Anda di halaman 1dari 6

Memulakan Permainan

Sebelum permainan, kedua-dua pasukan perlu memastikan tujuh orang pemain


yang akan bermain pada permulaan permainan.
Pada peringkat permulaan permainan, sekurang-kurangnya lima orang pemain
hendaklah berada di dalam padang. Undian akan dijalankan bagi menentukan giliran
memulakan permainan.
Sebelum permainan semua pemain dikehendaki berada di posisi masing-masing.
Lontaran pertama dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol selepas lontaran yang pertama.
Sekiranya gol, gol itu tidak akan dikira.
Masa Permainan
Biasanya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh di mana setiap satu selama
30 minit dan 10 minit masa rehat seperti berikut :
Pemain bola baling hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur
18 tahun ke atas. Masa
permainan 30 minit dan 10 minit rehat.
Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut peringkat umur ialah masa permainan
selama 20 minit dan setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat.
Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.
Masa diberikan kepada pemain yang membuat lontaran penalti atau lontaran percuma.
Kedua pasukan akan bertukar kawasan permainan bagi
separuh masa kedua. Permainan
biasanya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan. Ada
juga perlawanan yang berakhir seri. Kadang kalamasa tambahan lima minit bagi
setiap separuh masa diberikan.
Dalam permainan bola baling, pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling,
melantun dan memukul bola dengan menggunakan tangan, kepala, paha dan lutut.
Pemain dibenarkan memegang bola tidak lebih dari tiga saat. Pemain juga dibenarkan
melantun bola serta menangkap bola itu semula semasa dalam kedudukan berlari atau
berdiri.
Pemain bola baling dibenarkan :
Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara
Memegang bola tidak melebihi tiga saat
Memindahkan bola dari tangan ke tangan
Menghantar bola dalam sebarang keadaan

Membuat Jaringan Gol


Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan gol

pasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol
Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan
Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuat
jaringan
Balingan Bola ke Dalam
Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telah
melepasi bahagian garisan tepi
Pasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang
diberi peluang melakukan balingan
Balingan dilakukan ditempat bola telah terkeluar, tetapi di penjuru
gelanggang atau kawasan perminan

Balingan Gol
Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan
lawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan.
Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. Penjaga gol tidak
dibenarkan membuat jaringan daripada lontaran atau balingan gol.
Balingan Percuma
Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahankesalahan berikut :
Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah
Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan
Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja
Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol
Kelakuan yang tidak sopan

Melakukan kesalahan semasa membuat balingan


Balingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunya
kesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter sehingga balingan
dibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada tiga meter daripada
pemain yang melakukan balingan percuma.
Melakukan Balingan Penalti
Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut :
Bermain dalam keadaan merbahaya
Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol
Pemain memasuki kawasan golnya dengan

sengaja untuk bertahan

Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja


Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar dari
kawasan golnya

Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol


Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil
meniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklah
berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan
balingan.
Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukan
bertahan hendaklah berada tiga meter.

TEKNIK MENGHANTAR DAN MENANGKAP BOLA


Empat prinsip hantaran seperti berikut :

KETEPATAN
Kebolehan pemain membuat hantaran hendaklah menepati arah dan destinasi yang dituju
KETEPATAN MASA
Pemain berkebolehan membuat penentuan berkenaan ketika atau masa tepat dan terbaik
untuk membuat hantaran walau dalam pelbagai situasi

SUDUT HANTARAN
Pemain berkebolehan menentukan dari mana hantaran perlu dibuat bagi memudahkan
serta membolehkan rakan menangkapnya dengan selesa

MEMBUAT PERTIMBANGAN
Pemain menentukan keadaan bola dan kemudiannya menentukan bagaimana membuat
hantaran dalam keadaan tertentu mengikut jarak dan kedudukan rakan

PRINSIP ASAS MEMBUAT LONTARAN


HANTARAN ARAS BAHU
Prinsip hantaran aras bahu :

Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran

Tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang

Tangan dibengkokkan ke siku

Salah satu kaki diletakkan ke hadapan

Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan manakala bahu direndahkan


sedikit semasa melakukan hantaran
HANTARAN
ARAS KEPALA

Hampir sama dengan hantaran aras bahu

Hantaran dilakukan dengan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran

Hantaran ini sesuai untuk menghantar bola yang jauh dan tinggi kepada rakan
HANTARAN MELEPASI BADAN
Peraturan hantaran melepasi badan

Pemain memegang bola pada tangan yang akan membuat hantaran

Pemain menggerakkan bola ke sebelah serta merentasi badannya sebelum membuat


hantaran

Pemain membuat hantaran rentas pada aras dada atau bahu dengan membawa bola
merentasi badan

Pemain melakukan ikut lajak selepas hantaran dibuat


HANTARAN SISI

Hantaran untuk menghantar bola merentasi padang atau gelanggang

Hampir sama dengan hantaran lintang atau hantaran melepasi badan

Sesuai untuk hantaran pendek yang pantas

Selepas menangkap bola, pemain memegang bola pada kedua-dua belah tangan
lalu dibawa mengelilingi badan pada aras pinggang

HANTARAN LANTUN

Digunakan dalam situasi tertentu

Hantaran boleh dilakukan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan


HANTARAN ARAS DADA

Hantaran jenis ini jarang digunakan

Biasanya digunakan untuk membuat lontaran pendek dan pantas


HANTARAN LOMPAT

Hantaran ini lebih merupakan ke arah gol

Pemain perlu melompat untuk membuat jarigan dengan pergerakan segera.


HANTARAN LEPAS

Dilakukan apabila pemain bergerak ke garisan 9 meter bagi melakukan jaringan


gol, tetapi berubah fikiran kerana mendapati rakannya berada di kedudukan yang
lebih baik untuk membuat jaringan

Pemain tersebut akan melepaskan bola ke tanah jauh darinya untuk diambil
oleh rakannya
HANTARAN BELAKANG

Dibuat dari belakang badan pemain

Menggunakan sebelah tangan sahaja

Banyak dilakukan semasa membuat serangan


HANTARAN HADAPAN

Salah satu hantarn yang kerap digunakan

Pemain mempunyai pilihan yang banyak untuk mengahantar bola


HANTARAN JAUH

Dilakukan oleh penjaga gol

Dilakukan dengan pantas

Anda mungkin juga menyukai