Anda di halaman 1dari 22

Bola Jaring

Ahli Kumpulan :
1. Wan Nur Athirah
2. Athirah Rifhan
Bola Jaring
• Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal
daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada bola
keranjang. Bola jaring kini dimainkan dengan cemerlang sebagai
sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan
adalah popular di Hindia Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih
20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah
negara.
Asas Peraturan Bola Jaring
• Bola jaring ini adalah sukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang
setiap pasukan terdiri daripada tujuh. Pengiraan mata sukan ini ada
dikira berdasarkan jumlah jaring bola yang paling banyak akan menang.
Hanya posisi pemain Penjaring Gol ( GS ) dan Penyerang Gol ( GA )
sahaja yang boleh menjaringkan gol sepanjang perlawanan.
Syarat - Syarat Bola Jaring
1. Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa disentuh atau diambil oleh
pemain.

2. Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau memusingkan tapak kaki apabila
sedang memegang bola.

3. Jika bola keluar, hantaran kedalam diberikan kepada pasukan lawan.

4. Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil secara bergilir – gilir.

5. Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil

6. Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku perlawanan.

7. Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada kawasan yang dibenarkan.

8. Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari pemain yang memegag bola.

9. Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang sentuhan ketika memegang bola sama ada
sengaja atau tidak
Tempoh Masa Permainan Bola Jaring.
• Masa permainan terbahagi kepada 4 suku masa. Setiap suku masa
mempunyai 15 minit permainan. Setiap suku mempunyai masa rehat
antara suku 1 ke 2 dan suku 3 ke 4. Manakala bagi suku 2 ke 3 adalah
dikira separuh masa dan diberi masa rehat selama 12 minit.

• Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali memasuki


suku baru. Setiap permainan perlu dilakukan sepanjang tempoh masa
permainan sahaja. Kecuali, jika suatu pasukan tersebut diberikan
penalti pas di dalam bulatan gol. Pengadil akan meniup wisel penamat
setelah pemain tersebut selesai melakukan penalti pas.
Masa Tambahan Bola Jaring
• Di dalam sesetengah perlawanan bola jaring, pengadil
berkemungkinan akan memberikan masa permainan tambahan jika
kedudukan mata seri selepas tamat masa permainan sebenar. Masa
tambahan ini diberikan untuk menentukan pasukan yang lebih banyak
jaringan mata untuk dikira sebagai pemenang.
• Masa tambahan ini mengandungi 2 suku tambahan, setiap suku
mempunyai 7 minit dan diselang dengan rehat selama 1 minit. Kedua-
dua pasukan akan menukar gelanggang setiap kali masuk sukan
tambahan.
Pemain dan Posisi Bola Jaring
• Di dalam sukan bola jaring, setiap pemain mempunyai posisi masing-masing, setiap posisi ini
mempunyai kawasan yang berbeza di atas gelanggag bola jaring.

• Sepanjang permainan setiap pasukan mesti mempunyai minima 5 atau 7 pemain di atas gelanggang.
Setiap pasukan wajib mempunyai seorang ketua/kapten.

• Jika salah satu pasukan mempunyai minima 5 pemain di atas gelanggang, pengadil akan memberikan
kemengangan kepada pasukan lawan.

• Jika salah satu pemain mempunyai lebih dari maksima 7 pemain di aas gelanggang, pemain yg lebih
perlu keluar dari gelanggang.
Senarai Posisi Pemain Bola Jaring
1. Penjaga gol (goal keeper = GK) 
• Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan
jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara tugasnya ialah menjaga
kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu
bekerjasama dengan penahan gol (GD).

2. Penahan gol (goal defence = GD) 


• Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di dalam
kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang
hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol,
tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga
boleh menerima bola dari hantaran tengah.
Senarai Posisi Pemain Bola Jaring 2
3.Penahan sayap (wing defence = WD)
• Merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang
ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan. WD juga
boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atau ke
dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal
WA.
• Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar
ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

4. Pemain tengah (centre = C) 


• Memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan
pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasan C hampir meliputi
keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
Senarai Posisi Pemain Bola Jaring 3
5. Penyerang sayap (wing attack = WA) 
• Juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke
kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan
penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

6. Penyerang gol (goal attack = GA)


• Ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah,
penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan
bertindak sebagai penyerang.

7. Penjaring gol (goal shooter = GS) 


• Bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.
Penalti
Penalti akan dikenakan kepada pemain yang mmelanggar undang-
undang. Terdapat beberapa jenis penalti :

- Hantaran percuma
- Hantaran penalti
- Hantaran penalti atau jaringan penalti
- Lambungan
1. Hantaran Percuma
• Jika pemain melakukan kesalahan minor (kecil), pihak lawan akan
diberi Hantaran Percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan
Hantaran Percuma ialah:

a) Memegang bola
Selepas menerima bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola
selama tiga saat. Sekiranya bola dipegang melebihi tiga saat, pengadil
akan meniup wisel. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan
memegang bola.
1. Hantaran Percuma 2
b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika
pemain menerima bola dengan kaki kanan di atas tanah, pemain boleh melangkah
dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah semasa menangkap
bola, pemain hanya boleh membuat satu langkah dari mana-mana kaki.

c) Memainkan bola
Pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain tetapi tidak
boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti bola keranjang.
Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak boleh diambil
semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh pemain lain.
1. Hantaran Percuma 3
d) Melebihi kawasan
Hantaran bola yang melebihi dari satu kawasan, tanpa disentuh oleh
mana-mana pemain, ini menjadi satu kesalahan. Pengadil akan meniup
wisel dan menyatakan kesalahan melebihi kawasan.

e) Masuk kawasan
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja.
Pemain tidak dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan
sama ada dengan bola atau tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini
menjadikan pemain sudah masuk kawasan.
Hantaran Penalti
Hantaran Penalti akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya pemain
melakukan kesalahan-kesalahan major seperti sentuhan, halangan dan
gangguan kepada pemain lawan. Pemain yang melakukan kesalahan
didenda berdiri di tepi. Pemain tersebut boleh bermain semula selepas
bola dihantar untuk dimainkan semula.
Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti
Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan Halangan atau
Sentuhan dalam Bulatan Gol, pasukan penyerang akan diberi Hantaran
Penalti atau Jaringan Penalti tanpa halangan.

Apabila pemain membuat hantaran penalti ke arah gol,


dia perlu menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah
sasaran.
Lambungan
Lambungan akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti
berikut:

- Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan menerima bola serentak atau


keluar
kawasan serentak atau sentuhan serentak.
- Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan menolak bola serentak keluar
gelanggang.
- Selepas kejadian yang tidak diduga dan pengadil tidak dapat menentukan
pemain yang memegang bola atau di mana bola berada semasa permainan
diberhentikan.
Lambungan 2
Apabila keadaan ini berlaku permainan akan dihentikan. Dua orang pemain
yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-
dua pemain akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua
belah tangan berada di sisi tubuh.

Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan


bola akan dilambung ke atas dan kedua-dua pemain boleh melonjak untuk
menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.
Kesalahan-kesalahan lain yang boleh
diberikan penalti
a) Sentuhan
Pemain dilarang sama sekali menyentuh pemain lawan. Hantaran Penalti akan diberi kepada
pihak lawan walaupun sentuhan secara tidak sengaja.

b) Halangan
Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat hantaran atau menerima bola. Jika
seorang pemain lawan memegang bola, pemain hanya dibenarkan berdiri dalam jarak 0.9 meter
di hadapannya. Pada jarak ini, pemain boleh mendepakan tangan tanpa menyentuh bola yang
dipegang oleh pihak lawan.

Pemain yang menghalang (A) tidak boleh


mendekati pemain lawan yang memegang
bola (B) lebih dari 0.9m.
Pakaian dan Peralatan Pemain Bola
Jaring
Bola Jaring Pakaian Pemain Kasut

Tiang Gol
Hasil Model Permainan Bola Jaring Kami
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai