Anda di halaman 1dari 15

1

Isi Kandungan

mukasurat

Pengenalan

Gelanggang bola keranjang

Posisi Pemain

Jaringan

Kemahiran

Undang-undang dan peraturan

13

Aspek Keselamatan

15

Pengenalan.

2
Bola Keranjang
-

Permainan yang boleh dimainkan oleh sesiapa.


Memerlukan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan
ketangkasan.
Kejayaan bergantung pada keupayaan pemain-pemainnya menguasai setiap
kemahiran dan bergerak secara efektif.
Dimainkan sama ada di luar atau di dalam dewan.
Ukuran gelanggang, peralatan dan saiz bola digunakan mengikut undangundang yang ditentukan oleh Persekutuan Bola Keranjang Amatur
Antarabangsa (FIBA)

Gelanggang
-

Diperbuat daripada kayu, simen, atau permukaan sintetik yang sesuai, yang
membolehkan bola melantun dengan baik dan kosisten.
Keadaan permukaan gelanggan mestilah rata, keras dan bebas daripada
sebarang gangguan yang berkemungkinan boleh membahayakan pemain
Bagi gelanggang dalam yang berada dalam dewan, tinggi antara lantai dan
siling atau sebarang halangan perlu melebihi 7 meter.

Papan jarring
keranjang
-

dan

Papan jarring didirikan di kedua-dua hujung


gelanggan.
Permukaan hadapan papan jarring perlu sama
rata.
Diperbuat daripada kayu atau bahan lut sinar yang sesuai atau berwarna
putih setebal 3 cm
Pada permukaan hadapan papan jarring dipasang keranjang yang terdiri
daripada bulatan besi dan jaring
Bahagian atas jaring dipasang separas dengan garisan bawah segi empat
tepat

Bola
-

Diperbuat daripada getah, kulit atau bahan sintetik


Kesesuaian tekanan bola ditentukan dengan
menjatuhkan bola dari ketinggian 1.8 cm dan bola
akan melantun semula ke atak melebihi ketinggian
paras pinggan.

Posisi Pemain :
Point Guard (PG): Tugasnya adalah membawa bola dan
memberikan passing pada temannya. Dia yang mengatur
irama permainan timnya, apakah cepat atau lambat. Biasa
juga disebut playmaker. Posisi ini biasanya dipegang oleh
orang yang berbadan kecil tapi lincah dan mahir
mendribel.

Shooting Guard (SG): Seperti namanya, SG adalah orang yang punya tugas untuk
menembak bola dari jarak yang cukup jauh. Dia harus cepat bergerak dan
mencari posisi yang kosong untuk melepaskan tembakan. Posisi ini biasanya
dipegang oleh orang yang paling bagus akurasi menembaknya.

Small Forward (SF): SF punya tugas mencetak angka. Dengan kata lain seorang
SF harus mampu menebusi pertahanan dan melakukan lay-up atau dunk, juga
melakukan shoot dari jarak-jarak tertentu. Posisi ini biasanya dipegang oleh
orang yang punya teknik hebat dan mahir mencetak angka.

Power Forward (PF): PF tugasnya adalah merebound bola. Rebound sangat


penting, jika dalam pertahanan, rebound penting agar bola tidak kembali ke
tangan musuh. Jika dalam penyerangan, rebound penting untuk kembali
menciptakan kesempatan membuat angka. Biasanya posisi ini dipegang oleh orang
yang lompatannya tinggi dan badannya cukup besar untuk merebut bola.

Center (C): C tugasnya di pertahanan dan penyerangan. Pada pertahanan, ia


harus mampu menjaga ringnya dari tembakan jarak dekat seperti lay-up atau
dunk musuh. Pada penyerangan, C harus mampu melihat posisi teman-temannya
dan memberikan umpan pada teman yang kosong (karana posisinya di tengah,
sehingga mudah memberi umpan ke sisi manapun). Selain itu dia pun harus kuat
berebut bola dengan musuh untuk mencetak angka di bawah ring. Posisi ini
biasanya dipegang oleh orang yang badannya paling tinggi dan besar.

6
Jaringan

Jaringan dilakukan dengan memasukkan bola ke


dalam keranjang pihak lawan
Semua pemain boleh melakukan jaringan di manamana kawasan dalam gelanggan
Ada dua cara untuk mendapatkan mata, iaitu :
Melakukan jaringan sebagai hasil pergerakan dalam
pemainan oleh pemain
Melakukan jaringan sebagai hasil lontaran
percuma, iaitu lontaran yang dilakukan dari kedudukan
belakang garisan lontaran percuma

Kemahiran dalam permainan bola keranjang

7
-

Penguasaan setiap kemahiran adalah penting sebelum pemain dilatih dengan


taktik dan strategi dalam permainan bola keranjang.
Kemahiran asas yang terdapat dalam permainan bola keranjang ialah
menghantar, menerima, rebound, mengelecek, menghadang dan menjaring

Menghantar
-

Kemahiran menyerang dan cara yang selamat untuk mengekalkan kawalan


bola
Menghantar juga adalah cara terpantas untuk menggerakkan bola ke
kawasan pihak lawan
Faktor perlu diambil perhatian ketika menghantar ialah kelajuan dan
ketepatan
Jenis hantaran ialah:
Hantaran paras dada
Hantaran atas kepala
Hantaran lantun
Hantaran sisi

Teknik hantaran paras dada

Menerima

8
-

Kemahiran menerima bola adalah kecekapan menangkap bola yang dihantar


oleh rakan sepasukan
Permain menerima bola perlu mengekalkan kawalan bola
Penerima bola perlu pantas membuat keputusan sama ada menjaring atau
mengelecek

Menghadang

9
-

Kemahiran untuk menyukarkan pemain lawan daripada mengelecek bola,


melakukan hantaran atau melakukan jaringan
Permain perlu mengekalkan posisi di antara pemain lawan yang membawa
bola kea rah keranjang

Mengelecek

10
-

Mengelecek adalah satu cara untuk mengerakkan bola ke kawasan pihak


lawan dan juga untuk mengekalkan kawalan bola.
Permain perlu megelecek tanpa melihat ke arah bola.

Menjaring

11
-

Menjaring dalam permainan bola keranjang adalah memasukkan bola ke


dalam keranjang pihak lawan.
Semua permain boleh melakukan jaringan dari mana-mana bahagian
gelanggang

12
Rebound
-

Rebound ialah situasi bola yang melantun semula dari papan jarring yang
dilakukan dengan melontar bola ke arah papan jarring.
Rebound juga terhasil daripada jaringan yang tersasar
Kemahiran menangkap bola hasil daripada rebound adalah penting sama ada
untuk terus menyerang atau bertahan

Undang-undang dan peraturan

13
1. Masa Permainan
Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit setiap
waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).
10 Minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.
2. Permulaan Permainan :
Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan Jump Ball di bulatantengah.
3. Jump Ball
Jump Ball diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil
melambungkan bola di bulatan tengah.
4. Jaringan Gol :
Jaringan gol dihasilkan bila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.
Pasukan yang menjaringkan gol dapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan gol dalam
kawasan 3 mata . (3 mata tidak diperuntukkan dalam bola keranjang mini.)
Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran dalam.
5. Jaringan Bebas :
Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang telah
difoulkan semasa dia hendak menjaringkan gol.
Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.
6. Bola Keluar :
Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar
gelanggang.
7. Lontaran Ke Dalam :
Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan di
tempat yang ditunjuk oleh pengadil dalam masa 5 saat.
8. Pemain di luar batasan gelanggang :
Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh
batasan sama ada di atas atau di luar garisan
Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang
pemain di luar batasan gelanggang.

9. Peraturan 3 saat
Seseorang pemain ditegah berada di dalam kawasan larangan pasukan
Lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

14

10. Peraturan 5 saat :


Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar,
menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat dikira
perlanggaran peraturan.
11. Peraturan 8 saat :
Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di
lapangan belakang gelanggang lebih dari 8 saat.
12. Peraturan 24 saat :
Pasukan yang menguasai bola hendaklah cuba melakukan jaringan gol dalam
tempoh 24 saat.
Jaringan gol yang tidak kena ring akan dikira tidak berjaya dan 24 saat akan
diteruskan.
13. Time-out
Waktu pertama dan waktu kedua mempunyai 2 kali time-out.
Waktu ketiga dan waktu keempat mempunyai 3 kali time-out.
14. Kesalahan (Foul)
Setiap pemain cuma boleh lakukan lima kali kesalahan .
15. Lontaran Masuk Bergilir-gilir ( Alternative Possession Procedure)
Permainan dimulakan dengan satu kali Jump Ball sahaja.
Sekiranya berlaku Jump Ball kedua pasukan akan mengambil giliran untuk
melakukan lontaran masuk.

Aspek Keselamatan

15
-

Memakai pakaian yang sesuai, kasut bertapak getah paras buku lali dan
pelapik lutut.
Kuku jari dan tangan pendek, tidak memakai rantai, cincin atau jam tangan.
Memastikan gelanggang dan semua peralatan yang digunakan dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.

Anda mungkin juga menyukai