Anda di halaman 1dari 32

SEJARAH PERKEMBANGAN SUKAN SOFBOL

Sejarah awal.

Sukan sofbol ini diilhamkan dari permainan besbol yang amat terkenal di Amerika syarikat.Sukan ini pada mulanya hanya dimainkan

sebagai satu sukan rekreasi sahaja.George Hancock Telah mempelopori sukan ini pada tahun 1887.Permainan sofbol ini agak berbeza dengan

permainan besbol kerana ia menggunakan bola yang lebih besar dan lembut berbanding bola besbol.Betnya adalah lebih kecil dihujungnya

berbanding bet yang digunakan dalam permainan sofbol.Ianya lebih popular sebagai sukan dalaman ( indoor ) kerana tidak memerlukan kawasan

yang besar untuk memainkan permainan ini.Sukan ini telah diperkenalkan oleh seorang pegawai bomba di minenepolis iaitu Lewis Robe pada tahun

1895 sebagai sikan padang ( outdoor ).Nama-nama lain yang digunakan sebelum ini adalah seperti Diamond ball, Indoor Ball, Kitten Ball,

Recreation Ball, Mush Ball, Playground Ball Dan Pumkin Ball sebelum nama sofbol digunakan untuk permainan ini.

Pada tahun 1900,Liga sofbol yang pertama telah dianjurkan di mineapolis.Walter K Hakenson dari YMCA,Denver telah memberi nama baru

iaitu “sofbol” kepada permainan ini pada tahun 1926.Undang-undang sofbol untuk perempuan ( remaja Dan Dewasa ) telah digubal oleh Gladys E

Palmer Dari persatuan pendidikan jasmani Amerika pada thun 1927.Pda tahun 1923, sekumpulan perwakilan dari badan-badan yang berminat telah

membentuk satu jawatankuasa undang-undang Bersama ( JRC ) untuk menyelaraskan satu set undang-undang yang diterima diperingkay

kebangsaan.

1
Persatuan Sofbol Amatur Amerika ( ASA ) telah menganjurkan pertandingan pertama peringkat kebangsaan yang dinamakan kejohanan

Kebangsaan Di Chicago World’s Fair yang disertai oleh 20 buah pasukan pada tahun 1933.Dalam kejohanan itu,Pasukan wanita The Great

Northern Dan pasukan lelaki J.L Booster telah menjuarainya.Pada tahun 1934,satu peraturan rasmi sofbol telah digubal oleh JRC dan telah dicetak

pada tahun 1937.Undang-undang tersebut telah menjadi garis panduan kepada undang-undang yang ada pada masa sekarang.Secara

amnya,permainan sofbol ini telah mengalami banyak perubahan dari masa ke semasa.Antara urutan sejarah yang dapat dilihat secara kasar adalah

seperti berikut:

1.Persatuan sofbol Amatur Amerika Syarikat telah ditubuhkan Di Chicago Dan secara rasminya Undang-undang sofbol yang piawai telah digunakan

pada tahun 1933.

2.International Softball Federation ( ISF ) Secara rasminya telah ditubuhkan di Connecticut, Amerika Syarikat pada tahun 1952.

3.Kejohanan Sofbol wanita Dunia pertama peringkat antarabangsa telah dianjurkan di bandaraya Melbourne,Australia pada tahun 1956.

4.Pada tahun 1966,Kejohanan Sofbol lalaki Dunia telah diadakan dibandaraya Mexico.

5.ISF telah diterima sebagai ahli gabungan International Olympic Commite ( IOC ) pada tahun 1967.

2
Sofbol di Malaysia.

Permainan sofbol telah dimainkan di Malaysia sebagai satu permainan rekreasi oleh mubaligh-mibaligh Amerika pada tahun 1939 di ACS

kampar,Perak.Semenjak tahun itu,beberapa pasukan telah muncul dan beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan.Permainan sofbol telah

terhenti seketika apabila perang dunia kedua tercetus.Tetapi permainan ini telah dimainkan semula oleh tentera-tentera Jepun yang menggemari

permainan ini dengan menggunakan bola tennis.

Sebagai usaha untuk menghidupkan semula permainan ini, En Jack Robinson telah mengadakan satu klinik sofbol meliputi semua negeri di

Tanah melayu pada tahun 1960.Permainan sofbol telah diterima semula tetapi masih tidak dimainkan secara aktif di seluruh negara.Usaha-usaha

untuk menggalakkan dan mempopularkan permainan ini telah banyak dijalankan seperti memasukkan ke dalam program MSSM.Namun usaha-

usaha itu masih belum menampakkan sambutan yang menggalakkan dari beberapa buah negeri.

Perak, selangor dan Pulau Pinang telah mengambil beberapa inisiatif untuk mempopularkan permainan ini akhir tahun 1960an.Permainan

sofbol ini telah dimainkan secara aktif di ketiga-tiga negeri ini antara tahun 1970-1973.Ketiga-tiga wakil negeri tadi telah mangadakan satu

perjumpaan di kediaman menteri besar perak ketike itu untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia pada tahun 1972.Pengerusi pertama yang

dipilih adalah Dato’ Sri Hj. Kamaruddin B.Hj.Mohd Isa iaitu Menteri Besar ketika itu.Persatuan ini telah didaftarkan pada 16 mac 1974.

3
Kejohanan Sofbol kabangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan kejohanan Sofbol Jemputan di Ipoh Perak pada bulan Ogos

1973.Hanya tiga pasukan lelaki dari tiga buah negeri yang menyertai kejohanan tersebut iaitu perak, Selangor dan Pulau Pinang.Selepas kejohanan

tersebut beberapa buah negeri lain telah berminat menganggotai SAM termasuk RAAF Softball Association of Malaysia.

Kejohanan sofbol peringkat ASEAN yang pertama telah diadakan pada Oktober 1976 di Kuala Lumpur.Lima pasukan telah menyertai

kejohanan ini dan pasukan Malaysia telah memenangi tempat ketiga.Malaysia telah menghantar pasukan sofbolnya buat kali pertama keluar negara

pada tahun 1977 untuk menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila,Filipina.Pada kejohanan ini juga,Kejohanan Sofbol ASEAN Wanita telah

diadakan buat pertama kalinya .Permainan Sofbol telah diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan SEA pada tahun1979.Dalam sukan SEA,

Mlaysia hanya menyertai acara lelaki sahaja dan telah mendapat tempat ketiga.Pada tahun 1982 pula,pasukan sofbol wanita Malaysia telah

menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.Dengan pembabitan Malaysia dalam kejohanan-kejohanan peringkat

Asia dan Dunia,maka permainan sofbol semakin berkembang di Malaysia dan mendapat sambutan yang baik sehingga sekarang.

4
PERALATAN YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN SOFBOL

BOLA GLOVE

Bola Getah atau kulit. Glove perlu untuk semua pemain

Berat antara 177 hingga 198 gram Diperbuat dari kulit atau PVC

Ukur Lilit antara 30.1 hingga 30.7 cm Terdapat pelbagai jenis dan saiz

Kulit Bola diperbuat daripada kulit lembu atau sintetik

5
BET HELMET

Panjang Bet atau pemukul tidak melebihi 86.4 cm Helmet digunakan ketika memukul bola.

Tebal Bet atau Pemukul adalah 5.7 cm Pemain tidak dibenarkan memukul bola tanpa helmet.

Diperbuat dari kayu atau logam Diperbuat daripada plastik dan pvc

Pelari Bes juga perlu menggunakan helmet.

6
MITT ADANG MUKA

Mitt adalah sejenis glove yang digunakan oleh catcher Adang muka digunakan oleh catcher dan juga Umpire.

Untuk menangkap bola Pitcher. Ia digunakan bagi mengelak muka dari terkena bola.

Ia diperrbuat dari kulit atau PVC. Adang muka amat penting bagi mengelakkan kecederaan.

Terdapat span yang tebal dalam mitt.

Pemadang Bes pertama juga menggunakan mitt ini.

7
ADANG DADA ADANG KAKI

Diperbuat dari getah atau PVC Diperbuat dari plastik bercampur nylon

Mempunyai span untuk menyerap hentakan bola Struktur keras tetapi mempunyai span

Dipakai oleh Catcher dan Umpire di bahagian dalam.

Digunakan bagi mengelakkan kecederaan di bahagian dada. Dipakai dibahagian kaki bagi mengelakkan

kecederaan.

8
BES PLET RUMAH

Untuk menandakan 3 penjuru diamon (bes 1,2 dan3) Menandakan tamat larian bes.

Span yang dibaluti dengan nylon atau getah. Diperbuat dari Getah.

Berwarna putih dan kuning. Terletak di kotak catcher.

Ringan dan boleh berubah tempat. Kedudukan adalah static dan tidak berubah.

9
PLET PITCHER

Diperbuat dari Getah.

Berukuran 24’ x 6’.

Sebagai penanda Pitcher.

Pitch dikira batal sekiranya pitcher tidak memijak

plet pitcher.

10
PERALATAN LAIN YANG DIGUNAKAN DALAM PERMAINAN SOFBOL

MASK/ADANG MUKA TOPI KASUT

11
JERSI SELUAR GLOVE PEMUKUL

12
BACK STOP

13
ISYARAT DAN MAKSUD

1.Main Bola ( Play Ball ) : Istilah yang digunakan oleh pengadil untuk memulakan permainan atau permainan diteruskan apabila pitcher memiliki

bola dan berada dalam jarak 2.5 meter ( 8 kaki ) dari plet pitcher.

Cara isyarat : Melaungkan “main” atau “play” sambil mengisyaratkan pitcher supaya membuat balingan bola.

2.Strike : Bola yang dibaling oleh pitcher melalui strike zon iaitu ruang diatas plet rumah diantara bahagian dada dan bahagian atas lutut pemukul

semasa ia berada dalam posisi memukul yang biasa.

Cara Isyarat : Hulur tangan kanan kesisi, tunjukkan bilangan strike dengan jari ,sambil melaungkan bilangan strike.

3.Selamat ( save ) : Pelari bes selamat berlari dari bes ke bes tanpa dapat dimatikan oleh pemadang.

Cara Isyarat : Mendepakan tangan dengan kedua-dua tangan menghadap kebawah dan melaungkan perkataan “save”.

4.Mati ( Out ) : Pelari bes atau pemukul dapat dimatikan oleh pemadang.

Cara isyarat : Angkat tangan keatas dengan jari tergenggam dan melaungkan ‘out’.

14
5.Bola Dalam ( Fair Ball ) : Bola yang berhenti atau disentuh dikawasan fair diantara plet rumah dan bes pertama atau diantara plet rumah dan bes

ketiga atau bola yang melantun melintasi bes pertama atau ketiga didalam kawasan fair.

Cara Isyarat : Luruskan tangan dan tunjukkan tangan kearah tengah padang sambil melakukan gerakan mengepam.

6.Bola Luar ( Faul Ball ) : Bola melintasi melintasi bes pertama atau ketiga di dalam kawasan faul.

Cara Isyarat : Melaungkan ‘bola luar’ dan kedua-dua tangan menunjuk kearah bola luar.

7.Masa Berhenti ( Time ) : Istilah yang digunakan pengadil untuk menangguhkan permainan.

Cara Isyarat : Melaungkan ‘Time’ sambil menangkat kedua-dua belah tangan lurus ketas kepala.

8.Bilangan Pic ( Count ) : Bilangan yang dipanggil “ball” atau “strike’.

Cara Isyarat : Angkat kedua-dua tangan keatas .Jari tangan kanan menunjukkan bilangan “bola’ manakala jari tangan kiri menunjukkan

“Strike”.Dengan melaungkan bilangan bola.contoh : “bola 2 , Strike 2.

15
9.Bola Terperangkap ( Trapped Ball ) : Adalah satu pukulan bola melayang, termasuk pukulan garisan yang telah menyentuhi tanah buat seketika

sebelum dipungut oleh seorang pemadang.

Cara Isyarat : Mendepakan kedua-dua belah tangan secara mendatar.( seperti isyarat selamat. )

10.Bola mati Lengahan ( Delayed Dead Ball ) : Satu situasi dimana bola tetap hidup sehingga tamatnya permainan.Apabila semua mainan telah

selesai,pengadil akan mengishtiharkan bola mati dan menguatkuasakan undang-undang yang sewajarnya.

Cara Isyarat : Meluruskan tangan kiri selari dengan bahu.

11.Pic Tak Kira ( Illegal picher ) : Jika pitcher tidak sah kembali keposisi memicing dan telah melakukan satu pic maka ia akan disingkir dari

permainan.

Cara Isyarat : Angkat sebelah tangan dengan tapak tangan menghadap ke pitcher.

12.Bola Layang Dalam.( Infield Fly ) : Bola melayang yang dipukul dalam kawasan fair yang boleh disambut oleh pemadang dengan mudah.

Cara Isyarat : Meluruskan tangan kanan ke atas kepala dan melaungkan ‘Bola layang dalam’.

16
13.Larian Rumah ( Home Run) : Larian yang dilakukan setelah memukul bola dan dapat menghabiskan larian dengan melintasi semua bes sehingga

sampai ke plet rumah tanpa berhenti dimana-mana bes.

Cara Isyarat : Angkat tangan lurus keatas dengan jari tergenggam dan pusingkan tangan mengikut arah jam.

14.Dua Bes Diberi. Pengadil memberikan pelari bes percuma.

Cara Isyarat : Meluruskan tangan kanan keatas kepala dan menunjukkan dengan dua jari bilangan bes yang diberi.

17
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS DIAMON

1.Buatkan satu tanda dalam satu garisan lurus yang menghalang

ketengah padang dengan pita pengukur.Tandakan titik mula

sebagai A.

2.Tandakan pula B pada jarak 40 kaki.

3.Tandakan C juga pada jarak 40 kaki.

4.Tandakan D pada jarak 84 kaki 10 ¼ inci dari A.

Mengikut pengiraan Teorem Phytagoras, a+b=c

( AD ) = ( AA4 ) + ( DA4 )

( AD ) = 60 + 60

AD = 84 kaki 10 ¼ inci

5.Tandakan E pada jarak 25 kaki dari A menghala keluar padang.

6.Ukur jarak 60 kaki dari titik A menghala kekanan,60 kaki dari

titik D dan kemudian tandakan titik A4 di titik pertemuan.

18
7.Ukur 60 kaki menghala kekiri ,60 kaki dari titik D dan kemudian

tandakan titik A2 dititik pertemuan.

8.Panjangkan garisan AA2 sejauh 215 kaki dan tandakan Titik

A3.

9.Panjangkan garisan AA4 juga sejauh 215 kaki dan tandakan

titik A5.

10.Kotak Diamon mestilah bersudut tepat.

19
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS KOTAK CATCHER

1.Lukiskan 2 buah kotak memukul ( 7 kakix 3 kaki berjarak 6 inci

dari kiri dan kanan plet rumah.( rujuk rajah ).

2.Lukiskan garisan PS berukuran 10 kaki.

3.Lukisskan garisan QR berukuran 10 kaki.

4.Jarak antara garisan-garisan PS dan QR ialan 8 kaki 5 inci.

20
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS KAWASAN JURULATIH

1.Tandakan jarak 12 kaki keluar dari garisan AA4,lukiskan

garisan berselari dengan garisan AA4 yang berukuran 15

kaki.

2.Lukiskan kawasan jurulatih menggunakan garisan

tersebut.Garisan berukuran 3 kaki dilukis di kedua-dua

hujung garisan 15 kaki dan bersudut tepat dengan garisan

15 kaki itu.

3.Lukis sebuah lagi kawasan jurulatih di garisan AA2

menggunakan teknik tadi.

21
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS BULATAN PITCHER

1.B ( 40 kaki dari A ) Sebagai pusat bulatan.

2.Garisan atau bulatan berjejari 8 kaki di lukis bagi bulatan

pitching wanita.

3.C ( 46 kaki dari A )Sebagai pusat bulatan bagi bulatan

pitching lelaki.

4.Satu bulatan dilukis juga berjejari 8 kaki dulukis untuk

bulatan pitching bagi lelaki.

22
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS BULATAN MENUNGGU GILIRAN

PEMUKUL

1.Disebelah kiri dan kanan kotak catcher perlu dilukis bulatan

menunggu giliran pemukul.

2.Jejari bulatan tersebut adalah 2 ½ kaki atau 2 kaki 6 inci.

3.Bulatan yang dilukis perlu sama dikedua-dua belah kotak

catcher.

23
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS GARISAN BUNT.

1.Dari titik A4, tandakan Jarak 3 kaki (lihat rajah).

2.Satu garisan yang selari dengan garisan AA4 dilukis yang

berukuran 30 kaki.

24
LANGKAH-LANGKAH MELUKIS GARISAN BOLA MATI.

1.Panjangkan garisan A2A sejauh 25 kaki dan tandakan titik E 3.

2.Lukiskan garisan yang selari dengan garisan AA5 yang

berukuran 275 kaki.

3.Panjangkan garisan A4A sejauh 25 kaki dan tandakan titik E2.

4.Garisan berukuran 275 kaki dilukis selari dengan garisan AA3.

25
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA BACK STOP

1.Lengkuk Back Stop yang berukuran panjang 30 kaki diukur bagi

memudahkan back stop dibina.

2.Back Stop ini berbentuk lengkungan yang berjejari 25 kaki dari

titik A.

3.Tinggi Back Stop adalah tidak kurang dari 25 kaki.

4.Back stop perlulah diperbuat daripada bahan yang berupaya

menyerap daya,contognya jaring atau pagar.

26
27
28
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELUKIS GELANGGANG SOFBOL ( DIAMON )

1.Pita pengukur.

2.Tali

3.Pancang

4.Tepung / serbuk kapur

5.Tukul

6.Kepingan getah

7.Mesin pengira

29
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG PERLU ADA UNTUK SEBUAH GELANGGANG SOFBOL YANG LENGKAP.

1.Padang yang luas.

2.Bes,Plet Rumah dan Plet Pitcher.

3.Diamon

4.Kotak Catcher

5.Dua kotak Jurulatih

6.Dua bulatan giliran menunggu pemukul

7.Bulatan Pitcher

8.Garisan Bunt

9.Garisan Bola mati

10.Back Stop.

11.Kerusi pemain simpanan.

12.score board

30
BIBLIOGRAFI

1.Diane L. Potter EdD and Gretchen A. Brockmeyer, EdD, Step to success, Second Edition,1999

2.Undang-undang Sofbol 1996 – 1997

3.Ong Ka Aun,Play sofbol.

4.Alan Yong, Helen Ten,Siri Sukan Popular Fajar Bakti ( Sofbol )

5.http.// WWW.yahoo.com. ( Sofbol )

31
KURSUS:
KEMAHIRAN IKHTISAS SUKAN PADANG
SJ 1182 ( SOFBOL )

TAJUK:
ASSIGMENT 1 ( Bab 1 )

PENSYARAH:
EN. ABU BAKAR SIDEK BIN IBRAHIM

DEMONSTRATOR:
SDRA. NAZRI BIN MOHAMAD NOR

Disediakan Oleh:
FAIZAL BIN OMAR
20002-06340

32

Anda mungkin juga menyukai