Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK

1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini pendidikan merupakan aset yang utama dalam perlaksanaan
pembangunan Negara Malaysia. Mengikut tokoh John Dewey (1991), pendidikan adalah satu
proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu
pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya
dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Mengabaikan kepentingan pendidikan
ini, bererti mengekang pencapaian Negara dan menyekat keperluan individu sama ada untuk
kepentingan peribadi mahupun masyarakat.

Maka sehubungan ini pelbagai jurusan pendidikan diceburi oleh para guru bagi
mengembangkan kepakaran serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Tetapi pada abad ke-21 ini, terdapat isu dan trenda yang timbul berkenaan dengan guru tidak
terlatih dan tidak berkelayakan mengajar bidang di luar kepakaran mereka. Kini bidang yang
menjadi tumpuan utama dalam isu sebegini adalah bidang pendidikan khas.

Bidang pendidikan khas dianggap sebagai satu bidang yang kurang penting dan tidak
memberikan sebarang faedah dalam perkembangan Negara ke arah mencapai wawasan 2020.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan menurut Abdul Rahim Bin Talib (2007), semua
kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan
masing-masing. Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi
memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas.

1.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik
yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan
khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut pakar Gargiulo (2003),
"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi
keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan
kaedah pengajaran khusus".

Mengikut kementerian pelajaran Malaysia, setiap kelas pendidikan khas boleh merangkumi
murid pendidikan khas sebanyak 7 orang secara maksimum. Ini adalah kerana murid

1
pendidikan khas tidak boleh melebihi had bilangan kerana ia akan menyukarkan proses
pengajaran dan pembelajaran didalam kelas untuk berjalan dengan baik dan menyukarkan guru
untuk mengawal semua murid mengikut masalah ketidakupayaan mereka dan membimbing
mereka dengan penuh kesabaran dan ketelitian.

1.2 Definisi Murid Pendidikan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan


perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak
ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan
berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Menurut Mahmood Nazar (2000),
kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan
batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup
bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya.

Murid pendidikan khas boleh belajar disekolah rendah pada umur 7 hingga 14 tahun dan
harus berpindah ke sekolah menengah pada umur 14 hingga 21 tahun. Murid pendidikan khas
juga akan menduduki peperiksaan awam mengikut umur tertua mereka di sekolah tersebut.
Murid-murid pendidikan khas boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Hiperaktif,
Hipoaktif, Autisme, Lembam (Slow Learner), Cerebral Palsy, Masalah Pendengaran, Masalah
Penglihatan, Disleksi, Masalah Pertuturan dan sebagainya.

Antara ciri-ciri murid pendidikan khas adalah kurangnya kordinasi motor kasar dan motor
halus, kelewatan perkembangan kognitif, masalah pertuturan, pendengaran, penglihatan,
tingkah laku, tidak suka kepada perubahan, sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin,
penerimaan deria yang aneh, mempunyai perasaan rendah diri yang tinggi serta sebagainya.

Rajah 1 : Murid pendidikan khas yang terdiri daripada pelbagai jenis.

2
1.3 Definisi Guru Pendidikan Khas

Guru pendidikan khas adalah pendidik yang merancangkan aktiviti pengajaran yang
sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan motor kasar dan motor halus
murid disamping menyampaikan ilmu serta mengajar mereka untuk hidup berdikari. Kaedah
pembelajaran yang baharu harus dikemaskini dari semasa ke semasa oleh guru pendidikan
khas mengikut masalah yang dihadapi oleh murid kurang upaya apabila penambahbaikkan
diperlukan. Guru pendidikan khas diamanatkan untuk mengurangkan kecacatan murid
pendidikan khas semungkin yang boleh.

Setiap guru pendidikan khas diberikan elaun khas bernilai Rm 150.00 setiap bulan.
Elaun khas ini diberikan kepada guru bagi tujuan ia digunakan untuk membeli bahan-bahan
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai mengikut kecacatan murid
murid kurang upaya di dalam kelas. Juga ada sesetengah sekolah yang mendapat bantuan
pembantu guru pendidikan khas manakala ada yang tiada. Setiap guru pendidikan khas
sepatutnya diberikan seorang atau dua orang pembantu bergantung kepada bilangan murid
pendidikan khas bagi menjaga keselamatan murid dan membantu guru sewaktu sebarang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Memetik kata-kata Cikgu Lee Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota dalam
Kosmo terbitan (2008), beliau menyatakan bahawa beliau pernah ditendang dan diludah oleh
kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya mendidik akhirnya kanak-kanak tersebut
semakin mendengar kata dan berkelakuan baik.

2.0 Isu dan Trenda Guru Tidak Terlatih dan Tidak Berkelayakan Mengajar Murid
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Rendah.

2.1 Definisi Isu dan trenda

Menurut sumber Wikipedia Ensiklopedia bebas (2013), isu merupakan satu persoalan
mengenai sesu perkara yang telah wujud dan mempunyai impak positif atau negatif serta
seharusnya dianalisis. Manakala mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2012), trenda
bermaksud arah aliran yang menunjukkan perkembangan atau pergerakan. Maka dalam hal ini,
ia menitikberatkan masalah guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah rendah.

3
2.2 Isu dan Trenda
a) Guru yang tidak boleh memberikan komitmen yang penuh kepada murid
pendidikan khas
Guru yang tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang pendidikan khas,
melibatkan diri dalam mengajar murid pendidikan khas secara sepenuh masa. Apabila guru
tidak terlatih dan tidak bekelayakan sebegini mengajar murid pendidikan khas, disebabkan
kurangnya pengetahuan dan pengalaman mereka menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran tidak berkesan dan ada sebahagian guru yang berasa tidak selesa bersama
dengan murid pendidikan khas. Perasaan kurang selesa sebegini akan menyebabkan guru
tersebut memulaukan murid pendidikan khas daripada berinteraksi dengan penuh kasih dan
sayang dengan mereka.

Maka guru yang tidak terlatih dan tidak mempunyai sebarang pengalaman berkaitang
dengan bidang pendidikan khas tidak akan dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya
dalam mengajar murid pendidikan khas bermasalah pembelajararan sebaliknya gagal mengajar
dengan baik, gagal memenuhi keperluan anak murid pendidikan khas, dan melahirkan ramai
guru pendidikan khas yang hanya makan gaji tetapi mempunyai komitmen lain seperti
perniagaan dan sebagainya.

Ini menggambarkan guru-guru tersebut sebagai pendidik yang tidak mamapu berbuat
apa-apa dan hanya menunggu masa untuk balik sahaja dengan perasaan yang kosong dan
minda yang kosong dan tidak membuat sebarang kebaikan untuk murid-murid tersebut.

b) Guru yang gagal mengawal murid pendidikan khas

Guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran, akan mengadapi masalah yang serius dalam mengawal anak murid mereka di
dalam kelas. Seperti guru pendidikan khas tahu, murid pendidikan khas memerlukan kaedah
dan strategi yang pelbagai dan berbeza dalam mengawal tingkah laku, perasaan dan emosi
mereka daripada memberontak. Jikalau murid-murid tersebut tidak dikawal menggunakan
kaedah yang sepatutnya maka mereka akan mulai membuat perangai dan berkeliaran di dalam
dan di luar kelas dengan menjerit dan naik radang.

Tetapi apabila guru yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai pendidikan
khas mulai mengajar murid pendidikan khas, guru tersebut akan gagal mengawal anak
muridnya apabila mereka membuat hal. Perkara sebegini akan membahayakan anak murid

4
disamping membahayakan guru itu sendiri. Sebagai seorang guru pendidikan khas, mereka
harus tahu untuk mengawal anak murid mereka daripada mencederakan diri sendiri dan orang
lain. Tetapi isu guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid pendidikan khas
hanya meningkatkan risiko kemalangan dikalangan murid pendidikan khas di dalam kelas dan
membahayakan setiap murid disekelilingya.

Guru-guru tersebut tidak berupaya mengawal anak murid pendidikan khas mereka
sebaliknya meningkatkan lagi tekanan emosi murid tersebut dengan memarahi mereka dan
memukul mereka. Setiap murid pendidikan khas harus dikawal dengan penuh kasih sayang
ataupun menggunakan teknik peneguhan yang sepatutnya mengikut tingkah laku mereka.
Tetapi disebabkan adanya guru-guru sebegini maka murid-murid tersebut tidak dapt
ditenangkan dan hanya dikurung untuk berjam-jam ataupun dipukul atau dimarah bagi
mendiamkan diri mereka

c) Guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang efektif

Jikalau dibandingkan dengan guru aliran perdan dan guru pendidikan khas, guru
pendidikan khas mesti menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, kaedah dan strategi
mengajar, mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menerapkan pelbagai
unsur terapi bagi merangsang pergerakan motor kasar dan halus murid.

Tetapi apabila guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid pendidikan
khas, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan hanya sekadar menggunakan
buku latihan ataupun lembaran kerja. Malahan kumpulan guru sebegini sangat terhad
pengalamannya kerana semua kerja yang sepatutnya menjadi tugas seorang guru pendidikan
khas di serahkan kepada pembantu pengurusan murid. Maka lahirlah guru-guru yang tidak
berkualiti dan tidak mampu menguruskan murid dan kelas pendidikan khas dengan baik.

Apabila guru menjalankan kelas hanya sekadar menggunakan helaian kertas dan buku
berbentuk latihan, maka murid pendidikan khas akan mudah menjadi jemu dan mulai
memberontak apabila guru mengajar. Ini adalah kerana setiap murid pendidikan khas
memerlukan memerlukan teknik pengajaran yang berbeza, kreatif dan menarik. Melalui ini
mereka akan menumpukan perhatian seboleh mungkin dan lebih proses pengajaran dan
pembelajaran akan berlangsung dengan efisien.

5
Tidak ketinggalan guru-guru yang sedemikian kurang berjaya mengaplikasikan strategi
dan pendekatan yang sesuai dengan murid pendidikan khas. Mereka cepat berputus asa
dengan murid dan bersikap kurang sabar serta cepat jemu. Maka oleh sebab itu guru-guru ini
lebih fokus pada tugas-tugas lain seperti kokurikulum dan sebagainya.

Rajah 2 : Guru pendidikan khas yang mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan alat bantu mengajar.

d) Guru yang tidak menjalankan kelas mengikut jadual

Isu dan trenda guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid pendidikan
khas semakin menular dikalangan dunia pendidikan. Maka isu tersebut harus dipandang serius
oleh setiap warga pendidik agar masa depan kanak-kanak kurang upaya tidak terjejas dan
mereka gagal belajar menguruskan diri sendiri berdikari tanpa bergantung kepada bantuan
orang lain.

Guru yang dikatakan tidak professional dan tidak layak mengajar murid pendidikan khas,
selalunya tidak menjalankan kelas ataupun proses pengajaran dan pembelajaran mengikut
jadual waktu yang telah diperuntukkan oleh pihak sekolah rendah. Ini adalah kerana mereka
menganggap murid-murid pendidikan khas, tidak memerlukan masa yang banyak untuk diajar
tentang sesuatu perkara. Kelas berkaitan dengan mata pelajaran teras tidak dijalankan bagi
murid sebalikya selalu diberikan aktiviti mewarna dan kraf tangan.

Aktiviti mewarna dan kraf tangan sepatutnya hanya diberikan kepada murid-murid
tersebut apabila mereka sudah letih belajar dan memerlukan aktiviti yang ringan untuk
melegakan minda serta emosi mereka. Tetapi guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan,
memberikan aktiviti-aktiviti ini kepada murid-murid tersebut pada setiap hari dan sepanjang
masa dengan tanggapan asalkan murid tersebut berada di dalam kelas dalam keadaan yang
senyap dan tidak mengganggu guru adalah mencukupi.

6
e) Guru yang kekurangan kemahiran dan ilmu pengetahuan pendidikan khas

Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid pendidikan khas bukan sahaja banyak
mempengaruhi kesediaan murid dalam menerima pembelajaran malah juga melibatkan
kemahiran guru itu sendiri. Ia harus difahami bahawa kepelbagaian kecacatan murid pendidikan
khas merangkumi masalah sensori, neuorologi, psikologi dan tingkah laku dalam mereka.
Tidak untuk menafikan hak murid tersebut untuk belajar, namun ia adalah mustahil bagi
seorang guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan serta sangat terhad kemahirannya
untuk membimbing murid yang mengalami kepelbagaian masalah kurang upaya sewaktu dalam
kelas ataupun luar daripada kelas.

Disebabkan adanya guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid
pendidikan khas, maka murid-murid tersebut tidak diberikan ubat-ubatan yang sepatutnya tepat
pada masa dan dibiarkan begitu sahaja. Disebabkan ini murid-murid pendidikan khas mulai
membuat perangai di dalam kelas dan bertindak agresif dengan memecakan barangan di dalam
kelas dan mengganggu atau memukul orang lain.

Kanak-kanak pendidikan khas sepatutnya dibawa luar daripada kelas pada masa-masa
yang tertentu bagi membolehkan mereka menghirup udara segar dan menenangkan minda dan
emosi mereka. Tetapi disebabkan guru sebegini mengajar pendidikan khas, mereka bertindak
mengurung murid di dalam kelas sepanjang hari dengan tidak mengambil sebarang inisiatif
untuk memberikan pengalaman yang baharu kepada murid dan meningkatkan tahap kognitif
serta merangsang pergerekan murid-murid tersebut.

Guru pendidikan khas adalah warga pendidik yang arif mengenai tahap kesihatan,
tabiat, kelakuan, kegemaran, ketidaksukaan dan kenakalan muridnya dengan mendalam.
Tanpa mengetahui jenis-jenis dan ciri-ciri murid pendidikan khas maka ia adalah mustahil bagi
sebarang guru menjaga murid tersebut dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

3.0 Definisi Cara dan Strategi

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), maksud perkataan Cara adalah inisiatif
mengatasi atau menyelesaikan sesuatu. Berdasarkan isu dan trenda guru tidak terlatih dan
tidak berkelayakan mengajar pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah rendah.
Manakala mengikut sumber yang sama, Strategi bermaksud idea penyelesaian ataupun
cadangan bagi memperbaiki ataupun meningkatkan sesuatu.

7
3.1 Cara Menangani Isu dan Trenda Guru Tidak Terlatih dan Berkelayakan Mengajar
Pendidikan Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Rendah

a) Guru harus diberikan pendedahan awal mengenai konsep pendidikan khas

Isu guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran harus dibendung dengan secepat mungkin agar trenda ini tidak
berkembang menjadi masalah yang besar dan membebankan murid pendidikan khas pada
masa depan.

Maka guru sedemikian harus diberikan pendedahan awal mengenai konsep pendidikan
khas. Melalui cara ini, guru-guru tersebut akan mengikuti kuliah pendidikan khas untuk suatu
tempoh yang tertentu sebelum memasuki kelas pendidikan khas disekolah dan mulai mengajar
murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Setiap guru yang mengikuti kuliah ini, akan
diberikan definisi kelas, murid dan guru pendidikan khas. Mereka akan didedahkan dengan
jenis-jenis dan ciri-ciri murid pendidikan khas disamping menjelaskan tanggungjawab yang
harus dipikul oleh setiap guru pendidikan khas.

Melalui cara ini, guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan akan mendapat gambaran
yang meluas tentang bidang pendidikan khas dan betapa pentingnya tanggungjawab seorang
guru pendidikan khas dalam menjaga, mengajar dan meningkat tahap kognitif serta fizikal anak
murid pendidikan khas mereka. Guru-guru sedemikian harus diberi pendedahan mengenai
kanak-kanak kurang upaya merupakan anak-anak daripada syurga dan dianggap sebagai
sangat istimewa. Maka setiap murid pendidikan khas harus dibimbing dengan penuh kasih dan
sayang oleh gurunya dalam mengajar perkara-perkara yang asas kepada mereka.

Justifikasi

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Maka
berlandaskan falsafah pendidikan khas tersebut, prinsip Pendidikan sepanjang hayat telah
diaplikasikan dalam cara menangani diatas.

Prinsip ini menekankan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam


persekolahan yang dapat menjana penguasaan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam

8
kehidupan seharian. Maka prinsip ini akan memastikan guru tidak terlatih dan tidak
berkelayakan untuk mengetahui tentang latar belakang pendidikan khas dan menambah ilmu
pengetahuan mereka berkaitan dengan bidang tersebut agar kelak mereka boleh mengajar
murid pendidikan khas dengan lebih yakin dan jujur berdasarkan prinsip tersebut.

Berdasarkan prinsip tersebut, guru-guru sedemikian akan mengikuti kuliah pendidikan


khas untuk suatu tempoh yang tertentu sebelum masuk kelas pendidikan khas disekolah dan
mulai mengajar murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

b) Guru harus diadakan ujian dan ditapis mengikut tahap pengetahuan mereka dalam
bidang pendidikan khas

Sebagaimana kita semua tahu, seorang guru pendidikan khas harus tahu akan setiap
jenis masalah kanak-kanak pendidikan, ciri ciri masalah tersebut serta cara mengatasi
ataupun mengurangkan kecacatannya. Perkara ini menjadi perkara yang paling asas dalam
menjadi seorang warga pendidik pendidikan khas.

Maka bagi guru-guru yang tidak mempunyai sebarang kelulusan pendidikan khas,
mereka harus diadakan ujian berkaitan dengan jenis-jenis dan ketegori murid yang tergolong
dalam istilah pendidikan khas serta cara mengatasi ataupun mengurangkan kecacatan murid-
murid tersebut. Bagi guru-guru yang tidak dapat lulus dalam ujian tersebut mereka harus
diberhentikan daripada mengajar murid pendidikan khas dengan serta merta. Melalui ini tahap
pengetahuan guru-guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan dalam mengajar pendidikan
khas dapat dikenalpasti dan dikurangkan bilangannya daripada terus mengajar murid
pendidikan khas mengikut kesenangan mereka dan menjadikan murid kurang upaya sebagai
mangsanya.

Tugas mengajar murid pendidikan khas hanya akan diberikan kepada guru yang
mempunyai kelulusan dalam opsyen pendidikan khas ataupun bagi guru-guru yang berjaya
lulus dalam ujian dan ditapis mengikut tahap pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan
khas bermasalah pembelajaran.

Justifikasi

Cara menangani diatas telah dicadangkan berdasarkan teori behaviourisme dalam


perspektif tokoh E. L. Thorndike (1874-1949). Beliau percaya bahawa rangkaian antara rangsangan
dengan gerak balas dapat dikekalkan dalam ingatan manusia. Beliau merupakan ahli psikologi pertama

9
yang memperkenalkan konsep ganjaran (pengukuhan) dalam pembelajaran. Berdasarkan prinsip
Thorndike yang kedua iaitu ialah hukum latihan, yang menyatakan bahawa semakin banyak
rangsangan yang dipraktikkan maka semakin kuat gerak balas tersebut. Sebaliknya, jikalau
rangkaian rangsangan tersebut tidak dipraktikkan maka gerak balasnya juga akan menjadi
lemah.

Prinsip ini telah diaplikasikan dalam cara diatas, apabila guru sedemikian akan diberikan
ujian sebagai Rangsangan dan ditapis pengetahuan mereka berkaitan dengan bidang
pendidikan khas. Bagi guru-guru yang tidak terlatih dan berkelayakan tersebut, mereka akan
berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan konsep pendidikan khas sebagai
Gerak balas demi mendapatkan Ganjaran iaitu pekerjaan tetap sebagai guru yang mengajar
kelas pendidikan khas.

Sejajar dengan teori behaviouris Thorndike iaitu Rangsangan, Gerak balas dan
Ganjaran akan diberikan bagi setiap tingkah laku yang positif yang diingini. Maka dalam hal ini
tindakan guru yang berusaha untuk lulus dalam ujian penapisan akan diberikan ganjaran
sebagai pekerjaan guru pendidikan khas yang tetap manakala yang gagal akan diberhentikan
perkhidmatannya.

c) Guru harus dipantau oleh guru penolong kanan pendidikan khas ataupun guru besar
sekolah

Bagi menangani isu dan trenda guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar
murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah rendah, maka guru-guru tersebut
harus dipantau dengan kerap oleh guru penolong kanan pendidikan khas ataupun guru besar
sekolah.

Tindakan ini akan mencegah guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan daripada terus
mencuri tulang dan menjalankan proses pengajaran serta pembelajaran bagi murid pendidikan
khas mengikut kesenangan hati mereka. Jikalau setiap kelas guru sedemikian dipantau dan
dinilai oleh guru penolong kanan pendidikan khas ataupun guru besar sekolah rendah, maka
guru sedemikian akan mempunyai perasaan takut untuk tidak mengubah jadual waktu kelas
pendidikan khas ikut kesukaan mereka sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjalankan
proses pengajaran dan pengajaran bagi murid pendidikan khas dengan lebih terancang dan
ikhlas.

10
Justifikasi

Cara menangani diatas telah dipelopori berdasarkan Teori Humanistik oleh tokoh Gagne
dan Berliner (1991). Pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap
individu dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran
yang berbeza.

Maka berdasarkan cara menangani diatas, guru akan dipantau oleh guru penolong
kanan pendidikan khas ataupun guru besar demi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi murid pendidikan khas dijalankan dengan baik. Objektif asas teori
humanistik ialah mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang diajari, telah diaplikasikan dalam cara diatas. Apabila guru yang tidak terlatih dan
tidak berkelayakan dimaklumkan bahawa akan terdapatnya pemantauan setiap kali mereka
mengajar murid pendidikan khas, maka mereka akan berusaha untuk mengajar dengan lebih
baik disamping bersikap bertanggungjawab dalam merancang setiap aktiviti bagi murid
pendidikan khas tersebut.

Melalui ini proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan menjadi lebih
teratur dan dijamin oleh guru sedemikian kerana setiap aktiviti telah dikembangkan diatas
keupayaan mereka sendiri dengan penuh tanggungjawab. Juga berdasarkan objekif teori
humanistik, guru sedemikian akan mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah mereka.
Ini adalah kerana mereka akan mulai menerokai dunia pendidikan khas untuk mendapatkan
idea yang pelbagai bagi mengajar murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran kelak,
sewaktu pemantauan.

Rajah 3 : Guru yang mengajar kelas pendidikan khas dipantau oleh guru pembimbing iaitu guru penolong kanan
pendidikan khas.

11
3.2 Strategi Menangani Isu dan Trenda Guru Tidak Terlatih dan Berkelayakan Mengajar
Pendidikan Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Rendah

a) Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka program,
kursus atau bengkel pendidikan khas

Bagi meningkatkan profesionalisma guru-guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan


mengajar murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran, pihak sekolah, Pejabat Pelajaran
Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka program-program atau kursus serta
bengkel bagi menambah input-input yang sesuai dengan program pendidikan khas. Ianya juga
perlu dilihat dari aspek agama atas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada
golongan guru pendidikan khas. Guru perlu memiliki pengetahuan profesional yang sederhana
bagi melaksanakan tugas sebagai seorang guru pendidikan khas dengan jayanya.

Pengetahuan profesional ini adalah diperlukan bagi memandu pemikiran guru-guru tidak
terlatih, tidak berkelayakan dan tidak mempunyai pengalaman langsung agar berkelakuan baik
dan penyayang di dalam kelas pendidikan khas serta membuat keputusan tentang aktiviti
pembelajaran dan pengajaran, kurikulum serta pengurusan fizikal dan mental bilik pendidikan
khas mengikut tahap keupayaan murid pendidikan khas tersebut.

Justifikasi

Stategi menangani diatas telah dicadangkan berdasarkan prinsip pengurusan tingkah


laku iaitu Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus. Prinsip pengurusan tingkah
laku selalunya ditujukan kepada murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku dan
memerlukan perhatian yang lebih secara individu.

Tetapi berdasarkan strategi menangani diatas ia ditujukan kepada guru tidakerlatih dan
tidak berkelayakan mengajar pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah rendah. Guru
sedemikian harus diberikan program atau kursus dan bengkel bagi menambah input-input yang
sesuai dengan program pendidikan khas sebelum mereka diberi kebenaran untuk mula
mengajar kanak-kanak pendidikan khas. Prinsip Semua tingkah laku adalah dirangsang secara
khusus telah diaplikasikan apabila guru sedemikian diberikan segala program dan kursus
sebagai rangsangan secara khusus iaitu hanya bagi guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan
mengajar pendidikan khas masalah pembelajaran.

12
Tingkah laku guru seterusnya yang akan mempunyai pendedahan mengenai bidang
pendidikan khas dan mengajar murid pendidikan khas adalah akibat daripada rangsangan yang
diterimanya iaitu segala program, kursus dan bengkel. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori
behavioris. Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan
terhadap tingkah laku tersebut.

b) Guru harus sentiasa mengemaskini perkembangan dalam bidang kepakaran


pendidikan khas dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas

Guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan yang mengajar kelas pendidikan khas
masalah pembelajaran, disarankan mengamalkan ciri-ciri penyelidikan profesion yang sentiasa
berkembang. Penyelidikan membawa kepada inovasi dalam pendidikan diri seorang guru yang
profesional. Guru-guru tersebut perlu menganjak dan mengubah paradigma melalui amalan
penyelidikan yang kukuh.
Guru sedemikian perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang
mencukupi sebagai seorang guru pendidikan khas. Antara pengetahuan minimum itu ialah
pengetahuan isi kandungan sukatan pendidikan khas, pengetahuan kurikulum pendidikan khas,
pengetahuan pedagogi pendidikan khas, pengetahuan tentang jenis murid pendidikan khas dan
ciri-ciri mereka, falsafah pendidikan khas, serta matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan
khas.
Hanya jikalau mereka mempunyai pengetahuan mengenai segala perkara tersebut,
maka mereka akan dapat menjalankan kewajipan mereka sebagai seorang guru pendidikan
khas dan tidak semata-mata memasuki kelas pendidikan serta kekal menjadi guru tidak terlatih
dan tidak berkelayakan dalam mengajar pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah
rendah.

Justifikasi

Strategi menangani diatas telah disyorkan diatas dasar Teori Pembelajaran Kognitif oleh
tokoh Jean Piaget (1896-1980). Teori kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang
melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Maka strategi menangani diatas telah
disyorkan berdasarkan implikasi teori kognitif iaitu guru perlu bersedia dengan bahan-bahan
yang dapat merangsang minda murid dan sentiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan
dijalankan. Melalui ini guru sedemikian akan mengambil tahu tentang pedagogi pendidikan
khas, jenis murid pendidikan khas. Kurikulum pendidikan khas dan sebagainya. Hanya dengan

13
mengetahu kesemua ilmu ini, guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan akan mampu
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menggembirakan murid
pendidikan khas.
Selain itu, teori kognitif juga telah menggariskan bahawa keadah pembelajaran secara
koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran. Maka bagi
merealisasikan kenyataan ini guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan mesti berusaha
untuk mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar murid pendidikan khas mengikut
perkembangan teknologi dan pendidikan pada masa kini agar proses pengajaran dan
pembelajaran mereka berjaya dilaksanakan.

c) Pengambilan guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan harus diperketatkan

Bagi membanteras isu dan trenda guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan daripada
mengajar kelas pendidikan bermasalah pembelajaran, pemilihan dan pengambilan guru-guru
sedemikian perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti, minat, latar
belakang dan kegiatan luar. Ini akan memberi ruang kepada institut pendidikan guru bagi
membentuk insan guru pendidikan khas yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar
pendidikan khas yang tertakhluk dibawah kementerian pelajaran Malaysia.
Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi
memastikan guru sedemikia yang mengajar pendidikan khas menjalankan tugas mereka dalam
mendidik kanak-kanak pendidik khas dengan penuh dedikasi dan telus. Pemantauan perlu
dijalankan secara sistematik dan berterusan supaya guru tersebut sentiasa berusaha dengan
lebih cemerlang dan berkualiti.
Juga suatu tempoh masa harus diberikan kepada para guru tidak terlatih dan tidak
berkelayakan yang mengajar kelas pendidikan khas bagi mendapatkan ilmu pedagogi berkaitan
dengan bidang pendidikan khas. Mereka perlu diberi tempoh masa yang tertentu supaya
mereka dapat mempelajari teknik-teknik dan pendekatan pengajaran yang betul dan sesuai
mengikut kebolehan serta tahap keupayaan murid pendidikan khas.

Justifikasi

Bagi menghalang isu dan trenda guru tidak terlatih dan tidak berkelayakan mengajar
pendidikan phas bermasalah pembelajaran maka strategi diatas telah dicadangkan. Strategi di
atas telah dicadangan berdasarkan dapatan ilmiah iaitu jurnal yang bertajuk Standard

14
Komptensi Guru Malaysia oleh Saedah Siraj (2012). Jurnal tersebut telah jelas menyatakan
bahawa setiap guru di Malaysia memerlukan beberapa jenis kompetensi iaitu ketrampilan untuk
mewujudkan modal murid yang sangat konsisten dan mempunyai tingkat kefungsian yang tinggi
dan berkualiti.
Maka strategi menangani diatas iaitu dimana pengambilan guru tidak terlatih dan tidak
berkelayakan harus diperketatkan agar bidang pendidikan khas tidak diceburi semata-mata oleh
kesemua guru tetapi hanya guru yang mempunyai Kompetensi kandungan, Kompetensi
pedagogi, Kompetensi organisasi, Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi, Kompetensi
perkembangan dan pertumbuhan personal dalam bidang pendidikan khas seperti yang
terdapat dalam jurnal tersebut.
Jurnal tersebut telah menyatakan bahawa seorang guru yang profesional akan
mempunyai nilai, amalan dan hubungan yang profssional dalam dimensi kerjayanya
berdasarkan tahap ilmu pengetahuan dan penglibatannnya secara profesionalisme. Maka
pengambilan guru yang tidak terlatih dan tidak berkelayakan dalam mengajar murid pendidikan
khas harus diperketatkan lagi mengikut tahap ukuran mereka sebagai seorang guru pendidikan
khas yang professional dan mempunyai segala kompetensi diatas.

15
4.0 Penutup

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yangdisediakan untuk


murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan
sistem pendidikan Negara kita. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama
memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan
dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang
kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.

Melalui termeterainya dua dasar tersebut maka ia menjadi kewajipan setiap guru
pendidikan khas untuk memberikan yang terbaik kepada murid pendidikan khas ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dan menjaga murid tersebut dengan penuh kasih dan sayang.
Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah, hasil interaksi yang negatif
dan pengalaman yang tidak konstruktif berbanding dengan murid normal. Maka bagi mengubah
konsep kendiri murid berkeperluan khas tersebut, usaha guru pendidikan yang berterusan serta
gigih amat diperlukan.

Bagi mendidik murid pendidikan khas ia adalah amat penting agar guru tidak terlatih dan
tidak berkelayakan tidak mengajar murid tersebut dengan sewenang-wenangnya. Tugas
sebagai seorang guru pendidikan harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan tidak
diendahkan begitu sahaja. Bagi mengurangkan kecacatan murid pendidikan khas ia menjadi
tanggungjawab guru seperti saya untuk melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan jujur
serta bersyukur untuk menolong kanak-kanak kurang upaya untuk hidup berdikari.

Rajah 4 : Murid pendidikan khas yang gembira dan terdiri daripada masalah pembelajaran bersama dengan guru
pendidikan khas.

16

Anda mungkin juga menyukai