Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE MAJLIS APRESIASI SK LUKUT 2021/22

ATURCARA TEKS CATATAN


Nyanyian lagu “Negaraku” Sidang hadirin

Majlis dimulakan dengan menyanyikan lagu


“Negaraku”.

Mohon hadirin bersedia untuk menyanyikannya


bersama-sama.

---------------------------------------------------

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Aluan
Ulik mayang nyanyian asli
Dilagu si gadis merdu sekali
Terima kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis sama merai

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang dihormati, En. Rosli bin Nordin, YDP PIBG


SK Lukut

Yang berusaha, Pn. Safinaz bt Nordin, Guru


besar SK Lukut

Yang dihormati, barisan para pentadbir SK Lukut,


guru-guru dan para penerima anugerah yang
diraikan pada hari ini serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Apresiasi


Kecemerlangan Akademik sesi 2021/2022

Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan


syukur alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurnianya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada pagi yang berbahagia ini bagi meraikan
kejayaan anak-anak murid SK Lukut. Semoga
usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Bacaan Doa
Buluh diasah jalinan disemat
Gubahan diolah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Hadirin yang dimuliakan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah


bersama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan disampaikan oleh
Ust. ………………………………. Dipersilakan.
TEKS EMCEE MAJLIS APRESIASI SK LUKUT 2021/22

Amin, amin ya robbal alamin.

Majlis merakankan ucapan terima kasih kepada


Ust……………………….. atas kesudian
menyempurnakan bacaan doa itu tadi.

Ucapan GB

Hadirin yang dihormati sekalian.

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis


dengan segala sukacitanya mempersilakan yang
berusaha Pn. Safinaz bt Nordin, Guru Besar SK
Lukut untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru besar


diatas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP PIBG


Sidang hadirin yang dimuliakan.

Tuan tersenyum pada si Teja


Duduk bersimpuh sambil bersila
Kain tenun bersama raja
YDP PIBG hormat dipersila

Seterusnya masjlis dengan segala hormatnya


mempersilakan yang dihormati En. Rosli bin
Nordin, YDP PIBG SK Lukut untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majjlis kita pada pagi yang berbahagia ini.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.’

------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada En. Rosli diatas ucapan
dan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah/ Sijil


Murid PPKI
Tiada kira sesukar mana kehidupan, usaha gigih
dan kesungguhan pasti membawa khabar
gembira diakhirnya.

Sidang hadirin yang dimuliakan.

Kita telah sampai kepada acara pertama iaitu


penyampaian hadiah dan sijil kepada murid
PPKI.
TEKS EMCEE MAJLIS APRESIASI SK LUKUT 2021/22

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya


menjemput dan mempersilakan yang dihormati,
Pn. Hjh. Shahrani bt Talib bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah dan sijil tersebut.

Majlis dengan ini mempersilakan.

Dimulakan dengan menjemput penerima pertama


dari kelas Cemerlang iaitu adik …………………..

Seterusnya adik…………………………….

Penerima seterusnya dari kelas Gemilang,


dijemput adik …………………………..

Seterusnya adik ……………………………..

----------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Shahrani


diatas penyampaian hadiah dan sijil kepada
murid PPKI.

Murid Terbaik Pentaksiran


dalam kelas Tahun 1-3
Acara diteruskan lagi dengan penyampaian
Murid terbaik Pentaksiran hadiah kepada murid terbaik pentaksiran dalam
dalam kelas Tahnu 4-6 kelas untuk tahap satu, bermula dari tahun satu.

Anugerah Kecemerlangan Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah


Akademik Tahun 6 L & 6 P tersebut, majlis dengan ini menjemput yang
berusaha ………………………………….. bagi
Anugerah Kecemerlangan menyempurnakan acara.
Sahsiah Tahun 6 L & 6 P
Dipersilakan.
Anugerah Tokoh Nilam
Bagi kedudukan tempat terbaik tahun 1 Putra,
tempat pertama dijemput adik……………………

----------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada …………………..


diatas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.

PENUTUP HADIRIN SEKALIAN,

DENGAN BERAKHIRNYA ACARA ITU TADI,


DENGAN ITU SELESAILAH SUDAH MAJLIS KITA
PADA HARI INI.
TEKS EMCEE MAJLIS APRESIASI SK LUKUT 2021/22

KERJASAMA TUAN-PUAN SANGAT DIHARGAI,


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI,
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

MERDU BERTINGKAH ALUNAN SUARA,


KADANG TAK SEDAR TERSILAP KATA,
ANDAI TERLANJUR PATAH BICARA,
SERENDAH HATI KEMAAFAN DIPINTA.

SELESAI SUDAH MAJLIS APRESIASI


KECEMERLANGAN AKADEMIK SESI
2021/2022. PADA KALI INI, UCAPAN TAHNIAH BUAT
PARA PENERIMA ANUGERAH YANG DIRAIKAN
PADA HARI INI. DIHARAPKAN KECEMERLANGAN
INI AKAN DITERUSKAN LAGI PADA TAHUN YANG
AKAN DATANG.

MAJLIS JUGA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA


KASIH DI ATAS KEHADIRAN  PARA TETAMU
JEMPUTAN,PARA PENERIMA ANUGERAH YANG
DIRAIKAN SERTA TUAN DAN PUAN SEKALIAN.

SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI. MOHON MAAF


DARIPADA KAMI  SEKIRANYA ADA TERKASAR
BAHASA, TERLANJUR BICARA SEPANJANG
MENGENDALIKAN MAJLIS INI.

SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK ITU


DATANGNYA DARIPADA ALLAH S.W.T DAN YANG
TERKURANG ITU DATANGNYA DARIPADA
DIRI  KAMI  SENDIRI.

 BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI ,MAKA


SELESAILAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.

SEKIAN TERIMA KASIH.

WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH DAN JUMPA LAGI.

Anda mungkin juga menyukai