Anda di halaman 1dari 40

PENGENALAN

Wujud sejak 600 tahun dahulu. Sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak

takraw.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan

yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

KEMAHIRAN ASAS SEPAK RAGA


1. SEPAK MULA
2. MENGAWAL

3. MENGHANTAR
4. MENGUMPAN

5. MEREJAM

(A) Sepak Mula


Dilakukan oleh tekong untuk memulakan permainan.

Bola yang disepak perlu melepasi jaring dan masuk ke

gelanggang pihak lawan.


kemahiran ini dimulakan dengan lambungan bola oleh

pemain apit kepada tekong.


Sepak mula boleh menghasilkan mata jika bola tersebut

mati dalam gelanggang pihak lawan.


Memerlukan persefahaman antara pemain apit dan tekong.

Teknik-teknik sepak mula:


sepak mula bawah sepak mula atas

Kemahiran sepak mula menggunakan teknik sepak mula bawah


Kaki sokongan dalam bulatan Beri tanda aras ketinggian bola Kontak bola dengan bahagian dalam kaki Kaki menyepak ikut lajak

Kemahiran melambung bola


Fokus pada aras ketinggian yang dikehendaki oleh tekong Ayun dan luruskan tangan Lambung bola ke arah sasaran Tangan arah sasaran

(B) Mengawal
Bertujuan mengawal bola yang diservis dan dihantar

oleh pihak lawan.


Antara teknik mengawal dalam permainan sepak

takraw termasuklah memetik,memaha,menanduk dan sepak sila.

(c) Menghantar
kemahiran ini digunakan untuk menghantar bola

lepada rakan sepasukan atau terus ke gelanggang pihak lawan.


i. Kemahiran menghantar menggunakan teknik sepak sila

Sepak Sila

Menanduk

Pandang pergerakan bola Berdiri di atas kaki sokongan.

Angkatkan dan fleksi kaki untuk mengawal bola. Kontak bola pada bahagian dalam kaki aras lutut.

ii. Kemahiran menghantar menggunakan teknik menanduk


Buka kaki seluas bahu Pandang pergerakan bola Sebelah kaki melangkah ke arah sasaran Lentikkan badan Gerakkan kepala ke arah bola Kontak bola pada bahagian dahi

(D) Mengumpan
Ialah kemahiran untuk melambung bola bagi

membolehkan rakan melakukan rejaman.


Umpanan boleh dilakukan dengan menggunakan

teknik sepak sila.


Bola yang diumpan perlu tinggi dan menepati sasaran.

Kemahiran mengumpan menggunakan teknik sepak sila


Fleksi kaki sokongan

Kontak bola dengan bahagian


dalam kaki aras lutut Buka kedua-dua belah tangan ke sisi untuk imbangan Kaki menyepak ikut lajak ke

arah sasaran

(E) Merejam
Ialah kemahiran serangan untuk mematikan

bola di gelanggang lawan.


Rejaman boleh dilakukan dengan pelbagai

cara sepakan atau tandukan.

Kemahiran merejam dan mengadang


i . Rejaman Gunting
berdiri membelakangkan jaring. melonjak dengan kaki dominan.
ayun kaki dominan. kontak bola pada bahagian kekura kaki. fleksi lutut semasa mendarat.

ii. Rejaman dahi


berdiri menghadap jaring. lentikkan badan semasa melompat.

kunci pada bahagian leher.


kontak bola pada bahagian dahi.

iii. Mengadang
berdiri membelakangkan jaring.

melonjak dan adang bola dengan menggunakan kaki atau badan.

VIDEO

Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum

menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

MENIMANG BOLA
Memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan.

Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin.
Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timbangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang

dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton.


Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga

pemain.
Tekong melakukan sepak mula dan mengawal

bahagian belakang gelanggang.


Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian

hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola digelanggang lawan.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK RAGA BULATAN


GELANGGANG Dibina di mana-mana kawasan lapang dan rata. Berbentuk bulatan bergaris pusat 6m dan hendaklah sekurang-kurangnya 3m jauh dari sebarang halangan. Dalam Bulatan 6m ini dibina satu bulatan kecil bergaris pusat 2m dan hendaklah sama dengan pusat Bulatan 2m. Semua garisan hendaklah mempunyai kelebaran tidak lebih dari 40mm. Garisan bulatan 6m hendaklah dibina diluar garis pusatnya manakala garisan bulatan 2m dibina di dalam garis pusatnya.

BOLA
Berbentuk bulat. Beratnya hendaklah antara 170 gm ke 180

gm dan garis lilitnya diantara 0.42m ke 0.44m.

PEMAIN-PEMAIN
Dimainkan oleh 6 orang pemain dengan 2

orang pemain gantian. Gantian pemain hanya boleh dibuat sebelum permainan bagi sesuatu pusingan bermula.

PAKAIAN PEMAIN
Semua pemain hendaklah memakai Jersi / T-

Shirt, berseluar pendek dan berkasut getah.


Setiap Jersi / T-Shirt hendaklah bernombor dari

1 hingga 8 (No. 7 dan 8 dikhaskan untuk pemain gantian).


Tinggi dan lebar nombor tersebut hendaklah

diantara 10 cm ke 15 cm.
Nombor-nombor ini hendaklah dilekatkan

dihadapan dan belakang Jersi / T-Shirt.

KEDUDUKAN PEMAIN
Sebelum membuat lambungan untuk memulakan

permainan bagi setiap pusingan, semua pemain hendaklah berdiri di dalam kawasan bulatan 6m mengarah ke pusat bulatan 2m.
Susunan pemain dari yang bernombor 1 hingga 6

hendaklah mengikut arah pusingan jam.


Kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan

semasa permainan sedang berjalan.

Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti. Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola.
Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi paras kepala oleh pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi kawasan bulatan 2m.

Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah

menyepak kepada pemain lain kecuali pemain No. 1.


Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola

tidak melebihi daripada 3 sentuhan berturut-turut

dan pada sentuhan ketiga, bola tersebut


hendaklah dihantar kepada pemain yang lain.

Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain hendaklah melebihi paras kepala dengan melalui dan melintasi bulatan 2m. Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi.

GELANGGANG SEPAK TAKRAW

BOLA TAKRAW

PUSINGAN
Setiap pasukan akan bermain dalam 3
pusingan dan satu lontaran/lambungan sahaja dibenarkan bagi setiap pusingan.

MASA
Masa bermain untuk setiap pusingan ialah 10 minit. Untuk menentukan masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan:- Bunyi pertama menandakan permainan bermula. - Bunyi kedua menandakan permainan tamat Jika permainan diberhentikan disebabkan berlaku perkara-perkara batal, maka masa yang diperolehi akan direkodkan.

MATA
Setiap satu sepakan atau sentuhan akan dikira 1

mata. Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi hasil dari 3 pusingan akan dikira menang. Jika mata kemenangan diperolehi sama, maka pasukan yang jumlah masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang. Jika masih sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan diberi peluang bermain masingmasing dengan 1 pusingan 5 minit.

PERKARA-PERKARA BATAL
Tidak menyepak bola yang dilambung oleh

pemain No. 1 sewaktu memulakan permainan.


Pindahan atau hantaran bola tidak melalui dan

melintasi kawasan Bulatan 2m.


Menyepak atau menyentuh bola lebih dari 3

sentuhan berturut-turut.
Menerima bola yang baru dipindahkan.

Sebarang anggota badan menyentuh lantai diluar

dari kawasan bulatan 6m atau didalam kawasan bulatan 2m.


Bola jatuh ke atas lantai.

Mengepit atau mematikan bola.


Bola melurut di sebarang anggota badan. Salah seorang pemain tidak menyepak atau

menyentuh bola pada setiap 20 mata.

PEGAWAI-PEGAWAI
Permainan akan dikendalikan oleh : Seorang Pengadil Rasmi duduk pada

jarak 6 m dari gelanggang. Tugasnya ialah memulakan atau memberhentikan permainan. Jam randik, wisel, mesin mengira dan borang-borang teknikal hendaklah sentiasa berada bersamanya.

Dua orang pengadil yang berdiri di luar gelanggang bertentangan (di sebelah kiri dan kanan) dengan Pengadil Rasmi. Bertugas mengawal semua perkara-perkara batal yang dilakukan oleh pemain dengan menggunakan wisel. Seorang pengadil mengawal 3 orang pemain sahaja.

Dua orang penghitung mata berdiri bertentangan dengan Pengadil Rasmi. Bertugas menghitung dan mencatat mata.

Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Rasmi atau Pengadil adalah muktamad.

UNDIAN
Sebelum permainan dimulakan, pasukan-

pasukan yang mengambil bahagian akan mengundi untuk menentukan giliran masingmasing.

PEMAIN GANTIAN
Mana-mana pemain boleh digantikan dengan

pemain gantian pada bila-bila masa sahaja dalam mana-mana pusingan setelah tamat satu-satu pusingan.

VIDEO

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai