Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN DAN SEJARAH BOLA JARING

Bola jaring atau netball merupakan satu-satunya jenis sukan di dunia yang

khusus dimainkankan oleh wanita. Jenis sukan ini mulakan diperkenalkan pada

tahun 1891 di Amerika Syarikat.

Pada mulanya,sukan ini digabungkan dengan bola keranjang, yang juga

menggunakan keranjang sebagai gol. Buat pertama kalinya bola keranjang telah

dimainkan pada 1892 di Springfield, Massachusetts, USA. Permainan ini

dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk. Daripada perkembangan

permainan ini, pada 1895, Dr. James Naismith telah memperkemaskan undang-

undang permainan bola keranjang dengan melarang pemain menyentuh badan

pemain lain. Perubahan undang-undang atau peraturan permainan yang dibuat

oleh Dr. James telah menarik minat Madam Osterberg yang melawat Amerika

ketika itu.

Apabila beliau balik ke England di Kolej Pendidikan Jasmani, Hampstead,

beliau telah mengajar permainan yang dilihatnya kepada pelajar perempuan

dengan menggunakan bakul sampah seagai gol. selepas itu, permainan ini telah

merebak dengan berbagai-bagai cara dan menggunakan gelang bola keranjang

sebagai gol. Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan.

Bakul sebagai gol digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis

sukan baru apa yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring.

Oleh kerana cara bermain sukan ini dicipta begitu rupa maka ia hanya

wajar dimainkan oleh kaum wanita, walaupun tiada peraturan mengenai hal ini.

1
Walaupun kaum lelaki ada mengambil bahagian dalam sukan ini namun

bilangannya terlalu kecil berbanding dengan kaum wanita.

Di England, sukan ini telah diperkenalkan oleh Dr. Toles, keturunan

Amerika. Pada tahun 1900 dan 1901 undang-undang bola jaring telah digubal

oleh sebuah persatuan rekreasi di England. Sejak itu, bola jaring telah diterima

dengan meluasnya dan terus daripada sukan bola keranjang. Englang

memperkenalkan sukan ini kepada Negara-negara lain, khususnya negara-

negara Komanwel. New Zealand dan Australia adalah dua negara terawal

menerima sukan ini. Pengenalan diusahakan di negara-negara Eropah, Asia dan

Amerika Selatan. Salah satu sebab sukan ini mudah diterima oleh umum kerana

ia mudah dimainkan dan tidak memerlukan kawasan luas serta bilangan

pemainnya tidak ramai.

Di England, Persatuan Bola Jaring Seluruh England ditubuhkan.

Persatuan ini bertanggungjawab memajukan sukan ini dan bertindak sebagai

badan rasmi menggubal undang-undang permainan bola jarring. Pada

tahun1960, persatuan ini telah bersidang untuk menganjurkan satu pertandingan

bola jaring di peringkat dunia. Sambutan menggalakkan dari berbagai-bagai

negara di dunia. Persidangan ini dihadiri oleh wakil-wakil dari Australia, New

Zealand, Sri Lanka(Ceylon ketika itu), Afrika Selatan, Hindia Barat dan England

sendiri.

Persidangan ini telah memutuskan antara lain sebuah persatuan peringkat

dunia hendaklah ditubuhkan. Persatuan ini nanti akan bertannggungjawab

meningkatkan aktiviti sukan ini diperingkat dunia. Persatuan itu akhirnya

2
ditubuhkan yang diberi nama Persatuan Antarabangsa Persatuan-persatuan

Bola jaring dan Bola Keranjang Wanita. Persatuan ini menggubal undang-

undang bola jaring di peringkat Antarabangsa yang kemudiannya menjadi

undang-undang rasmi bola jaring sedunia.

Satu ketetapan dibuat untuk mengadakan kejohanan dunia pertama di

England pada tahun 1963. sebanyak 11 negara telah bertanding. Dalam

kejohanan itu, Australia keluar sebagai johan sementara New Zealand naib johan

dan England tempat ketiga. Kejohanan ini diadakan empat tahun sekali. Jumlah

negara yang mengambil bahagian meningkat dari kejohanan ke kejohanan.

Malaysia turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Di Malaysia, tidak dapat dikesan bila bola jaring diperkenalkan. Tetapi

dipercayai ia mula dimainkan selepas Perang Dunia Pertama. Ia diperkenalkan

oleh orang-orang inggeris. Sukan ini dijadikan sebagai acara pengisi waktu

lapang atau acara pertandingan sesama ahli. Akhirnya bola jaring mendapat

perhatian sebilangan besar pelajar-pelajar sekolah. Banyak sekolah, walau di

daerah pedalaman sekalipun, menubuhkan pasukan bola jaringnya. Berbagai

kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa.

3
PERALATAN

Sukan bola jaring tidak memerlukan kelengkapan yang banyak dan

mahal-mahal. Cukuplah dengan sebiji bola (sebesar bola keranjang),

gelanggang ( tertutup atau terbuka), tiang gold an 14 orang pemain (tujuh orang

satu pasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

BOLA

Bola mestilah yang khas disediakan. Biasanya, bola saiz 5, seperti bola

keranjang digunakan. Diameternya 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26 g. Bola ini

diperbuat daripada kulit atau getah. Bola ini hendaklah disimpan di tempat

selamat setelah digunakan.

GELANGGANG

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Ia boleh merupakan

gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan

menggunakan simen atau parkey untuk yang tertutup. Gelanggang bola jaring

besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar

15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali

sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan

sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang.

Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali

4
sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Tiang gol

adalah setinggi 3.05m dari atas gelung.

TIANG GOL

Tinggi tiang gol ialah 3.05 m (10 kaki) dari atas relung. Gelung

mempunyai dimeter dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung

diperbuat daripada besi bergaris pusat 15mm.

PEMAIN

Setiap pasukan terdiri daripada tujuh orang pemain. Setiap orang pemain ada

fungsi dan tugasnya. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut:

1) Penjaga gol(GK)

2) Penahan gol(GD)

3) Penahan sayap(WD)

4) Pemain tengah(C)

5) Penyerang sayap(WA)

6) Penyerang gol(GA)

7) Penjaring gol(GS)

5
GAMBARAN DAN PERATURAN

GD
WA

C
GK
GS

GA WD

Lakaran Bola Jaring

Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang

keras dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang, dengan bola menyerupai

bola keranjang (tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah

kebanyakannya putih).

Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah berbanding gelung bola

keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar. Gelangang dibahagi

kepada tiga yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan, dan dua

separuh bulatan "bulatan penjaring - (shooting circles)" pada setiap hujung di

mana semua lontaran gol perlu dilakukan. Terdapat tujuh pemain setiap

6
pasukan, yang dilantik, kedudukan yang ditetapkan. (Sesetengah variasi remaja

(junior)/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain

memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan

kedudukan pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut tertentu

digelanggang: pemain yang terkeluiar dari kedudukan mereka dianggap "salah

kedudukan -(offside)". Kedudukan digambarkan di bawah:

Kedudukan bola jarring

Nama
Abbreviation Lawan Kawasan dibenarkan
kedudukan

Goal Attacking goal third including goal


Goal Shooter GS
Keeper. circle

Goal Attacking goal third, goal circle, and


Goal Attack GA
Defence center third

Wing Attacking goal third and center third,


Wing Attack WA
Defence not goal circle

Centre C Centre Everywhere except goal circles

Wing Defence WD Wing Defensive goal third and centre third,

7
Attack not goal circle

Defensive goal third and centre third,


Goal Defence GD Goal Attack
including goal circle

Goal Defensive goal third, including goal


Goal Keeper GK
Shooter circle

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA JARING

1. Menghantar.

2. Menyambut.

3. Gerak kaki.

4. Mengawal dan mengelak.

8
5. Menjaring.

6. Hantaran tengah, hantaran bebas dan lemparan masuk.

7. Strategi asas menyerang dan bertahan.

LATIHAN MENGHANTAR

Dalam permainan bola jaring pemain tidak dibenarkan berlari sambil membawa

bola. Pemain-pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran

pada masa yang tepat dan dengan cara hantaran yang sesuai dengan situasi

permainan. Beberapa cara hantaran bola yang biasa diamalkan adalah:

1. Hantaran atas bahu

2. Hantaran aras dada

3. Hantaran lantun

4. Hantaran atas kepala

5. Hantaran rendah/ sisi/ bawah

Hantaran boleh dilakukan dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan,

semasa pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik. Cara

mana seseorang pemain akan gunakan untuk menghantar bola kepada rakan

sepasukannya semasa membuat serangan adalah bergantung kepada

beberapa faktor situasi berikut:

Kedudukan pihak lawan yang mengawal penerima.

Jarak penerima dari pengantar.

9
Ruang yang sedia ada untuk penerima bergerak.

TEKNIK DAN TUJUAN HANTARAN

1. Hantaran aras bahu.

Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima

sambil memindahkan berat badan ke kaki yang melangkah ke depan

( Amalkan prinsip bertentangan, iaitu tangan kanan memegang bola, kaki

kiri melangkah).

Tujuan: untuk hantaran jauh dan tinggi.

Butir-butir mengajar

Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku

yang dibengkokkan.

Tangan dan jari ikut lajak kea rah lontaran.

2. Hantaran aras dada

Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di

aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tindakan menolak

yang kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.

Tujuan: untuk hantaran pantas, segera dalam jarak yang sederhana

apabila penerima tidak dihalang oleh lawannya.

10
Butir-butir mengajar

Badan dalam kedudukan seimbang.

Sebelah kaki melangkah kea rah lontaran.

Luruskan tangan serentak dengan hantaran.

3. Hantaran lantun.

Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.

Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras

bahu sambil merendahkan badan.

Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakkan bola dari aras dada.

Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk

mengimbangkan badannya.

Tujuan: untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi

kawalan ketat. Gerakeliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada

penerimanya.

Butir-butir mengajar:

Lantunkan bola tepat ke sasaran dengan pergerakan pergelangan

tangan.

Bertindak dengan pantas.

Ketika melantunkan bola condongkan badan sedikit ke depan.

4. Hantaran atas kepala atau hantaran lob.

11
Dengan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala

(seperti dalam membuat lemparan masuk dalam bola sepak) dan

dilontarkan ke sasarannya dengan meluruskan siku.

Tujuan: untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.

Butir-butir mengajar:

Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya.

Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan.

Pandang pergerakan penerima.

5. hantaran sisi/ rendah/ bawah.

Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan

pada aras pinggang. Dengan kedua-dua belah tangan bola digerakkan

(ditolak ke arah penerima). Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan

bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir serupa

pergerakan picing dalam sofbol.

Butir-butir mengajar:

Sambil menghantar bola, pindah berat badan ke kaki depan.

Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarah bola ke

sasaran.

CARA BERMAIN

12
Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. Dia akan melontar

bola kepada salah seorang rakannya. Sewaktu melontar C hendaklah

memastikan kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang.

Pemain pasukan lawan mestilah berada kira-kira 0.91 m(3 kaki) dari pusat

bulatan. Sementara pemain-pemain lain berada di posisi masing-masing. Apabila

wisel ditiupkan pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan

bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan.

TEMPOH PERMAINAN

Dimainkan dalam tempoh empat suku(quarter) waktu. Setiap suku waktu

ialah 15 minit dan akan diselangi waktu rehat selama tiga minit kecuali waktu

rehat untuk separuh masa, iaitu lima atau sepuluh minit. Waktu kecederaan dan

gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat gangguan

atau kecederaan. Ada juga yang menggunakan waktu 20 minit untuk permainan

satu separuh masa. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan.

PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA JARING

-Satu pasukan diwakili oleh 7 pemain semasa permainan.

-Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak

dibenarkan.

-Pemain hendaklah menghantar atau menjaringkan bola dalam masa tiga saat.

-Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.

13
-Sesuatu balingan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.

-Bola yang melantun dari tiang jarring boleh disambut semula dan permainan

diteruskan.

-Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.

-Dua orang pengadil mengawasi permainan.

-Jika pasukan kurang dari lima orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan.

-Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan

permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel dibunyikan.

KECEDERAAN

Sekiranya permainan dihentikan disebabkan oleh kecederaan, pengadil

akan memainkan semula permainan dimana bola dihentikan. Pasukan yang

memiliki bola sebelum permainan dihentikan akan membuat hantaran seperti

disuruh oleh pengadil.

ADVANTEJ

Pengadil tidak akan meniup wisel bagi kesalahan sekiranya ia akan

memberikan kerugian kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.

Pengadil boleh menyebut “advantej” untuk menandakan ini.

SENTUHAN

14
Sentuhan yang menggangu permainan akan didenda, sama ada ia

dilakukan oleh pemain atau menggunakan bola. Ini bermakna anda tidak boleh

menolak, menyadung atau melanggar pihak lawan terutamanya sewaktu

menghalang. Hantaran penalti atau hantaran atau jaringan penalti akan diberikan

bagi kesalahan sentuhan. Mana-mana pemain yang boleh bermain di kawasan

tersebut boleh melakukan hantaran penalti. Sekiranya sentuhan berlaku dalam

bulatan gol, penalti yang diberikan ialah hantaran penalti atau hantaran atau

jaringan penalti. Mana-mana penjaring boleh melakukan penalti tersebut.

DISIPLIN

Pengadil mempunyai kuasa untuk mendenda kesalahan yang tidak

termaktub dalam undang-undang permainan bagi memastikan permainan

berjalan lancer. Dalam keadaan perlakuan keterlaluan atau salah laku

berterusan selepas diberi peringatan, pengadil boleh mengarahkan pemain

keluar gelanggang dan tidak lagi mengambil bahagian dalam permainan.

PERATURAN GERAK KAKI

Peraturan gerak kaki menyatakan bahawa pemain tidak boleh

mendaratkan semula kaki mendarat selagi masih memegang bola.

Pengubahsuaian

Membenarkan kaki diseret untuk mengawal imbangan badan sebelum membuat

hantaran atau jaringan.

15
HALANGAN DEKAT

Sebarang usaha untuk menghalang pemain yang memiliki bola kurang

dari jarak yang dibenarkan (0.9 meter/3 kaki) disebut sebagai halangan dekat.

Sekiranya anda menggunakan tangan yang menjangkau untuk menghalang

pemain yang tidak memiliki bola dan menggunakan pergerakan yang mengugut

pihak lawan, anda juga melakukan kesilapan halangan dekat. Jarak yang

dibenarkan adalah jarak yang diukur di atas tanah antara kaki terdekat

penghalang dengan kaki mendarat pasukan menyerang. Sekiranya pemain

penyerang menghampiri penghalang dan mendekatkan jarak di antara kaki,

pihak penghalang tidak dikira sebagai melakukan kesalahan halangan dekat ;

penyerang mesti menerima hakikat kerugian jarak kerana menghampiri lawan.

Halangan dekat memberikan penalti yang sama dengan sentuhan : Hantaran

penalti atau hantaran atau jaringan penalti.

OFSAID, FAUL DAN PENALTI

Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain

bergerak melampaui kawasan gelanggang, dia dikira ofsaid. Apabila bergerak

menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu. Jika

tidak, dia dikira ofsaid. Pemain akan dikira faul apabila:

16
1. Dia yang memegang atau tidak memegang bola, tersentuh pemain lawan

atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada

tangan pemain lawan itu.

2. Dia berada kurang 0.91 meter (3 kaki) daripada pemain yang membuat

lontaran. Dia dikira mengadang.

3. Dia menggertak atau mengugut pemain lawan.

Hukuman faul ialah pasukan iawan akan diberi:

1. Jaringan penalti jika kesalahan di dalam bulatan gol.

2. Pilihan sama ada memilih hantaran penalti ataupun jaringan penalti jika

kesalahan berlaku di dalam bulatan.

3. Hantaran bebas di tempat berlakunya kesalahan.

Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua

orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak atau apabila

pengadil tidak pasti pasukan mana yang melakukan kesalahan.

PEMAIN GANTI

Pemain ganti dibenarkan, terutama untuk menggantikan pemain yang

tercedera. Dan pemain ganti ini tidak boleh digantikan semula oleh pemain yang

tercedera itu jika pemain yang tercedera itu ingin bermain kembali. Pemain ganti

ini bagaimanapun boleh digantikan oleh pemain yang lain. Undang-undang yang

17
diiktiraf oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa digunakan setiap masa

permainan. Namun begitu, ada masanya beberapa penyesuaian dilakukan,

terutama yang melibatkan peringkat umur pemain.

Sukan bola jaring memerlukan gerakan badan yang aktif. Pemain harus

mampu berlari, melompat, melontar dan mengawal pemain lawan dengan baik.

Pemain yang tinggi lampai adalah baik. Penjaring gol mestilah meningkatkan

kemahiran membuat jaringan dari jarak dekat dan jauh.

KELUAR GELANGGANG

Bola dikira keluar gelanggang apabila ia menyentuh tanah, objek atau

orang yang berada di luar gelanggang. Bola juga dikira keluar gelanggang

apabila dipegang oleh pemain yang menyentuh tanah, objek atau orang yang

berada di luar gelanggang.

MELEBIHI KAWASAN

Bola tidak boleh dihantar melebihi keseluruhan satu kawasan tanpa

disentuh atau diterima oleh mana-mana pemain yang berada keseluruhannya

dalam kawasan tersebut. Pemain yang mendarat sebelah kaki dalam satu

kawasan dianggap telah menerima bola dalam kawasan kaki mendaratnya.

18
Hantaran seterusnya dikira dari kawasan di mana pemain tersebut mendarat.

Apabila bola dihantar melebihi kawasan tanpa disentuh oleh pemain lain,

hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan yang diambil di belakang

garisan kedua di mana bola melintasi garisan.

SUMBER RUJUKAN

1. BUKU

Pendekatan pengajaran pendidikan jasmani, Fouzee H.A, penerbitan siri

maju sdn bhd 1989.

19
Siri sukan popular fajar bakti bola jaring, aminah mohd salleh, 1989

penerbitan fajar bakti sdn bhd.

2. LAMAN WEB

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring"
Kategori: Sukan berpasukan

20

Anda mungkin juga menyukai