Anda di halaman 1dari 6

NAMA:

MOHD SAOFIE BIN BACHOK

(P95879)

KURSUS:

GGGB6013

KAEDAH PEYELIDIKAN I

TUGASAN:

GAYA KEPIMPINAN JURULATIH PENDIDIKAN LUAR YANG DIMINATI PELAJAR


SEKOLAH MENENGAH DAERAH JASIN

DISEDIAKAN UNTUK:
1.0 PENGENALAN

Kepimpinan berkarisma bermakna pengikut dibantu dalam memperoleh kemahiran dan


keyakinan dengan memberi kuasa kepada mereka untuk bertanggunjawab dalam sebuah
organisasi yang dinamik (Yukl, 2006). Di sekolah khususnya dalam bidang sukan dan
permainan, jurulatih bertindak sebagai pemimpin pasukan dengan memberi kemahiran dan
keyakinan kepada atlet di bawah bimbingannya agar dapat berdaya saing semasa menyertai
pertandingan. Ini bermakna gaya kepimpinan jurulatih dapat mempengaruhi pencapaian atlet
dan sesebuah pasukan yang dibentuk (Patterson, Carron, & Loughead, 2005). Menurut
Wildman (2006), kepimpinan yang berkesan adalah satu elemen yang penting dan perlu
ditunjukkan demi meningkatkan prestasi sesebuah pasukan Di sekolah khususnya dalam
bidang rekreasi luar, jurulatih bertindak sebagai pemimpin aktiviti dengan memberi kemahiran
dan keyakinan kepada peserta di bawah bimbingannya agar dapat berdaya saing dan menimba
ilmu semasa menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. Ini bermakna gaya kepimpinan jurulatih
luar dapat mempengaruhi peserta untuk setiap aktiviti yang dijalankan (Patterson, Carron, &
Loughead, 2005).

Bagi kepimpinan dalam aktiviti luar pula, ia menjadi perkara yang paling utama dan teramat
penting dibincangkan sebelum sesuatu aktiviti luar itu dijalankan. Apatah lagi dalam dekad ini aktiviti
luar telah berkembang dengan pesat dan menjadi aktiviti yang digemari oleh kebanyakan rakyat
Malaysia. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh (Mohd. Yusof Abdullah 1994) bertajuk: Kemana
Halatuju Pemimpin Rekreasi Luar Yang Dilahirkan Oleh Kementerian Belia dan Sukan, membuktikan
bahawa kegiatan aktiviti luar menjadi aktiviti yang digemari oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia,
tetapi kekurangan jurulatih yang berpengalaman dalam bidang aktiviti luar menjadikan aktiviti tersebut
lebih bersifat negatif dan merbahaya kerana tidak ada tunjuk ajar yang betul dan mereka melakukannya
mengikut sesuka hati. Kajian ini disokong oleh (Madzrib Ibrahim 1997) yang menyatakan kebanyakan
masyarakat di Malaysia tertarik untuk menceburi aktiviti luar kerana kehidupan dalam zaman moden
masa kini ialah zaman automasi, sains dan teknologi yang membawa banyak perubahan terhadap cara
hidup mereka dan juga telah membawa proses urbanisasi yang mewujudkan “Masyarakat Penghuni”.
Ini mengakibatkan banyak cabaran, masalah tekanan hidup, kesesakkan di jalanraya dan pelbagai lagi.
Aktiviti luar menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia adalah hasil dari usaha Kementerian Belia dan
Sukan yang memperkenalkan slogan “Malaysia Cergas” tahun 1984 dan melalui penganjuran program
“Rakan Muda” yang bermula pada tahun 1994.
Di Malaysia, kajian Shaharudin (2004) mendapati gaya kepimpinan yang paling digemari oleh atlet
Sukan Malaysia (SUKMA), Perak adalah dalam dimensi maklum balas positif, manakala gaya
kepimpinan yang paling kurang digemari adalah dalam dimensi autokratik. Dapatan kajian yang
berbeza diperoleh dalam kajian Nazarudin et al. (2009) yang menunjukkan dimensi latihan dan arahan
yang paling diminati atlet peringkat universiti berbanding dengan dimensi autokratik dan dimensi
demokratik. Memandangkan kajian berkaitan dengan gaya kepimpinan jurulatih masih terhad dan
kurang dilaporkan di peringkat sekolah, di mana kajian lepas hanya tertumpu kepada atlet SUKMA dan
universiti, maka satu kajian di peringkat sekolah perlu dijalankan untuk melihat gaya kepimpinan
jurulatih yang diminati. Melalui kajian ini dapatlah membantu jurulatih Pendidikan luar memahami
gaya kepimpinan yang diminati oleh pelajar sekolah menengah daerah Jasin.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Melalui pemehatian dan temu bual yang dilakukan oleh pengkaji, kebanyakkan jurulatih di
sekolah tidak memberikan latihan yang fokus pada kekuatan dan daya tahan kardiovaskular.
Hal ini menyebabkan para atlit tidak mampu menujukkan prestasi mereka yang sebenarnya
kerana tiada latihan yang khusus bagi mereka.

Seterusnya,para atlit jarak jauh di sekolah tidak menjalani latihan yang sepatutnya.
Kebanyakkan latihan yang diberikan kepada mereka adalah setara dengan atlit-atlit lain. Dalam
permasalahan ini, bukan sahaja atlit jarak jauh yang tidak menjalani latihan khusus bagi acara
mereka namun juga bagi semua atlit daripada pelbagai acara. Hal ini kerana kurangnya ilmu
kejurulatihan yang dipunyai oleh jurulatih mereka.

Terdapat atlit-atlit kurang mengetahui kesan latihan fatlek ke atas prestasi sukan
mereka. Hal ini merupakan salah satu sebab dimana para prestasi para atlit tidak meningkat
walaupun menjalani latihan setiap hari. Latihan yang khusus sangat membantu pembentukan
otot para atlit dan juga akan membantu para atlit untuk mendapatkan latihan fizikal yang
sepatutnya bagi sukan yang mereka ceburi.

1.2 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi melihat kadar perubahan prestasi atlit 800m bawah 18 tahun di
kawasan Sarikei,Sarawak selepas menjalani latihan farlek. Berdasarkan permerhatian yang
telah dilakukan di kawasan kajian, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan atlit pecut sekolah
tidak menjalani latihan yang sepatutnya khusus untuk acara yang mereka ambil. Oleh sebab
itu, pengkaji berminat untuk melihat kadar perubahan prestasi atlit 800m bawah 18 tahun di
kawasan Sarikei selepas menjalani latihan Fartlek secara berkala.

Kajian ini juga bertujuan untuk membanding beza prestasi atlit pecut bagi yang
menjalani latihan farlek dan yang tidak menjalani latihan ini. Pengkaji akan membahagikan
kesemua atlit ini kepada dua kumpulan supaya lebih terkawal dan supaya pengakaji mampu
melihat perbezaan prestasi para atlit selepas beberapa tempoh yang telah ditetapkan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1) Melihat kadar perubahan prestasi atlit selepas menjalani latihan fartlek.

2) Membanding beza prestasi atlit 800m yang menjalani latihan farlek dan yang tidak
melalui latihan farlek.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang tersedia, terdapat dua persoalan kajian yang timbul:

1. Apakah terdapat kadar perubahan prestasi atlit selepas menjalani latihan farlek?
2. Apakah terdapat perbezaan prestasi atlit pecut yang menjalani latihan farlek dan yang
tidak menjalani latihan farlek?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dapat membantu mencari latihan yang tepat bagi atlit acara jarak jauh di sekolah.
Hal ini kerana, para atlit di sekolah mempunyai latihan yang sama antara satu sama lain. Dalam
erti kata lain, tiada latihan khusus bagi setiap acara yang ditawarkan dalam sukan olahraga.
Pekara seperti ini sebenarnya menggangu prestasi para atlit kerena mereka tidak menerima
latihan yang sepatutnta mereka tempuhi bagi memperoleh keputusan yang sebaiknya.

Seterusnya, kajian ini dapat memberikan gambaran kepada jurulatih dan atlit terhadap
latihan khusus dalam acara olahraga. Melalui latihan farlek, seseorang jurulatih dapat
membentuk latihan dan aktiviti yang mereka inginkan bagi melatih atlit-atlit mereka. Semasa
kajian ini dibuat, para jurulatih sekolah boleh belajar akan cara memberikan latihan khusus
kepada atlit mereka. Pada masa yang sama, para atlit juga boleh membuka minda mereka
bahawa latihan untuk mencapai prestasi penuh dalam sukan olahraga bukanlah sesuatu yang
mudah untuk mereka lalui.

Selain itu, kajian ini juga akan membantu meningkatakan prestasi atlit pecut dari
kawasan Sarikei,Sarawak. Hal ini kerana, sebelum ini, mereka tidak menjalani latihan yang
khusus bagi acara jarak jauh dan melalui kajian ini para jurulatih dan atlit sendiri boleh melihat
perbezaan prestasi mereka sebelum dan selepas menjalani kajian ini.

1.8 RUMUSAN

Kajian ini adalah bertujuan bagi melihat kesan latihan farlek keatas prestasi atlit jarak jauh
(800m) bawah 18 tahun di kawasan Sarikei,Sarawak. Latihan fatlek merupakan salah satu
latihan yang boleh digunakan oleh para jurulatih bagi melatih daya tahan kardiovaskular para
atlit. Melalui latihan ini, para atlit boleh menjalani latihan di samping mempelajari teknik yang
betul bagi sukan jarak jauh. Kebanyakkan atlit dan jurulatih di kawasan Sarikei kurang
menekankan latihan khusus buat para atlit tidak mengira acara yang mereka ceburi dan ini
sedikit sebanyak merugikan para atlit di kawasan tersebut.

Oleh sebab itu, saya ingin meneruskan kajian ini bagi melihat kesan latihan fatlek terhadap
kadar peningkatan prestasi para yang ingin dikaji disamping mencari bakat baru dalam sukan
olaharaga. Kajian ini bukan sahaja dapat membantu para jurulatih dan atlit namun begitu,
kajian ini juga kemungkinan akan membantu istitusi sukan negara bagi mengetengahkan lagi
sukan olahraga ke peringkat yang lebih tinggi.

RUJUKAN

1. Cooper, K.H. (1978). The Aerobics Way. Bantam Books Inc.


2. Devinder K. Kansal. (2008). Test and Measurement in Sports and Physical Education.
New Delhi. D.V.S Publication.
3. Grishkumar, J. Thakkar Dohi Mishalkumae, R. (2012). Effect of Fartlek Training
Interval Running On Cardio Respiratory Endurance among College Men Athletes.
International Journal of Health, Physical Education and Computer Science in Sports.
Volume No.5, No.1.pp. 68-72.
4. Jayasivarajan and Vasanthi. (2012). Effect of Intensive Interval Training and Fartlek
Training on Cardio Respiratory Endurance and Speed Endurance of Team Game
Players. Scientific Journalof PhysicalEducation and Allied Subject. Vol.1, No.1. July,
PP.115 – 120.
5. Karthikeyan, R. and P.Karthikeyan. (2011). Effect of Interval and Continuous Running
on Cardio Respiratory Endurance. Indian Journal for Research in Physical Education
and Sports Sciences. October 2011, pp-47-51.
6. Saunders PU, Telford RD, Pyne D, Gore CJ, Hahn AG. Improved race performance in
elite middle-distance runners after cumulative altitude exposure. Int J Sports Physiol
Perform. 2009;4(1):134–138. PubMed doi:10.1123/ijspp.4.1.134

Anda mungkin juga menyukai