Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

Perhatian .
Minta kerjasama semua murid untuk berada di tempat masing-masing.Majlis
sambutan hari guru akan berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih.

Murid-murid diminta berdiri ketika perarakan masuk guru-guru ke pentas


Dewan Warisan Seri Pinang.

---------------------------------perarakan masuk ---------------------------

Murid-murid sekalian,marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang


gemuruh kepada semua guru-guru sk sepinang.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirahmanirahim…Assalamualaikum , salam sejahtera…dan salam 1


malaysia.

Yang berusaha
Tn. Hj. Nasrudin Bin Hj. Marzuki
Guru besar sk sepinang

Yang dihormati
Tn Hj Kharudin b. hj salleh
Yg dipertua PIBG,Sk Sepinang

Yang dihormati,
Barisan pembantu - pembantu guru besar,
guru-guru, staf-staf sokongan dan murid - murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana limpah kurniaNya


jua maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Sri Pinang ini bagi
meraikan Sambutan hari Guru peringkat sekolah SK Sepinang bagi tahun 2015.
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

Berbaju biru pergi ke Pekan,


Ke Pekan Rabu membeli salak;
Tema Hari Guru telah ditentukan,
Guru Membina ilmu menyempurnakan akhlak.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang


bergelar ’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi
iltizam dan tekad dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat
profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas
seorang guru.

1) BACAAN DOA

Membeli pukat di Simpang Ampat,


singgah sebentar di Anjung Batu,
tangan diangkat jari dirapat,
doa dipanjat memohon restu.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Ustaz Wan Assri bin Mohd Rudin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
--------------------------------------------bacaan doa------------------------------------------

Amin amin ya rabbal `alamin

Majls merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Wan Assri atas
bacaan doa itu tadi.
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

2) BACAAN PERUTUSAN

Hadirin sekalian majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan


_____________________. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan En. Mohd
Zamri bin Ali, Pembantu Guru Besar SK Sepinang untuk membacakan
perutusan daripada _______________________________. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Zamri atas bacaan perutusan itu
tadi.

3) UCAPAN WAKIL MURID

Berhenti hujan terbit pelangi


Indah dipandang tak mampu didekati
Ikhlas ajarannya kami sanjungi
Budimu guru di kenang sampai mati

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput wakil murid SK Sepinang


saudara MUHAMMAD NUR NAJMI BIN YUNOS yang mewakili semua murid
untuk menyampaikan ucapan sempena hari guru. Dipersilakan dengan segala
hormatnya.

---------------------------------------------ucapan wakil murid-----------------------------

Terima kasih diucapkan kepada saudara MUHAMMAD NUR NAJMI BIN YUNOS
atas ucapan sebentar tadi.

4) UCAPAN YDP

Masak ranum si buah rambutan,


dimakan sebiji menjadi rinduan,
hadir tuan dengan jemputan,
mohon diungkap kata aluan
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

Para Hadirin Sekalian, Majlis Menjemput Tn Hj Kharudin b.Hj salleh


Yg dipertua PIBG, Sk Sepinang mewakili ibu bapa untuk menyampaikan
ucapan.Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tn Hj Kharudin b. Hj salleh atas ucapan itu


tadi.

------------------------------------------------Ucapan YDP -----------------------------------

5) UCAPAN GB

Hadirin sekalian, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha


Tuan Haji Nasrudin bin Haji Marzuki, Guru Besar SK Sepinang untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

…………………… ucapan tuan guru besar ………….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nasrudin bin Haji
Marzuki, Guru Besar SK Sepinang atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

6) BACAAN IKRAR

Pegang kaca harus beringat


Bimbang terluka susah nanti
Ikrar dibaca penuh semangat
Janji terpatri disudut hati

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Haji Nasrudin bin Haji
Marzuki, Guru Besar SK Sepinang bagi mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan…diharap semua guru bersedia.

---------------------------------------------------bacaan ikrar---------------------------
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

7) NYANYIAN LAGU GURU

Hadirin dan hadirat sekalian,

Seterusnya, Kita Akan Diperdengarkan Dengan Kelunakan Suara Oleh Para


Guru Dengan Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia Dan Biarku Menjadi Lilin.
Diharap semua guru dapat bersedia..

--------------------------------------------nyanyian lagu--------------------------------------

8) SESI BERGAMBAR

Demikianlah tadi nyayian lagu daripada guru-guru yang kita sayangi.


Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-
kenangan sempena Sambutan Hari Guru bagi tahun 2015. Dijemput guru-guru
dan kakitangan sokongan untuk mengambil gambar.

9) PERSEMBAHAN

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan
persembahan daripada murid-murid PRASEKOLAH DAN MURID-MURID
TAHUN 6 sebagai tatapan khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada
hari ini. Sama-samalah kita saksikan .

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka berakhirlah acara rasmi


sambutan Hari Guru 2015. Acara sukaneka akan berlangsung selepas ini. Para
guru dan kakitangan diharap dapat menyiapkan diri bagi acara sukaneka yang
akan dijalankan sebentar lagi.

--------------------------------------------------Sukaneka-----------------------------------

--------------------------------------------------Jamuan--------------------------------------
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

10) PERSEMBAHAN 2

Para guru dan rakan murid sekalian.

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid.
Mari kita saksikan persembahan sebagai kenangan dihalwa telinga khususnya
untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan
persembahan murid-murid

Kita mulakan persembahan daripada murid-murid TAHUN 4 YANG AKAN


MENYAMPAIKAN PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DAN NYANYIAN LAGU
KANAK-KANAK

DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 4

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan daripada murid - murid
tahun 1.

Dengan ini dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 1

Seterusnya, dijemput wakil murid tahun 2 yang akan menyampaikan


persembahan pantun khas untuk guru-guru

Dengan ini dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada


Seterusnya kita akan dihiburkan pula oleh alunan suara daripada nyayian
murid-murid tahun 5. Dengan tajuk lagunya..............................
Dipersilakan.

Sekalung penghargaan terma kasih atas persembahan itu tadi..

Majlis setersunya menjemput. murid-murid tahun 3 yang akan


menyampaikan persembahan seloka. Sama-sama, kita saksikan.
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA murid-murid tahun 3

------------------------------------------persembahan murid--------------------------------

Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan itu tadi adalah di bawah


pimpinan Pn. Hjh Zarina bt Ahmad, Pn. Suhailah Binti Wakimon Pn. Maskuria
bt. Osman, Pn. Nor Asmah dan guru-guru kelas. sekalung penghargaan
diucapkan.

11) PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah. Kita mulakan


dengan pertukaran hadiah daripada guru kepada guru.

Seterusnya, penyampaian hadiah daripada wakil KEBIRU kepada guru –


guru. Dipersilakan..

Penyampaian hadiah daripada ibu bapa kepada guru

Penyampaian hadiah daripada wakil pusat sumber kepada guru

Cabutan bertuah

Kita teruskan dengan cabutan bertuah pula.dengan segalanya hormatnya


menjemput tn hj nasrudin bin tn hj marzuki untuk mencabut lima nombor
bertuah.dengan segala hormatnya dipersilakan.

DIBACAKAN NOMBOR BERTUAH YANG PERTAMA IAITU…………………………

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas tanda ingatan itu
tadi..sesungguhnya..budi yang dtaburkan oleh guru selama ini tak termampu
untuk dibalas.. Ucapan terima kasih kami buat cikgu..sebenarnya adalah
terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh guru
selama ini.
SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015

12) PENUTUP

Penat berburu sungai disinggahi,


Bawa kelapa penuh sebaldi;
Hari guru hari menghargai,
Semoga taklupa jasa dan budi.

Dengan penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis


Sambutan Hari Guru Sk Sepinang Tahun 2015. Pihak majlis mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari
Guru peringkat sekolah ini dapat berlangsung dengan jayanya. Akhir kata,
Selamat Hari Guru buat semua guru SK Sepinang.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, wabila hi taufik walhidayah, assalam mualaikum wbkt

Anda mungkin juga menyukai