Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PENUBUHAN TASKA DI WISMA


PERKESO KOTA KINABALU SABAH

1
1. TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan Kertas Kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan bajet daripada
………… untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak atau taska khas untuk kakitangan
SMK Sultan Abdul Samad Petaling Jaya dan seterusnya kepada semua penduduk
berhampiran kawasan sekolah.

2. PENDAHULUAN

Penubuhan taska di tempat kerja ini salah satu usaha dalam menyahut saranan
kerajaan dalam memberi sokongan padu dan komitmen terhadap golongan wanita
berkerjaya dengan menubuhkan taska di tempat kerja. Penubuhan taska di tempat
kerja dapat memastikan para ibu yang berkerjaya berfikiran tenang, sekali gus
meningkatkan produktiviti tanpa menjejasan keutuhan institusi kekeluargaan.

Hasil kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)


mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca utama wanita di negara ini
menamatkan kerjaya mereka lebih awal. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan
wanita berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana di
peringkat umur tersebut merupakan kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa
yang sama anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu

3. LATAR BELAKANG

Jawatankuasa Penubuhan Taska ini adalah inisiatif anggota PERKESO Kota Kinabalu
sendiri yang mana telah menyuarakan cadangan ini kepada YBhg. Dato' Ketua
Eksekutif PERKESO .YBhg Dato’ telah mengalu-alukan penubuhan tersebut dan mohon
kertas kerja dipanjangkan ke Ibu Pejabat untuk kelulusan beliau. Oleh yang demikian
atas arahan Pengarah PERKESO Negeri Sabah En. Hj Azhar Bin Md Nadzri, beliau telah
meminta agar Jawatankuasa ditubuhkan dan kertas kerja penubuhan taska
dipercepatkan untuk kelulusan ibu pejabat.

2
4. OBJEKTIF

1. Memudahkan pekerja mengambil dan menghantar anak-anak mereka (dekat lebih


jimat masa mengurus)

2. Meningkatkan fokus dan produktiviti pekerja (minda yang tenang kerana anak-anak
berada di bumbung yang sama)

3. Menggalakkan pada ibu memberi susu badan terutama yang baru lepas cuti
bersalin dan anak masih menyusu badan. Susu ibu baik untuk kesihatan anak, tahap
imunisasi tinggi dan anak jarang sakit. Dengan adanya taska di tempat kerja para ibu
boleh menyusukan bayi pada waktu rehat

4. Tahap kebersihan, kualiti pembelajaran dan penjagaan anak-anak akan lebih


terjamin dengan pemantauan yang lebih dekat dan kerap oleh Jawatankuasa Taska
SMK Sultan Abdul Samad P.Jaya sendiri.

3
5. AJK PENUBUHAN TASKA DI TEMPAT KERJA, SMK Sultan Abdul Samad P.Jaya

Penasihat

Florence Blasius Zumaidy Rahim

Pengerusi Timb. Pengerusi

Rozie Bt Mohd Bungsu

Setiausaha

1. CAIRA GEOFFREY ABDULLAH 1. DAVID @ LOIS KIMON


2. RITA ELAUS 2. MIMIE BALANTIS 1. SERONIKA JASNIN
3. MOHD AMZAR BIN MOHD SAFAR 2. OLIVIA JUANIS
3. ALINAH ABD HAMID
4. NUR ROHAYU MOHD NOOR
AJK DOKUMENTASI
AJK SURVEY TASKA AJK SOAL SELIDIK

4
6. CADANGAN PENGURUSAN TASKA DI TEMPAT KERJA
Taska terpilih akan menggendalikan taska di SMK Sultan Abdul Samad P.Jaya kelak
dengan kadar yuran yang dikenakan berpatutan atau lebih murah daripada kadar
yang dikenakan di luar. Walau bagaimanapun, kadar sewa yang dikenakan oleh
PERKESO kepada pengusaha taska juga perlulah setimpal dan berpatutan. Bagi kerja-
kerja pengubahsuaian bangunan pula, hasil daripada kajian AJK Survey Taska,
didapati kesemua pengusaha taska tidak berminat untuk menjalankan perusahaan
mereka di tempat yang belum diubahsuai mengikut pelan lantai yang ditetapkan oleh
pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Oleh yang demikian, kos pengubahsuaian perlu
ditanggung sepenuhnya oleh pihak Sekolah. Lokasi taska yang dicadangan terletak di
tingkat bawah ruang bekas pejabat NIOSH sebelum ini. Rujuk pelan lantai di bawah.

CADANGAN LOKASI TASKA

Keluasan lantai bekas ruang pejabat NIOSH adalah 10,000 kaki persegi. Manakala
keluasan lantai untuk Taska bagi anggaran 62 orang kanak-kanak adalah seperti
berikut:

5
62 orang x 3.5 m² seorang budak = 217 m². Pengiraan ini belum termasuk ruang dapur,
stor, tandas, pejabat, ruang senggang kanak-kana, kaunter dan tempat laluan.
Namun secara purata, semua AJK Taska bersetuju serta mencadangkan agar ruang
Taska biarlah luas demi keselesaan para anak-anak anggota serta sebagai persediaan
untuk menerima jumlah anak-anak yang dipercayai akan terus bertambah dari masa
ke masa pada masa akan datang. Justeru separuh daripada ruang yang kosong itu
dijadikan taska (50,000 kaki persegi)

7. KADAR SEWA, YURAN BULANAN DAN WAKTU OPERASI MENGIKUT PENGUSAHA


TASKA
TASKA KASIH FITRI

TASKA EMAS HIJAU


SUNSHINE MASTER CARE SDN BHD

•TIDAK ADA KOS •KOS SEWA TIDAK •KOS SEWA IKUT


SEWA DINYATAKAN PERBINCANGAN
•KADAR YURAN •KDAR YURAN DENGAN PIHAK
RM170 - RM450 RM210 - RM500 PERKESO KELAK
•MASA OPERASI •MASA OPERASI • KADAR YURAN
7.30AM - 5.30PM 7.30PM - 5.30PM RM200 - RM500
•MASA OPERASI
7.30AM - 5.30PM

Terdapat beberapa buah taska lagi yang berminat namun masih belum
mengemukakan kertas cadangan termasuklah pengusaha Taska di bawah naungan
Kesatuan Kakitanga Hospital Queen Elizabeth.

6
8. IMPLIKASI KEWANGAN
Penubuhan taska ini sebenarnya tidak akan menjejaskan atau melibatkan kos yang
besar kerana taska akan dikenalikan oleh pusat luar. Kos yang mungkin terlibat hanya
di peringkat awal iaitu kos pengubahsuaian mengikut prosedur Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

Sumber: Set Panduan mengenai Bagaimana untuk Menubuhkan Taman Asuhan


Kanak-Kanak di Tempat Kerja, oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan
UNICEF Malaysia – 2010
(http://www.ssm.com.my/sites/default/files/cr_agenda/Tool%20Kit%20BM%20300614.pd
f)

9. KESIMPULAN
Diharapkan kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak ibu pejabat bagi
meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan PERKESO Kota Kinabalu melalui
penubuhan Taska yang sememamgnya diakui mampu memberi ketenangan minda
dan meningkatkan produktiviti pekerja. Usaha murni ini juga sebenarnya turut
merealisasikan hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7
(KPWKM) agar lebih banyak TASKA yang berkualiti dan memenuhi standard yang
ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) wujud di Negara ini.
Sekian, terima kasih

Kertas kerja dicadangkan oleh,

(Florence Bt Blasius)
Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Taska
PERKESO Sabah
Tarikh: 7 September 2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disokong oleh,

(En. Mohd Ali Hindia)


Pengarah Negeri
PERKESO Sabah
Tarikh:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan KE,

8
(YBhg. Dato’ Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed)
Ketua Eksekutif PERKESO
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai