Anda di halaman 1dari 4

1

BOLA SEPAK
CARA PERMAINAN

-Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

-Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika keduadua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

-Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

UKURAN -Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang : Minimum : 90 m( 100 ela) Maksimum : 120 m ( 130 ela) Lebar : Minimum : 45 m( 50 ela) Maksimum : 90 m ( 100 ela)

Perlawanan Antarabangsa Panjang : Minimum : 100 m(110 ela) Maksimum : 110 m ( 120 ela) Lebar : Minimum : 64 m( 70 ela) Maksimum : 75 m( 80 ela)

TANDA-TANDA -Padang permainan hendaklah ditandakan oleh garisan. Garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.

-Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.

-Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter ( 5 inci) lebarnya.

-Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah.

-Pusat padang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan mengelilinginya.

KAWASAN GOL Satu kawasan gol penalti dikenal pasti pada kedua-dua penghujung padang seperti berikut :

-Dua garisan hendaklah ditanda bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan 16.5 meter (18 ela) ke dalam padang permainan dan disambungkan dengan satu garisan yang selari dengan garisan gol. Kawasan yang disempadankan oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.

-Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu

garisan lengkuk berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan dari setiap penalti di luar kawasan penalti.

TIANG BENDERA -Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru.

-Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.

LEKUK PENJURU -Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

TIANG DAN PALANG GOL -Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol.

-Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan di bahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki).

-Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol. -Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih.

Anda mungkin juga menyukai