Anda di halaman 1dari 21

TAHAP KEBERKESANAN PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SEKITAR DAERAH GOMBAK

HAIRDA BT. MD HAIRI NORHASMIRA BT. WAHIB RUSLALIZA BT. DARUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang. Bersyukur kehadrat Illahi dengan Izinnya dapat kami menyempurnakan tugasan mini kajian bagi matapelajaran Organisasi Pengurusan Bengkel dengan jayanya.

Pertamanya setinggi jutaan terima kasih

kepada PM.Dr. Muhammad Sukri Saud

selaku pensyarah bagi subjek Organisasi Pengurusan Bengkel yang telah banyak membantu serta memberi dorongan, tnjuk ajar dan nasihat yang tidak ternilai sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Ribuan

terima

kasih

diucapkan

kepada

semua

guru Sekolah terlibat secara

. yang langsung dan tidak dalam kajian ini. Juga tidak seperjuangan yang banyak membantu. ketinggalan kepada rakan-rakan

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa-jasa yang telah diberikan, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa.

ABSTRAK

Tujuan

utama

kajian

ini

adalah

untuk

mengenalpasti

tahap

keberkesanan

peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar- pelajar. Kajian ini cuba meneroka dimensi iaitu disiplin, keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin, pengurusan keselamatan dan pertolongan cemas. Kajian yang berbentuk deskriptif telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah daerah Gombak. Sampel kajian ini Soal selidik telah diedarkan dan tahap keberkesanan pelajar adalah terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 2. telah diukur dengan kaedah peratusan bagi

data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS serta secara manual.Setiap dimensi menentukan terhadap peraturan keselamatan di bengkel. Secara keseluruhannya tahap kepatuhan pelajar adalah tinggi. Bagaimanapun masih terdapat sebilangan pelajar yang berpendapat belum patuh kepada peraturan keselamatan. Dalam memperbaiki aspek kepatuhan, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penyelidik sebagai panduan pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil dapatan ini adalah diharapkan dapat menjadi rujukan bagi semua pihak.

PENDAHULUAN

Pengenalan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi penekanan utama dalam aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha untuk melahirkan warganegara Malaysia yang ini bertujuan berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan suatu perubahan besar dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan pembangunan negara secara keseluruhannya. demi untuk mencapai matlamat

Sehubungan

dengan

itu,

pendidikan

pada

masa

kini

adalah

berunsurkan

kemahiran dan bidang teknikal dan vokasional telah diberi keutamaan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan seperti ini adalah diharapkan agar tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berketerampilan dapat dilahirkan. Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknikal, langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional. Ini adalah kerana sistem dan dasar teknikal dan voksional telah membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan.

Pada masa kini keperluan sumber manusia yang maju dalam bidang teknikal merupakan salah satu sumber utama tenaga manusia dalam merealisasikan hasrat Malaysia dalam bidang memperkembangkan perindustrian menjelang tahun 2020. latihan kemahiran, teknik Bagi Maju merealisasikan

wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur strategi untuk memperbaiki dan dan vokasional bagi menghasilkan tenaga kerja dibidang teknikal mahir.

Kandungan kurikulum pendidikan harus sentiasa dikaji dari semasa kesemasa oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu pendidikan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana ilmu dalam bidang teknikal dan vokasional yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah nanti akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja di semua sektor sejajar dengan perkembagan pesat sektor perindustrian di Malaysia.

Kemahiran Hidup Bersepadu pula merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi dan di tawarkan kepada semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang untuk mencapai ke arah mempertingkatkan arah membekalkan tenaga produktiviti negara melalui penglibatan Hidup kerja kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran Kemahiran juga matlamat secara ke masyarakat

digubal

yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan

ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi dan ekonomi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).

Proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah dalam bentuk teori dan aktiviti kerja amali serta melibatkan banyak penggunaan bengkel. Semasa melakukan kerja amali di bengkel, pelajar-pelajar banyak terdedah kepada penggunaan alat-alat tajam, penggunaan mesin-mesin serta bahan-bahan yang mudah terbakar. Dalam konteks ini, sekiranya peraturan keselamatan bengkel tidak dipatuhi risiko kemungkinan pelajar untuk mendapat kemalangan adalah tinggi. Oleh itu kajian tinjauan daripada aspek tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Gombak akan memberikan maklumat-maklumat penting dan tepat tentang tahap kepatuhan peraturan keselamatan bengkel dikalangan pelajar-pelajar. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah dan kelemahan yang wujud disamping dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan pihak-pihak yang berkenaan untuk dan pembelajaran menyelesaikan masalah yang timbul. Seterusnya agar aktiviti pengajaran

di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Latar Belakang Masalah

Salah satu objektif bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

ialah

mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat. (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Berdasarkan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini jelaslah bahawa faktor keselamatan perlu dititik beratkan kepada pelajarpelajar dan mesti diamalkan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran setiap kali mengendalikan kerja-kerja amali. Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang selanjutnya dan mengurangkan kemalangan (Kamus Dewan,1996). Bengkel merupakan menyebabkan tempat yang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. Bahaya ini boleh

kecederaan, penyakit, gangguan kesihatan, keresahan malahan kematian. Bahaya boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti bahaya bahan kimia, sisa berbahaya, bahaya fizikal dan bahaya ergonomi. Bahaya bahan kimia disebabkan oleh wap, gas atau pepejal dalam bentuk habuk pekatan tinggi. Sisa berbahaya terdiri daripada benda hasil kerja servis. Bahaya fizikal termasuk bunyi, getaran, tekanan dan suhu berlebihan. Manakala bahaya ergonomi ialah keadaan halangan biasa atau pergerakan dan kedudukan badan (Mohd. Bahaman, et.al. 2006).

Semua bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis yang diedarkan kepada setiap pelajar pada hari pertama mereka menggunakan bengkel tersebut. Peraturan mengenai aspek keselamatan bengkel perlu diterangkan dengan jelas kepada pelajar-pelajar sehingga mereka betul-betul faham mengenai peraturan tersebut. Peraturan-peraturan ini juga perlu dipamerkan pada setiap papan kenyataan di setiap bengkel dan perlu diingatkan kepada pelajar dari semasa ke semasa. Kelas- kelas amali atau praktikal di bengkel perlu dikendalikan oleh guru-guru terlatih dalam mata pelajaran berkenaan sahaja. Jika diawasi oleh guru sementara mestilah memastikan bahawa mereka tidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-perubaan yang berbahaya (Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/1974).

Menurut Fong (2000) pula, guru-guru perlulah sentiasa memberi amaran terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar sebelum sebarang tunjukcara atau percubaan dijalankan untuk mengelakkan kemungkinan punca letupan atau bahaya. Sewaktu kelas amali dijalankan, guru-guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti pelajar- pelajar dengan rapi untuk memastikan keselamatan dijaga ketahap munasabah di samping membantu kerja-kerja amali pelajar. Kesedararan terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar, supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan semasa pelajar-pelajar melakukan kerja-kerja amali di sekolah seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan.

Menurut Fong (2000) lagi, pekerjaan. awal

kadar kemalangan di industri dapat dikurangkan jika

pelajar-pelajar di bangku sekolah didedahkan dengan isu-isu keselamatan dan kesihatan Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan di sekolah merupakan langkah mengurangkan kadar kemalangan di industri. Kemalangan di industri untuk

mempunyai hubungan yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah yang dianalogikan sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi yang sama dengan industri yang sebenar.

Terdapat beberapa agensi kerajaan yang menekankan persekitaran kerja yang selamat untuk semua pekerja iaitu Pentadbiran Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (OSHA) serta Institut Kesihatan dan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). Namun begitu setiap individu yang bekerja dibengkel perlu peka dan mengikuti peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh agensiagensi yang dikawal oleh kerajaan.

Menurut Shotbolt (1997), setiap pengguna perlu sedar tentang risiko yang bakal dihadapi semasa bekerja di bengkel. Pengguna perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin suasana kerja yang selamat .Pelajar- pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai peraturan dan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja amali di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

Antara langkah yang diambil ialah menguatkuasakan suatu piawaian sebagai satu akta, serta membantu dan menggalakkan kerajaan melaksanakan suasana tempat kerja yang sihat dan selamat dengan menyediakan kajian, maklumat, pendidikan dan latihan dalam bidang kesihatan dan keselamatan pekerja. Piawaian keselamatan telah dilaksanakan negara industri. Oleh itu, adalah di beberapa buah menjadi tanggungjawab pekerja untuk menyediakan

satu suasana kerja yang kondusif dan bebas daripada sebarang kemalangan. Tenaga kerja di negara ini perlu mengamalkan piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) antarabangsa untuk bergerak maju. Amalan yang serupa juga perlu dilaksanakan oleh majikan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. (Najib Tun Razak , 2006). Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju kearah negara maju telah

mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemalangan semasa bekerja sehingga empat kes bagi setiap 1,000 pekerja menjelang 2020. Kadar itu adalah setaraf dengan kadar kemalangan di kebanyakan negara maju walaupun kadar kemalangan untuk semua sektor di Malaysia mengalami penurunan pada 2004 namun usaha perlu dilakukan untuk mencapai ketahap yang lebih baik. (Abdul Rahman Bakar 2006). Pada tahun 1994 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk menjana kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan majikan dan pekerja melalui kepatuhan terhadap akta tersebut.

Menurut perangkaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan pada tahun 1994, kadar kemalangan di tempat kerja adalah 16 kes bagi setiap 1,000 orang manakala pada tahun 2004, sebanyak 6.9 kes kemalangan bagi setiap 1,000 orang. Walaupun terdapat kadar penurunan kadar kemalangan, namun usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja setaraf dengan negara maju perlulah dilakukan.

Kes berkaitan dengan bencana di tempat kerja menunjukkan bahawa pihak pengurusan industri tidak mematuhi piawaian dan panduan daripada pihak berkuasa. (Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, 1997). Berdasarkan laporan terdapat 100,000 kes kemalangan dan kecederaan membabitkan bencana kerja dilaporkan setiap tahun di Malaysia. (Utusan Malaysia, 2 September 1997). Aspek keselamatan dan kesihatan haruslah dijadikan satu budaya di tempat kerja iaitu pihak pengurusan bertanggungjawab mengubah sikap pekerja dengan memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan, pihak majikan dan pekerja digesa supaya mengambil bahagian yang aktif dalam aspek keselamatan bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Maka dengan ini akan tercapai hasrat serta matlamat kerajaan dalam merealisasikan hasratnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja dapat dikurangkan.

Pernyataan masalah

Penyampaian proses pengajaran Kemahiran Bersepadu didalam bengkel agak berbeza dengan kaedah yang digunakan dalam matapelajaran yang lain. Proses pengajaran dan pembelajarannya banyak mengandungi aktiviti kerja amali dan teori yang berkaitan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar setiap pelajar. Aspek peraturan didalam bengkel. Oleh itu, sewajarnya diikuti aspek oleh kepatuhan terhadap peraturan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu keselamatan

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu

merupakan aspek yang penting kepada pelajar-pelajar. Banyak kemalangan dan kecederaan akan berlaku sekiranya pelajar-pelajar tidak mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di bengkel. Manakala guru bengkel juga perlu memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pelajar-pelajar semasa berada di bengkel. Guru-guru perlu menguasai ilmu mengenai aspek peraturan dan keselamatan di bengkel dan diterapkan kepada pelajarpelajar setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kajian

ini

dijalankan

bagi

mengenalpasti

tahap

keberkesanan

peraturan

keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Gombak. Kajian ini adalah penting bagi memastikan keselamatan pelajarpelajar semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian ini akan meninjau aspek disiplin, keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin, Hidup Bersepadu terdapat pengurusan keselamatan dan kepatuhan dari aspek pertolongan cemas. Walaupun di setiap bengkel Kemahiran peraturan keselamatan tetapi sejauhmanakah pelajar-pelajar mematuhi peraturan tersebut masih menjadi persoalan . Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi memelihara dan menjaga keselamatan pelajar semasa berada di bengkel.

Objektif Kajian

Secara

amnya

kajian

ini

bertujuan

untuk

mengenalpasti

aspek

tahap sekolah

keberkesanan peraturan keselamatan di bengkel KH di kalangan

pelajar-pelajar

menengah di daerah Gombak . Di antara tumpuan kajin ini adalah untuk : i. Mengetahui sejauhmanakah peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup dipraktikkan oleh murid.

ii. iii.

Mengetahui keberkesanan peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Mengenalpasti tahap kepatuhan pelajar-pelajar terhadap keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

Persoalan Kajian

i.

Adakah pelajar-pelajar mematuhi disiplin dan peraturan keselamatan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

ii.

Adakah pelajar-pelajar mematuhi pengurusan keselamatan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

iii.

Adakah pelajar-pelajar mematuhi keselamatan penggunaan alatan tangan dan mesin semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

METODOLOGI Pengenalan Metodologi kajian atau kaedah kajian dapat dikategorikan sebagai kaedah eksperimen dalam reka bentuk yang pelbagai, kaedah penyelidikan expost facto, kaedah penyelidikan deskriptif, kaedah penyelidikan sejarah dan sebagainya.Metodologi kajian juga melibatkan cara pengumpulan data mentah yang kemudian diproses dan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian yang mempunyai kepercayaan dan kesahan yang tinggi.Dalam bab ini penting untuk menentukan himpunan data yang diperlukan dalam penyelidikan.Dengan kata lain, metodologi penyelidikan memberi panduan dalam melaksanakan serta cara pelaksanaan penyelidikan tersebut.Caranya adalah tentukan jenis data yang hendak dikumpul, tentukan alat yang digunakan, dari manakah data diperoleh, berapa banyak yang diperlukan, bagaimana data dipersembahkan dan sebagainya.Kaedah penyelidikan ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur untuk mengumpulkan data kajian dan cara untuk menganalisis data.Menurut Syed Arabi Idid (1993) Pada amnya, dapat merumuskan penyelidikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu, khas bagi mendapatkan maklumat serta menjawab persoalan yang dibangkitkan. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian tentang tajuk kajian iaitu Tahap Keberkesanan Peraturan Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Sekitar Daerah Gombak ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif untuk mendapatkan data kualitatif. Menurut Othman Lebar (2007) penyelidikan dijalankan dalam latar semulajadi dan penyelidik merupakan instrument utama dalam pengumpulan data dalam bentuk perkataan atau gambar, menulisnya secara induktif, memberi fokus kepada makna yang dibuat oleh partisipan kajian serta dijelaskan dalam bahasa yang ekpresif dan menarik. Bagi Strauus and Corbin (1990) pula menyatakan bahawa penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lainlain pengiraan.

Kajian berbentuk deskriptif yang digunakan dalam kajian ini dapat memberi gambaran dan maklumat mengenai sesuatu keadaan dalam situasi yang akan dikaji kelak.Oleh itu, amat sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Tahap Keberkesanan Peraturan Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Sekitar Daerah Gombak. Menurut Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa kaedah penyelidikan deskriptif merupakan kaedah penyelidikan yang bermatlamat untuk melihat secara intensif peristiwa yang berlaku pada satu-satu masa dan pada peringkat akhir dapat membuat andaian tentang unit populasi yang lebih besar tentang peristiwa yang sama. Dalam penyelidikan ini, kaedah tinjauan melalui soal selidik telah diguna pakai.Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk tinjauan yang digunakan.Bentuk-bentuk tinjauan itu ialah tinjauan deskriptif dan tinjauan penerangan.Tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan gambaran mengenai permasalahan dalam Keberkesanan Peraturan Keselamatan Di Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah. Sementara tinjauan penerangan adalah bertujuan mengenal pasti hubungan antara kesan dan sebab tanpa unsurunsur manipulasi.Contohnya kesan yang akan berlaku sekiranya pelajar mengabaikan peraturan keselamatan di bengkel kemahiran hidup. Tempat Kajian Penyelidik menjalankan kajian ini di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Gombak dengan melibatkan semua pelajar Tingkatan Dua di sekolah tersebut.Lokasi sekolah yang di pilih adalah di kawasan bandar dan kebanyakkan murid berasal daripada keluarga yang berstatus . Populasi dan Sampel Kajian Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, sesuatu kajian haruslah merangkumi keseluruhan individu yang terlibat. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat memenuhi kriteria itu. Oleh itu, penyelidik perlu memilih sampel yang dapat mewakili populasi yang dikaji (Majid, 2000). Dalam kajian ini, populasi yang terlibat ialah pelajar Tingkatan Dua di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Daerah Gombak.

Instrumen Kajian Instrument kajian yang digunakan oleh penyelidik berupa soal selidik. Mengikut Mohamad Najib (1999), kaedah tinjauan menggunakan soal selidik merupakan salah satu kaedah yang paling popular dalam kalangan penyelidik. Soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik, data senang diproses untuk tujuan analisis, dan membolehkan penyelidik mengetahui tahap pencapaian akademik responden yang ramai. Ini adalah tidak mungkin dapat dilakukan jika penyelidik menggunakan kaedah lain seperti pemerhatian atau temu bual. Tambahan pula, kaedah temubual memakan masa untuk merancang, mentadbir, menulis dan menganalisis (Syaharum,1990).

Soal selidik yang disediakan oleh penyelidik terdiri daripada soalan berkenaan dengan jantina, umur dan tujuan utama peraturan keselamatan di bengkel kemahiran hidup di sekolah menengah. Menurut Sulaiman (2002), soal selidik merupakan satu cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat.Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik berbentuk tertutup, terbuka dan kaedah Likert untuk mendapatkan data.

Faktor-faktor utama pemilihan kaedah soal selidik ini untuk mendapatkan data kerana :

a)

Kos yang rendah dan murah bagi menguruskannya berbanding dengan kaedah temu duga.

b) c) d)

Setiap responden menggunakan set soalan yang sama. Responden bebas menjawab dalam masa mereka dan pada kadar mereka sendiri. Responden senang diperolehi sekiranya penyelidikan berkaitan dengan sekolah iaitu melibatkan pelajar sekolah tersebut sebagai responden.

Terdapat juga beberapa kelemahan yang berlaku apabila menggunakan kaedah soal selidik dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu :

a)

Masalah persampelan berlaku apabila tidak semua soal selidik dikembalikan.Oleh itu, pensampelan berat sebelah mungkin wujud apabila bukan responden lebih ramai daripada responden.

b) c)

Maklumat tidak jelas, tidak lengkap ataupun tidak tepat. Tidak fleksibel kerana responden mungkin terhad memberi pendapat yang bebas sebagai keputusan pertimbangan rekaan instrumen.

Di samping itu, penyelidik juga menggunakan kaedah Likert.Penyelidik perlu memilih satu set pernyataan sikap dan subjek perlu menandakan persetujuan atau ketidakpersetujuan mereka terhadap setiap pernyataan sepanjang skala lima point (ataupun lebih) bermula daripada amat setuju kepada amat tidak setuju.Kelebihan kaedah ini ialah : a) b) Penyediaan yang lebih mudah Kaedah ini berdasarkan data empirikal berkaitan maklum balas subjek berbanding pendapat subjektif para juri. c) Kaedah ini menghasilkan lebih banyak skala yang sama jenis.

Jadual 3.1 Skala Likert Skala 1 2 3 4 5 Peringkat Amat Tidak Setuju (ATS) Tidak Setuju (TS) Kurang Setuju (KS) Setuju (S) Amat Setuju (AS)

Kajian Rintis Kaedah ini digunakan untuk menguji kekuatan dalaman instrumen yang digunakan.Kajian rintis merujuk kepada kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan sebelum melakukan kajian yang lebih besar.Selain itu, kajian rintis dijalankan untuk menguji dan mengetahui tahap kefahaman responden terhadap item-item soalan yang dikemukakan.Data-data yang dikumpulkan daripada kaedah ini digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik itu.

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

Dapatan data yang diperolehi dari kerja lapangan akan dianalisis oleh penyelidik bagi menjawab soalan kajian ini. Daripada data yang diperolehi tersebut adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengetahui tahap pengetahuan dan kepatuhan peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini meggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian bagi menganalisis keseluruhan data yang diperolehi. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif di mana yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusa min, sisihan piawai serta taburan kekerapan. Penganalisisan data merupakan bahagian terpenting dalam penyelidikan. Pengkaji telah menentukan bagaimana data yang telah dikumpulkan dianalisiskan.

Data-data yang diperolehi dari soal selidik akan dikumpulkan dalam bentuk kualitatif. Maklumat dan data-data yang dianalisis akan ditukar dalam bentuk peratusan dengan menggunakan formula berikut :

Peratus Di mana :

= X / N x 100

X = bilangan maklumbalas responden N = bilangan responden atau sampel yang terlibat.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang responden. Jantina
Jantina Kekerapan (N) Lelaki Perempuan Jumlah 5 25 30 Peratus (%) 16. 7 83.3 100

Jadual : Taburan responden mengikut jantina.

Jadual di atas menunjukkan bilangan responden lelaki adalah seramai 5 orang yang mewakili seramai 16.7 peratus dan responden perempuan seramai 25 orang yang mewakili seramai 83.3 peratus. Ini menunjukkan responden perempuan lebih 20 orang berbanding responden lelaki.

Bangsa

Bangsa

Kekerapan (N)

Peratus (%) 90 3.3 6. 7 0 100

Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

27 1 2 0 30

Jadual : Taburan responden mengikut bangsa.

Jadual di atas menunjukkan responden mengikut kategori bangsa. Seramai 27 orang responden berbangsa Melayu yang mewakili 90 peratus. Manakala responden berbangsa Cina hanya seorang responden meakili 3.3 peratus, India seramai 2 orang responden mewakili 6. 7 peratus. Ini menunjukkan responden berbangsa Melayu lebih ramai berbanding dengan bangsa bangsa yang lain.

Hasil pengumpulan dan analisis data tentang Sikap Pelajar Terhadap Pengurusan Organisasi ,Keselamatan dan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup.

Bil Perkara 1 2 Sikap Pelajar Amalan Pengurusan Purata

Sangat setuju 31.1 37.6

% 30.4 37.3

setuju 45 42 87

% 44 41.7

Tidak pasti 13.3 12

% 13 11.9

Kurang % setuju 11 11 8 19 7.9

Tidak % setuju 2 2 1.11 13.1 1.1

68.7

25.3

Jadual: Sikap Pelajar Terhadap Pengurusan Organisasi ,Keselamatan dan Amalan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup. Jadual di atas menunjukkan sikap pelajar dan amalan pengurusan yang dilakukan di dalam bengkel. Sikap pelajar bagi sangat setuju puratanya sebanyak 31.1(30.4%) manakala amalan pengurusan yang dilakukan sebanyak 37.6 (37.3%). Bagi purata setuju pula purata bagi sikap pelajar sebanyak 45 (44%) manaka bagi amalan pengurusan sebanyak 42 (41.7%). Bagi purata tidak pasti sikap pelajar sebanyak 13.3 (13%) manakala bagi amalan pengurusan pula sebanyak 12 (11.9%). Purata kurang setuju bagi sikap pelajar sebanyak 11 (11%) manakala amalan pengurusan pula 8 (7.9%) dan purata sikap pelajar dalam bengkel bagi tidak setuju sebanyak 2 (2%) dan bagi amalan pengurusan pula sebanyak 1.11 (1.1%). Purata sangat setuju bagi pendapat responden sangat ramai iaitu sebanyak 68.7 bagi sikap dan amalan pengurusan yang dilakukan di dalam bengkel.

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kemahiran hidup dari persepsi pelajar di sekolah menengah . Kajian ini dijalankan terhadap sikap pelajar semasa berada di dalam bengkel dan amalan pengurusan yang dilakukan di dalam bengkel. Terdapat banyak faktor - faktor yang mempengaruhi tahap keberkesanan pengurusan bengkel kepada pelajar. Antaranya ialah sikap pelajar, persekitaran, tenaga pengajar, kemudahan bengkel yang disediakan dan sebagainya.

CADANGAN

Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi dalam kajian ini, permasalahan yang timbul dalam mengkaji tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel mengikut persepsi pelajar telah dikenal pasti. Masalah yang dikenal pasti boleh di atasi dan dibaiki jika sesuatu tindakan yang sewajarnya dapat dilakukan oleh pihak yang berkenaan di atas beberapa cadangan. Di sini pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada pihak pihak yang berkenaan.

KESIMPULAN Hasil daripada perbincangan keseluruhan kajian di atas, dapat dirumuskan bahawa tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kepada pelajar dapat ditentukan melalui sikap pelajar dan pengurusan yang dilaksanakan di dalam bengkel . Selain itu, kemudahan bengkel yang disediakan dan masalah pengajaran guru juga memberi kesan kepada tahap keberkesanan amalan pengurusan bengkel kepada pelajar di sekolah menengah.

Dapatan kajian, pengkaji telah dapat mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi tahap keberkesanan amalan pengurusan kepada pelajar. Antaranya ialah :

Melakukan pemantauan yang berterusan. Pensyarah atau tenaga pengajar perlu melakukan pemantauan dari pelbagai aspek seperti memastikan kemudahan yang disediakan di bengkel lengkap untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya pemantauan ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam amali.

Memastikan peralatan sentiasa mencukupi dan diselenggarakan dengan baik dan sistematik. melaksanakan pengurusan makmal samada menyediakan keperluan fizikal ataupun keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Matapelajaran kemahiran harus dinamik dan bersikap proaktif serta responsif terhadap sebarang perkembangan pendidikan semasa. Guru juga perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan kaedah penyampaian mata pelajaran kepada pelajar melalui kaedah amali. Ini dapat membantu untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang disampaikan.

Hala tuju dan kemudahan bengkel seperti peralatan perlu selaras dengan keperluan dan keadaan semasa. Mata pelajaran kemahiran yang ditawarkan perlu melihat kepada kesempurnaan yang harus diperolehi oleh pelajar bagi persediaan untuk menghadapi cabaran kerjaya dan pasaran pekerjaan akan datang. Ini kerana persaingan pada masa kini bukan lagi di kalangan rakan senegara.

Anda mungkin juga menyukai