Anda di halaman 1dari 7

Cadangan Teks MC Majlis persaraan

PERKARA/P BUTIRAN CATA


EMBACA TAN
Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat
kerana majlis kita akan bermula sebentar
lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan


------------------------------ dengan diiringi dif-
dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Petang yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis
---------------------------------- sempena
persaraan
--------------------------------------------------
---------------------------------------------------
---------------------------------------------------

Ucapan alu- Melayang serindit di atas permatang,


aluan Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan
-----------------------------------------------
-----------------------------------------------
Jabatan Pendidikan Melaka.

Yang Berusaha
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
------------------Pendidikan Negeri Melaka
Yang Dihormati
----------------------------------------------
----------------------------------------------
Ketua Penolong pengarah , pegawai Jabatan
Pendidikan Melaka, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah serta semua hadirin yang
dirahmati Allah.

Selamat datang ke :
Majlis ------------------------------------------
-------------------------------------------------
-------------------------------------------------
------------------------------------------

Terlebih dahulu dipanjatkan rasa syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada petang ini untuk meraikan
--------------------------------------------------
--------------------------------------------------.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas


segala dedikasi, bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang -------------------------
--------------------------------------------------
--------------------------------------------------

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada


hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh---------------------------,
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin 


Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih
kepada---------------------------------------------
diatas bacaan doa itu tadi. 

Ucapan KS Sudilah tuan jalan berlapan


SPK Jalan berlapan dimalam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Dengan majlis sukacita menjemput Yang


berusaha
------------------------------------------------------
------------------------------------untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.. dengan
segala hormatnya dipersilakan..

Ucapan terima kasih kepada yang berusaha


------------------------------ diatas ucapan
sebentar td.

Ucapan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Timbalan
Pengarah Majlis menjemput Yang Berbahagia,
------------------------------------------------------
---------------------------------------------------
untuk menyampaikan sepatah dua kata..
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada


------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
-----atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Pakaian dipakai cantik berseri
Majlis keraian kita semua
Persembahan Majlis kita takkan berseri
Multimedia Tanpa persembahan multimedia

Meneruskan majlis kita pada hari ini...


perhatian sidang hadirin akan dicuri seketika
untuk bersama-sama kita menyaksikan
persembahan multimedia yang telah
disediakan oleh
-----------------------------------------------------
untuk tatapan semua… oleh itu.. sama-sama
kita saksikan persembahan multimedia
--------------------------------------------- yang
kami bawakan khas untuk
-----------Normal..dipersilakan..

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya 


Ucapan yang Tak berguna jika ada dayung tiada
diraikan perahunya 
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan
tidak berbicara 

Sekarang, tibalah waktu yang kita nanti-


nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan ----------------------------------Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi


penghargaan dan terima kasih atas ucapan
yang disampaikan oleh yang diraikan pada
hari ini iaitu -----------------------------------
Acara Meneruskan majlis kita pada hari ini
memotong Dijemput yang diraikan
Kek ------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------
------------untuk upacara memotong kek..
dipersilakan…
 Nyanyian lagu Allah selamatkan
kamu

Jamuan Lebat rumbia disungai kedah,


Saying senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis akan


diteruskan lagi dengan Jamuan Minum
Petang . Dijemput yang
diraikan--------------------------------------------
--------------------- bersama tetamu khas
untuk menjamu selera.

Tuan-tuan dan puan-puan juga dijemput


untuk menjamu selera

Penyampaian Sudah teradat si anak lelaki 


Cenderamata Mati berjuang, berundur jangan 
Berani kami menjunjung adat 
Bukan memberi kata dan puji 
Hanya budi dalam ingatan 
Buat kenangan sepanjang hayat 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian 


Majlis diteruskan dengan upacara
penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan pada hari ini iaitu
------------------------------------------------------
---------

Kita mulakan dengan penyampaian


cenderamata daripada:-

1.
___________________________________

2.
___________________________________
3.
___________________________________

4.
___________________________________

5.
___________________________________

6.
___________________________________

7.
___________________________________

8.
___________________________________
Penutup Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada


di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita


pada hari ini. Sebelum bersurai, para hadirin
diminta berbaris untuk acara bersalam-
salaman dan bermaaf-maafan serta selawat
bersama dengan yang diraikan
------------------------------------------------------
----------------------------------
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada
------------------------------------------------------
------------------kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Pn Hjh
Jamaliah Bt Normal bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan selepas
persaraan.

Majlis turut merakamkan ribuan terima


kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis Persaraan ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit


Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai