tidak berebut untuk bola. Dia juga berkelakuan ganas jika dia menggunakan daya berlebihan atau keganasan terhadap rakan sepasukan, penonton, pegawai perlawanan atau mana-mana orang lain. Keganasan boleh berlaku sama ada di dalam atau di luar sempadan padang permainan, bola di dalam atau di luar permainan. Advantej tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan yang melibatkan kelakuan ganas kecuali terdapat peluang jelas menjaringkan gol terhasil berikutnya. Pengadil mesti perintah keluar pemain yang bersalah kerana berkelakuan ganas apabila bola seterusnya keluar dari permainan. Pengadil adalah diingatkan bahawa kelakuan ganas lazimnya membawa kepada pergaduhan, oleh yang demikian dia mesti menguatkuasakan ini dengan campur tangan yang aktif. Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan yang bersalah kerana berkelakuan ganas mesti diperintah keluar. Permulaan semula permainan Jika bola berada di luar permainan, permainan dimulakan semula mengikut keputusan sebelumnya Jika bola berada dalam permainan dan kesalahan berlaku di luar padang permainan: - jika pemain itu telah berada di luar padang permaian dan melakukan kesalahan itu, permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal ini pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yang berhampiran dengan tempat bola berada ketika permainan diberhentikan. - jika pemain keluar dari padang permainan untuk melakukan kesalahan itu, permainan dimulakan dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma). Jika bola berada di dalam permainan dan pemain melakukan suatu kesalahan di dalam padang permainan: - terhadap pemain lawan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma terus dari

tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma) atau sepakan penalti (jika berada di dalam kawasan penaltinya) - terhadap rakan sepasukan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Posisi sepakan percuma). - terhadap pengganti atau pemain yang telah digantikan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma). - terhadap pengadil atau penolong pengadil, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dari tempat kesalahan berlaku (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma). - terhadap orang lain, permainan dimulakan dengan jatuhan bola di tempat bola berada apabila permainan diberhentikan, kecuali permainan telah diberhentikan di dalam kawasan gol, dalam hal ini pengadil hendaklah menjatuhkan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol yag berhampiran dengan tempat bola berada ketika permainan diberhentikan. Kesalahan-kesalahan objek (atau bola) dilontar Jika ketika bola di dalam permainan, pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan melontarkan objek kepada pemain lawan atau orang lain secara gegabah, pengadil hendaklah memberhentikan permainan dan beri amaran kepada pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan itu. Jika ketika bola berada di dalam permainan, pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan melontarkan bola kepada pemain lawan atau orang lain dengan daya yang berlebihan, pengadil hendaklah perintah keluar pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan itu. Permulaan permainan Jika pemain berdiri di dalam kawasan penaltinya melontarkan objek kepada pemain lawan yang berdiri di luar kawasan penaltinya, pengadil memulakan semula permainan dengan sepakan percuma terus kepada pasukan lawan di tempat objek itu terkena atau mungkin kena pemain lawannya Jika pemain berdiri di luar kawasan penaltinya melontarkan objek kepada pemain lawan yang berada di dalam kawasan penaltinya, pengadil hendaklah memulakan semula permainan dengan sepakan penalti. Jika pemain berdiri di dalam padang permainan melontarkan objek kepada mana-mana orang yang berada di luar padang permainan, pegadil memulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma) Jika pemain berdiri di luar padang permainan melontarkan objek kepada pemain lawan yang berada di dalam padang permainan, pengadil memulakan semula permainan dengan sepakan percuma terus kepada pasukan lawan di tempat objek itu mengenai atau mungkin mengenai pemain lawan atau dengan sepakan penalti (jika berlaku di dalam kawasan penalti pemain yang bersalah itu) Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan yang berada di luar padang permainan melontarkan objek kepada pemain lawan yang berada di dalam padang permainan, pengadil memulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan, di tempat bola berada apabila permainan diberhentikan (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan

Percuma) Menggagalkan suatu jaringan atau peluang jaringan Terdapat dua kesalahan perintah keluar yang berkaitan dengan insiden menggagalkan pemain lawan satu peluang jelas untuk menjaringkan gol. Adalah tidak diperlukan kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti. Jika pengadil melaksanakan advantej ketika peluang jelas menjaringkan gol dan gol telah dijaringkan, walaupun pemain lawan memegang bola atau mengkasari pemain lawan, pemain itu tidak boleh diperintah keluar tetapi masih boleh diberi amaran. Pengadil hendaklah mengambil kira keadaan-keadaan berikut apabila membuat keputusan sama ada pemain diperintah keluar kerana menggagalkan suatu jaringan atau peluang jelas menjaringkan gol: jarak di antara kesalahan dengan gol kemungkinan mengawal atau menguasai bola arah tuju permainan kedudukan dan bilangan pemain pertahahan kesalahan yang menggagalkan pemain lawan peluang jelas menjaringkan gol mungkin adalah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus atau tidak terus

UNDANG-UNDANG 13 SEPAKAN PERCUMA


Prosedur Bola berada dalam permainan apabila disepak dan bergerak. Sepakan percuma boleh dibuat dengan mengangkat bola dengan kaki atau kedua-dua kaki serentak. Mengacah untuk membuat sepakan percuma untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan dalam bolasepak. Walau bagaimanapun jika pada pendapat pengadil, tindakan itu dianggap sebagai tidak bersemangat sukan, pemain mesti diberi amaran. Jika pemain, sambil membuat sepakan percuma secara betul, dengan sengaja menendang bola ke arah pemain lawan supaya dapat memainkan bola semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil hendalah meneruskan permainan. Sepakan percuma tidak terus mesti dibuat semula jika pengadil gagal untuk mengangkat lengannya untuk mengisyaratkan sepakan itu adalah sepakan percuma tidak terus dan bola ditendangkan terus ke dalam gol. Sepakan percuma tidak terus asal itu tidak dibatalkan oleh kesilapan pengadil. Jarak Jika pemain membuat keputusan untuk membuat sepakan percuma dengan pantas dan pemain lawan yang berada kurang 9.15 m dari bola menyerkapnya, pengadil mesti meneruskan permainan. Jika pemain membuat keputusan untuk membuat sepakan percuma dengan pantas dan pemain lawan yang berdekatan dengan sengaja menghalangnya membuat sepakan, pengadil mesti memberi amaran kepada pemain itu kerana melambat-lambatkan permulaan semula permainan. Jika sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya, seorang atau lebih pemain lawan berada di dalam kawasan penalti kerana pemain pertahanan membuat keputusan untuk menendang dengan pantas dan pemain lawan tidak sempat keluar dari kawasan penalti itu, pengadil hendaklah meneruskan permainan.

UNDANG-UNDANG 14 Sepakan Penalti


Prosedur Mengacah ketika membuat sepakan penalti untuk mengelirukan pemain lawan adalah dibenarkan dalam bolasepak. Walau bagaimanapun jika pada pendapat pengadil, tindakan dianggap sebagai tidak bersemangat sukan, pemain mesti diberi amaran. Persediaan untuk Sepakan Penalti Pengadil mesti memastikan keperluan-keperluan berikut sebelum sepakan penalti dibuat: penyepak dikenal pasti bola diletakkan dengan betul pada tanda penalti penjaga gol berada di atas garisan gol di antara tiang-tiang gold an mengadap penyepak rakan-rakan penyepak dan rakan-rakan penjaga gol berada: - di luar kawasan penalti - di luar garis lengkuk penalti - di belakang bola Kesalahan Selepas wisel dan sebelum bola dalam permainan

UNDANG-UNDANG 15 LONTARAN KE DALAM


Prosedur Kesalahan-kesalahan Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain lawan tidak boleh berada kurang 2 meter dari tempat lontaran ke dalam. Bila perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum lontaran ke dalam dibuat dan beri amaran kepada pemain yang kemudiannya gagal untuk beredar ke jarak yang betul. Permainan dimulakan semula dengan lontaran ke dalam. Jika pemain, sambil membuat lontaran ke dalam yang betul, dengan sengaja melontarkan bola ke arah pemain lawan agar dapat memainkan bola itu semula tetapi tidak secara gegabah atau menggunakan daya berlebihan, pengadil mesti meneruskan permainan. Jika bola masuk ke gol lawan terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan gol. Jika bola masuk ke gol pelontar terus dari lontaran ke dalam, pengadil mesti memberikan sepakan penjuru. Jika bola tersentuh tanah sebelum masuk ke dalam padang permainan, lontaran ke dalam hendaklah dibuat semula oleh pasukan yang sama dari tempat yang sama dengan syarat lontaran telah dibuat mengikut prosedur yang betul. Jika lontaran ke dalam tidak dibuat mengikut prosedur yang betul, lontaran dibuat semula oleh pasukan lawan.

UNDANG-UNDANG 16 SEPAKAN GOL

Sepakan gol adalah suatu cara untuk memulakan semula permainan. Sepakan gol adalah diberi apabila keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang, melintasi garisan gol, sama ada di tanah atau di udara dan gol yang tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 10. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan gol tetapi hanya terhadap gol pasukan lawan. Prosedur Bola disepak dari mana-mana tempat di dalam kawasan gol oleh pemain pasukan bertahan Semua pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola berada di dalam permainan Penyepak tidak memainkan bola kali kedua sehingga ianya disentuh oleh pemain lain Bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus melepasi kawasan penalti Pelanggaran dan Hukuman Jika bola tidak disepak terus melepasi kawasan penalti: sepakan dibuat semula Sepakan gol yang dibuat oleh pemain selain daripada penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak dengan sengaja memegang bola sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penyepak itu. Sepakan gol yang dibuat oleh penjaga gol Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol memegang bola sebelum ianya

disentuh oleh pemain lain: sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol itu sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undangundang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). sepakan percuma tidak terus adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjaga gol itu, sepakan dibuat di tempat kesalahan (rujuk Undang-undang 13 Kedudukan Sepakan Percuma). Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini: sepakan dibuat semula

UNDANG-UNDANG 17 SEPAKAN PENJURU

Prosedur Kesalahan-kesalahan Pengadil adalah diingatkan bahawa pemain lawan hendaklah berada 9.15 m (10 ela) dari garis lengkuk penjuru sehingga bola berada dalam permainan (tanda pilihan di luar padang permainan digunakan sebagai bantuan). Bila mana perlu, pengadil mesti mengingatkan mana-mana pemain yang berada dalam jarak ini sebelum sepakan penjuru dibuat dan beri amaran pemain itu jika dia selepas itu gagal beredar ke jarak yang betul. Jika penyepak menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain, sepakan percuma tidak terus diberikan di tempat sentuhan kedua berlaku (lihat Undang-undang 13 Posisi Sepakan Percuma). Jika pemain, sambil membuat sepakan penjuru dengan betul, dengan sengaja menendang bola ke pemain lawan agar dapat memainkan bola semula tetap tidak secara gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan, pengadil mesti meneruskan permainan. Bola mesti diletakkan di dalam garisan lengkuk penjuru dan berada dalam permainan apabila ditendang oleh itu bola tidak perlu keluar dari garisan lengkuk penjuru untuk berada dalam permainan. Rajah berikut menunjukkan kedudukan yang betul dan tidak betul.

PROSEDUR UNTUK MENENTUKAN PEMENANG PERLAWANAN TIMBAL-BALIK

Sepakan dari tanda penalti Prosedur Sepakan dari tanda penalti bukan sebahagian dari perlawanan Kawasan penalti untuk sepakan dari tanda penalti itu boleh ditukar hanya jika kawasan gol atau permainan tidak dapat dimainkan lagi Sebaik saja semua pemain yang layak telah membuat sepakan dari tanda penalti, turutan yang sama tidak perlu diikuti seperti dalam pusingan pertama Setiap pasukan bertanggungjawab untuk memilih pemain dari mereka yang berada di dalam padang permainan pada akhir perlawanan dan giliran untuk membuat sepakan. Pemain selain daripada penjaga gol yang cedera tidak boleh digantikan semasa sepakan dari tanda penalti. Jika penjaga gol diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti itu, dia mesti digantikan oleh pemain yang telah menamatkan perlawanan itu. Pemain, pengganti atau pemain yang telah digantikan boleh diberi amaran atau diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti. Pengadil mesti tidak membatalkan perlawanan jika satu pasukan mempunyai kurang dari tujuh pemain semasa sepakan dari tanda penalti. Jika pemain cedera atau diperintah keluar semasa sepakan dari tanda penalti dan pasukan itu kurang seorang pemain, pengadil tidak perlu mengurangkan bilangan pemain dari pasukan lawan yang membuat sepakan dari tanda penalti. Bilangan pemain yang sama bagi setiap pasukan hanya diperlukan pada permulaan sepakan dari tanda penalti.

Anda mungkin juga menyukai