Anda di halaman 1dari 24

Sekolah Kondusif

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sansekerta iaitu buddhayah, yang
merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan
dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture, yang berasal
dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Ia juga diertikan sebagai mengolah
tanah atau bertani.
Dalam kehidupan seharian, orang ramai sering bertemu dengan perkataan budaya atau
kebudayaan. Ini kerana budaya atau kebudayaan tidak dapat dipisahkan dengan diri seseorang
sejak dilahirkan. Mengikut Kamus Dewan (1993), kebudayaan bermaksud keseluruhan cara
hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan
dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban
dan kemajuan. Kebudayaan boleh dicirikan sebagai:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Cara-cara hidup yang diamalkan secara turun-temurun dalam

sesebuah masyarakat.
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Berkait rapat dengan kemajuan masyarakat.

Dengan mencipta kebudayaan, manusia dapat melindungi daripada ancaman dan malapetaka.
SEKOLAH
Sekolah (daripada Bahasa Greek - scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat
yang berfungsi untuk memberikan ilmu kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di
situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT)
atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga
pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.
Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula
dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.
Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya
di Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar tersebut
boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagai home-schooling.
Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem
ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap

negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing
dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah,
disenaraikan.
1.1 Sekolah-sekolah di Malaysia
Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah seperti:
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sekolah pondok - sekolah agama di kampung
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sekolah atap - sekolah kampung yang beratap daun nipah.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sekolah bestari - sekolah moden dengan infrastruktur yang

bagus
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sekolah berasrama penuh - sekolah menengah untuk pelajar

yang pintar dan ia ditaja oleh kerajaan

Sekolah khas - sekolah untuk pelajar istimewa.


DefinisiBudaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya,
praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi
kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara
pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau
bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.
Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar
manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu
kumpulan.
1.BUDAYA SEKOLAH

Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman".
Robbins
dan
Alvy
(1995)
pula
meluaskan
definisinya
sebagai "This
inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend
time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and
behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other;

the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting
collaboration and collegiality."
Roucek dan Warren (1979) melihat kebudayaan adalah satu cara hidup yang
dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk hidup,
meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara tersebut adalah
seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pola organisasi sosial, cara tingkah laku yang
dipelajari, ilmu pengetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan
manusia. Oleh itu, kebudayaan adalah sumbangan manusia kepada alam sekelilingnya.
Manakala Noran Fauziah (1987) merumuskan budaya sebagai satu takrifan yang komprehensif
bahawa kebudayaan itu dipelajari dan diturunkan kepada generasi baru secara artifak, ilmu
pengetahuan, kepercayaan, nilai dan harapan masyarakat yang memberi panduan kepada ahliahlinya tentang bagaimana menghadapi masalah.
Sharifah (2000) memetik pendapat Reid dan Holly (1988), melihat budaya sekolah ialah hasil
daripada cara individu di sekolah berinteraksi, bagaimana mereka berkelakuan antara satu sama
lain dan harapan mereka untuk hidup dengan harmoni antara satu sama lain. Budaya sekolah
juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hidup warganya dari segi kemajuan akademik,
sosial dan personal yang dicapai oleh individu di sekolah.
Seperti mana yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh ini, kita dapat lihat bahawa budaya
adalah sesuatu yang diwarisi atau diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Agen
yang memperturunkan budaya itu mungkin masyarakat itu sendiri dan sekolah. Sekolah sebagai
satu agen penting yang ditubuhkan masyarakat demi penerusan budaya kepada generasi baru
akan memainkan fungsinya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakatitusendiri
Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada
keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan
bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan
oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat
dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi
kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.
Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan
kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah.
Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar
ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas
naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya,

media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah
masalah sosial.
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang
menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di
sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini
akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya
yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani
menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan
pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan
pada setiap hari sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek
Nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan
ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.
1.1 Ciri-ciri Budaya Sekolah
Parson telah menetapkan tiga ciri budaya sekolah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ciriciri itu ialah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Ciri budaya instrumental dalam ciri ini, pendidikan

ditumpukan kepada kepentingan masa depan. Kawasan sekolah adalah kawasan di mana aktivitiaktiviti mengambil atau mengumpul pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dijalankan. Perkara ini
penting kerana matlamat akhir persekolahan adalah kelulusan atau lulus dalam peperiksaan yang
diduduki. Sekolah juga menjadi tempat melatih warganegara yang baik melalui pembentukan
sahsiah pelajar yang tinggi.
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Ciri budaya eksresif dalam ciri ini, sekolah dilihat untuk

memberikan kepuasan kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti dan


kesenian. Perasaan tegang akan hilang dengan menyertai aktiviti-aktiviti seni atau melakukan
sesuatu yang melibatkan kreativiti. Namun begitu, dalam sekolah yang sebegini tiada usaha
untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajarnya. Kreativiti dan kesenian pelajar dilihat sebagai
bakat semula jadi.

<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Ciri budaya moral sekolah yang memiliki ciri ini akan

memberikan penumpuan kepada usaha menyatukan kumpulan-kumpulan pelajar menerusi


perkongsian. Perkongsian yang dimaksudkan di sini ialah perkongsian idea tentang nilai yang

betul dan salah. Di dalam kawasan sekolah, hukuman atau dendaan akan dikenakan ke atas
tingkah laku yang salah dan pujian ataupun ganjaran akan diberikan kepada tingkah laku yang
baik. Matlamat akhir adalah melahirkan pelajar-pelajar bermoral. Pelajar-pelajar bermoral ini
mampu membuat pertimbangan terhadap perkara yang betul dan yang salah.
Di Malaysia, tumpuan sekolah-sekolah adalah ke atas budaya instrumental dan budaya
moral sahaja. Budaya eksresif mungkin di sekolah-sekolah swasta yang menumpukan kepada
pendidikan muzik dan kesenian. Orientasi peperiksaan yang ditekankan di sekolah-sekolah di
negara kita telah menyebabkan budaya instrumental begitu ketara sekali. (Ting Len Siong & Dr.
Hj Muhammad Sidek Said)

3. IKLIM SEKOLAH
Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah
yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian
iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti
seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai
tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974)
mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu
yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan
Ciri Iklim Sekolah Berkesan
Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang
baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang
dengan pembelajaran yang lancar.
Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah

yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan


beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan.
Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai
ciri-ciri berikut:
(1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,
(2)guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,
(3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang
(4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang
berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya
yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu
mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh
mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara
sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi
pelajar-pelajarnya.
Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna
sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya
jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah
beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah
buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah
bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan

pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah
berkenaan ke puncak kejayaan.
Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislaman
yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan
kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang
membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid. Selain itu,
pengetua yang memimpin guru-guru, menjadi penyeru kepada kebaikan dan
mencegah kepada kemungkaran serta menjadi pencetus, penggerak dan pembina
tamadun Islam.
Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah hendaklah
berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah
dan berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan
berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi,
iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan
warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian daripada budaya ini adalah
bersifat muraqabah, iaitu merasa Allah sentiasa memerhatikan perbuatan mereka
untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jika setiap warga sekolah
daripada pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar-pelajar
menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti sekolah berkesan dari sudut disiplin akan
wujud dan kurang keperluan kepada pengawasan. Bagaimanapun, melihat realiti
insan yang mempunyai nafsu, memang masih perlu juga pengurusan sekolah

memantau kegiatan dan perilaku murid-murid, khususnya akhlak mereka yang


perlu sentiasa dinasihati dan dibimbing.
Dziauddin (1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan yang
menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan
rohani serta iman sebagai satu pakej yang mantap. Oleh itu, persekitaran
sekolah yang selesa daripada aspek rohani, emosi dan kemasyarakatan sebegini
boleh mengukuhkan aqidah dan akhlak keislaman yang berasaskan ilmu yang
benar, amanah, ikhlas dan menghormati masalah umum, bekerjasama dan ketaatan
tanpa melibatkan derhaka kepada perintah Allah. Suasana kerja seperti ini
akan membina semangat kerja yang kuat ke arah mempertingkatkan motivasi.
Menurut Mahi Din (1998:2), dengan timbulnya suasana yang harmonis
dalam hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia
berasaskan ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya ilmu
dengan baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi yang sebenar, iaitu ilmu
sebagai alat yang boleh membawa kepada kebenaran. Justeru, iklim dini di
sekolah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan bersepadu meliputi
tiga dimensi utama insan, iaitu rohani, intelek dan jasmani bagi membolehkan
para pelajar dan guru mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam semua
aktiviti di sekolah dan juga meningkatkan motivasi warga sekolah.
Kesimpulannya, kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah

menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang


bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang
lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan
bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang
rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru
dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran
dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.
3.1 Perhubungan InterpersonalBerdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan
pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat
kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa
memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka.
Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.

3.2 Pengajaran dan PembelajaranPengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh
guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh
Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar
mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan
adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.
3.3 Kepimpinan PentadbiranPengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di
mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan
staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru
terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam
kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk
menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan
digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..
3.4 Kemudahan FizikalPelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di
perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.
Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong
untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
3.5 Pencapaian PelajarPencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang
teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak
dan objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan
kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka.
Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah
terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguhsungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang
cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.
Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu beri
keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran
mereka.
3.6 Disiplin SekolahPelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana
disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara
amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.
Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan
perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi
dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini
kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu
sekolah itu.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini
akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sndiri. Kadang kala
masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan prestasi pencapaian pelajar
yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan
menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan
4. PEMBENTUKAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAHBudaya dan iklim sekolah boleh
dibentuk dengan cara;
4.1 Menghargai permuafakatanSemua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan'
sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap
pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu
melihat masalah orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantumembantu sesama staf.

4.2 Mengamalkan nilai kesejawatananDi dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja
seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya
atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada
kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihatmenasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi
pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di
kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di
samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme,
rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati;
di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah
4.3 Guru-guru berkeyakinan tinggiGuru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari,
mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea
kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan
iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat
penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan
kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan
bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta
kepakaran.
4.4 Ada komitmen yang tinggi
Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir
seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap
kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku gurugurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja
dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi
kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi
dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat
atau pun yang tersirat.
5. CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
(i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.
(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh
pihak pentadbiran sekolah.
(iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga
yang mesra dan bahagia.

(iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam
setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
(v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan
pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan
mesra dan sempurna.
(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan
dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi
kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang
menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk
menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan
biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang
digunakan.
6. USAHA-USAHA YANG
BILIK DARJAH KONDUSIF

BOLEH

DILAKUKAN

UNTUK

MENJADIKAN

Pengenalan
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan
utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau
pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk
konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan
mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
6.1 Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik
darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas
mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan
komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang
digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat
membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua
tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun
untuk menggalakkan pembelajaran.
6.1.1 Faktor-faktor pengurusan bilik darjah
1) Manusia.
Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid
dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan
kerjasama antara mereka.
2) Kebendaan.
Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah.
Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran,
buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong
murid terhadap pembelajaran.
3) Operasi.
Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik
darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.
7. ASPEKTerdapat empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah iaitu :
7.1 Iklim dan persekitaran bilik darjah.
Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial,
emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang
menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang
pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau
ditentukan oleh guru.

Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi,


merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid,
bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud
begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh
mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.
Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak
dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah
berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan
dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta
membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap
murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya
bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama
mereka.
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa
bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan
mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran
hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan
iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau
diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru.
a) Meja guru.
Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi
gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini,
semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
b) Kerusi dan meja murid.

Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan
oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama
murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan
mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka
berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.
Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal,
dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan
cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid
yang perlu berseorangan.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan
pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan
perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan
pemulangan peralatan pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran
komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati
di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan
pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
7.2 Aspek komunikasi dalam bilik darjah.
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap
kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan
melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan
antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan
yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku
dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan
bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan
murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada
muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan
bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada

pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting
dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu
guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak
akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis.
Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka
komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan muridmurid maka komunikasi lisan telah berlaku.
Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk
menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina
daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi
yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan
persefahaman yang wujud antara mereka.
Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di
bilik darjah ialah:
a) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi.
Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan
harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka.
Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh
guru dan rakan lain.
b)Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau
maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan
iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan
menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.
c)Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat.
Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah,
guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar
oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih

bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka
sedia untuk mendengar.
d)Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai
guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau
emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau
mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi
hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
e)Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan
situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu
atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individuindividu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat
menyesuaikan diri mengikut keadaan.
7.3 Aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat
dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat
dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi
pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan
refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari
buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan
pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.
Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:
a) Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Di dalam proses pengajaran, guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan
mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan

pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik
lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti
mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains
kalau mereka melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru
sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih
baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas.
b)Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.
Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk
digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran
supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.
Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid-

murid yang diajar dalam bilik darjah.


<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang

akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam
pembelajaran murid- murid.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid-

murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.


<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid-

murid untuk mencapai kejayaan.


Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitabkitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam
khususnya dan para pendidik umumnya.
Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan,
syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
c)Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan
kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada
mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada

mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan
contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
d)Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.
Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini
kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik
darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan
lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya,
sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak
dan kaedah pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu
guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.
e)Melakukan perancangan dalam pengajaran.
Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah
dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan
pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik
yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran
yang memerlukan kepada modul.
Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang
berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran
dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak
memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan
perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan
dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan
kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk
memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
7.4 Pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.
Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama
bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang
lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa
khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang
tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.

Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan
kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan
untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat
melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu
untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.
Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah
disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu
sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk
kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan
dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal,
pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan
dengan masyarakat.
Punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:
a)Guru kurang berfungsi.
Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan
sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan
sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun
menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan
tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang
tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada
masalah disiplin.
b) Wujud kumpulan tertentu.
Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok
bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran
yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam
pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik
tolak kepada masalah disiplin yang lain.
c) Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan
melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun

corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka
akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya
membawa kepada masalah disiplin.
d) Halangan komunikasi.
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya,
murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik.
Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid
akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang
memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan
bermasalah didalam bilik darjah.
7.4.1 Panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.
a) Ganjaran perlakuan yang baik.
Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru
akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan
berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.
b) Penggunaan bahasa isyarat.
Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi
tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng
kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian
kepada guru.

c) Mempelbagaikan kaedah pengajaran.


Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan
cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya
menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah
dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik
minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.
d) Gunakan kaedah kaunseling.

Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu
merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru
kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.
7.4.2 KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.
Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah
dengan kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada
pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti
melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan.
Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah
bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran
berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru
menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru
yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya
tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.
Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi
dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik
darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada
corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerlukan imaginasi guru supaya perkongsian ilmu
melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan
kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya
diamnfaatkan secara berkesan.
Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru
dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan
matlamat dapat dicapai.
REFLEKSI:
Budaya bilik darjah yang kondusif, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra
di antara sesama murid dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan dapat
meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang
berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan
sebaya. Selain dari itu, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang
dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk
mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami
perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang
memberangsangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan
tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkah laku dan pengawalan disiplin murid.
Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai,
perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan.
Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah
yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam
suasana berorientasikan tugas di samping memiliki guru yang berkualiti. Hubungan ini
seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan
anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula
mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka. Disiplin yang baik berpunca
daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan.
Selain itu, disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di kawasan sekolah dan
seterusnya mewujudkan bilik darjah yang kondusif.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif
serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan.Tugasan-tugasan yang diberikan kepada
setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab,
bekerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan
murid, dan guru berperanansebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh muridmurid.
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala
perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.
Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang
cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang
diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.
Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang
ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.
Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan
pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

Pengurusan sekolah yang cekap akan merangsang budaya dan iklim sekolah yang sihat. Iklim
dan budaya sekolah yang sihat akan menjadikan sesebuah sekolah itu sentiasa maju ke hadapan.
Kesungguhan pihak sekolah dalam aspek ini akan mewujudkan satu suasana sekolah yang
harmoni. Keadaan ini akan merangsang para pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
demi mencapai cita-cita masing-masing.
Peranan guru kelas pula ialah sentiasa berusaha dengan menggunakan kreativiti masing-masing
untuk menjadikan kelas yang mereka pegang mencapai taraf kelas yang kondusif. Kelas yang
kondusif akan menjadikan para pelajar lebih tekun belajar dalam situasi yang tenteram. Kelas
yang kondusif akan menyeronokkan pelajar belajar di dalamnya sepanjang sesi persekolahan
berlangsung. Impak yang paling diharapkan ialah supaya masalah ponteng sekolah di kalangan
murid-murid dapat diatasi. Ini dalah kerana murid-murid akan berasa dihargai dan sentiasa
bermotivasi ketika berada di sekolah.
RUJUKAN:
Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan
Publication& Distrib.
1.
2.

Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan


Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3.

Islam:

Falsafah,

Pedagogi

dan

Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan


Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
4.
5.

http://dukeamienerev.blogspot.com

Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi
Praktikal, Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.
6.

Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur:


Helnemann Asia.
7.

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjahyang.html
8.
9.

http://openpdf.com/ebook/budaya-sekolah-pdf.html

10.

http://www.pdfqueen.com/pdf/pe/pengertian-iklim-dan-budaya-sekolah/

11.

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf

12.

http://rapid4me.com/?q=ciri+bilik+darjah+kondusif

Anda mungkin juga menyukai