Anda di halaman 1dari 10

Hari yang indah sungguh ceria

Detik berbahgia penuh bermakna


Kami bawakan khas kepada semua
Secara langsung Majlis Sulaman Kasih Sanjungan Budi
Sempena Persaraan Puan Nora Binti Ahmad
Guru Sains SMK Rawang.

BismilLahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum , salam sejahtera , salam semekar di hati

Yang Berusaha,
Pn. Mages Wari A/P Subramaniam
Pengetua SMK Rawang

Yang Diraikan ,
Puan Nora Binti Ahmad.

Yang dihormati,
En. Saufi – YDP PIBG,

Yang Dihormati , ( Barisan Penolong penolong kanan )


Pn. Suhaida Binti Shamsuddin
PK Pentadbiran

Pn. Meriam Binti Awang Sulaiman


PK HEM

Pn. Salinah Binti Abdul Rahim


PK Kokurikulum

Pn. Roshida Binti Abu Hamid


Pk Ptg

Pn. Marhaini Bt Dasiron


PK PPKI

Yang dihormati, ( Barisan Guru Guru Kanan Matapelajaran)


Pn. Maiziliatul Azwa Binti Tammizi
GKMP BAHASA
Pn. Noriati Bt Md Zain
GKMP Sains Math

Encik Shaiful Anuar Bin Haron


GKMP TEKNIK VOKASIONAL

Pn. Norlina Binti AB Razaman


GKMP KEMANUSIAAN

AJK Kelab Warga Semekar .


Rakan Rakan guru, Rakan rakan AKP , AJK PIBG, KSIB dan hadiri hadirat sekelian .

Jejaran mengkudu menghias kesuma


Di celah angsana di tanah jawa
Ucapan aluan pembuka bicara
Di saluran youtube kita bersua

Ingin rasa memakan kari


Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu kita sekali lagi

Selamat datang ke majlis Majlis Sulaman Kasih Sanjungan Budi


Sempena Persaraan Puan Nora Binti Ahmad
Guru Sains SMK Rawang.

Sirih berlipat sirih pinang 


Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti 


Dibawa budak sambil berlari 
Kehadiran semua sangat dihargai 
Moga Majlis bertambah seri 
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi 
Doa dibaca memohon Rahmat 
Moga Majlis sentiasa diberkati 

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh En. Muhammad Ammar Asmai Bin Hamid , Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
----------------------------- bacaan doa --------------------------------------------------
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En.
Muhammad Ammar Asmai Bin Hamid atas bacaan doa itu tadi. 

Hadirin dan hadirat yang di rahmati Allah sekalian 


Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga acara beroleh berkat-Nya.

Dalam majlis ini kami bermadah,


Mengucap puji alhamdullilah;
Doa tadi pembuka wadah,
Semoga majlis beroleh limpah.

Tuan tuan,puan puan sidang hadirin yang di hormati sekelian.


Berangkat kadam kepak nan indah,
Tertanggam penuh emas suasa;
Pembuka salam dihulur sudah,
Persada ucapan akan bermula.
Pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
saudara _________________________ ketua Murid , SMK Rawang untuk
menyampaikan ucapan - untaian kata, kalungan wacana.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


-------------------------------- ucapan murid -------------------------------------

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara


_________________________ ketua Murid , SMK Rawang.

Khabar sudah dendang ke langit


Khabar sudah rebak ke bumi
Yang jauh kami jemput dengan destar
Yang dekat kami jemput dengan tepak
Berhimpun harmoni kita di sini.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang di hormati En. Saufi b. Shafie, YDP
PIBG SMK Rawang bagi menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan.

-----------------------------Ucapan YDP ----------------------------------------

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Tuan tuan, puan puan sidang hadirin yang di hormati sekelian.


Seterusnya kita akan saksikan satu persembahan yang telah di sediakan oleh
murid murid kesayangan diikuti dengan ucapan penghargaan yang akan disampaikan
oleh guru guru dan staf sokongan SMK Rawang.
----------------------------------------persembahan murid 1 --------------------------------------------
---------------------------------------Ucapan guru dan staf ---------------------------------------------
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Tuan tuan, puan puan sidang hadirin yang di hormati sekelian.
Majlis di teruskan dengan menjemput dan mempersilakan yang berusaha , Puan
Mageshwari a/p Subramaniam untuke menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-------------------------------------- Ucapan pengetua ---------------------------------------------------
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi

Seterusnya kita akan saksikan satu persembahan yang akan disampaikan oleh
guru guru SMK Rawang. Dipersilakan.
----------------------------------------Persembahan Guru 2 ----------------------------------------------
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa
mengenal empunya diri insan yang diraikan pada petang yang indah ini. Maka
persembahan multimedia pada kali ini akan mempersembahkan rentetan perjalanan
hidup yang diraikan , Puan Nora Binti Ahmad, Dipersilakan.
--------------------------------------Bacaan biodata ---------------------------------------------------------

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Keperibadianmu gemilang

Di bawah seliaan dan penyediaan oleh AJK Kelab Warga , kami


mempersembahkan kepada anda tayangan montaj tentang biografi dan memori
perjalanan insan yang sedang kita raikan ini yang bertajuk JASAMU DIKENANG.
Marilah bersama-sama kita menghayati persembahan tersebut.
-----------------------------------------Tayangan Montaj
----------------------------------------------------
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya 
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya 
Tak lengkaplah majlis jika yang diraikan tidak berbicara 

Secarik budi tuan memberi, 


sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur bakti ,
segugus penghargaan terpahat di hati, 

Budi, komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak selendang cindai,
seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura syurga.

Seluruh warga Semekar, dengan penuh bangga mempersilakan Yang diraikan Puan
Nora B. Ahmad meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian
kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal
ditinggalkan.
---------------------------------------------Ucapan Puan Nora ---------------------------------------------
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Puan Nora Bt. Ahmad
menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan. 
Hadirin sekalian,

Seterusnya ,
Sama samalah kita saksikan persembahan yang seterusnya yang mewakili Pihak
Pengurusan SMK Rawang .
Dipersilakan.
---------------------------------------Persembahan Pengurusan 3 -----------------------------------
Majlis merakankan ucapan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan 


Itu adat, itu lumrah kehidupan 
Begitulah rentetan perjalanan 
Walau sukar untuk ditelan 
Tapi kaki tetap mengorak jalan 
Selagi hayat dikandung badan 

Sudah teradat si anak lelaki 


Mati berjuang, berundur jangan 
Berani kami menjunjung adat 
Bukan memberi kata dan puji 
Hanya budi dalam ingatan 
Buat kenangan sepanjang hayat 

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan 


Umpama berkayuh telah sampai di muara 
Umpama berjalan telah sampai di destinasi 

Hadirin sekelian.
Seterusnya marilah sama sam kita saksikan acara penyampaian hadiah . Rakaman
yang di sediakan juga mematuhi SOP .
-------------------------------------Penyampaian Hadiah ------------------------------------------
-------------------------------------Gimik Send off ----------------------------------------------------
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyampaian haidah itu tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. 


Kuning emas masaknya padi 
Penuh kepuk hasil tampian 
Terima kasih daun keladi 
Budi Puan jadi kenangan 

Tuai padi antara masak 


Esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan 

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para
hadirin sekelian marilah sama sama kita menyaksikan buat kali terakhirnya Yang
Diraikan Puan Nora Bt. Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai
tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini. 
----------------------------------------Gimik Sent off ---------------------------------------------------
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nora bt. Ahmad
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Tuan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas
persaraan. 

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini. 
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. 

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.


Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan 
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian, (hanani)


Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh. 
--------------------------------------------Sesi bergambar
---------------------------------------------------

ATURCARA MAJLIS

2.30 petang :  Guru / Tetamu menyertai Youtube Live


3.00 petang :  Kata-Kata Aluan Pengerusi Majlis
:  Bacaan Doa
3.15 petang :  Ucapan Wakil Murid
:  Ucapan YDP PIBG
: Persembahan 1 (Murid)
: Ucapan penghargaan guru-guru dan staff
:  Ucapan Pengetua
: Persembahan 2 (Guru)
: Montaj kenangan Pn. Nora binti Ahmad
: Ucapan yang dirai : Pn. Nora binti Ahmad
: Persembahan 3 (Pengetua)
: Penyampaian hadiah
: Gimik send off
    : Sesi bergambar
4.30 petang : Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai