Anda di halaman 1dari 2

KUCING DAN TIKUS SAWAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengacara majlis, yang berusaha tuan
guru besar, yang arif lagi bijaksana para pengadil, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.

Tajuk cerita saya ialah Kucing dan Tikus Sawah.

Si Kucing Tompok sedang merayau - rayau di tepi sebuah bendang


tinggal. Ketika itu seekor Tikus Sawah juga sedang bersiar - siar di situ.

Kalau aku dapat tangkap Tikus Sawah ini, kenyanglah perut aku hari ini
! kata hati si Kucing Tompok sambil tersenyum lebar.

Tikus Sawah yang menyedari si Kucing Tompok yang berada di situ terus
melarikan diri daripada Kucing Tompok itu, tetapi si Kucing Tompok lebih
pantas dan tangkas dari Tikus Sawah. Akhirnya si Kucing Tompok berjaya
menangkap si Tikus Sawah.

Kini Tikus Sawah berada di tangan Kucing Tomok. Haa, haa, mana
kamu hendak pergi!. Sekarang aku hendak makan kamu, kata si Kucing
Tompok.

Janganlah makan aku, tolonglah lepaskan aku.Kasihanilah aku, Aku


ada anak kecil. Jika aku mati siapa yang hendak menjaganya, rayu si Tikus
Sawah.

Tetapi Kucing Tompok tidak mempedulikan rayuan itu. Kucing Tompok


mahu menerkam si Tikus Sawah. Si Tikus Sawah tidak berputus asa dan tetap
berusaha memujuk Si Kucing Tompok.

Si Tikus Sawah berjanji akan menolong Si Kucing Tompok jika ditimpa


kesusahan. Namun Si Kucing Tompok tidak menghiraukan rayuan itu kerana
menganggap dirinya kuat dan tidak memerlukan pertolongan sesiapun.

Aku tahu kamu kuat, tetapi buat kali ini lepaskanlah aku. Aku tidak akan
menipu kamu, mana tahu satu hari nanti kamu dalam kesusahan, aku akan bantu
kamu. Percayalah, kata Tikus Sawah.

Si Kucing Tompok percaya akan janji - janji Tikus Sawah. Si Tikus


Sawah dilepaskan oleh si Kucing Tompok. Tikus Sawah mengucapkan
berbanyak - banyak terima kasih kepada si Kucing Tompok dan terus beredar
dari situ.
Selang beberapa hari dari peristiwa itu, si Kucing Tompok telah terpijak
jerat yang dipasang oleh tuan punya bendang itu. Kini si Kucing Tompok telah
tergantung-gantung pada dahan pokok nangka. Kakinya ke atas manakala
kepalanya pula ke bawah.

Tolong aku, tolong aku, tolonglah aku, teriak si Kucing Tompok. Si


Tikus Sawah terdengar jeritan Si Kucing Tompok itu lalu berlari ke arah suara
Si Tikus Sawah

Si Tikus Sawah amat terperanjat apabila melihat si Kucing Tompok


tergantung pada sebatang dahan pokok nangka.

Tanpa membuang masa, Si Tikus Sawah memanjat dahan itu lalu


menggigit tali jerat itu. Tidak lama kemudian, tali itu putus dan Si Kucing
Tompok terus jatuh ke tanah dari dahan pokok nangka itu.

Terima kasih kerana menolong aku. Kalau kamu tiada sudah pasti aku
akan mati tergantung kata si Kucing Tompok.

Aku tolong kamu kerana aku masih ingat lagi akan janji - janji aku dulu.
Jadi hari ini aku tunaikan janji - janji aku itu, kata Si Tikus Sawah.

Semenjak hari itu, Si Kucing Tompok tidak lagi bercakap besar dan
sentiasa menolong sesiapa sahaja yang meminta pertolongan. Si Tikus Sawah
hidup dengan aman damai di kawasan bendang tanpa gangguan daripada
Kucing Tompok.

Pergi merantau ke Pulau Manjung,


Sungguh hijau daun suji,
Mari kita saling menolong,
Itulah tanda akhlak terpuji.

Kawan-kawan,

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita hendaklah menunaikan janji dan
sentiasa menolong orang yang dalam kesusahan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai