Anda di halaman 1dari 1

Konsep Elemen Merentas Kurikulum dan

Pembangunan Modal Insan


 Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan
modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia
ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,Pendidikan
Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan


Inovasi,Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum


diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai