Anda di halaman 1dari 24

KOLEJ VOKASIONAL KAJANG

ECC 4022 ELEKTIF KOKURIKULUM

TAJUK : BOLA JARING

AHLI KUMPULAN

NAMA : ABDUL HAFIZ BIN ABDUL HARRIS

ANGKA GILIRAN : K281FMPP033

NAMA : EIRFAN DANIEL BIN KAMARUL ARIFFIN

ANGKA GILIRAN : K281FMPP044

NAMA : MUHAMMAD FAREEZ DANIAL BIN MOHD NORZAIDI

ANGKA GILIRAN : K281FMPP050

NAMA : NUR HIDAYAT BIN UJUD

ANGKA GILIRAN : K281FMPP067

SEMESTER : 4
TAHUN : 2020
KELAS : 2D MPP2
NAMA PENSYARAH : PN KASMINI BINTI ABDUL GHANI
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT (M/S)

1.0 PENGENALAN 1
1.1 Kedudukan 2
1.2 Saiz Gelanggang 2–3
2.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 3
2.1 Objektif 3
2.2 Pemain 3–5
2.3 Pengadil 5–6
2.4 Undang-Undang AM Bola Jaring 6–9
3.0 KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING 9
3.1 Membuat Hantaran 9 – 11
3.2 Menerima Hantaran 11 – 12
3.3 Teknik Hantaran 13 – 21

4.0 PENUTUP 21

5.0 SUMBER RUJUKAN 21


1.0 PENGENALAN

Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada
asalnya dikenali di negara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang wanita".
Dicipta oleh Clara Gregory Baer, peneraju dalam sukan wanita, ia kini merupakan sukan
berpasukan wanita tersohor (sebagai penonton dan pemain sukan) di Australia dan New
Zealand dan turut terkenal di Jamaica, Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United
Kingdom.

Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang keras


dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang serta menggunakan bola yang
menyerupai bola keranjang tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah
kebanyakannya putih. Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah berbanding
gelung bola keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar. Gelanggang dibahagi
kepada tiga kawasan yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan, dan
dua separuh bulatan "bulatan penjaring - (shooting circles)" pada setiap hujung di mana
semua lontaran gol perlu dilakukan. Terdapat tujuh pemain setiap pasukan yang telah
ditetapkan posisinya. Sesetengah variasi seperti remaja (junior) atau latihan hanya
mempunyai lima pemain setiap pasukan.

1|Page
1.1 Kedudukan

Setiap pemain memakai "bib" untuk menunjukkan posisi mereka serta


kedudukan mereka di atas gelanggang. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut
tertentu di atas gelanggang. Pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka
dianggap "salah kedudukan (offside)". Kedudukan adalah seperti di bawah:

Kedudukan bola jaring

Nama
Abbreviation Lawan Kawasan dibenarkan
kedudukan

Goal
Goal Shooter GS Attacking goal third including goal circle
Keeper.

Goal Attacking goal third, goal circle, and center


Goal Attack GA
Defence third

Wing Attacking goal third and center third, not goal


Wing Attack WA
Defence circle

Centre C Centre Everywhere except goal circles

Defensive goal third and centre third, not goal


Wing Defence WD Wing Attack
circle

Defensive goal third and centre third,


Goal Defence GD Goal Attack
including goal circle

Goal
Goal Keeper GK Defensive goal third, including goal circle
Shooter

1.2 Saiz Gelanggang

Gelanggang bola jaring adalah besar sedikit berbanding gelanggang bola


keranjang iaitu sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali
sebagai Garis Sisi dan garis lebar dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines).
Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris
pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat
(radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis
gelanggang tidak lebih daripada 50mm. Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari
atas gelung. Gelung mempunyai diameter dalam 380mm dan terletak 150mm
dari tiang gol. Gelung diperbuat daripada besi bergaris pusat 15mm.

2|Page
2.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Setiap sukan atau permainan yang dimainkan mesti ada peraturan dan
undang-undangnya tersendiri. Begitu juga dengan sukan bola jaring, terdapat
beberapa peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain.

2.1 Objektif

Matlamat sukan ini adalah untuk mengumpul mata dengan menjaringkan


gol sebanyak mungkin pada tiang gol pasukan lawan.

2.2 Pemain

Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain


simpanan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing –
masing. Pemain tidak bebas bergerak ke sudut gelanggang tertentu dan mereka
hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.

3|Page
Berikut merupakan posisi pemain dan tugas – tugas mereka:

a) Penjaga Gol (GK)


 Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan sama ada di dalam
kawasan atau di luar kawasan jaringan.
 Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol.
 Tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang di kawasan jaringan.
 GK juga perlu bekerjasama dengan pertahanan gol (GD).

b) Pertahanan Gol / Pertahanan Dalam (GD)


 Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan lawan
sama ada di kawasan tengah, di kawasan gol, atau di kawasan
jaringan.
 GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana – mana
pemain di kawasan tengah atau kawasan gol.
 Tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat
jaringan.
 GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

c) Pertahanan Sayap / Pertahanan Luar (WD)


 Merupakan pemain pertahanan.
 Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan
kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan di bulatan jaringan.
 WD juga boleh bertindak sebagai penyerang semasa bola dihantar ke
tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

d) Pemain Tengah (C)


 Memainkan peranan penting kerana ditugaskan sebagai penyerang
dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal
permainan.
 Kawasan untuk C hampir meliputi keseluruhan gelanggang bola
jaring.
 C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali kawasan D.

4|Page
e) Penyerang Sayap (WA)
 Merupakan penyerang yang ditugaskan menghantar bola dari
kawasan tengah ke kawasan jaringan.
 WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan
penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

f) Penyerang Gol (GA)


 Ditugaskan sebagai penjaring.
 GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap, dan
penjaring gol.
 GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai
penyerang.

g) Penjaring Gol (GS)


 Tugas utama GS adalah menjaringkan gol.
 GS mestilah mahir membuat jaringan.

2.3 Pengadil

Pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar


dan semua pemain bermain dengan ‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan
yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam
gelanggang.
Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada
seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu
pertandingan. 2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri
daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar


gelanggang kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:

 Membuat lambungan
 Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
 Melihat permainan dengan lebih jelas
 Melihat pemain yang tercedera (jika ada)

5|Page
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil sepanjang masa permainan.

2.4 Undang-Undang AM Bola Jaring

2.4.1 Penalti

a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan


dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan undang-
undang advantage (kelebihan) digunakan. Ertinya, pengadil
hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk
mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan
mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.

b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.

c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada


salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan
yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti
itu.

d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada


di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya
yang betul.

e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran


penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi
undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di
tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa
pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki
tetap di atas tanah.

f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti


atau jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e),
hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan.

6|Page
g) Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-
undang (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada
pihak lawan.

2.4.2 Hantaran

a) Hantaran Percuma

Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang


berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan,
sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua
pemain lawan dengan bantuan tiang gol. Semasa pemain daripada
pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat
hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan
gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang
pemain dalam kawasan itu.

b) Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain


didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika
seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti
berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat
sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain
yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak
sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat
hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau
jaringan itu berjaya melepasi jaring. Penalti akan diambil dari tempat
pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan
pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan
diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuh
atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

7|Page
 Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh
dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam
kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan
kesalahan.

 Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain


membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti
itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.

 Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan


kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain
yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil
bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada
tangan pemain yang mengambil.

 Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak


menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan
lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain
yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas
daripada tangan pemain yang membuat hantaran.

 Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau


penyerang gol boleh membuat pilihan sama ada ingin
membuat hantaran atau melakukan jaringan

c) Hantaran ke Dalam

Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada


pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya :

 Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau


 Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh
kawasan luar gelanggang.

d) Lambungan

8|Page
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:
 Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu
sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan.
 Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola
keluar gelanggang.
 Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir
menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang.
 Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak
dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola.
 Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh
yang mengganggu permainan.

3.0 KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

3.1 Membuat Hantaran

Hantaran merupakan kemahiran asas dalam permainan bola jaring. Hal


ini demikian kerana dalam permainan bola jaring, setiap pemain perlu
menghantar bola tersebut antara satu sama lain. Penghantaran dapat dibuat
dengan dua cara iaitu dengan menggunakan satu tangan ataupun dua tangan.
Pemain bola jaring perlu mempunyai kemahiran hantaran yang pelbagai agar
terdapat unsur kejutan dalam permainan mereka dan ini juga dapat membantu
mereka untuk memenangi permainan.

3.1.1 Kepentingan Hantaran

Hantaran penting dalam permainan bola jaring kerana hantaran


merupakan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam
permainan. Dalam satu permainan bola jaring, pasukan akan banyak
menghantar bola kepada penjaring pasukan iaitu penjaring gol dan
penyerang gol. Pasukan bola jaring yang mempunyai kemahiran
hantaran yang baik akan memberi banyak peluang kepada penjaring
mereka untuk menjaringkan bola dan sebaliknya jika pasukan memiliki
kemahiran menghantar yang lemah akan meghalang peluang
penjaring pasukan untuk menjaringkan bola seterusnya menghalang
peluang pasukan untuk menang.

9|Page
3.1.2 Jenis-Jenis Hantaran

Hantaran bola jaring tergolong dalam dua kategori iaitu hantaran dua
tangan dan hantaran satu tangan. Dalam kedua-dua kategori ini pula
terdapat hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. Kedua-dua
hantaran satu tangan dan dua tangan mempunyai kelebihan yang
tersendiri. Pemain yang mahir dalam teknik-teknik asas hantaran akan
menjadi seorang pemain yang serba boleh dengan pelbagai hantaran
yang akan membuat pasukan lawan keliru.

a) Hantaran Dua Tangan

Hantaran dua tangan merupakan hantaran yang mudah untuk


dipelajari kerana kedua-dua tangan digunakan untuk melakukan
hantaran ini. Kedudukan tangan sama ada di belakang bola atau
di bahagian atas dan bawah bola. Pergelangan tangan dan jari-
jari akan mengarahkan bola manakala siku, lengan, dan berat
badan akan mengeluarkan tenaga untuk kelajuan serta jarak
kepada hantaran yang akan dilakukan. Kelebihan hantaran dua
tangan ialah boleh diambil semula dengan mudah pada bila-bila
masa sebelum ia dilepaskan berbanding hantaran satu tangan
yang sukar untuk diambil semula apabila aksi hantaran telah
dimulakan. Hantaran dua tangan terdiri daripada hantaran dada,
hantaran lantun, hantaran atas kepala dan hantaran sisi.

b) Hantaran Satu Tangan

Hantaran satu tangan merupakan hantaran yang kuat dalam


permainan bola jaring. Untuk penghantaran satu tangan, bola
dipegang dengan jari-jari tangan balingan dibuka luas manakala
tangan yang sebelah lagi diletak pada bola untuk mengawal atau
menstabilkannya. Berat badan diimbangkan di kaki belakang, kaki
yang bertentangan dengan tangan balingan di hadapan dengan
lutut dibengkokkan sedikit. Semasa bola dilepaskan, pastikan jari-
jari mengawasi bola, lengan dan bahu memberi daya dan kelajuan
pada bola. Contoh hantaran satu tangan terdiri daripada hantaran
lantun, hantaran aras bahu, hantaran lob, hantaran peluru dan
hantaran bawah bahu.

10 | P a g e
3.1.3 Panduan Membuat Hantaran

Pemain yang ingin membuat hantaran tidak bolah panik. Pemain


mempunyai tiga saat untuk mencari arah hantaran. Jangan tergesa-
gesa kerana hantaran yang tergesa-gesa mungkin membuatkan
pasukan kehilangan bola. Selain itu, mata hendaklah mencari sasaran
hantaran dan buat hantaran di hadapan rakan yang bergerak.

Rajah berikut menunjukkan contoh hantaran yang terdapat dalam bola jaring.

3.2 Menerima Hantaran

Kemahiran menerima hantaran merupakan langkah pertama dalam


permainan bola jaring. Ketika menerima bola, jari-jari keluar untuk menerima
bola, menangkap bola dan menarik bola rapat ke dada. Terdapat dua cara untuk
menangkap bola iaitu dengan menggunakan dua tangan dan menggunakan satu
tangan.

a) Menggunakan Dua Tangan

Kedudukan badan hendaklah seimbang sambil mata melihat pada bola.


Tangan dikeluarkan dan bersedia untuk menangkap. Siku dibengkokkan

11 | P a g e
sedikit manakala jari-jari dibuka. Selepas bola ditangkap, pemain perlu
menarik bola ke arah dada dan bersedia untuk menghantar atau
menjaring. Kelebihan menangkap menggunakan dua tangan ialah
merupakan cara menangkap yang paling selamat dan membolehkan
pemain mendapat kawalan yang lebih baik terhadap bola.

b) Menggunakan Satu Tangan

Menangkap menggunakan satu tangan pula merupakan cara menangkap


yang kurang selamat tetapi memberi kelebihan kepada pemain dari segi
jangkauan ke arah bola. Ketika bersedia untuk menangkap bola
menggunakan satu tangan, pemain perlu menyeimbangkan badan sambil
memerhatikan arah bola dan tangan dihulurkan ke arah bola. Ketika ingin
menangkap pula, pergelangan tangan dibengkokkan, jari-jari dibuka luas.
Setelah bola berada dalam tangkapan, pegang bola dengan kemas
menggunakan jari-jari, tarikkan bola ke badan manakala tangan yang lagi
sebelah digunakan untuk mengawal bola dan bersedia untuk membuat
hantaran atau jaringan.

Rajah berikut menunjukkan contoh menerima hantaran.

12 | P a g e
3.3 Teknik Hantaran

3.3.1 Hantaran Aras Bahu

Hantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini
dapat dilontar dengan lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan
cara ini sukar untuk dipintas atau direbut dengan mudah oleh pihak
lawan. Hantaran ini, jika dilakukan dengan teknik yang betul, akan
menjadi lebih kuat, cepat dan tepat. Hantaran begini boleh dibuat ke
hadapan penerima.

Perhatikan teknik-teknik hantaran yang betul sebelum anda mahir


dalam permainan ini.
a) Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
b) Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai
paksi kepada pergerakan kaki kanan.
c) Berat badan berada di atas kaki kanan.
d) Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku
dibengkokkan.
e) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa
membuat hantaran.
f) Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan.
g) Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar.

13 | P a g e
h) Bagi hantaran jarak jauh, gunakan pergerakan pergelangan
tangan dan jari.

3.3.2 Hantaran Aras Dada

Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk
jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang
pantas dan memerlukan tindakan segera.

Teknik hantaran dada:


a) Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola.
b) Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada.
Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan
seimbang.
c) Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan
kaki kiri ke hadapan.
d) Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.
e) Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke
hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.

3.3.3 Hantaran Sisi / Bawah Bahu

Hantaran ini boleh dibuat rendah ke bawah jika penghalang


meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang. Hantaran ini
boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua tangan. Cara
hantaran hampir sama dengan cara melontar bola baling.
Bagaimanapun hantaran ini jarang digunakan kerana kurang tepat dan
kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Teknik hantaran sisi/bawah bahu:


a) Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu
b) Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada
paras pinggang
c) Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil
menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan

3.3.4 Hantaran Atas Kepala (Lob)

14 | P a g e
Hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang dilakukan
dalam sukan bola sepak, kecuali kedudukan kaki pemain yang agak
longgar dalam lontaran bola jaring. Hantaran ini digunakan apabila
pemain yang terlibat dihadang atau dihalang oleh pemain lawan. Untuk
membuat hantaran lob, pemain yang ingin membuat hantaran perlulah
melontarkan bola setinggi yang boleh ke arah ahli pasukannya yang
lain.

Teknik hantaran bola lob:


a) Kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras
kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke
belakang dan pada aras bahu.
b) Pemain akan menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan
mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan.
c) Pemain melepaskan bola semasa siku diluruskan dan tangan
masih di atas kepala.
d) Kaki pemain berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah
satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan
pemain.

3.3.5 Hantaran Lantun

Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain


berkumpul di satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila
hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan
dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang
membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling
dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan menggunakan
kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan
tepat.

Teknik hantaran lantun:


a) Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada
b) Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke
lantai agar bola dilantun semula dan dapat disambut oleh ahli
pasukannya.

15 | P a g e
c) Apabila menggunakan sebelah tangan, gerakan sama seperti
hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan
dengan cara membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah
untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.

3.3.6 Gerakan Kaki

Dalam permainan bola jaring, gerakan kaki merupakan salah satu


kemahiran penting yang perlu ada pada semua pemain. Untuk
meningkatkan kemahiran ini, seseorang pemain mestilah mampu
berlari dengan laju dan pada jarak yang berbeza. Dia perlulah
mempunyai ketangkasan untuk menukar haluan secara serta-merta
sambil memecut. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh
digunakan dalam permainan bola jaring. Kemahiran gerakan kaki juga
selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di sini bermakna
apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau
melonjak semasa menghantar dan menjaring bola. Pemain-pemain
yang dapat menguasai kemahiran ini akan mempunyai kelebihan di
mana mereka dengan mudah dapat mengelakkan diri daripada dikawal
oleh pemain lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima
bola ataupun membuat jaringan. Terdapat dua cara yang boleh
dilakukan oleh pemain setelah menerima bola sama ada daripada
hantaran rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan iaitu
mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan mendarat
menggunakan kedua belah kaki

a) Mendarat Atas Sebelah Kaki

 Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan


dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan,
pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang
mula mendarat tadi memijak lantai semula.
 Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada
sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang
satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan
bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan
diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan
kepada lontaran bola yang seterusnya.

16 | P a g e
b) Mendarat Atas Dua Belah Kaki

 Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan


sebelah kaki serta membaling bola.
 Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki
secara serentak dan kemudiannya terus melompat dengan
dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah dibaling
kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat
semula.
 Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh
memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk
membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang
satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan
yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang
sedang memegang bola mencari dan memerhatikan
kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.

3.3.7 Kawalan

Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga


bermain sebagai pertahanan. Biasanya, pasukan yang menguasai bola
dianggap sebagai pasukan penyerang sementara pasukan lawannya
dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap pemain perlu mahir
menangkap dan melontar bola. Apabila menyerang, pemain mestilah
pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari ruang kosong untuk
menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri
daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau
menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah
dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula juga
hendaklah pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain
yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada
dihalang oleh lawan. Ketika bertahan, pemain hendaklah menghalang
pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Sebagai
pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan mengawal
lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas
semula penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu
lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya

17 | P a g e
sepanjang permainan. Apabila mengawal dan menghalang, pemain
hendaklah menjangkakan arah atau haluan bola yang akan dilontar. Ini
termasuklah juga menjangkakan kepada siapa dalam pasukan lawan
bola tersebut akan dihantar.

Teknik mengawal juga penting dalam permainan ini. Berikut


merupakan cara mengawal.
a) Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri
berhadapan dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua
pemain ialah 1.3 meter dari kaki hadapan penyerang. Tangan
pemain yang mengawal mestilah diletakkan di belakang atau
rapat dengan badan.
b) Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali-sekala bagi
memerhatikan di mana bola berada di samping terus mengawal
pemain lawan masing-masing.
c) Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang
bola sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara
pemain pertahanan dengan pemain penyerang adalah pada jarak
yang dibenarkan.
d) Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan
menyentuh pihak lawan.

Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang


boleh menggunakan sebelah atau dua belah tangannya yang
dihulurkan ke arah tangan pemain lawan supaya ia berada di antara
jarak balingan dan arah jarak balingan itu. Undang-undang gerak kaki
mesti dipatuhi dalam cara kawalan ini.

3.3.7.1 Mengawal Zon

Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu


kawasan bermain bagi mengelirukan pihak lawan dan dalam pada
masa yang sama mengucar-ngacirkan strategi pasukan penyerang.
Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola
daripada pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-
mana bahagian gelanggang tetapi biasanya dilakukan di bahagian
tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan.

18 | P a g e
3.3.8 Menjaring

Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalam sukan ini. Setiap
pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun hanya terdapat dua
orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan iaitu GA dan GS,
namun pemain-pemain lain juga perlu mempunyai kemahiran ini. Ini
kerana, adakalanya penjaring tidak dapat bermain dengan baik dan dia
perlu diganti dengan pemain yang lain. Percubaan menjaringkan gol
boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam bulatan jaringan. Yang
penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola,
kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian
penghalang. Kemahiran membuat jaringan memerlukan ketepatan
pada sasaran dan pada gelang jaring. Kawasan jaringan hanya boleh
diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK, dan GD sahaja. Tetapi
hanya GS dan GA yang boleh membuat jaringan, sementara yang dua
lagi bertindak sebagai penghalang daripada pasukan lawan. Jaringan
dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi
penjaring yang baik, seseorang pemain mestilah pantas, cekap dan
berhati-hati. Penjaring haruslah pantas berlari atau melompat serta
cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya. Terdapat beberapa
cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah
tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari.

a) Jaringan Statik Sebelah Tangan

 Dengan cara ini, pemain berdiri seimbang dengan berat


badannya di atas kedua belah kaki sementara tangan
yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit.
 Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan
terhulur ke atas dengan jari dibuka dan bola berada di atas
jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan).
 Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada
sama tinggi dengan paras kepala (atau lebih) dan
menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan.
 Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke
paras muka, dan serentak dengan ini, bengkokkan lutut.

19 | P a g e
 Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan ke
arah jaringan.

b) Menjaring Sambil Melompat

Cara ini sama juga dengan cara menjaring berdiri statik. Cuma
bezanya ialah apabila hendak membuat jaringan, penjaring akan
melompat dan melepaskan bola ke jaring. Kedudukan badan, kaki
dan tangan adalah sama seperti membuat jaringan statik.
Kelebihan jaringan cara ini ialah memberi peluang kepada
penjaring merapatkan diri dengan gol menerusi lompatannya.

c) Menjaring Sambil Berlari

Untuk membuat jaringan sambil berlari, undang-undang gerak


kaki mestilah dipatuhi. Apabila membuat jaringan, pemain
mestilah memastikan laluan ke arah tiang gol lapang dan tidak
dihalang oleh pihak musuh supaya memudahkannya menuju ke
arah tiang gol. Caranya ialah pemain melompat dengan kaki yang
bertentangan dengan tangan yang memegang bola dan
melepaskan bola sambil melompat. Gerakan ini penting dalam
kemahiran menjaring cara ini. Kelebihan menjaring cara ini ialah
jaringan dapat dibuat dengan pantas dan menyukarkan pemain
lawan membuat halangan. Namun menjaring dengan teknik ini
memerlukan gabungan kepantasan dan ketepatan yang betul-
betul tinggi. Ini dapat dicapai dengan latihan yang berulang-ulang.

3.3.9 Lompatan (Lonjakan)

Kemahiran melompat atau melonjak mesti ditingkatkan dari semasa ke


semasa kerana sering terdapat pemain yang tidak dapat melompat
dengan betul. Melompat merupakan unsur penting dalam sukan ini
lebih-lebih lagi apabila pemain berhadapan dengan pihak lawan yang
lebih tinggi.

Teknik lompatan:
a) Kelajuan berlari hendaklah ditingkatkan supaya dapat mencapai
ketinggian lompatan yang maksimum.

20 | P a g e
b) Semasa melompat, kepala mesti lurus ke atas dan tangan
dihulurkan ke atas untuk menangkap.

3.3.10 Lontaran Ke Dalam

Lontaran atau hantaran ke dalam dibuat apabila bola terkeluar dari


kawasan gelanggang. Apabila bola terkeluar, pasukan yang tidak
menyentuh bola semasa ia keluar gelanggang akan membuat lontaran
ke dalam. Tujuannya ialah untuk meneruskan semula permainan yang
terhenti itu.

Berikut adalah beberapa peraturan dalam membuat lontaran ke dalam:


a) Pemain yang akan membuat lontaran berdiri di luar gelanggang
dengan meletakkan sebelah kakinya berhampiran dengan garisan
(jangan berdiri di atas garisan atau memijaknya).
b) Tunggu isyarat daripada pengadil. Pada masa yang sama,
perhatian hendaklah ditumpukan kepada pemain yang bakal
menerima bola.
c) Apabila pengadil meniupkan wisel, pemain berkenaan dibenarkan
membuat lontaran dalam tempoh tiga saat.
d) Pemain tidak dibenarkan memasuki gelanggang sebelum
lontarannya terlepas daripada pegangannya.
e) Pasukan lawan dibenarkan membuat halangan kepada pemain
yang sedang bersedia untuk melontarkan bola masuk ke dalam
gelanggang dengan syarat dia memenuhi peraturan jarak ketika
membuat halangan.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sukan bola jaring ini sememangnya menarik untuk dimainkan. Di


samping dapat membuat badan lebih cergas, ia juga dapat melatih minda kita untuk
berfikir dengan pantas semasa bertindak di dalam permainan. Walaupun sukan ini
didominasi oleh kaum wanita, tidak ada salahnya jika kaum lelaki ingin bermain bola
jaring ini asalkan semua pemain mengikut peraturan dan undang-undang permainan
dengan betul supaya perlawanan menjadi adil dan tiada pertelingkahan yang berlaku.

21 | P a g e
5.0 SUMBER RUJUKAN

Aminah Mohd. Salleh. (1989). Bola Jaring. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Fouzee H.A. (1898). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring.


Penerbitan Sri Maju Sdn. Bhd.

22 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai