Anda di halaman 1dari 44

BOLA SEPAK

PADANG
BOLA SEPAK
Permukaan Padang
Perlawanan boleh dimainkan di atas
permukaan semulajadi atau artifisal
mengikut peraturan pertandingan.
Warna permukaan artifisal `mesti
berwarna hijau.
Tanda-tanda Padang
berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan.
Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan
tepi.
Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.
Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian
oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan
antara dua garisan tepi.
Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan
tengah.
Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda
mengelilinginya.
Ukuran
Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari
garisan gol.
Panjang (garisan tepi): minimum 90m
Maksimum : 120m
Lebar (garisan gol): minimum 45m
maksimum 90m
Semua garisan mestilah sama lebarnya dan
tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.
Kawasan Gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan
garisan gol, 5.5 meter dari bahagian dalam
tiang-tiang gol.
Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam
padang permainan sejauh 5.5 meter
disambung dengan satu garisan selari
dengan garisan gol.
kawasan gol.
Kawasan Penalti
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan
garisan gol, 16.5 meter dari bahagian dalam
tiang-tiang gol.
 Garisan-garisan ini hendaklah
dipanjangkan ke dalam padang permainan
sejauh 16.5 meter
dan disambungkan dengan satu garisan
selari dengan garisan gol.
kawasan penalti.
Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda
penalti dibuat 11 meter dari pertengahan
garisan gol di antara tiang-tiang gol dan
sama jarak darinya. 
Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela)
dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar
kawasan penalti.
Tiang Bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari
1.5 meter
dengan bahagian atasnya tidak tajam
berbendera ditempatkan pada setiap
penjuru.
Tiang bendera boleh juga ditempatkan di
setiap penghujung garisan tengah, tidak
kurang 1 meter di luar garisan tepi.
Lengkok Penjuru
suatu suku bulatan berjejari 1 meter dari setiap
tiang bendera penjuru ditandakan di dalam
padang permainan.
Tiang dan Palang Gol
Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di
pertengahan setiap garisan gol.
Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama
jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum
di bahagian atasnya dengan palang melintang.
Lengkok Penjuru
Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter jarak
dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44
meter
Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar
dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm
Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang
dan palang gol.
 Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah
di belakang gol.
Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.
Pemain
Sekiranya bilangan pemain kurang dari 7 pemain atau
4 pemain ditunjukkan kad merah, maka satu pasukan
akan kehilangan perlawanan
Setiap pasukan mempunyai kapten yang bertugas
untuk berbincang dengan pengadil sekiranya terdapat
masalah dalam perlawanan.
Nama Pemain Gantian
  Dalam setiap perlawanan, nama-nama
pemain gantian mestilah diberikan kepada
pengadil sebelum perlawanan dimulakan.
Pemain gantian yang tidak didaftarkan
tidak akan dibenarkan untuk bermain.
Prosedur Penggantian Pemain
Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum
sebarang pertukaran dibuat
Pemain gantian hanya boleh memasuki padang
selepas pemain yang hendak digantikan keluar
dari padang dan selepas mendapat isyarat
daripada
pengadil.
Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian
memasuki padang permainan
pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi
mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.
Pertukaran Penjaga Gol
Untuk menukar penjaga gol, pengadil
hendaklah diberitahu terlebih dahulu dan
sebelum pertukaran dibuat semasa
pemberhentian permainan.
Undang-undang 4: Alatan Pemain
a. Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau
perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada
dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain.
Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.
Jersi atau baju berlengan
seluar pendek
stoking
Pelindung kaki
Pelindung Kaki (Shin Guards)
Setiap pemain mesti menggunakan pelindung pada
kaki.
Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat
daripada bahan yang sesuai seperti getah atau
plastik perlu dipakai di dalam stoking.
kasut bola
Sarung Tangan
Penjaga Gol
Penjaga gol mesti memakai warna jersi yang berlainan
daripada pemain lain,
pengadil dan penolong pengadil.
Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain
sekiranya mereka melanggar peraturan ini.
Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan
kesalahan meninggalkan padang.
Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang
sehingga dibenarkan oleh pengadil.
Pengadil akan memeriksa peralatan pemain tersebut
sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan
dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola
terkeluar dari padang.

Anda mungkin juga menyukai