Anda di halaman 1dari 4

Bismillah…….

Bismillahirahmanirahim

Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Parit Serong,


Encik Ismail bin Tahrim,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Encik Abdul Samad bin Sedari,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


Encik Zul Sahri bin Othman,

Guru Penolong Kanan KoKurikulum,


Tn Hj Mohd Ridzuan bin Ahmad,

Barisan guru-guru seterusnya murid-murid SK Parit Serong yang dikasihi sekalian.


.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi Jumaat yang mulia.


    
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah
Kebangsaan Parit Serong.

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat
sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru
Tahun 2022 dengan tema : GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA.

Awal Bismillah pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

 Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Al
Fadhil Tn Hj Mohd Hamidi bin Asnam.  Dijemput dengan hormatnya….

                                       (bacaan doa)
----------------------------------------------------------
     Amin Ya Rabbal Alamin.

 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi. Semoga yang baik kita
mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan Bacaan Perutusan HARI GURU 2022...

Dipersilakan Encik Zul Sahri bin Othman GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
                                      (ucapan perutusan)

----------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan. Encik Abdul Samad bin Sedari, GPK1 untuk membacakan Perutusan
Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
                                      (ucapan perutusan)
-----------------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar iaitu Ketua Murid SK Parit
Serong, untuk itu dipersilakan MUHAMMAD FARISH HAKIMI BIN AZAHARI untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
                                                (ucapan)

------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari YDP PIBG SK PARIT SERONG, TN HJ ABDUL
HALIM BIN ABDUL HAMID. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

----------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kpd tuan ydp di atas ucapan sebentar td.

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Parit
Serong, Encik Ismail bin Tahrim, untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan
dengan segala hormatnya.
                                                (ucapan)
-----------------------------------------
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan Tuan Guru Besar .itu tadi.
Sidang dataran yang dimuliakan,

Paluan gendang pembuka majlis,


Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

          Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar
yang akan diketuai oleh Encik Helmi bin Mohamed Sharis. Dipersilakan....
              
------------------------------                         
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema Hari
Guru iaitu Guru Tunjang Sekolah Sejahtera  oleh barisan pentadbir dan guru-guru.
Dipersilakan....
----------------------------------------------------
  Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,  

Majlis hari ini akan diceriakan lagi dengan acara Sukaneka yang melibatkan Guru2 SK Parit
Serong. Murid2 bolehlah memberi sokongan kepada guru-guru kesayangan kamu semua.

--------------------------------------------------------

Seterusnya majlis penyampaian hadiah


1.
2.
3.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada Allah SWT jua dan
sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah
kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima


kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai