Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH EKSEKUTIF UKM


KOHORT 3 SET 14 (KUMPULAN 5)

KURSUS:
GGGA 5032 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEMESTER 1 PERTEMUAN 1 2023/2024

TAJUK TUGASAN:

TAHAP KEBERKESANAN ZAKAT DALAM MENINGKATKAN EKUITI DALAM


PENDIDIKAN DARI SUDUT SOSIAL: KAJIAN DI UNIVERSITI

NAMA PENSYARAH:

DR. ERWAN BIN ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO PELAJAR

RUHAYA BINTI ABDULLAH P133107

SITI NUR ADILA BINTI MOHD KIDIR P133151

WAN HANIZA BINTI WAN ALI P133226

WAN NUR AWATIF BINTI WAN ZULFIKRI P133264

NOR AZILA BINTI MOHD AZAHARI P133311

NUR AZIEHA BINTI JUSOH P133354


ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan bantuan pendidikan terhadap
pembangunan ekonomi para alumni daripada Kolej, Universiti Awam mahupun Swasta.
Kajian ini dijalankan terhadap 96 orang alumni yang berkelulusan daripada kursus-
kursus yang ditawarkan seperti Ekonomi, Ekonomi Rumah Tangga, Elektronik
Telekomunikasi, Fiqh dan Takwa, Kejuruteraan, Kejuruteraan Mekanikal, Pendidikan
Islam Sekolah Rendah, Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Pengajian Bahasa
Inggeris,Pengurusan Awam dan sebagainya. Mereka merupakan pelajar yang menerima
bantuan zakat pendidikan. Kajian mendapati bahawa bantuan pendidikan ini telah
membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi sekaligus
meningkatkan taraf kehidupan responden. Keseluruhan kajian menunjukkan bantuan
pendidikan ini telah memberikan kesan yang positif kepada responden dari sudut sosial
samada semasa atau selepas tamat pengajian.

i
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

ABSTRAK i

ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1-3

2.0 PERNYATAAN MASALAH 4

3.0 TUJUAN KAJIAN 5

4.0 TINJAUAN LITERATUR 6-13

4.1 Zakat

4.2 Zakat dalam Pendidikan

4.3 Kepentingan Zakat dalam Peningkatan Ekuiti Pendidikan

5.0 METODOLOGI KAJIAN 14

6.0 HASIL KAJIAN 15-21

6.1 Demografi Responden Kajian

6.2 Keberkesanan Agihan Zakat Pendidikan dari Sudut Sosial

7.0 PERBINCANGAN 22-23

8.0 KESIMPULAN 24

RUJUKAN 25-26

ii
1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah aset yang amat penting terhadap diri sendiri . Hal ini kerana hanya
dengan pendidikan, individu itu dapat meningkatkan nilai-nilai sosial ke arah yang
lebih baik. Ekuiti dalam pendidikan sangat berkait rapat antara satu sama lain dan
penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Buktinya ketika pelaksanaan pelan
PPPM 2013-2025 yang membawa objektif dan matlamat dengan menyatakan untuk
meluaskan lagi akses serta ekuiti kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan
agama agar mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Selain itu, pendidikan
juga dapat dilihat sebagai salah satu agen pengubah mobiliti sosial seseorang. Hal ini
kerana, kanak kanak yang dilahirkan dari keluarga yang kurang berkemampuan atau
susah akan mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik sekiranya mereka berusaha
bersungguh sungguh untuk belajar sehingga ke pendidikan yang lebih tinggi seperti di
universiti dan sebagainya. Pembangunan sistem pendidikan yang berkesan dapat
melahirkan sebuah negara yang berkembang sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Menurut kamus dewan edisi keempat, ekuiti membawa maksud pemilikan sama rata,
saksama serta adil. Sejajar dengan kehendak PPPM, semua bentuk pendidikan haruslah
diberikan kepada semua golongan tanpa mengira bangsa, agama, gender, latar belakang
sosial, etnik, budaya, amalan atau cara hidup. Usaha untuk merapatkan jurang pelajar
yang tinggal di luar bandar mahupun di bandar telah diusahakan oleh kerajaan dengan
pelbagai program yang telah dijalankan. Di dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh
sekumpulan pelajar institut pendidikan guru Perlis iaitu Keciciran Pendidikan dalam
kalangan anak anak asnaf: Kajian kes sekolah rendah di Negeri Perlis mendapati
bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keciciran pelajaran daripada
golongan asnaf tersebut. Antara sebab yang berlaku adalah faktor keluarga yang susah,
personaliti, beberapa faktor luaran serta keadaan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah yang kurang lengkap. Namun begitu dengan bantuan daripada yayasan Baitul
Mal sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk keluar dari kepompong
kemiskinan.

1
Selain daripada Baitul Mal serta organisasi lain yang bertanggung jawab, zakat juga
turut memainkan peranan yang penting kepada masyarakat islam. Sebagai sebuah
negara yang mempunyai hampir daripada 80% penduduk yang beragama islam , 78 %
adalah merupakan etnik kamu melayu dan 2 % selebihnya adalah dari pelbagai etnik.
(Jabatan perangkaan Malaysia, 2017). Oleh itu membayar zakat adalah menjadi satu
kewajipan kepada mereka yang bergelar muslim. Menunaikan zakat bukan sahaja
sebagai satu tuntutan, tetapi turut meliputi dari pelbagai aspek seperti ekonomi,
perundangan, tabungan pendidikan dan sebagainya. Menurut (Mohamed Yusoff, 2010)
beliau menyatakan bahawa zakat dapat memberikan kesan yang positif terhadap
pertumbuhan ekonomi masyarakat islam selain menjadi medium yang membantu
meningkatkan peluang pendidikan disamping menegakkan syiar islam yang benar
(Norfariza Mohd Radzi, 2015). Di dalam islam, terdapat lapan golongan asnaf yang
telah disyariatkan untuk menerima bayaran zakat. Antaranya ialah fakir, miskin, amil,
mualaf, al riqab, al gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Sebagaimana yang difirmankan
di dalam kitab suci Al- Quran mengenai zakat di dalam surah At - Taubah ayat yang ke
60 dengan membawa maksud:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,


amil zakat, yang dijinakkan hatinya (muallaf), untuk memerdekakan hamba sahaya,
orang-orang yang berhutang, untuk yang berada di jalan Allah, dan orang orang yang
sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Pendidikan merupakan salah satu pelaburan jangka panjang yang amat penting dalam
sesebuah negara, ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan,
berkemahiran dalam melakukan kerja, berdisiplin dan sebagainya. Oleh itu, bantuan
pendidikan amatlah diperlukan kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi
menampung kos untuk menyambung ke pendidikan. Golongan ini termasuk dalam
mereka yang layak menerima bantuan zakat agar dapat membantu menampung
keperluan dalam pendidikan dan meringan beban.

2
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan bantuan
pendidikan terhadap pembangunan ekonomi para alumni di beberapa universiti. Kajian
ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik dan
diedarkan kepada pelajar alumni di universiti. Antara universiti yang terlibat adalah
Ukm, Uitm, Ipg, Usim, Utem, Uum, Al-Azhar dan lain - lain universiti. Sebanyak 96
orang responden telah berjaya dikumpulkan melalui kajian ini.

3
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Antara isu utama yang terdapat di dalam kajian ini ialah keberkesanan zakat dalam
membantu pelajar pelajar asnaf dalam menyambung ke pendidikan yang lebih tinggi
seperti diploma, ijazah sarjana muda, master dan phd di Malaysia mahupun ke universiti
luar negara, antara faktor yang menyumbang kepada masalah dalam pendidikan adalah
faktor kemiskinan serta kawasan sekitar yang serba kekurangan. Ibu bapa tidak mampu
untuk menampung perbelanjaan keperluan harian serta pendidikan untuk anak anak
mungkin kerana kekangan kerja yang berpendapatan rendah.Kebanyakkan keluarga
terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pendalaman atau luar bandar tidak mampu
untuk menghantar anak anak mereka ke universiti. Malah ada keluarga yang tidak
mengambil berat akan kepentingan pendidikan kepada taraf hidup mereka.Justeru itu
sebagai umat islam yang bertanggungjawab, zakat dapat dilihat sebagai salah satu
medium yang dapat membantu mereka untuk meringankan beban yang dipikul dalam
mendapatkan masa depan yang lebih terjamin.

Seterusnya ialah kurangnya kajian yang dilakukan mengenai kepentingan zakat dalam
meningkatkan ekuiti pendidikan di kalangan pelajar. Sejajar dengan kehendak
kementerian pendidikan yang mementingkan kesamarataan pendidikan perlu diberikan
kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan tanpa mengira latar
belakang sosio ekonomi. Oleh itu dengan bantuan yang diberikan oleh zakat dapat
dijadikan satu wasilah kepada para pelajar agar tidak keciciran dalam pelajaran. Selain
itu, hasil kajian ini juga dapat dijadikan contoh atau rujukan kepada pengkaji yang akan
datang.

4
3.0 TUJUAN KAJIAN

Zakat dalam pendidikan merujuk kepada idea bahawa wang zakat digunakan untuk
pendidikan. Zakat pendidikan memerlukan pentadbiran dan penyelidikan yang baik
untuk memastikan dana digunakan dengan berkesan untuk membantu mereka yang
kurang bernasib baik. Zakat pendidikan sangat memberikan kesan yang baik kepada
ekonomi dan penerima zakat. Menurut (Mohamad Zaki & Ab Rahman, 2019) di dalam
kajiannya menyatakan bajet belanjawan 2019 telah memperuntukkan sebanyak RM
6.02 bilion atau 19.1% sebagai agihan untuk sektor pendidikan di mana peruntukan ini
menjadi antara yang tertinggi daripada keseluruhan belanjawan kerajaan sekaligus
mencatatkan pencapaian yang baik selaras dengan kemajuan ekonomi dalam kalangan
umat islam. Sehubungan dengan itu, telah menjadi tanggungjawab institusi zakat untuk
menyediakan dana zakat kepada asnaf secara adil, telus dan berkesan supaya mereka
boleh membantu mereka keluar daripada kemiskinan. Kajian ini bertujuan untuk
menentukan sejauh mana bantuan zakat dalam meningkatkan ekuiti pendidikan
mempengaruhi sudut sosial responden.

5
4.0 TINJAUAN LITERATUR

4.1 Zakat

Zakat merupakan satu daripada lima rukun islam dimana ia adalah tanggungjawab
sosial ekonomi yang dikenakan keatas orang muslim yang berkemampuan untuk
menyumbang sebahagian harta mereka kepada yang mempunyai hak untuk
menerimanya, serta dengan syarat tertentu. Dari segi bahasa zakat ialah suci yang
bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada harta kepada golongon tertentu apabila
cukup syarat di mana harta itu dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu
pendapatan, emas, wang simpanan, KWSP dan saham. Hukum zakat adalah wajib
seperti mana telah difirmankan oleh Allah SWT:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.”

(Surah al-Baqarah: 43)

Maksud ayat tersebut membawa kepada perintah Allah tentang perintah menunaikan
zakat adalah sama seperti perintah menunaikan solat. Selain itu, zakat juga merupakan
rukun islam yang ketiga dari lima rukun islam. Hal ini disebut dalam sabda Nabi S.A.W

“lslam itu terbina atas lima perkara: bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan
melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan dan menunaikan puasa pada bulan
Ramadhan”

(Riwayat Bukhari &


Muslim)

Tujuan zakat bukan sahaja untuk membantu golongan yang memerlukan tetapi
mempunyai matlamat yang lebih luas iaitu untuk mengakhiri kemiskinan untuk
meningkat tahap kesejahteraan sosio ekonomi dan kehidupan sosial. Oleh itu, zakat
boleh digunakan sebagai salah satu sumber kewangan sosio ekonomi umat islam
(Hakim et al., 2018). Zakat dapat membantu ummah sebagai satu sumbangan yang
mempunyai keupayaan untuk meningkatkan harta (Radzi, 2017). Zakat mempunyai

6
peranan yang sangat penting dalam masyarakat islam yang merangkumi banyak aspek
seperti ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Malaysia telah melangkah ke hadapan
dengan agak dinamik dalam konteks memanfaatkan pembangunan kewangan daripada
pungutan zakat dan diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang ditubuhkan oleh
kerajaan untuk menguruskan zakat (Ibrahim, 2020). Zakat adalah tanggungjawab yang
dikenakan ke atas ummat Islam untuk memberikan bantuan kepada golongan tertentu
memenuhi syarat sebagai penerima asnaf zakat seperti yang telah ditetapkan dalam
firman Allah SWT:

“ Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,


pengurus zakat (amil), mualaf yang dipujuk hati mereka, untuk memerdekakan hamba,
orang-orang yang berhutang, orang-orang yang berjuang di jalan Allah SWT, orang-
orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah SWT
dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

(Surah Al-Taubah: 60)

Terdapat 8 golongan asnaf zakat yang telah Allah SWT firmankan dalam Surah Al-
Taubah ayat 60 iaitu (sumber daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP) :

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta, pekerjaan, atau pendapatan


daripada sumber lain yang tidak melebihi 50% daripada keperluan harian dan
keperluan tanggungan dan orang-orang tanggungannya.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang hanya memenuhi


sebahagian daripada keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk
memenuhi keperluan harian dan membesarkan keluarganya.

3. Amil

Mereka yang secara langsung terlibat dengan institusi zakat, sama ada individu
atau organisasi, mengurus dan mengawasi perkara seperti pemungutan, agihan,
pengurusan kewangan dan sebagainya.

7
4. Muallaf

Mereka yang memeluk islam.

5. Al-Riqab

Melepaskan orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan,


sama ada fizikal atau mental, seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di
bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan


diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian
segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Al-Gharimin

Mana-mana individu atau pihak yang mengambil bahagian dalam aktiviti atau
aktiviti menegak mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta
kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana individu yang berasal dari mana-mana negeri atau negara yang
memerlukan bantuan untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang.

4.2 Zakat dalam Pendidikan

Zakat adalah kewajiban yang telah ditetapkan di kalangan orang islam sebagai suatu
ibadah yang telah disyariatkan. Selain itu, tujuan zakat adalah sebagai suatu instrumen
penting dalam memperkukuhkan ekonomi masyarakat islam. Orang yang tidak
berkemampuan dan memerlukan bantuan dari segi wang ringgit dikategorikan sebagai
asnaf dan asnaf dibahagikan kepada 3 golongan iaitu fakir, miskin dan fisabilillah yang
terdiri daripada 3 kelompok iaitu peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian
tinggi awam dan swasta. Namun begitu hak mereka untuk menuntut ilmu dan

8
pendidikan tidak seharusnya diketepikan (Halimi, 2020). Seiring dengan perkembangan
zaman, proses pungutan dan agihan zakat juga mengalami perubahan yang dilakukan
oleh pihak yang terlibat seperti institusi pungutan zakat dan pihak autoriti keagamaan
di Malaysia dalam mengagihkan bantuan kepada golongan asnaf yang terbabit
antaranya adalah agihan zakat untuk dana pendidikan dapat mengurangkan bebanan
kepada kehidupan dan menaikkan taraf ekonomi golongan asnaf tersebut (Wahid,
2018). Menurut kajian (Mohamad Zaki & Ab Rahman, 2019), Pusat Zakat Pulau Pinang
(ZPP) telah memperuntukan sebahagian zakat kepada zakat pendidikan dan agihan
tersebut merupakan agihan yang terbesar di ZPP. Dana zakat pendidikan tersebut telah
disumbangkan kepada institusi dan individu. Bagi melaksanakan agihan zakat secara
telus dan adil, ZPP telah menubuhkan laman sesawang dan penubuhan skuad jejak asnaf
sebagai langkah mentransformasikan sistem pengagihan zakat pendidikan. Oleh itu,
dengan menaiktaraf sistem pengagihan ini, peranan zakat pendidikan dapat
dilaksanakan seiring dengan objektif zakat kepada umat islam.

Dengan bantuan zakat yang diperuntukkan untuk dana pendidikan dapat membantu
kerajaan Malaysia dalam mengatasi masalah pendidikan fakir dan miskin. Dana zakat
untuk pendidikan itu dapat digunakan untuk mengurangkan bebanan mereka dan
membantu dari segi kewangan, yuran persekolahan, pakaian seragam dan alat tulis
sekolah, buku teks dan sebagainya. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor
memperuntukan sumbagan kepada anak Selangor dalam program Sumbangan
Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) pada tahun 2022 sebanyak RM 700 kepada
pelajar yang menyambung pelajaran di dalam negara dan RM 1 000 hingga RM 2 500
kepada pelajar luar negara di mana sumbangan itu di bawah peruntukan asnaf
Fisabilillah (Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (IPT) - Lembaga Zakat
Selangor, 2022). Selain itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perlis (MAIPs) telah
memperuntukkan sejumlah RM 7.25 juta untuk Bantuan Persekolah pada tahun 2022
yang diagihkan kepada 111 buah sekolah di negeri Perlis di mna peruntukan itu lebih
banyak daripada tahun sebelum sebanyak RM 4.33 juta. RM 600 telah disumbangkan
kepada pelajar yang layak merangkumi bantuan pakaian sekolah, alat tulis dan wang
tunai (Zakaria, 2022). Usaha dan peranan institusi zakat dalam memperuntukan dana
Pendidikan kepada pelajar telah disokong penuh oleh Menteri Pendidikan iaitu YB
Fadhlina Sidek menerusi wawancara di Utusan Malaysia. Menurut beliau, untuk

9
memastikan matlamat untuk menoktahkan kemiskinan tercapai, komitmen dan
kerjasama semua pihak amat penting dan sumbangan zakat adalah besar manfaatnya
kepada mereka yang memerlukan (Rahim, 2023). Di Terengganu, Majlis agama Islam
dan Adat Melayu (MAIDAM) telah memperuntukan sebanyak RM 68.1 juta untuk
bantuan zakat pendidikan kepada pelajar di Terengganu pada tahun 2023. Sumbagan
itu telah diagihkan kepada kepada pelajar yang kurang berkemampuan melalui beberapa
program seperti program bantuan awal pendidikan, bantuan Pengajian Islam, bantuan
pengurusan pondok dan bantuan Institusi Pendidikan Tinggi. Sumbagan ini bertujuan
untuk meringankan baban kewangan mereka untuk mendapatkan pendidikan yang
sempurna (Kamaruddin, 2023).

Tetapi dalam pada prestasi zakat meningkat, terdapat juga beberapa isu yang tercetus
yang menyebabkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh golongan asnaf dalam
mendapatkan bantuan zakat antaranya data dan sistem pembancian yang tidak lengkap
telah menyebabkan ada sebahagian daripada golongan keciciran daripada mendapat
bantuan (Azman Ab Rahman & Siti Martiah Anwar, 2014). Selain itu, isu ketelusan dan
kesaksamaan turut membangkitkan ketidakpuasan hati dan kekecewaan kepada
segelintir masyarakat atau pembayar zakat di mana terdapat kekurangan ketelusan
dalam pengagihan zakat. Hal ini berlaku kerana pihak institusi zakat gagal untuk
menyediakan laporan kewangan yang lengkap dan tidak telus mendedahkan maklumat
dalam laman sesawang mereka di mana menjadi institusi ini tidak di tahap yang
memuaskan. Perkara ini telah menjejaskan reputasi pihak institusi yang mengakibatkan
segelintir masyarakat menganggap institusi zakat tidak cekap dalam menjalankan tugas
pengagihan zakat dan sering dikritik kerana masalah pentadbiran institusi ini (Mohd
Asri, 2010) dan menyebabkan ketidakyakinan mereka untuk membayar zakat di
institusi zakat sebaliknya membayar zakat melalui saluran yang tidak formal
(Hairunnizam et al, 2009). Menurut (Sanep & Hairunnizam, 2005), pengagihan zakat
di Malaysia tidak diurus dengan baik kerana tidak diuruskan oleh pekerja yang
selayaknya yang telah ditetapkan oleh institusi zakat dan telah mendapat latihan khusus
selain terdapat kes pecah amanah wang zakat menyebabkan masyarakat dan penerima
zakat hilang kepercayaan terhadap pihak bertanggungjawab atas pengurusan zakat
(Mohamad Dahan, 1998). Masalah lain yang dikenalpasti terhadap sistem pengagihan
zakat pendidikan ini adalah permohonan yang rumit dan proses yang mengambil masa

10
yang panjang sering menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat kerana perlu
melalui proses tapisan yang ketat. Selain itu, masalah geografi golongan asnaf sering
terjadi kerana pihak institusi zakat juga sukar untuk menembusi kedudukan golongan
asnaf yang berada di pedalaman atau kawasan ceruk yang menyebabkan tidak mendapat
kunjungan daripada pihak yang terlibat seperti wakil zakat, ketua kampung atau ahli
jawatankuasa masjid (Mohamad Dahan, 1998).

Oleh yang demikian, institusi zakat haruslah melakukan anjakan paradigma dan
penambahbaikan dalam sistem pengagihan mereka seperti mewujudkan laman
sesawang bagi memudahkan proses permohonan bagi peringkat pengajian tinggi
sekaligus dapat merekodkan secara sistematik jumlah permohonan dan membuat
penyemakan atas talian serta mudah untuk pihak zakat mengemaskini maklumat di
laman sesawang seperti yang dilakukan oleh pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP)
(Mohamad Zaki & Ab Rahman, 2019). Selain itu, Mohamad Zaki & Ab Rahman (2019)
menyatakan dalam kajiannya, dengan penubuhan skuad jejak asnaf dapat menjejaki
golongan asnaf yang tinggal di kawasan pedalaman dengan mengadakan kaunter
bergerak yang beroperasi di majlis yang berskala besar yang dianjurkan oleh komuniti
setempat institusi zakat membuat inisiatif untuk turun padang atau keluar kepada
masyarakat (Azman Ab Rahman & Siti Martiah Anwar, 2014).

4.3 Kepentingan Zakat dalam Peningkatan Ekuiti Pendidikan

Pendidikan ialah satu proses yang berterusan, sama ada formal atau tidak formal yang
merangkumi aktiviti pengajaran, latihan, bimbingan, prinsip dan etika dalam pelbagai
konteks yang memberi manfaat kepada seseorang, generasi, masyarakat, dan bangsa
dan juga negara (Halimi, 2020). Pendidikan ialah alat yang berkuasa untuk
menggalakkan kesaksamaan masyarakat, kerana ia mempunyai kesan jangka panjang
kepada masyarakat secara keseluruhan dan sesuatu yang utama dan sangat bekeperluan
dalam kehidupan setiap insan kerana melalui pendidikan manusia akan menjadikan
individu memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang kepelbagaian, keadilan sosial
seterusnya dapat membuka peluang dan ruang yang lebih baik dari segi pelajaran dan
pekerjaan selain dapat meningkatkan dan membina modal insan dalam sesebuah
Masyarakat (Mohamad Zaki & Ab Rahman, 2019). Tambahan pula, pendidikan dapat

11
memupuk empati, pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah, yang
penting untuk menangani isu sosial dan menggalakkan perubahan positif. UNESCO
telah memperkenalkan ‘Pendidikan Untuk Semua’ yang bertujuan bahawa sekolah
adalah tempat untuk semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang mereka (Che
Muda et al., 2023). Pendidikan dapat menambah kualiti kehidupan seseorang dengan
mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan mengurangi tahap kemiskinan. Orang yang
memiliki pendidikan yang baik cenderung untuk memiliki ekonomi yang baik dan dapat
membaiki status kewangan mereka. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, status sosioekonomi kekal menjadi penyumbang terbesar terhadap
keberhasilan pelajar di Malaysia dan perkara ini adalah sangat penting kepada kerajaan
untuk menghalang kenyataan bahawa prestasi akademik kanak kanak bergantung pada
pendapatan keluarga. Kementerian menyedari bahawa perbezaan dalam kedudukan
sosioekonomi menimbulkan halangan yang ketara untuk mencapai keseimbangan
dalam kejayaan dalam pendidikan dan semua orang berhak untuk mendapat pendidikan
yang sama rata atau juga dipanggil sebagai ekuiti dalam pendidikan. Masalah
kemiskinan merupakan penyebab berlaku jurang yang nyata di sosio-ekonomi.
Kemiskinan bukan sahaja berlaku di kawasan luar bandar tetapi di kawasan bandar
terdapat juga golongan yang berada di tahap pendidikan rendah kerana tidak mmpu
menampung kos sara hidup di bandar yang kian meningkat (Radzi, N.M. & Ahmad,
N.A., 2017).

Konsep ekuiti pendidikan adalah semua orang berhak mempunyai peluang yang sama
untuk mendapatkan pendidikan yang baik tanpa mengira latar belakang sosial, taraf
ekonomi, agama, etnik, jantina dan lokasi geografi mendapat akses pendidikan.
Kerajaan sedang berusaha untuk memberikan akses pendidikan kepada semua tanpa ada
yang tercicir tetapi terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi seperti terdapat
kawasan di Malaysia yang mungkin menghadapi ketidakseimbangan sumber untuk
mendapatkan peluang pendidikan yang berkualiti oleh kerana kawasan geografi yang di
luar bandar atau ceruk di pedalaman menyebabkan mereka tidak mempunyai
infrastruktur pendidikan dan fasiliti yang lengkap untuk meneruskan pembelajaran.
Oleh yang demikian, masalah keciciran pendidikan di kalangan fakir dan miskin masih
berterusan berlaku di Malaysia (Che Muda et al., 2023; Mohamad Zaki & Ab Rahman,
2019). Menurut kajian Che Muda et al., (2023), faktor keciciran pendidikan di kalangan

12
asnaf miskin adalah keluarga, personaliti, pengajaran dan pembelajaran di sekolah di
mana faktor-faktor ini yang menyumbang kepada permasalahan ketiadaan peluang
untuk menyambung pelajaran. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab seperti Lembaga
Zakat mampu memberikan sokongan penuh kepada pelajar yang kurang berkemampuan
melalui pelbagai program bantuan dan bantuan kewangan. Ini adalah satu usaha yang
sangat baik untuk membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat. Dana
zakat yang diagihkan memberikan kesan positif kepada kehidupan mereka dalam
meningkatkan peluang pendidikan sekaligus dapat menaikkan dasar ekuiti pendidikan
pelajar yang beragama islam ke tahap yang lebih tinggi (Radzi, N.M. and Ahmad, N.A.,
2017). Selain itu, langkah lain untuk meningkatkan ekuiti pendidikan di Malaysia
adalah dengan menyediakan program bantuan dan sokongan khas untuk pelajar dari
lapisan masyarakat yang kurang berkemampuan daripada segi ekonomi di mana pihak
sekolah akan mencipta persekitaran pendidikan yang inklusif dengan menyediakan
sokongan untuk pelajar terpinggir agar ketidakseimbagan pendidikan dan menangani
masalah jurang pendidikan. Langkah ini dapat merapatkan lagi jurang dalam pendidikan
yang merangkumi akses sama rata untuk mendapat pendidikan yang berkualiti,
memberikan dana untuk sekolah yang kurang bernasib baik seperti di kawasan luar
bandar atau pedalaman untuk menambahbaik insfrastuktur dan fasiliti sekolah
termasuklah kemudahan teknologi supaya pelajar dapat berjalan seiring dengan
kemajuan teknologi masa kini dan berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan apabila
tamat pembelajaran kelak.

13
5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan zakat Pendidikan


dari sudut sosial terhadap pelajar-pelajar di beberapa buah universiti. Sampel kajian
terdiri daripada 96 alumni dan pelajar di beberapa buah universiti yang terdiri daripada
responden lelaki dan perempuan. Kesemua responden ini pernah mendapat bantuan
Pendidikan sepanjang pengajian mereka dan merupakan alumni dan pelajar daripada 21
buah universiti.

Dapatan Kajian dikumpul menggunakan soal selidik daripada kajian Siti Nur
Azzyati binti Saharuddin, Amira Hakimah binti Halimi dan Nor Azatul Asya Nura binti
Mohd Zakaria (2020). Soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden. Maklumat
demografi ini termasuklah jantina, nama institusi pengajian, kursus pengajian di
universiti, tahun kemasukan dan status terkini alumni, sama ada bekerja, tidak bekerja
atau menyambung pengajian. Bahagian B pula merupakan soalan berkaitan tahap
keberkesanan bantuan Zakat pendidikan dari sudut sosial. Bahagian B ini terdiri
daripada 10 soalan yang dibina berdasarkan skala likert 3 mata, iaitu Setuju, Sederhana
dan Tidak bersetuju. Data dianalisis menggunakan analisis nilai min menerusi
Statistical Package for Sosial Science (SPSS).

14
6.0 HASIL KAJIAN

Analisis deskriptif bagi kajian ini melibatkan penggunaan min, frekuensi dan peratusan.

Hasil analisis dapatan kajian dihuraikan secara terperinci seperti berikut.

6.1 Demografi Responden Kajian

Hasil kajian yang diperolehi, mendapati seramai 96 responden telah menjawab dan
menghantar semula soal selidik menerusi ‘google form’. Majoriti responden yang
terlibat dalam kajian ini ialah Perempuan, iaitu sebenyak 77 (80.2%) berbanding
responden Lelaki sebanyak 19 (19.8%). Menerusi pecahan mengikut universiti pula,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah penyumbang terbanyak iaitu 28
(29.2%) responden dimana 27 (28.1) orang responden merupakan daripada Fakulti
Pendidikan. Penyumbang kedua terbanyak adalah 24 (25%) orang responden yang
merupakan pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Data mengikut tahun
kemasukan responden ke pengajian tinggi bagi tahun 2023 adalah 26 orang (27.1%),
2022 sebanyak 8 (8.3%) responden. Terdapat 5 (5.2%) orang responden pada setiap
tahun 2019, 2020 dan 2021. Seterusnya, pada 2018 sebanyak 21 (21.9%) responden,
2017 hanya 1 (1%) responden, 2016 sebanyak 3 (3.1%) responden, 2013 dan 2015
sebanyak 2 (2.1 %) responden. Pada tahun 2014 sebanyak 6 (6.3%) manakala pada
tahun 2012 dan sebelumnya iaitu (Lain-Lain tahun kemasukan) adalah sebanyak 12
(12.5%) responden. Bagi status semasa graduan dan pelajar pula, majoriti adalah 60
(62.5%) merupakan graduan yang telah bekerjaya, 24 (25%) merupakan graduan yang
sedang menyambung pengajian di institusi pengajian tempatan dan 12 (12.5%) graduan
yang tidak bekerja.

Demografi Kategori Responden Kekerapan Peratusan

Jantina Lelaki 19 19.8%

Perempuan 77 80.2%

15
Nama GMI 1 1%
Institusi
IPG 1 1%

IUKL 1 1%

KIAS 1 1%

Kolej UNITI 1 1%

UIAM 2 2.1%

UiTM 24 25%

UKM 28 29.2%

UMK 2 2.1%

UMT 1 1%

UniSHAMS 1 1%

UniSZA 1 1%

Universiti Al-Azhar 2 2.1%

UPM 2 2.1%

UPNM 2 2.1%

UPSI 3 3.1%

USIM 5 5.2%

USM 11 11.5%

UTem 4 4.2%

UTM 1 1%

UUM 2 2.1%

Kursus Ekonomi 2 2.1%

Ekonomi Rumah Tangga 1 1%

Elektronik Telekomunikasi 1 1%

16
Fiqh dan Takwa 1 1%

Kejuruteraan 1 1%

Kejuruteraan Mekanikal 1 1%

Kerja Sosial 1 1%

Keusahawanan 1 1%

Kewangan 4 4.2%

Komunikasi 1 1%

Pendidikan 27 28.1%

Pendidikan Islam Sekolah Rendah 2 2.1%

Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah 1 1%

Pengajian Bahasa Inggeris 2 2.1%

Pengurusan Awam 1 1%

Pengurusan Pemasaran Teknologi 1 1%

Pengurusan Sistem Pejabat 2 2.1%

Perakaunan 2 2.1%

Perbankan Islam 1 1%

Perniagaan Pemasaran 1 1%

Psikologi 2 2.1%

Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia 1 1%

Quran & Multimedia 1 1%

Sains 1 1%

Sains dan Ekonomi 1 1%

Sains Komputer 1 1%

Sains Pentadbiran 1 1%

Sains Sosial 1 1%

17
Sains Sukan 2 2.1%

Seni Halus 11 11.5%

Seni Kulinari 2 2.1%

Statistik 1 1%

Sumber Manusia 6 6.3%

Syariah 2 2.1%

Teknologi Maklumat 2 2.1%

Ukur Bahan 5 5.2%

Usuluddin 2 2.1%

Tahun Lain-Lain 12 12.5%


Kemasukan
2013 2 2.1%

2014 6 6.3%

2015 2 2.1%

2016 3 3.1%

2017 1 1%

2018 21 21.9%

2019 5 5.2%

2020 5 5.2%

2021 5 5.2%

2022 8 8.3%

2023 26 27.1%

Status Tidak Bekerja 12 12.5%


Semasa
Sambung pengajian 24 25%

18
Bekerja 60 62.5%

Sumber: Kajian Soal Selidik 2023

Jadual 1: Profil responden

6.2 Keberkesanan Agihan Zakat Pendidikan dari Sudut Sosial

Zakat pendidikan dilihat memberi kesan bukan sahaja dari sudut ekonomi bahkan juga
dari sudut sosial terhadap penerima zakat tersebut. Kajian ini dilakukan untuk melihat
sejauh mana zakat pendidikan memberi kesan kepada sudut sosial responden. Terdapat
10 elemen yang dikaji dalam kajian ini. Jadual 2 menunjukkan indikator keberkesanan
zakat pendidikan dari aspek sosial. Nilai min dalam jadual 2 menunjukkan bahawa zakat
pendidikan memberi impak terhadap aspek sosial responden. Kebanyakkan nilai min
berada pada purata min tinggi. Berdasarkan jadual 2, seramai 90 (93.8%) responden
bersetuju menerusi item 4, iaitu “Bantuan zakat pendidikan dapat membantu saya
mengukuhkan keharmonian dan kestabilan institusi keluarga saya”. Responden
merasakan dengan adanya bantuan zakat pendidikan membantu responden di mana
setiap ahli keluarga dapat diperkasa untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab
bersama dan saksama dalam aspek kekeluargaan, ekonomi, kerjaya dan kehidupan demi
meningkatkan kestabilan dan kesejahteraan hidup. Namun begitu, hanya seorang
(1.33%) responden sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Hal ini
menunjukkan bahawa semua penerima zakat pendidikan merasakan bantuan zakat
pendidikan amat membantu mengukuhkan keharmonian dan kestabilan institusi
keluarga mereka. Dengan jumlah responden yang tidak bersetuju tidak besar, iaitu
hanya (1.33%) sahaja dan ianya tidak sepatutnya mempengaruhi pengelola zakat dalam
membuat keputusan berkaitan dengan zakat pendidikan.

Menerusi 10 elemen yang dikaji, hanya dua indikator sahaja yang berada pada tahap
sederhana, iaitu “Bantuan zakat pendidikan dapat memberi peluang kepada saya untuk
menyumbang dalam bentuk wang kepada masyarakat” item 7 dengan nilai min
sederhana 2.66 dan “Bantuan zakat pendidikan dapat membantu saya mengubah taraf

19
kehidupan saya setelah tamat pengajian” item 10 dengan nilai min sederhana 2.74. Hasil
kajian ini secara keseluruhannya berada pada purata min tinggi 2.76. Di mana zakat
pendidikan dilihat dapat membantu para graduan dari sudut sosial. Item yang ada di
dalam kajian tidak terhad kepada sudut sosial selepas tamat pengajian sahaja tetapi juga
item dari sudut sosial semasa dalam pengajian.

Bil Pernyataan Keterangan Skala Sederhana Setuju Nilai Min

Tidak
Setuju

1. Bantuan Zakat pendidikan dapat 2 16 78 2.79


membantu saya mengawal
emosi sepanjang sesi 2.1% 16.7% 81.3%
pembelajaran.

2. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 4 15 77 2.76


membantu saya menjadi
manusia yang lebih baik. 4.2% 15.6% 80.2%

3. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 2 14 80 2.81


membantu saya belajar dengan
lebih tekun. 2.1% 14.6% 83.3%

4. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 1 5 90 2.93


membantu saya mengukuhkan
keharmonian dan kestabilan 1.0% 5.2% 93.8%
institusi keluarga saya.

5. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 2 18 76 2.77


membantu saya meningkatkan
keyakinan diri sepanjang sesi 2.1% 18.8% 79.2%
pembelajaran.

20
6. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 2 19 75 2.76
membantu saya mendapatkan
rawatan kesihatan yang lebih 2.1% 19.8% 78.1%
baik.

7. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 6 21 69 2.66


memberi peluang kepada saya
untuk menyumbang dalam 6.3% 21.9% 71.9%
bentuk wang kepada
masyarakat.

8. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 2 12 82 2.83


membantu saya menyumbang
kembali dalam bentuk tenaga 2.1% 12.5% 85.4%
untuk masyarakat.

9. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 0 8 88 2.92


membantu melanjutkan
pelajaran di peringkat yang lebih 8.3% 91.7%
tinggi seperti di Kolej
Matrikulasi atau Universiti
awam/swasta

10. Bantuan Zakat Pendidikan dapat 3 19 74 2.74


membantu saya mengubah taraf
kehidupan saya setelah tamat 3.1% 19.8% 77.1%
pengajian

Nota: ( ) nilai peratusan dari keseluruhan

Berdasarkan nilai skala 1= tidak setuju hingga skala 3=setuju

Sumber: Kajian Soal Selidik 2023

Jadual 2: Tahap Keberkesanan dari sudut sosial

21
7.0 PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, pengagihan bantuan zakat pendidikan kepada golongan pelajar


asnaf universiti di Malaysia memberi kesan yang positif kepada mereka. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana bantuan zakat pendidikan dapat membantu golongan
pelajar asnaf yang kurang bernasib baik dalam menyambung pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi. Bantuan zakat pendidikan memberi kesan yang positif kepada pelajar
kerana dapat membantu pelajar dalam membiayai keperluan belajar mereka,
pembiayaan yuran pengajian, pakaian dan sebagainya. Selain itu, dengan adanya
bantuan zakat tersebut ia juga dapat meringankan beban keluarga pelajar dalam
membiayai pengajian mereka. Berdasarkan dapatan kajian ini daripada jadual 2,
menunjukkan seramai 90 responden yang mewakili (93.8%) bersetuju menerusi item 4,
iaitu “Bantuan zakat pendidikan dapat membantu saya mengukuhkan keharmonian dan
kestabilan institusi keluarga saya”. Responden bersetuju bahawa bantuan zakat
pendidikan yang dilaksanakan memberi keberkesanan positif terhadap sosio ekonomi
pelajar. Selain itu, seramai 88 responden yang mewakili (91.7%) bersetuju bahawa
bantuan zakat pendidikan dapat membantu melanjutkan pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi seperti di Kolej Matrikulasi atau Universiti awam/swasta. Jika pelaksanaan
ini diteruskan dan ditambahbaik, maka ekuiti dalam pendidikan dapat dikekalkan.

Ekuiti dalam pendidikan di Malaysia dapat ditambah baik sekiranya setiap negeri di
Malaysia melaksanakan pengagihan bantuan zakat pendidikan kepada pelajar-pelajar
daripada golongan asnaf. Pusat bantuan zakat juga perlu memainkan peranan dalam
mengesan pelajar yang berpotensi dalam melanjutkan pengajian tetapi kurang
berkemampuan dari segi ekonomi untuk membiayainya. Oleh itu, cadangannya institusi
zakat yang bertanggungjawab boleh menjalankan bancian dengan melakukan
penjejakan golongan asnaf antaranya melalui aduan telefon di ibu pejabat, aduan
bertulis daripada penghulu, JKKK dan pengerusi qariah masjid. Pegawai institusi zakat
juga boleh menguar-uarkannya di media sosial berkenaan bantuan zakat yang
dilaksanakan. Dengan ini, masyarakat lebih senang untuk mendapatkan maklumat
terutama dari kalangan pelajar asnaf dan mereka boleh memperoleh lebih banyak info
terkini serta mendaftar untuk memohon bantuan zakat tersebut supaya pelajar yang
memerlukan bantuan tidak tercicir. Kementerian juga menyedari bahawa perbezaan
dalam kedudukan sosioekonomi masyarakat di Malaysia boleh menghalang pelajar

22
yang ingin menyambung pengajian mereka untuk mencapai keseimbangan dalam
kejayaan dalam pendidikan dan semua orang berhak untuk mendapat pendidikan yang
sama rata atau juga dipanggil sebagai ekuiti dalam pendidikan.

Selain itu, institusi zakat juga perlu mewujudkan laman sesawang di mana ia dapat
memudahkan pelajar asnaf untuk memohon bantuan zakat pendidikan untuk
menyambung pengajiannya di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana Muda
atau Phd. Cadangan seterusnya adalah pihak universiti perlu memainkan peranan dalam
melaksanakan pengagihan bantuan zakat kepada pelajar asnaf yang layak dan
memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan. Antaranya, seperti pengagihan bantuan zakat
melalui aplikasi e-wallet kepada pelajar yang memerlukan. Pengagihan bantuan zakat
melalui aplikasi e-wallet juga bagus untuk pelajar kerana pelajar dapat mengawal
perbelanjaan mereka dan menggunakan wang bantuan yang diperolehi itu untuk tujuan
yang tidak sepatutnya. Menurut (Hong, Y. et. al 2014), ianya sangat relevan kerana
setiap pelajar mempunyai telefon pintar dan akses internet di hujung jari amat berguna
dan mudah untuk digunakan di kalangan pelajar muda sekarang.

23
8.0 KESIMPULAN

Melalui dapatan kajian yang telah dijalankan, dapat disimpulkan disini betapa
pentingnya zakat dalam membantu meningkatkan sosial pelajar terutama dalam
mengukuhkan keharmonian dan kestabilan institusi keluarga. Selain itu, dengan
pelbagai inisiatif dari pihak zakat dapat memberikan sokongan moral dan motivasi
untuk mereka meneruskan pembelajaran di peringkat tertinggi. Dengan bantuan ini
juga, pelajar tanpa mengira latar belakang mendapat peluang pendidikan yang sama rata
seterusnya memberi keupayaan kepada mereka untuk mencapai potensi terbaik dalam
diri.

Bantuan zakat daripada mana-mana agensi haruslah diperkasakan lagi dengan kaedah-
kaedah yang lebih efektif supaya bantuan sampai kepada mereka yang betul-betul
memerlukan. Bantuan seperti ini diharapkan dapat diteruskan kerana ia memerikan
kesan positif kepada penerima dan menjadi kekuatan kepada anak-anak asnaf untuk
meneruskan pengajian di peringkat tertinggi. Dengan adanya bantuan seperti ini, bukan
sahaja dapat merubah kehidupan mereka tetapi kehidupan keluarga mereka pada masa
akan datang. Ini bagi memastikan anak-anak asnaf mendapat peluang pendidikan yang
sama rata seperti rakan sebaya mereka yang lain.

Kesimpulannya, institut zakat memainkan peranan yang tinggi dalam meningkatkan


ekuiti pendidikan diperingkat rendah mahupun diperingkat tinggi. Dalam masa yang
sama ia dapat membantu kerajaan merealisasikan dasar-dasar pendidikan terutama
dalam peningkatan sosial pelajar. Bantuan pendidikan yang diberikan dari wang zakat
dapat disalurkan dengan adil dan saksama kepada mereka yang memerlukan dan ini
menunjukan pusat zakat itu sendiri mengamalkan integriti serta akauntabiliti dalam
menyalurkan amanah rakyat kepada yang memerlukan.

24
RUJUKAN

Mohamad M. M. Z. & Azman A. R. (2019). PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT


PENDIDIKAN: KAJIAN DI ZAKAT PULAU PINANG (ZPP). Journal of
Fatwa Management and Research, Vol. 17 | No.2.
https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/download/279/209/481

Mohd, M., Ahmad, K., & Muhamad, N. (2020). BANTUAN ZAKAT KEPADA
ASNAF PELAJAR MENERUSI APLIKASI E-WALLET (KIPLEPAY):
ANALISIS DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. Azka International Journal
of Zakat & Social Finance, Vol. 1, No. 1.
https://media.neliti.com/media/publications/332777-bantuan-zakat-kepada-
asnaf-pelajar-mener-afcc6485.pdf

Mohamad Zaki, M. M., & Ab Rahman, A. (2019). Pengurusan Agihan Zakat


Pendidikan: Kajian di Zakat Pulau Pinang (ZPP). Journal of Fatwa
Management and Research, 141–184.
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.279

IBRAHIM, D. I. Zakat instrumen ekonomi Islam. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/111793/khas/pendapat/zakat-
instrumen-ekonomi-islam (2020, November 25)

Halimi, A. H. (2020). TAHAP KEBERKESANAN ZAKAT PENDIDIKAN DARI


SUDUT SOSIAL KAJIAN DI KPBKL. Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial Dan Kemanusiaan Ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian.
https://www.academia.edu/44884938/TAHAP_KEBERKESANAN_ZAKA
T_PENDIDIKAN_DARI_SUDUT_SOSIAL_KAJIAN_DI_KPBK

KAMARUDDIN, K. (2023, May 29). Maidam peruntukan RM68.1 juta bantuan zakat
pendidikan. Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/maidam-peruntukan-rm68-1-
juta-bantuan-zakat-pendidikan/

Rahim, M. S. Institusi zakat penting tangani isu kemiskinan murid. Fadhlina. Utusan
Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/institusi-zakat-
penting-tangani-isu-kemiskinan-murid-fadhlina/ (2023, October 30)

Radzi, N.M. and Ahmad, N.A. (2017). PERANAN ZAKAT DALAM


MENINGKATKAN EKUITI DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK MISKIN
BANDAR DI MALAYSIA. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, [online]
4(3), pp.1–13.
Available at: https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8464.

25
Wahid, H., Mohd Noor, M. A., Abdul Wahab, A., & Abdul Rahim, M. T. (2017).
Pengurusan zakat di malaysia: Satu pendekatan analisis gelagat (pp. 8–34).
Pusat Penyelidikan Ekonomi Dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM).
https://www.ukm.my/hairun/kertas%20kerja/Pengurusan%20zakat%20di%2
0Malaysia-Satu%20Pendekatan%20Analisis%20Gelagat.pdf

Hakim, A. R., Arif, S., & Baisa, H. (2018). PERAN ZAKAT DALAM
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI KOTA BOGOR (STUDI KASUS
PENDAYAGUNAAN ZAKAT BIDANG PENDIDIKAN DOMPET
PEDULI UMMAT DAARUT TAUHID CABANG BOGOR). Al-Infaq:
Jurnal Ekonomi Islam, 5(2), 243–272. https://doi.org/10.32507/ajei.v5i2.323

Ab Rahman, A., & Anwar, S. M. (2014). Zakat Pendidikan Kepada Golongan Asnaf
di Malaysia: Peranan dan Cabarannya Pada Masa Kini. Kipdf.com.
https://kipdf.com/zakat-pendidikan-kepada-golongan-asnaf-di-malaysia-
peranan-dan-cabarannya-pada-m_5b0fc17c7f8b9a7d018b45b1.html

Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Zakat: Satu Cabaran Teoritis. dlm. Abdul
Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir (Eds.), Zakat: Pensyariatan,
Pengekonomian dan Perundangan. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Mohd Asri, Z. A. (2010). Zakat berbaki atau kita kurang bijak membahagi. Diakses
pada September 22, 2010, daripada http://drmaza.com/home/?p=122

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2009). Pengagihan zakat
oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. In Seminar
Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid. (2005). Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya
Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal. Jurnal Ekonomi
Malaysia, Jil. 39, hlm. 57.

Mohamed Dahan Abdul Latif. (1998). Zakat management and administration in


Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

26

Anda mungkin juga menyukai