Anda di halaman 1dari 10

HSN113 - FUTSAL

SEJARAH FUTSAL

Muhamad Syafiq b. Muhamad Sahit Ahmad Fadhil Khawarizmi Muhammad Ikram Affendi b. Mohammad Zaini

2012642178 2012220124 2012645418

FUTSAL
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gol lawan, dengan memanipulasi bola dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga diizinkan memiliki pemain simpanan. Tidak seperti permainan sepak bola dalam ruangan lainnya, lapangan futsal dibatasi garis, bukan net atau papan. Futsal turut juga dikenali dengan berbagai nama lain. Istilah "futsal berasal dari kata Sepanyol atau Portugis, football dan sala. Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fdration Internationale de Football Association (FIFA). Perkataan Futsal berasal dari bahasa Sepanyol, iaitu Futbol (bola sepak) dan Sala (ruangan). Gabungan kedua-dua perkataan tersebut akan membawa maksud, Bola Sepak dalam Ruangan. Futsal dimainkan oleh lima orang pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Perbezaan antara bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain dapat mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasan permainan yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelongsoran terhadap pihak lawan dilarang sama sekali.

Di samping itu, mana-mana ahli pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul. Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelangganggelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

SEJARAH
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brasil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fdration Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oceania. Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pada 1984. Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. Futsal The Rule of The Game. Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggotaanggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

PERALATAN
Bola

Ukuran: 4 cm Diameter: 62-64 cm Berat: 390-430 gram Lambungan: 55-65 cm pada pantulan pertama Bahan: kulit atau bahan yang sesuai (iaitu, tak berbahaya)

Perlengkapan pemain
Jersi Seluar pendek Stoking kaki Pelindung lutut Alas kaki bertapakkan getah

Lapangan permainan
Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m Garisan gelanggang: garisan selebar 8 cm, garisan tersebut bersentuh di sisi, garis gawang di hujung-hujung, dan garis melintang tengah lapangan; 3 m bulatan tengah; tiada tembok penghalang atau papan. Kawasan penalti: separa bulatan berukuran 6 m dari setiap tiang gol. Garis penalti: 6 m dari titik tengah garisan gol. Garis penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gol Zon pergantian: kawasan 6 m (3 m pada setiap sisi garis tengah lapangan) pada luar gelanggang. Gol: tinggi 2 m x lebar 3 m Permukaan gelanggang: halus, rata, dan tidak lelas.

Permukaan Padang
Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisial mengikut peraturan pertandingan. Warna permukaan artifisial mesti berwarna hijau. Bagi permukaan semulajadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak FIFA Quality Concept for Artificial Turf atau International Artificial Turf Standard kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA.

Tanda-tanda Padang
Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan. Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol. Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi. Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya. Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Ukuran
Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol. Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela) maksimum 90m (100 ela) Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya. Perlawanan Antarabangsa o Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela) o Lebar: minimum 64m (70 ela), maksimum 75m (80 ela)

Kawasan Gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 meter (6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.

Kawasan Penalti
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti. Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.

Tiang Bendera
Tiang bendera tingginya tidak kurang dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru. Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.

Lengkok Penjuru
Suatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

Tiang dan Palang Gol


Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang. Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki). Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol. Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.

LAMPIRAN

Dimensi Padang Futsal

Bola Futsal

Kasut Futsal

Anda mungkin juga menyukai