Anda di halaman 1dari 13

PENDIDIKAN KHAS

APA ITU PENDIDIKAN KHAS?


• Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk
berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu
yang berpendidikan khas.
• Pendidikan khas bukan sahaja diketahui oleh mereka yang terlibat
bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap
lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah.
• Hal ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak
yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat
dikatikan dengan factor-factor tertentu
Objektif Pendidikan Khas
• Menyediakan peluang dan kemudahan Pendidikan khas untuk
murid-murid dengan keperluan khas
• Menyediakan Pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap
murid dengan keperluan khas
• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi
murid dengan keperluan khas
• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini
• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam
bidang Pendidikan khas
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS
1. Memperoleh peluang pekerjaan kepada murid yang
berkeperluan khas
• Pendidikan yang diberikan kepada murid berkeperluan pendidikan
khas adalah relevan berdasarkan keupayaan mereka supaya dapat
mengembangkan bakat dan potensi mereka
• Kemahiran yang dimiliki akan menjadi kelebihan bagi mereka
diterima bekerja dalam pelbagai bidang
• Menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan
kualiti hidup.
2. Melahirkan individu yang mampu berdikari
• Pendidikan yang diperoleh menyebabkan individu mampu
merancang dan menguruskan diri sendiri .
• Ini memberi impak yang positif dalam kehidupan mereka kelak.
Pelajar akan menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli
masyarakat serta boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat .
• Mereka berpeluang untuk berjaya pada masa depan terutamanya
yang berbakat jika minat mereka dirangsang dan diberikan peluang.
Kesannya , pelajar mampu menunjukkan kemajuan yang
memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku ,
komunikasi dan pencapaian akademik.
3. Memastikan peluang pendidikan yang setaraf mampu
disediakan kepada murid keperluan khas
• Pihak kerajaan harus memberikan peluang pendidikan yang sama
kepada semua murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan
mereka.
• Kurikulum pendidikan khas diubah suai bagi memenuhi keperluan
murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang
upaya.
• Dengan ini,murid keperluan khas ini dapat menguasai kemahiran asas
3M serta meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina tahap
keyakinan diri yang tinggi dan sikap yang positif terhadap
pembelajaran.
4. Membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
• Program transisi ke alam kedewasaan yang menekankan aspek
kekeluargaan , sosial , kemasyarakatan dan rekreasi membantu
golongan ini untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dan
memberi sumbangan kepada aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan
• Murid yang berkeperluan khas dapat menggunakan ilmu yang
dipelajari dan kemahiran yang dimiliki untuk melaksanakan aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan di tempat tinggalnya
5. Peningkatan kesempatan kerja

–Melalui pendidikan khas, individu dengan keperluan


khusus diberikan kesempatan untuk memperoleh
keterampilan dan pengetahuan yang relevan dengan
kerja yang perlu dilakukan.

-Hal ini membantu mereka mempersiapkan diri untuk


menjadi anggota produktif masyarakat dan memberi
sumbangan yang sesuai dengan ilmu yang dipelajari dan
kemahiran yang dimiliki
USAHA MEMBANTU GOLONGAN
BERKEPERLUAN KHAS
1.Usaha badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO)
• badanNGO akan memberikan bantuan kewangan dan peralatan pembelajaran
kepada golongan berkeperluan khas.
• NGO dapat menyediakan program biasiswa khusus bagi anak-anak atau remaja
dengan kebutuhan khusus supaya dapat membantu mereka dalam pembiayaan
kos sekolah, bantuan pendidikan khusus, atau bimbingan akademik.
• badan NGO juga akan memberi bantuan kepada golongan berkeperluan khas
dari segi peralatan.
• Mereka akan memberikan alat tulis ataupun peranti belajar yang dapat
membantu mereka dalam pendidikan.
2. Usaha ibu bapa/keluarga
• Ibu bapa menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju dan masa
depan anak-anak, justeru tidak harus mengharapkan bantuan luar semata-mata.
• Ibu bapa dan keluarga berperanan membentuk keperibadian anak-anak
berkeperluan khas supaya mereka tetap bersemangat dan tidak berasa rendah diri.
• Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, mereka seharusnya membentuk
kemahiran anak berkeperluan khas di rumah agar mereka mampu berdikari dan
menguruskan diri sendiri.
• Tidak semua golongan OKU mampu menguruskan diri mereka dengan sendiri
maka ibu bapa harus sentiasa sabar dan memberi sokongan, dorongan dan pujian
supaya mereka bersemangat untuk belajar kemahiran.
• Latihan dan bimbingan yang diberi di rumah mampu membina keyakinan diri serta
memberi kemahiran untuk merancang dan menguruskan diri golongan
berkeperluan khas kelak
3.Usaha guru / para pendidik berkeperluan khas
• perlu bijak merancang dan mengurus aktiviti pengajaran yang sesuai
mengikut kebolehan dan kemampuan murid masing - masing
• menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat
murid berkeperluan khas untuk meningkatkan keberkersanan proses
pengajaran dan pembelajaran
• guru pendidikan khas perlu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk
menghadapi karenah murid-muridnya
4.Usaha kerajaan​
• Membantu golongan berkeperluan khas dengan memberi
peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-
kemahiran dalam pelbagai bidang . ​
• Golongan berkeperluan khas diberi peluang mengikuti latihan
kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik,
membuat kek, keropok dan kraf tangan di institusi pendidikan
seperti sekolah menengah teknik dan vikasional.​
• Pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung
pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada golongan
berkeperluan khas.
• ​Kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kuota
pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
kepada golongan berkeperluan khas yang mendapat keputusan
yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia.
4.

Anda mungkin juga menyukai