Anda di halaman 1dari 1

KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan

bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai