Anda di halaman 1dari 28

LAMPIRAN

KAJI CCTV DI TASKA, PRASEKOLAH - DR WAN


AZIZAH

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan kerajaan
meneliti cadangan mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Asuhan
Kanak-Kanak (taska) atau prasekolah seluruh negara bagi menangani kes penderaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini pengusaha taska memasang CCTV di premis
masing-masing secara sukarela bagi memantau operasi harian dan meningkatkan keselamatan.

“Ada yang mencadangkan pemantauan CCTV dijadikan syarat membuka taska.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan agensi berkenaan termasuk siapa yang akan
memantaunya, siapa yang pasang, bagaimana nak letakkan supaya pemantauan lebih
menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-
UMNO Parit Sulong) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari
ini.

Noraini bertanya mengenai usaha kerajaan memutihkan pusat taska tidak berdaftar dan jika
jabatan khusus pengurusan kanak-kanak akan diwujudkan bagi meneliti aspek pengasuhan
supaya lebih sistematik.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata
kementerian sentiasa memantau pengurusan taska bagi memastikan kualitinya. “Kita turut
melakukan pemeriksaan berkala dan mengejut di taska daerah yang diberi kuasa kepada
pegawai dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk memastikan ia mematuhi tahap
penjagaan ditetapkan,” katanya.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Noraini, Timbalan Perdana Menteri berkata,
kementerian sentiasa memastikan perkhidmatan berkualiti di taska dikendalikan oleh
pengusaha dan pengasuh terlatih.

Katanya, industri pengasuhan belum berkembang dengan sempurna dan didorong kemampuan
ekonomi keluarga terhadap perkhidmatan, menyebabkan permintaan dan penawaran
pasarannya kurang memuaskan.

“Kebanyakan pengasuh menerima bayaran gaji rendah sementara menunggu tawaran lebih
baik,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, kementerian akan memperhalusi Akta Taska untuk mewajibkan semua
pengasuh kanak-kanak memiliki kelayakan dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal
kanak-kanak.

16,873 - pengasuh di taska berdaftar dengan JKM sehingga Jun lalu

13,700 - tidak penuhi syarat minimum

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/462504/kaji-cctv-di-taska-prasekolah-

dr-wan-azizah

BERAPA RAMAI KANAK-KANAK PERLU TERSEKSA?

Oleh Zaidi Mohamad

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nora Danish, berharap undang-undang berkaitan operasi pusat
asuhan dan pengambilan pengasuh dapat diperketatkan bagi mengawal kes penderaan
terhadap golongan kanak-kanak.

Sebagai wanita dan ibu, Nora mengaku dirinya cukup tersentuh apabila membaca serta
mendengar kisah kanak-kanak didera, termasuk oleh pembantu rumah, pengasuh, guru dan
pekerja pusat jagaan.
Baginya, kes sedemikian cukup membimbangkan dan perlu diberikan perhatian sebaiknya
oleh pihak berkaitan.

Terbaru, video dua guru wanita tadika mengasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka yang
tular di laman sosial turut menarik perhatian pelakon ini.

“Terlalu banyak kes penderaan budak dan bayi di Taska atau tempat asuhan, kebelakangan
ini. Tolonglah ketatkan undang-undang untuk membuka Taska atau pengambilan pengasuh.

“Menjaga budak atau bayi bukan kerja senang kerana ia memerlukan mental yang kuat. Jadi,
semua pengasuh atau pekerja berkaitan perlu diuji dulu tahap kewarasan mereka, mengikuti
kursus dan sebagainya,” tulis Nora di IG Story laman sosialnya.

Aktres terbabit juga menegaskan, isu itu tidak boleh diambil mudah dan berapa ramai lagi
kanak-kanak perlu menderita atau kehilangan nyawa atas sikap tidak prihatin kita.

Akui Nora, 36, dirinya sendiri tidak sanggup untuk melihat kes sebegitu terus berleluasa.

“Tak sampai hati nak tengok. Kadang-kadang, saya menangis mengenangkan nasib dan
kesakitan budak itu. Geram... marah semua ada,” tulisnya.

Ketika ini, ibu kepada dua cahaya mata itu sedang menjalani penggambaran drama, Bahagia
Bukan Bidaan, bagi slot Samarinda, TV3. Turut sama membintangi drama terbabit ialah Wan
Sharmila, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan Arja Lee.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/08/462019/berapa-ramai-kanak-kanak-
perlu-terseksa

PENGUSAHA TASKA DILARANG AMBIL PENGASUH


WARGA ASING – KPWKM

Rabu, 25 November 2015 | 3:20pm

Datuk Azizah Mohd Dun ketika Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah PAU 2015, di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) tidak dibenarkan untuk
mengambil pengasuh dari kalangan warga asing, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun,
berkata mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan 14 Peraturan-
peraturan Taska 2012, adalah menjadi satu daripada syarat bagi pengusaha Taska
menggunakan pengasuh warga tempatan.

Akta dan peraturan itu juga menghendaki semua pengasuh hadir dan lulus Kursus Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-Kanak Permata serta berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), katanya.

"Jika kita dapati ada pengusaha Taska yang gagal mengikuti peraturan ini, mereka boleh
didenda sehingga tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya
sekali," katanya ketika menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu).

Che Mohamad mahu kementerian menyatakan sejauh mana dakwaan terdapat pengusaha
TASKA yang mengambil warga asing sebagai pengasuh di negara ini, serta apakah tindakan
undang-undang yang diambil terhadap pengusaha berhubung isu berkenaan.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, setakat ini tiada sebarang aduan berkenaan
Taska yang mengambil pengasuh warga asing.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wujudnya TASKA yang
mengambil pengasuh warga asing boleh terus melaporkannya di JKM yang terdekat.

"Orang ramai juga boleh membuat aduan melalui talian 15999," katanya.

Azizah berkata, sehingga kini terdapat 10 kes pengusaha TASKA didakwa kebanyakannya
kerana kesalahan tidak berdaftar dengan JKM.

Katanya, JKM mengadakan pemantauan berkala sebanyak empat kali setahun terhadap Taska
yang berdaftar di bawah JKM dan pemantauan mengejut sekiranya terdapat laporan salah laku
daripada orang awam terhadap Taska berkenaan.

Sementara itu, bagi menggalakkan lebih banyak Taska dibina bagi membantu ibu bekerja,
kementerian telah menubuhkan satu 'task force' yang antara lain untuk menambah baik
perkhidmatan Taska di negara ini.

"Antaranya kita bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan


Kerajaan Tempatan agar memasukkan pembinaan Taska dalam pelan pembangunan
penempatan baharu," kata Azizah
https://www.bharian.com.my/node/99880

PENGASUH KANAK-KANAK DI RUMAH WAJIB


DAFTAR DENGAN JKM

Rabu, 5 November 2014 | 12:59pm

KUALA LUMPUR: Pengasuh atau suri rumah yang menerima upah menjaga antara empat dan
sembilan orang kanak-kanak di kediaman sendiri, wajib mendaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).

Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Arfan Sulaiman berkata kategori yang dikenali sebagai
taman asuhan kanak-kanak (taska) di rumah ini perlu didaftarkan supaya JKM boleh mengawal
selia perjalanan taska dan keselamatan kanak-kanak.

"Menurut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308), pengasuh kanak-kanak terutama
suri rumah yang menjaga antara empat dan sembilan anak-anak jiran mereka misalnya, perlu
berdaftar dengan JKM.

"Jika pengasuh berdaftar dengan kita, JKM akan memberi latihan yang sewajarnya kepada
mereka seperti Kursus Asas Permata Taska," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini,
hari ini.

Menurut beliau, permohonan pendaftaran taska di rumah boleh dibuat melalui Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah dengan bayaran sebanyak RM50 untuk tempoh lima tahun.

Sehingga Sept lepas, sebanyak 460 taska di rumah seluruh negara berdaftar dengan JKM dan
ia dikendalikan 598 pengasuh melibatkan 2,701 kanak-kanak berusia bawah enam tahun. –
BERNAMA

https://www.bharian.com.my/node/15814

JKM PAHANG PANTAU OPERASI TASKA


Jumaat, 12 Januari 2018 | 1:47pm

Oleh Amin Ridzuan Ishak

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang akan memantau operasi pengasuh
kanak-kanak di negeri ini bagi mengesan mereka yang tidak berdaftar sebagai Taman Asuhan
Kanak-Kanak (TASKA).

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata pihaknya mendapat maklumat masih ramai
individu yang menjalankan perkhidmatan menjaga kanak-kanak tanpa berdaftar sebagai Taska
seperti diwajibkan Akta TASKA 1984 jika sesebuah rumah ada menjaga kurang 10 kanak-
kanak.

Katanya, kebanyakan membabitkan pengasuh yang menjaga anak jiran dan maklumat
berkenaan diperoleh menerusi kerjasama Persatuan Pengasuh Pahang yang terdiri daripada
pengusaha TASKA dan Rukun Tetangga.

"Kita mengambil serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan kanak-kanak dan
kualiti penjagaan meliputi pelbagai aspek, kita mahu mereka berdaftar dengan JKM supaya
pemantauan mudah dilaksanakan.

"Kejadian bayi berusia 13 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh baru-baru ini
tidak patut berulang lagi. Ibu bapa kehilangan anak dan menanggung kesedihan," katanya
ketika dihubungi BH, di sini, hari ini. Rabu lalu, bayi berusia 13 bulan, Ahnaf Hanafi Mohd
Haniff meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di rumah
pengasuhnya di Indera Mahkota 15, dekat sini sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira
jam 2.30 petang.

Ahnaf Hanafi dihantar ibu bapanya, Rushidah Abdullah, 30, dan Mohd Haniff Selaman @
Sulaiman, 28 ke rumah pengasuh pada jam 8.10 pagi sebelum pengasuh dikenali sebagai Alya
menghubungi pada jam 2.30 petang memberitahu bayi itu berada di klinik kesihatan serta tidak
sedarkan diri.

Siasatan JKM mendapati pengasuh itu tidak berdaftar dengan JKM seperti diwajibkan dan dia
menjaga empat kanak-kanak termasuk Ahnaf Hanafi.
Mengulas lanjut, Zuklhairi berkata, pengasuh boleh mendaftar dengan JKM di pejabat
berhampiran antara diperlukan adalah pelan lantai, program didikan serta pemakanan.

"Mereka juga perlu mendapat kursus asuhan kanak-kanak dan berdaftar dengan JKM supaya
mudah pemantauan untuk memastikan keselamatan dan kualiti penjagaan kanak-kanak
terjamin.

"Mengikut Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 pesalah boleh denda
RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memeriksa status pengasuh anak-anak mereka sama ada ia
berdaftar dengan JKM atau sebaliknya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/374455/jkm-pahang-pantau-operasi-

taska

PATUH PROSEDUR, ELAK DERA KANAK-KANAK DI


TASKA

Oleh Aslina Abu Bakar

bhkt@bh.com.my

KUALA NERUS: Mengambil pengasuh tidak terlatih, ada masalah kesihatan, memikirkan
keuntungan dan mengambil ramai kanak-kanak, antara penyumbang kes pengabaian serta
penderaan kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata walaupun kes
pengabaian dan penderaan kanak-kanak di Taska tidak serius, namun kerajaan mahu
memastikan kes di tahap sifar.

Justeru, beliau mengingatkan pemilik Taska mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan
Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk mengekang kes itu di Taska.

Beliau berkata, sebelum mengambil pekerja, pengusaha Taska perlu memastikan individu sihat
mental dan fizikal, selain berpendidikan, penyabar, kental spiritual serta emosi.
"Pelbagai kursus dan garis panduan dirangka kementerian dalam memastikan semua Taska,
berada pada tahap memuaskan," katanya selepas Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran
B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA, di sini, hari ini. Katanya,
pengusaha juga tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja, sebaliknya memastikan jumlah
kanak-kanak memadai dengan kekuatan kakitangan.

"Memang ada kes Taska tidak berdaftar mengambil kanak-kanak dalam kuantiti ramai dan
JKM sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berkaitannya.

"Justeru, semua Taska yang tidak berdaftar segera mendaftar bagi membolehkan mengikuti
kursus dan latihan dianjurkan kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

"Mereka perlu diberi pendedahan lebih menyeluruh mengenai psikologi kanak-kanak, kuota
atau nisbah yang sebaiknya supaya pengasuh menjaga bayi atau kanak-kanak dalam keadaan
lebih selesa," katanya.

Kerajaan juga menggalakkan suri rumah melakukan perkhidmatan mengasuh anak di rumah
sekali gus dapat menambah pendapatan, selain .

"Cadangan ini bertujuan membantu suri rumah menambah pendapatan, selain mengelak
pembaziran tenaga kerja dalam bidang perkhidmatan asuhan kanak-kanak.

Suri rumah yang berminat perlu memenuhi kriteria dan berdaftar dengan pihak berwajib untuk
memberi perkhidmatan yang berkualiti, meskipun dilakukan di rumah, " katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/346272/patuh-prosedur-elak-dera-

kanak-kanak-di-taska

KESAN LEBAM KERANA DIDERA GURU TASKA

Muhammad Azim Zaid

14 Ogos 2018 11:54 AM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - “Terkejut dan bersyukur”. Itu luahan pemilik akaun Facebook,
Nordiana Borhan selepas dua guru tadika anaknya ditahan polis Sabtu lalu.
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes guru tadika mendera serta memukul beberapa orang
kanak-kanak di sebuah pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng, Melaka yang tular dalam
laman sosial baru-baru ini.

Menurut Nordiana, dia tidak menyangka lebam dan gurauan anaknya yang tidak ingin ke
sekolah selama ini kerana berlaku penderaan di taska tempat anaknya belajar.

Katanya, baru kini dia tersedar selepas 10 tahun menghantar anaknya ke situ bermula anak
sulung, akhirnya kekejaman serta perangai sebenar guru-guru di sekolah itu terbongkar
menerusi rakaman yang tular dalam media sosial.

“Saya bersyukur sangat, kalau tidak di sebabkan cikgu Atika viral video ni, sampai bila-bila
kekejaman berlaku kat taska PPKK.

“Saya paksa anak saya pergi sekolah, namun dia beri banyak alasan terpaksa berpura-pura
meninggal. Malah dia pernah menangis dan merayu kerana saya tinggalkan dia dekat sekolah.

“Darah berderau bila terbaca laporan polis mengenai penderaan berlaku di taska anak saya itu.
Bila teringat kesan lebam terhadap anak saya, hati saya jadi luluh dan sedih memandangkan
layanan baik selama ini terhadap guru-guru itu rupanya mereka syaitan bertopengkan
manusia,” ujarnya.

Menerusi status terbarunya hari ini turut menerima lebih 4,500 perkongsian dengan lebih 1,400
komen yang rata-rata menyifatkan agar pihak berkuasa menghukum mereka dengan hukuman
yang setimpal.

Menurut Nordiana lagi, dia juga pernah menyarankan kawannya untuk menghantar anaknya
ke sekolah berkenaan memandangkan perkhidmatan yang disediakan selama ini memuaskan.

Tambahnya, dia berharap agar kedua-dua suspek berkenaan mendapat hukuman yang setimpal
kerana tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan.

“Saya menyesal suruh kawan saya hantar ke sekolah itu, kalaulah saya tahu selama ini perkara
itu berlaku. Tidak akan sekali-kali saya menggunakan perkhidmatan itu sejak 10 tahun dahulu,”
katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad
memberitahu kedua-dua guru wanita itu yang masing-masing berusia 21 dan 40 tahun ditahan
pada Sabtu lalu selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh pengurus pusat perkembangan
kanak-kanak itu pada hari yang sama.
Video berdurasi 36 saat memaparkan tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang
kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi manakala satu lagi video menunjukkan
tindakan seorang lagi guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan diletakkan di
atas tubuh kanak-kanak lelaki yang terbaring.-UTUSAN ONLINE

Azim Zahid. 2018. Luahan Ibu Setelah Mengetahui Taska Anak Berlaku Kes Penderaan.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/luahan-ibu-setelah-mengetahui-taska-anak-

berlaku-kes-penderaan-1.728765

DUA GURU TADIKA DIDAKWA DERA BUDAK

Oleh Mohd Hilmie Hussin

mohdhilmie@nstp.com.my

MELAKA: Dua bekas guru pusat asuhan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas tuduhan mendera empat kanak-kanak di sebuah Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK), hujung bulan lalu.

Rozana Sawal, 41, dan Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, masing-masing berdepan dua
pertuduhan membuat pengakuan itu dalam prosiding yang dijalankan serentak di hadapan
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Bagi pertuduhan pertama, Rozana didakwa menganiaya secara fizikal dengan menampar pipi
seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga terjatuh dari kerusi tempat duduknya.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menampar pipi seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia
lima tahun sebanyak dua kali.

Nor Sulastri pula didakwa mengasari seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun
dengan mengangkat dan meletakkan kanak-kanak itu di atas leher seorang kanak-kanak lelaki
sambil mencubit mangsa.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun
dengan mengangkat dan menggigit tangannya.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan kedua-dua tertuduh di Cawangan PPKK Seri Bijak
Bestari, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, antara jam 9 hingga 11
pagi pada 30 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukan
hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga boleh ditambah hukuman menyempurnakan bon dengan penjamin untuk
berkelakuan baik selama tempoh dan syarat yang ditetapkan mahkamah, selain melaksanakan
khidmat masyarakat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mencadangkan mahkamah
tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana bimbang saksi pendakwaan
diganggu dan kes itu mendapat perhatian umum sehingga tular, namun mencadangkan
RM30,000 bagi setiap pertuduhan jika mahkamah mahu membenarkan jamin.

Bagaimanapun, peguambela Rozana, Zarin Mohd Zin dan peguambela Nor Sulastri, Farid Aziz
memohon anak guam mereka dibenarkan ikat jamin dan dengan jumlah yang rendah serta
menolak kes yang menjadi tular itu diambil kira.

Mohd Nasir kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 bagi
setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat perlu melapor diri ke balai
polis berhampiran setiap bulan, selain dilarang mendekati saksi.

Mahkamah turut menetapkan 26 September depan sebagai sebutan semula kes dan kedua-dua
perbicaraan berjalan serentak kerana menggunakan saksi dan pengadu yang sama.

Mohd Hilmie Hussien. 2018. 2 Guru Tadika Didakwa Dera Budak.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/464135/2-guru-tadika-didakwa-dera-budak

CUCUH API PADA KEMALUAN, UGUT GUNTING


KEMALUAN
Dua tenaga pengajar ditahan untuk siasatan
RUMAH banglo dua tingkat di Jalan Tok Sira, Kuantan, Pahang yang dijadikan pusat jagaan
dan pembelajaran ilmu agama bagi kanak-kanak berusia lapan hingga 17 tahun yang
merupakan lokasi seorang kanak-kanak lapan tahun dikatakan didera sehingga tular di media
sosial. - UTUSAN ONLINE

Zamzurina Ahmad
02 September 2018 3:28 PM
KUANTAN 2 Sept. -Dua tenaga pengajar sebuah pusat jagaan di Jalan Tok Sira di sini ditahan
polis bagi membantu siasatan berhubung penularan video membabitkan penderaan seorang
kanak-kanak di laman sosial Facebook semalam.

Melalui video tersebut, kanak-kanak berusia lapan tahun itu dilihat dirotan, dicucuh api pada
kemaluan dan diugut digunting kemaluannya kerana sering kencing merata-rata.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebaik sahaja
menerima laporan daripada bapa mangsa yang menonton video berkenaan, polis menahan dua
tenaga pengajar wanita dan lelaki masing-masing berusia 42 dan 43 tahun di pusat jagaan itu
pada pukul 10 malam semalam.

“Suspek ditahan reman selama dua minggu di lokap Balai Polis Kuantan untuk membantu
siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di
sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di pusat jagaan itu mendapati terdapat seramai 15 penghuni berusia
antara lapan hingga 17 tahun.

Difahamkan, selepas tenaga pengajar yang dipanggil ‘bonda’ dan ‘walid’ itu ditahan, anak
pasangan itu mengambil alih tugas menguruskan rumah jagaan tersebut. - UTUSAN ONLINE

POLIS SAHKAN TERIMA LAPORAN KES DERA


Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
Kajang: Tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan dan mulut mereka menggunakan kain berwarna
putih. Itu antara gambar tular didakwa kejadian dera berlaku di sebuah taska di Seksyen 15,
Bangi.

Susulan itu polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang dihubungi mengesahkan sudah
menerima laporan kes penderaan kanak-kanak itu

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya menerima
laporan berhubung kejadian itu semalam.

Menurutnya, gambar yang tersebar dan menjadi tular di laman sosial didakwa kes dera di taska
itu akan disiasat.

“Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar itu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak,” katanya.

Berdasarkan gambar dan kandungan mesej yang tersebar menerusi laman sosial itu, empat
kanak-kanak dalam keadaan baring didakwa berada di dalam taska terbabit.

Turut kelihatan tiga daripada kanak-kanak diikat tangan kaki mereka menggunakan kain
berwarna putih.

Di dalam mesej itu, individu yang menyebarkan gambar berkenaan meminta orang ramai
menyebarkan kejadian penderaan kanak-kanak di taska didakwa berada di Seksyen 15, Bangi.

Selain itu, individu itu juga meminta ibu bapa supaya berhati-hati dan memilih tempat selamat
untuk menghantar anak mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 10:56 AM

BEROPERASI TANPA KEBENARAN RUPANYA

Siti Fatimah Hassan


sfhassan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebuah taska di Seksyen 15, Bangi yang dikaitkan dengan kes dera tiga kanak-
kanak sudah diarahkan menghentikan operasi berkuat kuasa esok kerana beroperasi tanpa
kebenaran.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata, ia
berikutan taska berkenaan didapati masih dalam proses pendaftaran dan belum mendapat
kelulusan sepenuhnya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun katanya, JKM akan melakukan pemantauan susulan penahanan empat wanita
iaitu pengurus dan pembantu taska terbabit sebelum tindakan lanjut diambil sementara
menunggu siasatan polis selesai.

"Apabila ia sudah disahkan oleh polis bahawa memang berlaku penderaan, kita juga akan
mengambil tindakan selepas itu. Kita amat memandang serius kes ini dan mana-mana
pengusaha yang mahu membuka taska perlu mematuhi operasi prosedur standard (SOP) ketat
oleh kementerian. Apa pun, kita tunggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi, tadi.

Khamis lalu, sekeping gambar memaparkan tiga bayi diikat pada mulut dan badan yang
didakwa menjadi mangsa deraan ketika jagaan sebuah taska, tular di media sosial sebelum
empat individu terbabit ditahan polis untuk siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 4:00 PM

LENGKAPKAN SIASATAN

Nursyahirah Marzuki
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Pemilik taska dan dua pekerjanya yang ditahan bagi membantu siasatan kes
penderaan dua bayi di taska di Presint 15, di sini, akan dibebaskan dengan jaminan polis petang
ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintendan Vijaya Rao Samachulu berkata,
pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas pemilik dan dua pekerja yang berusia
27, 21 dan 19 tahun itu.

"Mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 petang ini sebaik tempoh tahanan
reman selama tiga hari bermula Jumaat lalu tamat.

"Bagaimanapun, kita masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan perubatan bagi kedua-dua bayi berkenaan sebelum siasatan kes terbabit selesai,"
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, pemilik taska dan dua pekerjanya itu direman bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyebabkan berlakunya penganiayaan
terhadap kedua-dua bayi terbabit.

Penahanan mereka bagi membantu siasatan kes susulan daripada gambar dua bayi masing-
masing berusia empat dan 13 bulan itu menjadi 'viral' di laman sosial Facebook dengan seorang
daripadanya diikat mulut menggunakan kain lampin manakala seorang lagi mempunyai kesan
seperti lebam di muka dan bahagian belakang badan.

https://www.hmetro.com.my/node/143034

199 KES LIBAT KANAK-KANAK DALAM JAGAAN


PENGASUH DIREKOD
28 Ogos 2018 4:25 PM

KUALA LUMPUR - Sebanyak 199 kes penderaan, pengabaian dan kecuaian melibatkan
kanak-kanak dalam jagaan pengasuh dilaporkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga
Mei lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata,
jawatankuasa khas yang dicadangkan bagi meneliti masalah itu antaranya akan melihat semula
undang-undang sedia ada.

Ini termasuk kemungkinan mewajibkan pengasuh yang menjaga kurang daripada empat kanak-
kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan kawal selia.

"Pada masa ini, yang perlu berdaftar dan kawal selia hanyalah bagi pengasuh yang menjaga
lebih daripada empat kanak-kanak," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Isa
Ab. Hamid mengenai usaha menangani kes penderaan dan kecuaian di pusat penjagaan.

Kementerian juga, katanya, akan mewujudkan piawaian kompetensi untuk diguna pakai
pengasuh kanak-kanak, merangkumi aspek keselamatan, latihan dan kemahiran asas yang
diperlukan.

Selain itu, beliau berkata, statistik JKM menunjukkan terdapat 4,302 taska yang beroperasi di
premis dan jabatan kerajaan setakat Jun lepas. – Bernama
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1636849

IBU BAPA SIBUK ANTARA PUNCA RISIKO KES


DERA DI PUSAT ASUHAN
6 JULAI 2012

KUALA LUMPUR - Tekanan ekonomi yang menuntut ibu bapa bekerja keras dan
menghabiskan masa lama di tempat kerja adalah antara faktor penyumbang meningkatnya kes
penderaan bayi dan kanak-kanak, menurut seorang ahli akademik.

Bekas pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din
berkata hasil kajian institut itu mengenai kes penderaan antara 2006-2010, mendapati ibu bapa
yang terlalu sibuk bekerja dan mengharapkan pusat asuhan atau pengasuh menjaga anak
mereka, membuka peluang kepada segelintir penjaga memberikan perkhidmatan tidak
berkualiti.

Mohamed Fadzil, yang kini Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata kesibukan ibu bapa itu dilihat sebagai
peluang kepada pengusaha pusat asuhan untuk menjaga bayi dan kanak-kanak asuhan mereka
secara sambil lewa.

"Pengusaha pusat asuhan haram (atau tidak berlesen) pula akan memikirkan keuntungan
semata-mata sehingga mengupah pengasuh yang tidak mempunyai pengalaman dalam asuhan
awal kanak-kanak," katanya kepada Bernama.

“Demi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, mereka juga gagal untuk menyediakan
makanan sihat, memantau kesihatan, premis asuhan yang ala kadar selain mengambil pengasuh
yang tidak berpengalaman, (faktor-faktor ini) turut menjadi penyumbang kepada peningkatan
kes penderaan di pusat asuhan,” katanya.

Mohamed Fadzil berkata kajian yang dilakukan adalah berdasarkan tinjauan dan kes yang
diambil daripada data Polis Diraja Malaysia, Talian Nur Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, mangsa dera di hospital dan sebagainya.
Beliau berkata pengasuh yang tidak dilatih cara penjagaan kanak-kanak atau kurang asuhan,
berisiko untuk melakukan penderaan apatah lagi apabila hanya memikirkan asal mereka
dibayar gaji.

"Ia juga ada kaitan dengan konsep kendiri yang rendah yang membawa kepada tingkah laku
terpendam (mengawal sesuatu keadaan atau situasi)...maksudnya depan majikan dia kelihatan
elok dan dia boleh kawal tingkah laku, tapi dia mula berubah apabila tindakannya tidak
diawasi," katanya.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang bayi lelaki, Muhammad Zafran Anaqi
Muhammad Razali, berusia tiga bulan patah tangan dan kaki kiri dipercayai didera pengasuh
di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak 9,474 kes dera kanak-kanak
dilaporkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada 2009 (2,789 kes), 2010 (3,257 kes) dan 2011
(3,428 kes).

Mohamed Fadzil berkata sikap ibu bapa yang tidak memilih pusat asuhan, asalkan kos tidak
tinggi juga dilihat sebagai penyumbang kepada bertambahnya bilangan pusat asuhan haram
atau tidak berdaftar.

Katanya pusat asuhan berlesen mungkin meletakkan caj yang lebih mahal kerana perlu
mematuhi kriteria atau prosedur standard seperti lokasi, keluasan, kualiti pengasuh dan
sebagainya.

"Tetapi ibu bapa pula merasakan caj yang mahal itu sebagai bebanan sehingga sanggup
merisikokan keselamatan anak-anak mereka,” katanya.

Justeru, nasihat beliau, ibu bapa seharusnya perlu lebih cerewet dalam memilih pusat asuhan
untuk anak-anak mereka dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai isu utama bagi
mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, pengusaha sebuah pusat jagaan kanak-kanak, Zaloma Raja Ali berkata sebagai
pengusaha, mereka seharusnya lebih prihatin bukan sahaja terhadap penjagaan bayi atau kanak-
kanak, tetapi juga memantau para pengasuh.

"Mungkin ada di antara pengusaha pusat asuhan kanak-kanak ini menjadikan perusahaan
mereka sebagai kerja sambilan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dan
menyerahkan tugasan sepenuhnya kepada pengasuh untuk menjaga bayi atau kanak-kanak
yang dihantar di pusat asuhan mereka.

"Keadaan seperti ini secara tidak sedar sebenarnya menjadi risiko berlakunya kejadian yang
tidak diingini seperti penderaan dan sebagainya kerana pemilik pusat asuhan tidak berada di
premis mereka bagi memantau atau menyelia setiap perkara," katanya. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ibu-bapa-sibuk-antara-punca-risiko-kes-dera-di-
pusat-asuhan-1.64162

KES DERA: DUA GURU TADIKA DITAHAN


Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 5:30 PM

MELAKA: Dua guru tadika ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes video
mengenai perbuatan mendera dan memukul kanak-kanak di sebuat pusat asuhan kanak-kanak
di Cheng dekat sini, yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Afzanizar Ahmad berkata kedua-dua wanita
berusia 21 dan 40 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu setelah satu laporan polis dibuat oleh
pengurus pusat asuhan kanak-kanak tersebut pada hari yang sama.

“Kejadian yang dipercayai melibatkan empat orang pelajar itu berlaku pada 30 Julai lalu dan
kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika
dihubungi pemberita di sini, Isnin.

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit 10 saat menunjukkan tindakan
seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkannya di atas
tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Manakala video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukan tindakan salah seorang guru terbabit
menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/08/13/guru-tadika-ditahan
JKM SIASAT KES DERA DI TASKA

3 NOVEMBER 2013- Sinar Online

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diarah untuk menyiasat
dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak
(Taska) di Taman Melati di sini seperti dilaporkan media Jumaat lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim
berkata, JKM tidak menerima sebarang aduan mengenai kes berkenaan, dan pihaknya
mendapati aduan itu dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

"Semakan awal mendapati Taska itu tidak berdaftar. Siasatan segera akan dijalankan dan
tindakan sewajarnya akan diambil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohani menegaskan kementerian melalui JKM yang mengawal selia Taska amat memandang
serius aspek keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan perkembangan menyeluruh kanak-
kanak di Taska.

Sehingga bulan lepas sebanyak 2,910 Taska berdaftar dengan JKM berbanding 819 pada tahun
2011, katanya.

Rohani berkata, mana-mana Taska yang dikenal pasti tidak berdaftar atau melanggar syarat-
syarat yang ditetapkan, JKM akan mengeluarkan surat peringatan dan memberi khidmat
nasihat mengenai prosedur serta standard minimum untuk pendaftaran Taska.

"Sekiranya pengusaha berkenaan masih gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam
tempoh yang diberi, kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan tindakan pematuhan
diambil seperti kompaun, tutup sementara, pembatalan pendaftaran dan pendakwaan," katanya.
– BERNAMA

http://www.sinarharian.com.my/jkm-siasat-kes-dera-di-taska-1.217258

POLIS TAHAN PEMILIK, PEKERJA TASKA

Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 9:05 PM

Putrajaya: Pemilik dan seorang pekerja taska yang dipercayai terbabit dengan kes penderaan
dua bayi di sebuah taska di Presint 15, di sini, ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, pemilik taska yang
berusia 27 tahun ditahan di taska berkenaan, manakala pekerja berusia 21 tahun itu ditangkap
di rumah keluarga di Kajang, Selangor.

"Usaha sedang dilakukan untuk mengesan seorang lagi pekerja taska terbabit dikenali sebagai
Asmida.

"Kami turut merampas dua telefon bimbit berjenama Asus, kad sim dan kad memori,” katanya.

Rosly berkata, mereka ditahan di Lokap Jinjang sementara mendapat perintah tahanan reman
bagi membantu siasatan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/node/142443

X-klusif: Serik hantar anak ke taska,


pengasuh
ANAK atau kerjaya; itulah dilema yang sering dihadapi golongan ibu bapa baik yang tinggal
di bandar mahupun di kampung.

Pilihan yang mereka ada ialah; menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau taska;
memberi kepercayaan kepada pengasuh persendirian; mengambil pembantu rumah ataupun
terpaksa meninggalkan demi mahu membesarkan sendiri anak-anak.

Kekangan kewangan, ketidakyakinan kepada taska dan pengasuh membuatkan kebanyakan ibu
bapa buntu dalam menyelesaikan masalah ini.
KISAH 1 : Kesan lebam, benjol

Alia, 36, (bukan nama sebenar) menceritakan pengalaman anak sulungnya diabaikan ketika
berada dalam jagaan pengasuh. Kisahnya bermula 9 tahun lalu, ketika anaknya berusia 2 bulan
diletakkan di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska kerana perlu bekerja sebaik habis
berpantang. Ibu bapanya serta keluarga mertua menetap di Melaka manakala beliau dan suami
bekerja di Kuala Lumpur. Atas faktor tidak mahu berada jauh dengan anak, beliau dan suami
sepakat menghantar anak di taska berdekatan rumah. Sebagai ibu bapa baru, Alia seperti
kebanyakan ibu yang lain inginkan terbaik untuk anaknya. Selepas beberapa pemerhatian ke
beberapa taska berdekatan, hatinya tertarik dengan perwatakan seorang ibu tunggal 5 anak yang
mengusahakan taska.

Sepanjang anaknya di taska, Alia cuba bersikap kompromi meskipun beberapa ketidakpuasan
antaranya, anaknya sering lebam di kepala dan paha, dan sering kali dibiarkan najis tidak
dibersihkan sehingga kering dan meninggalkan kesan ruam. Biarpun pahit, setiap kali
diadukan, pengasuh memberi pelbagai 1001 alasan, ditelan Alia kerana tiada pilihan.
Kerap kali anak masuk ke hospital adalah sesuatu yang sering berlaku, selesema dan demam
bagaikan penyakit rutin setiap bulan, malah anaknya dimasukkan ke hospital kerana penyakit
pneumonia (radang paru-paru) atas faktor tidak bersih. Selepas puas bersabar, ketika anaknya
berusia 9 bulan, Alia mendapati benjolan besar serta kesan gigitan di tangan anaknya sehingga
lebam. Alasannya, anaknya terjatuh buai dan kanak-kanak lain yang diasuh penjaga menggigit
anaknya. Alia nekad mengambil cuti dan menyelidik kisah sebenar, akhirnya terjawab, seramai
tiga penjaga diletakkan bagi menjaga lebih 30 kanak-kanak berusia bawah empat tahun, serta
bayi dibiarkan menangis di bilik khas sehingga berhenti. Kesal tidak bertindak awal, Alia
akhirnya akur dan menghantar anaknya ke kampung untuk dijaga ibu bapanya.

KISAH 2: Maut tersedak susu


Kehilangan anak bongsunya lima tahun lalu tidak mungkin dapat dilupakan ibu muda, Sofia,
39, serta keluarganya. Apatah lagi, Sofia tidak berada di sisi anaknya berusia tiga tahun ketika
di saat akhir kematiannya. Meskipun akur dan reda ketentuan Ilahi, kisah tersebut menjadi
pengajaran buat dirinya. Sofia berkata, rutin hariannya yang bertugas sebagai guru seperti biasa
menghantar tiga anaknya berusia 3 bulan, tiga dan lima tahun ke taska seawal jam 7 pagi.
Tiada perubahan ketara ataupun kisah aneh kerana percaya anaknya yang sulung sudah boleh
membuat aduan sekiranya apa-apa yang berlaku. Seperti biasa, sebaik menghantar anak-
anaknya beliau ke tempat kerja kira-kira 10 kilometer dari taska. Memang menjadi rutinnya,
jam 11 akan menelefon pengasuh, namun pada hari tersebut beliau dimaklumkan anaknya
dibawa ke hospital. Tanpa berlengah, dia tergerak hati, menjejaki anaknya ke hospital tersebut
dan disahkan bayinya telah meninggal dunia. Tanpa diduga, bayi yang sihat tiba-tiba sakit pada
mulanya dipercayai tersedak susu, namun hasil bedah siasat disahkan terkena jangkitan kuman.
Tidak mahu menyalahi sesiapa dan menganggap ia suratan takdir buatnya, Sofia nekad berhenti
kerja demi memastikan anaknya-anaknya mendapat perhatian sewajarnya daripadanya. Bukan
tidak mempercayai orang lain, namun beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali, apatah lagi
beliau turut dikurniakan seorang cahaya mata kini berusia 9 bulan selepas kejadian.

Kronologi kes dera dan cuai di taska


12 November 2013
Pemilik taska dan pembantu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan
menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan di sebuah taska di sini di
mana ia didedahkan menerusi klip video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak di sebuah
taska ditampar dan dipukul oleh pengasuh.
7 Oktober 2012
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, retak tulang paha kanannya disyaki didera pengasuh
di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Baru Bangi. Perkara tersebut disedari
ibu mangsa apabila anaknya tidak boleh menggerakkan kaki kanannya serta kerap menangis
kesakitan setelah dibawa pulang dari taska itu.
24 September 2012
Seorang bayi lelaki berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan
di Putrajaya selepas didapati tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak
memandikannya kira-kira pukul 3 petang.
19 Januari 2012
Seorang bayi lelaki mati manakala seorang lagi koma selepas kepala mereka dipercayai
terhantuk pada benda keras ketika berada dalam jagaan pengasuh masing-masing pada kejadian
berasingan di Gombak.
7 Julai 2011
Kematian bayi berusia empat bulan di sebuah taska di Pasir Gudang disahkan berpunca
daripada jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu.
19 Mac 2011
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut akibat tersedak susu ketika berada di sebuah
taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Shah Alam, Selangor.
24 Mac 2010
Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati ekoran pendarahan di kepala disyaki
didera oleh pengasuhnya di sebuah pangsapuri di, Batu Caves, disahkan meninggal dunia di
Hospital Selayang pada pukul 3.20 petang, iaitu sejurus selepas dimasukkan ke hospital
tersebut.
17 Julai 2009
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan
mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah rumah, di sini bulan lalu.
1 Mac 2012
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor membuat laporan polis terhadap dua bekas
pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kota Masai, Johor yang
didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka
serta menyebarkan gambar tersebut di internet Disember tahun lepas.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/x-klusif-serik-hantar-anak-ke-taska-pengasuh-
1.226875

PEMILIK TASKA DERA KANAK-KANAK SERAH


DIRI
By-anna ghoib 2013

KUALA LUMPUR – Pemilik sebuah taska di Taman Melati, dekat sini, yang dikaitkan dengan
kes penderaan kanak-kanak, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala
Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berusia 35
tahun itu tiba di IPPKL kira-kira jam 10.30 pagi.

“Wanita itu akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok,” katanya menerusi sistem
khidmat pesanan ringkas (SMS), tengah hari tadi.
Pemilik taska berkenaan sebelum ini bertindak menghilangkan diri selepas insiden rakaman
penderaan di taskanya disiarkan stesen televisyen swasta, menurut sumber Sinar Harian.

Kejadian terbongkar selepas seorang bapa yang menghantar anaknya ke taska berjaya
merakam tindakan seorang pengasuh memukul kanak-kanak dengan tuala hingga tersembam
di lantai.

Lelaki itu meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya selepas
mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di situ.

Jumaat lalu, media melaporkan mengenai insiden kanak-kanak dipukul pengasuh taska
berkenaan selepas rakaman video sepanjang sembilan minit turut dimuat naik ke YouTube dan
Facebook.

https://www.malaysianreview.com/30925/pemilik-taska-dera-kanak-kanak-serah-diri/

4 GURU TASKA BUAT LAPORAN POLIS NAFI DERA


BAYI 18 BULAN
27/03/2013

KERTEH – Empat guru Taska Permata Kemas Kampung Baru Kerteh membuat laporan polis
bagi menafikan kes penderaan yang didakwa berlaku di taska berkenaan, melibatkan seorang
bayi berusia 18 bulan di bawah jagaan mereka.

Laporan terbabit dibuat Noryati Usop@ Yusof, 35, Norhashidah Abdullah, 29, Saratul Hajar
Mohd Zambri, 25, dan Normaliza Mohamad, 25, di Balai Polis Kerteh pada jam 3.59 petang,
Ahad lalu.

Mereka membuat laporan polis bagi mempertahankan kebenaran.

Noryati yang mula berkhidmat di taska terbabit sejak 14 tahun lalu berkata, dia dan tiga guru
yang lain kesal atas dakwaan berkenaan kerana penjelasan telah dibuat terhadap ibu bapa bayi
yang didakwa didera, Asna Hafy Ashraf.
“Pada Khamis lalu jam 9.08 malam, saya menghubungi ibu bayi berkenaan dan menjelaskan
mengenai kesan pada badan anaknya adalah kesan gigitan rakan ketika mereka bermain
beramai-ramai dan saya sempat meminta maaf.

“Pada hari berkenaan, saya sibuk bersihkan taska kerana seorang kanak-kanak cirit-birit dan
kami pada awalnya juga tidak menyedari badan Asna Hafy ada kesan lebam sebab dia memakai
baju kecuali kami hanya nampak lebam pada lengannya sahaja,” katanya.

Sementara itu, Saratul Hajar berkata, kes berkenaan seperti diputar belitkan dan dakwaan
bercanggah dengan apa yang berlaku.

“Asna Hafy sangat manja dengan cikgu-cikgu di sini dan tidak boleh berenggang. Jika boleh
dia mahu cikgu beri tumpuan padanya sahaja.

“Bagi mencari kebenaran, kami juga pergi ke klinik swasta yang didakwa telah memeriksa bayi
terbabit dan mengesahkan dia didera tetapi doktor beritahu yang dia tidak menyentuhnya Asna
Hafy, sebaliknya ibu Asna Hafy waktu itu datang ke klinik dan beritahu anaknya didera. Sebab
itu doktor cadangkan buat laporan polis,” katanya sebagai menjawab dakwaan kes dera yang
disiarkan dalam Sinar Harian pada Ahad lalu.

Berani kerana benar

Sementara itu, pengerusi taska terbabit, Shukri Mohamad berkata, guru berkenaan berani
kerana benar disebabkan kes dera yang didakwa tidak berlaku sehingga guru juga sanggup
pergi berjumpa dengan doktor.

“Kita menyediakan perkhidmatan terbaik, organisasi yang terurus dan jadual tersusun, malah
hubungan antara guru dan ibu bapa di sini juga erat dan tiada masalah.

“Jadi diharapkan selepas ini sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, ibu bapa yang
menghantar anak di sini dapat menyalurkan dahulu masalah berkenaan kepada pihak
bertanggungjawab (Kemas),” katanya.

Dalam pada itu, seorang ibu yang menghantar dua anaknya di bawah didikan taska itu, Nurul
Ain Mohd Din, 29, berkata, sepanjang menggunakan perkhidmatan taska itu sejak tiga tahun
lalu tiada sebarang masalah yang timbul.
“Daripada anak sulung hingga anak ketiga, saya hantar mereka belajar di sini dan anak-anak
juga nampak gembira dan tidak menangis setiap kali mahu dihantar ke taska,” katanya.

Ibu bapa puas hati dengan perkhidmatan disediakan

Mohd Zulhairi Maideen, 28, pula berkata, dia berpuas hati dengan perkhidmatan dan
kemudahan yang disediakan di taska itu, selain semua guru sangat mesra.

“Saya tinggalkan anak, Hani Damia, 21 bulan, dalam keadaan tidak risau sebab sebelum anak
dihantar ke sini, saya hantar ke taska lain.

“Dahulu, anak dalam tempoh dua bulan tiga kali masuk wad tetapi bila hantar ke sini, anak
dijaga dengan baik sebab itu bila dengar berlaku kes dera di sini, saya pun terkejut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che
Hitam berkata, doktor di Hospital Kemaman yang memeriksa bayi berkenaan mengesahkan
bayi itu digigit oleh rakannya yang lain.

Katanya, tidak berlaku penderaan bagi kes tersebut dan dikenal pasti tidak berlaku sebarang
unsur jenayah.

https://www.1malaysianews.com/4-guru-taska-buat-laporan-polis-nafi-dera-bayi-18-bulan/

Tahan Pengasuh Taska


Harian Metro/ 26 Nov 2018

Nor Azizah Mokhtar dan Faris Fuad cnews@nstp.com.my

Wanita dikehendaki kes dera dua bayi ditangkap di Kapar, Klang


Pengasuh wanita yang dikehendaki polis berhubung kes dera membabitkan dua bayi lelaki,
masing-masing berusia lima dan tujuh bulan ketika dalam jagaan sebuah taska di Taman Desa
Saujana, Kajang, ditahan polis petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat
berkata, wanita berusia 31 tahun dan berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor ditahan jam
5.45 petang di Kapar, Klang.
“Suspek bekerja sebagai pengasuh di taska berkenaan.
“Siasatan lanjut dijalankan berhubung kes penderaan dua bayi itu yang dilaporkan berlaku
minggu lalu,” katanya.
Kelmarin, Fadzil memaklumkan pihaknya mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan
berhubung kejadian itu selepas sepasang suami isteri membuat laporan polis mengesyaki bayi
mereka didera.
Kejadian itu disedari apabila bayi pasangan itu yang berusia lima bulan muntah selepas diambil
dari taska berkenaan jam 4.30 petang, Jumaat lalu.
Bayi itu dibawa untuk rawatan di Hospital Putrajaya dan doktor yang merawat menemui kesan
lebam pada bahagian dada selain kesan jalur sepanjang satu sentimeter disyaki kesan kuku jari.
Pada hari sama, satu lagi pasangan suami isteri juga menemui kesan lebam pada leher bayi
mereka yang berusia tujuh bulan dan turut dijaga di taska sama.
Mereka yang mengesyaki bayi mereka didera membawa bayi mereka ke Hospital Putrajaya
untuk rawatan.
Menurutnya, pasangan suami isteri itu meminta pemilik taska memeriksa rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) di taska berkenaan dan mendapati seorang pengasuh dilihat meng- hempas
serta menggoncang seorang bayi.
Penahanan wanita terbabit dipercayai dapat membantu polis menyelesaikan siasatan
berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Anda mungkin juga menyukai