Anda di halaman 1dari 33

Bola keranjang

Bola Jaring
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING
Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 3:24:00 PM
1. PERATURAN DAN PERALATAN

Sebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan untuk mengetahui peralatanperalatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan peralatan yang
banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecil berbanding dengan saiz bola
keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol dan 14 orang pemain (7 orang satu
pasukan).Hanya dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal dan mengadili permainan
ini.

Bola

Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard dan
disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti
saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya
dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak). Bola ini diperbuat daripada kulit atau
getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia hendaklah disimpan di
tempat yang kering dan selamat setelah digunakan.

Rajah 1.1 Bentuk fizikal bola jaring

Tiang Gol

Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki).
Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan
di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan teguh di
kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.

Rajah 1.2 Tiang Gol

Gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh
dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan
menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang
tertutup.

Rajah 1.3 Gelanggang Bola Jaring

Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan
garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan
jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan
D di mana tiang gol didirikan pada pusat
bulatan.

Pemain

Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. Setiap
seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai dan kedudukan
pemain adalah seperti berikut:

(a) Penjaga gol (GK)

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di
dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk
kawasangol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol
(GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol
(GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di
dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana
pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang
penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran
tengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya


ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA)
pasukanlawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah
atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan
mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku
semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)

Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia


ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di
awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C
bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

(e) Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya
menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan
menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)

Penyerang

gol

(goal

attact

GA)

ditugaskan

sebagai

penjaring.

GA

akan

bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu
menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir
membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing.
Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain
mengikut tugas yang telah ditetapkan.

2. PENGADIL

Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan


pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan bersih dan mengikut
peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa
dalam gelanggang. Sebarang keputusan yangdibuat olehnya adalah muktamad.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa
dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2 orang pengadil
inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan
lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

Kawasan Pengadil

Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka
pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang dibuat
tidak bercanggah. Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 1.5. Pengadil X mengadili dan membuat
keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga akan membuat
keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD. Pengadil X
juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam
kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk
hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB.

Rajah 1.5 Kawasan Pengadil

Gerakan Pengadil

Berbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadil

bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang
hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat
jaringan yang dibuat.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang,


kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:

1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan.
3PAKAIAN
Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt,
skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki
memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil Bibs. Huruf pada bibs mestilah ditulis
dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas
mereka. Pemain bersama bibs yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai
sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh
dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut yang
diperbuat daripada bahan
ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.

Rajah 3.1 Pakaian yang sesuai untuk bermain bola jaring


4. CARA BERMAIN
Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat
14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan
berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan

yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah
diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan,
melakukan kesalahan membuat hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran
percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap
pemain.
Rajah 3.2 Permainan bola jaring
5. MULA BERMAIN
Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang
rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh
menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa
kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan
lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain
yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang
membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan
bermulanya permainan.
6. TEMPOH BERMAIN
Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah
15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk
separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika
berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku
kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut
digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.
Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain
semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain
hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia
hanya

dibenarkan selepas

permainan

dihentikan

dan

pemain

itu mestilah

juga

memaklumkannya kepada pengadil.

Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh
menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang
dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya
kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan

bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula,
atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop ball).
Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan,
menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain
daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol
apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang
dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang.
7. Ofsaid, Faul dan Penalti
Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi
atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagai
ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam
kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.
Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain
kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-dua pasukan
menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bola ataupun apabila
pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan.
UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING
1. PENALTI
Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat
berlakunya kesalahan melainkan
(i)

Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah

menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan


demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(ii) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu
pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke
kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.

(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya
dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan
penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah-olah
kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat
semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas
tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti
melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada pasukan
lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang
(c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.
2. HANTARAN PERCUMA
Hantaran Percuma
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di
dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan
yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu
membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang
seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.
Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti
Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar
undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan
satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga
bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang
bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran,
penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring.

Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu
merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di
tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).
Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:
(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang
pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang
melakukan kesalahan.
(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti
atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di
sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil
bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang
mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang
seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari
pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh
membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan
Hantaran

ke

Dalam

Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk
lontaran ke dalam sekiranya :

(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau


(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar
gelanggang.

Lambungan
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu
atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum
bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang
memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu
permainan.
Bola Sepak
Bola sepak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bola sepak" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Bola sepak Amerika.
Untuk Bola sepak Australia, sila lihat Bola sepak Australia (nyahkekaburan).
Bola

sepak

Penyerang

(memakai

baju

merah)

boleh

menggelecek melepasi pertahanan (dalam baju


putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk
memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga
gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada
memasuki gol

Dua orang pemain tengah merampas bola


Badan induktertinggi

FIFA

Nama samaran

Bola

Pertama dimainkan

Tengah

abad

ke-19

England
Ciri-ciri
Contact

Bersentuh

Ahli pasukan

11 pada satu masa

Jantina bercampur

Berasingan

Kategori

Berpasukan, bola

Bola

Bola sepak

Olimpik

Ya, sejak 1900

Bola sepak (tulisan Jawi : ) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan
dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan
terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih
daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular
di dunia.[1] [2] [3][4]Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan
menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang
berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia
bola

sepak

ialah FIFA,

atau Persekutuan

Bola

Sepak

Antarabangsa (bahasa

Inggeris : Federation International Football Association,bahasa


Perancis : Fdration Internationale de Football Association).
Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan
di dalam wilayah golnya. Manakala, 10(sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk
menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki
untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang
menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga
masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa
ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk
pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia
FIFA setiap-tiap 4 (empat) tahun sekali.
Isi kandungan
[sorokkan]

1Sejarah

2Taktik

3Cara permainan

4Kejohanan antarabangsa

5Bola sepak di Malaysia


o

5.1Kejohanan kebangsaan

5.1.1Format Liga

5.1.2Format Piala

6Lihat juga
o

6.1Pertubuhan

7Rujukan

8Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di
negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah
diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai
cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara
permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan
cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola
Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab
bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang
pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola
Sepakhari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886
dan mempunyai lapan ahli empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England,

Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu
diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak
menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan
tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di
seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut
pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di
televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut

kajian

yang

dilakukan

oleh Fdration

Internationale

de

Football

Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001,
lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200
negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan
yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah
negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia
selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.
Taktik[sunting | sunting sumber]
Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol.
Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain
yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.

pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola
kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan
pasukan lawan pada peringkat awal.

penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak


menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian
spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh

berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang
biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi
boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada
tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu
formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain
pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan
dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak
moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Cara permainan[sunting | sunting sumber]
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang
mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan
menjaringkan

lebih

gol

daripada

pasukan

lawannya.

Satu

gol

adalah

hasil

hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol.
Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain
dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang
bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan
tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun,
kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama
(draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa
berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol
yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada
masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan.
Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih
memenangi perlawanan.
Kejohanan antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang
dianjurkan oleh FIFA. Maklum, Piala Dunia FIFA diadakan setiap-tiap empat tahun sekali
dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba di peringkat

kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan
peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat ahad dan kini melibatkan 32
pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling
berjaya di dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, terakhir
juara 2002.
Pertandingan antarabangsa tertua di dalam arena bola sepak ialah Copa Amrica yang
dianjurkan oleh CONCACAF. Maklum, Copa Amrica diadakan setiap - tiap dua tahun sekali
dan bermula di Argentina pada 1916.
Bola sepak di Malaysia[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Bola sepak di Malaysia
Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan ditubuhkannya Persatuan Bola Sepak
Malaysia atau Pasukan

bola

sepak

kebangsaan

Malaysia di Kuala

Lumpur pada

tahun1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935 - 1937. Sejak
ketika itu, aktifiti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak
rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala
Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak
Kebangsaan",

maka Stadium

tahun 1993 sehingga 1998 dan

Nasional
dibuka

Bukit

pada

Jalil akhirnya

dibangun

tahun 1998 sempena Sukan

pada

Komanwel

1998 yang memperhebatkan perkembangan dunia bola sepak di Malaysia.


Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun selepas itu, banyak
pemain - pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysiadalam
kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola
emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.
Kejohanan kebangsaan[sunting | sunting sumber]
Format Liga[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Liga Malaysia

Liga Super Malaysia - tahap teratas Liga Malaysia

Liga Perdana Malaysia - tahap kedua Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Super
Malaysia, disingkirkan menuju Liga FAM.

Liga FAM - tahap ketiga Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Perdana Malaysia.

Format Piala[sunting | sunting sumber]

Piala Malaysia - perlawanan format piala berprestij di Malaysia dan tertua di Asia.

Piala FAM - perlawanan format piala dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak
Malaysia sejak 1952.

Piala FA - perlawanan format piala yang juga melibatkan PDRM, ATM, dan Sime
Darby.

Piala Emas Diraja

Pestabola Merdeka - perlawanan format piala untuk memeriahkan sambutan hari


kebangsaan.

Piala Sumbangsih - perlawanan format piala yang merupakan perlawanan pembuka


tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

FIFA (Sedunia)

AFC (Asia)

UEFA (Eropah)

CAF (Afrika)

CONCACAF (Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Caribbean)

CONMEBOL (Amerika Selatan)

OFC (Oceania)

AFF (Asia Tenggara)

FAM (Malaysia)

PSSI (Indonesia

Hoki

Pengenalan
Hoki merupakan permainan popular dunia yang mula dikenali di peringkat

antarabangsa pada tahun 1980-an dan telah menjadi sukan demontrasi Sukan Olimpik pada
tahun 1900 di Paris. Hoki telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun
1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas satu dekad sukan hoki diperkenalkan sebagai
sukan antarabangsa, banyak perubahan yang dilakukan dalam peraturan permainan, gaya
bermain

dan

alatan

hoki

tanpa

mengubah

bentuk

asal

ciri-ciri

permainan.

Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang menarik iaitu bukti pertama
menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 400 ribu tahun yang lalu. Salah
satu dindng makam Bani Hassan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menujukkan
sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang yang melakukan buli seperti dalam
permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai hoki telah wujud di Paris,
Greece

dan
Di

Rome

Scotland,

berdasarkan
hoki

dikenali

arca

dinding

sebagai shinty,

di

yang
England

telah
dikenali

dijumpai.
dengan

nama commockmanakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Pada pertengahan tahun
1800-an hoki menjadi terkenal di sekolah-sekolah di England dan pada waktu itu juga
penubuhan beberapa kelab hoki seperti kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath
(1861).
Pada tahun 1800-an pemain hoki menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus
dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan
dengan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak
yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. Gelanggang hoki pula berukuran 150
meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didrikan dengan menggunakan dua
tiang

gol

berjarak

sembilan

meter.

Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA) pada
tahun 1886 dan diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium
dan Perancis. Pada thun 1894, perlawanan hoki antarabangsa yang pertama telah
berlangsung antara England dan Ireland, seterusnya mula berkembang di negara-negara
lain. Permainan hoki mula dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1809 dan
dihentikan seketika disebabkan Pernag Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula
dipertandingkan

pada

tahun

1958dalam

sukan

Asia

di

Tokyo.

Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran
Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan
kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri
termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.
Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah

Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini,
Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah
melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan
2.0

3.0

Peralatan
2.1

Padang Hoki

2.2

Pintu Gol

2.3

Bola Hoki

2.4

Kayu Hoki

2.5

Alatan Penjaga Gol

2.6

Kasut Hoki

Cara

kali

sejak

tahun

1956.
Sukan

Bermain

Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting bukan
sahaja kepada pengadil, tetapi juga kepada pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat
kepuasan dan keseronokkan dalam permainan di samping menjaga keselamatan ketika
bermain. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mempunyai 11 orang pemain

termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan
menggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol pihak lawan.
Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap
separuh masa dan masa rehat tidak melebihi 5 minit. Permainan dimulakan dengan satu
tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki diadili oleh dua
orang pengadil mengikut semua undang-undang dan peraturan permainan d bawah kuasa
Lembaga

Peraturan

3.1

Pengadilan (Isyarat Pengadilan)

3.2

Kemahiran Asas

Hoki

(HRB).

3.2.1 Menggelecek

Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan


diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Terdapat 3 cara mengelecek iaitu:-

(a) Mengelecek longgar


Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat bagi
tujuan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan dan memiliki bola sambil bergerak.

(b) Menggelecek rapat

Kemahiran ini digunakan apabila pemain hedak mengawal bola dengan rapi terutamanya
apabila pemain tidak dapat memastikan situasi bola semasa bermain sama ada selamat
atau tidak semasa bermain.

(c) Menggelecek "Indian"

Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri atau sebaliknya dan
dengan cara ini pemain dapat melepaskan diri daripada pihak lawan.

Sepak takraw
Undang-undang Sepaktakraw

1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m
tinggi dari permukaan lantai gelanggang. ( Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan )
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru
ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan
tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.
1.3 Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian
yang sama besar.
1.4 Garisan Suku Bulatan
Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari
0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar
0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.
1.5 Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan
petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang,
4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang
dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04
m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris
dengan garisan tengah gelanggang.
3. JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m
hingga 0.08 m.
3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan
garisan tengah gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke
bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.
3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di
perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas
paras tiang.
3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk wanita ),
manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari permukaan
gelanggang.
4. BOLA TAKRAW
4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya
diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:4.2.1 Mempunyai 12 lubang.
4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.
4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan
0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.
4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan
150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.
4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi
tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan
lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh
mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada
ISTAF sebelum dimainkan di mana mana kejohanan antarabangsa.
4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik,
Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan
bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.
5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang
pemain.
5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan
Tekong (server).
5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan
seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang
berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan . Kedua-dua pemain dinamakan Apit.
5.4 Kejohanan Berpasukan
5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum
sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.
Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.
Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.
Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan
bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
5.5 Kejohanan Antara Regu
5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang
pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua
mesti didaftarkan.
5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain
di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN
6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan
sepaktakraw.

Mana-mana

peralatan

yang

boleh

menolong

melajukan

bola

atau

mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama


sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi
yang berlainan.
6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang
berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai
warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan
yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam
pendaftaran hendaklah menukar jersi.
6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan
bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada
anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca
sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.
6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap
pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan
kejohanan.
Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak
kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).
Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana
bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen .
Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain
dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.
Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.
6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri.
6.7 Mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam
Undang Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal
ISTAF terlebih dahulu.
7. GANTIAN PEMAIN
7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan
dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam
pertandingan yang sama.

7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus
Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain
simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu
dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang pemain
simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu
dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan
pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak
semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara
kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.
Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara
regu sahaja )
Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka
dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya
kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua
pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap
kalah.
7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan
meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut
dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum
dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set
tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah
dianggap kalah.
8. UNDIAN DAN WARM-UP
8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran
kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i)
Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki

pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan
Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti
oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam
gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA
9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak
gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi
kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku
bulatan masing-masing.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak
gelanggangnya.
10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.
10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ),
seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil
Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang
garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru
belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil.
Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut
dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang
mendapat mata.
Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar pada setiap
mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak
sebelum memulakan setiap set.

10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata.
Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka
campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek
Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama
maka campakan itu dianggap batal.
10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam
gelanggang masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau
pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.
10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan
telah diperolehi.
10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.
11. PERKARA-PERKARA BATAL
11.1 Pihak Sepak Mula
11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain mainkan bola ( menghempas, mencampak
dan lain lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.
11.1.2 Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau
menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan
bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang
lawan.
11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain lain bahagian tangan semasa melakukan
sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi
membantu melakukannya.

11.1.9

Apit

yang

membuat

campakan,

mencampakkan

bola

sebelum

Pengadil

mengumumkan mata buat kali kedua.


11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking
pihak lawan.
11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan
11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama
ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through.
11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
11.3.4 Bola menyentuh tangan.
11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua dua
paha / kaki atau badan.
11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lainlain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
11.3.8 Mana mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan
sepakan.
12. SISTEM KIRAAN MATA
12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu
mata akan diberi kepada pihak lawan.
12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan
minimum dua (2) mata.
Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat
kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana
dahulu ).
Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman lanjutan mata
17

12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua
minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set
dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga,
keempat dan kelima.
Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2
minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set
dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar
petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.
13. REHAT (TIME-OUT)
13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.
Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam
permainan.
Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan
gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu
dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.
Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik
13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada
pemain.
14.

PERMAINAN TERGENDALA

14.1

Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau

pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.
14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima

rawatan sehingga

5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian
mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua pertukaran

pemain

pemain seperti di

peraturan No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.


14.3 Cuma

Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan

perlawanan apabila

berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.


14.4 Semasa tempoh

permainan diberhentikan, semua

pemain tidak

keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

dibenarkan

15.

TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.


15.2

Hanya

Ketua

sebarang pertanyaan

Regu

sahaja dibenarkan

atau inginkan

kepastian

berjumpa

mengenai

Pengadil

keputusan

jika

yang

ada
dibuat

dan Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.
15.3

Pengurus

/ Jurulatih Rasmi

Pengadil semasa pertandingan

dan Pegawai

dilarang

membantah

keputusan

sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran

pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.


16.

HUKUMAN

16.1 KAD KUNING


Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:16.1.1

Tidak

menunjukkan

semangat

kesukanan

perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang

dan

melakukan

perkara-

boleh menjejaskan keseluruhan

pertandingan.
16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata kata kesat.
16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar

Undang Undang

Permainan

dan

Peraturan pertandingan.
16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
16.1.5 Masuk keluar

gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.


16.2

KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan

yang perlu dihukum,

pemain

boleh diberi kad merah jika

melakukan kesalahan berikut:16.2.1 Masih

berdegil dan berkelakuan buruk

16.2.2 Berkelakuan

ganas dengan

setelah diberi amaran oleh pengadil.

niat untuk mencederakan pihak lawan.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.


16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.

16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.
16.3

Mana

- mana

pemain

yang melakukan

kesalahan sama ada di dalam

atau di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau
mana-mana orang

dimana

Kad

Kuning

telah

dikeluarkan adalah

merupakan

tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:


16.3.1

Kesalahan :

Kad Kuning Pertama

Hukuman : Amaran Biasa


16.3.2

Kesalahan :

Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain

tetapi didalam kejohanan yang sama.


Hukuman : Digantung satu perlawanan
16.3.3

Kesalahan :

Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di

kejohanan yang sama.


Hukuman : (i) Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )
16.3.4 Kesalahan :

Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di

kejohanan yang sama.


Hukuman : Digantung

serta-merta dari

bermain

perlawanan

seterusnya sehingga

lembaga disiplin membuat keputusan.


16.3.5 Kesalahan :

Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.

Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan.


(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di
kejohanan yang sama.
16.4

Mana mana pemain

yang

diperintah keluar

gelanggang oleh Pengadil

sama

ada Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap

pihak lawan, rakan

sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana


Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:16.4.1 Kesalahan :

Menerima Kad Merah

pegawai:

Hukuman : Di gantung

serta merta daripada

bermain

dalam

mana mana

perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.


17.
17.1

KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN


Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai Pegawai Pasukan yang berkelakuan

buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan

sama ada di dalam

atau di luar gelanggang.


17.2

Mana-mana pegawai

yang berkelakuan buruk dan

menganggu

pertandingan akan diiringi keluar oleh Pegawai Pertandingan


perlawanan.

Pengadil akan memberhentikan

Pegawai Pertandingan

atau Lembaga

dari

kelancaran
gelanggang

pertandingan serta merta sehingga

Disiplin Persatuan Sepaktakraw

memberi

isyarat meneruskan pertandingan.


18.
18.1

UMUM
Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di

dalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.


PINDAAN DILULUSKAN
Pindaan Undang-undang Permainan ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF
17 hb Januari 2011 di Bangkok, Thailand.

pada

Anda mungkin juga menyukai