Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

(KBAT) BAGI MATA PELAJARAN SAINS


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS 1
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH
MENENGAH

Tajuk

1. FALSAFAH, PRINSIP DAN ISU DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR


ARAS TINGGI (KBAT)

Topik

2. TEKNIK PENYOALAN
Masa

jam

A. Objektif
Pada akhir sesi ini peserta dapat:
1. Menerangkan maksud, rasional, prinsip dan isu dalam KBAT
2. Membina dua item untuk pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan KBAT
3. Meningkatkan kemahiran teknik penyoalan semasa pelaksanaan pembelajaran dan
pengajaran.
B. Kandungan Kursus
1. Falsafah, prinsip dan isu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
2. Teknik penyoalan
C. Kaedah dan Strategi
Kandungan
Falsafah, prinsip
dan
isu
Kemahiran
Berfikir
Aras
Tinggi

Strategi/Proses
1. Kuliah
2. Perbincangan
3. Soal-jawab

Masa
120
minit

Peranan

Bahan

JU: memberi
kuliah

Slaid
pengajaran

Peserta: Think,
pair, Share

BPK
Bahan edaran

Teknik penyoalan
1. Maksud item
2. Tujuan
penyoalan

1.

Kuliah

2.

Perbincangan

120
minit

3. Jenis-jenis
item

JU: memberi
kuliah dan
pemudahcara
Peserta:
Membina item

4. Aras item

Contoh_1
Contoh_2

7. Konsep item
KBAT

1. Modul
2. Slaid pengajaran
3. Bahan edaran
4. Tayangan video
E. Alatan
1. Komputer
2. Projektor LCD
3. Kertas sebak
4. Pen marker
5. Pelekat
F. Penilaian
1. Soalan lisan

TP
LSM_2

6. Kemahiran
penyoalan
yang efektif

D. Bahan Pengajaran

KBAT
LSM_1

5. Contohcontoh item

Pembinaan Item
KBAT

Slaid
pengajaran

Bahan edaran

1.

Bengkel

2.

Persembahan
kumpulan

120
minit

JU:
Pemudahcara
Peserta:
Membina item

Bahan edaran

2. Pembentangan peserta
NOTA
PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah
sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa
kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat
mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.
APA ITU KBAT?
Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau
membuat penentuan. (Beyer, B.K., 1991).
KBAT ialah kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang
diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.
Senk, et al (1997) characterized HOT as solving tasks where no algorithm has been taught,
where justification or explanation are required, and where more than one solution may be
possible.
Maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah atau situasi yang dihadapi boleh
mempunyai lebih daripada satu cara penyelesaian.
Kemahiran

Berfikir

Aras

Tinggi

ialah

keupayaan

untuk

mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu. (KPM 2013)

KBAT
Mengaplikasi

Penerangan
Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk


memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait
antara bahagian berkenaan

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan


pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta
membuat justifikasi

Mencipta

Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif


dan inovatif

TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT


1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?

PERANAN GURU UNTUK KBAT

1. Ubah cara berfikir

1. Memastikan murid aktif dalam PdP

2. Ubah cara menyoal

2. beri peluang kepada murid berbincang,

3. Ubah cara memotivasi

bertanya dan memberi pendapat

4. Menekankan aktiviti hands-on

3. Mempelbagaikan strategi

5. Ubah jenis tugasan

4. Mengemukakan soalan yang membina,

6. Ubah cara pentaksiran

memimpin serta berfikir pada aras tinggi

7. Ubah cara berkomunikasi

TEKNIK PENYOALAN

Kenapa Perlu Penyoalan?


Penyoalan membantu murid berfikir secara kritis dengan memberi fokus secara eksplisit
terhadap proses pemikiran. Semasa soalan yang teratur dan berstrukutur, murid
memperlahankan proses pemikiran mereka dan meneliti proses tersebut. Penyoalan yang
berfikrah dan teratur di dalam kelas berupaya mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran:
Model

saintifik amalan inkuiri

Menyokong
Membantu

pembelajaran secara aktif dan berpusatkan pelajar

pembelajaran berasaskan inkuiri

Guru
Petua
MembantuUntuk
murid membina
Membantu
membentuk
Rancang
soalan

pengetahuan

kemahiran
masalahs
sesuai yangmenyelesaikan
memberikan struktur
dan arah kepada tajuk pengajaran.

Meningkatkan
ingatan
pengetahuan
jangka masa
Bina soalan
yang
jelas dan spesifik.

panjang

Masa tunggu: Diam, dengar dan tunggu sekurang-kurannya 5 -10 soalan untuk
murid memberi respon.

Kekalkan fokus perbincangan.

Ikuti respons murid dan sentiasa undang mengembangkan perbincangan.

Rangsang perbincangan dengan soalan-soalan yang dapat mencungkil jawapan.

Rumus perkara-perkara yang dibincangkan secara berkala (contoh: papan


hitam /overhead projector).

Cuba libatkan sebanyak pelajar yang mungkin dalam perbincangan.

Jangan kemukan soalan, Ya/Tidak , kerana tidak merangsang pemikiran atau


merangsang perbincangan.

Jangan kemukakan soalan yang tidak jelas, kabur atau di bawah aras keupayaan

JENIS-JENIS SOALAN SOCRATIK

JENIS SOALAN

PENERANGAN

CONTOH

Pastikan mereka dihala untuk berfikir lagi


tentang apakah yang disebenarnya
konsep
persoalan yang ditanya atau perkara yang
(Conceptual clarification difikirkan.Buktikan konsep disebalik
questions)
perdebatan. Gunakan asas beritahu saya
lagi untuk murid mendalami sesuatu
konsep.

Mempersoalkan andaian membuat mereka


berfikir tentang andaian awal dan
(Probing assumptions) kepercayaan yang digunakan sebagai
landasan perdebatan. Ini akan
menggugatkan pendirian mereka dan ini
akan dapat meneruskan berbagai-bagai
persoalan.

Apabila mereka memberi rasionale kepada


sesuatu hujah, tanya lagi tentang alasanalasan itu, jangan terus menerima
(Probing rationale,
sahaja.Manusia sering menggunakan
reasons and evidence) pendapat yang tidak kukuh untuk

Soalan penerangan

Andaian dipersoalkan

Rasionale, alasan dan


bukti dipersoalkan

Mengapa kamu kata


demikian?
Apakah sebenarnya
maksud ini?
Bagaimanakah ini
berkaitan dengan apa
yang kita bicarakan
sekarang?
Apakah lagi yang
boleh kita andaikan?
Bagaimana kamu
memilih andaian ini?
Tolong terangkan
mengapa/bagaimana
.?
Mengapa itu berlaku?
Bagaimana kamu
tahu ini?

menyokong hujah mereka.

Mempersoalkan
pandangan dan
perspektif

Kebanyakan hujah diberi pada satu sudut


pandangan tertentu.Maka, persoalan sudut
berkenaan . Tunjukkan terdapat pandanganpandangan lain yang sama pentingnya.

Tunjukkan saya .. ?

Pada fikiran kamu,


apakah yang
menyebabkan.?
Satu cara lain untuk
melihat perkara ini
adalah, adakah ini
boleh diterima?
Apakah perbezaan di
antara .dan?
Mengakah ini lebih
baik daripada?
Apakah kekuatan dan
kelemahan ?

Hujah yang diberi mungkin mempunyai


implikasi yang logik yang masih boleh
diperbincangkan. Adakah ia boleh diterima
(Probe implications and akal? Adakah ia perlu?
consequences)
Implikasi dan akibat
yang dipersoalkan

Soalan tentang soalan


(Questions about
question)

Refleksi berkenaan apa yang dibincangkan


boleh diperolehi dengan mempersoalkan
soaln itu sendiri. Lontarkan bola semula ke
dalam gelanggang.

Kemudian apakah
yang berlaku?
Apakah implikasi
andaian ini?
Bagaimana
mempengaruhi?
Apakah perlu soalan
itu?
Kenapa kamu fikir
saya Tanya soalan
itu?

CONTOH SOALAN LOTs DAN HOTs


1. Apakah ketumpatan bongkah X?

LOTs

2. Apakah ketumpatan bongkah Y?

LOTs

3. Perihalkan keadaan bongkah X dan Y di dalam air

LOTs

4. Berikan satu inferens mengenai kedudukan bongkah X di

HOTs

dalam air
5. Ramalkan keadaan bongkah Z di dalam air jika
ketumpatan Z ialah 0.8g/cm

HOTs

JAWAPAN SOALAN LOTs DAN HOTs


1. Apakah ketumpatan bongkah X?

LOTs

0.25 g/cm3
2. Apakah ketumpatan bongkah Y?

LOTs

2.0 g/cm3
3. Perihalkan keadaan bongkah X dan Y di dalam air

LOTs

Bongkah X timbul manakala bongkah Y tenggelam


4. Berikan satu inferens mengenai kedudukan bongkah X di

HOTs

dalam air
Ketumpatan X kurang tumpat daripada air
5. Ramalkan keadaan bongkah Z di dalam air jika

HOTs

ketumpatan Z ialah 0.8g/cm3


Bongkah Z akan berada di tengah antara bongkah X dan
bongkah Y

PERBEZAAN HOTs DAN LOTs


Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, dapat disimpulkan
secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan
yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif
untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu.
SOALAN LOTs VS HOTs
LOTs

HOTs

Tidak memerlukan murid untuk Memerlukan tahap pemikiran pada aras


menggunakan kemahiran berfikir tinggi
pada aras tinggi
Operasi

yang

adalah jelas

perlu

digunakan Jawapan

dan

prosedur

yang

perlu

digunakan tidak serta merta jelas


Menggalakkan

lebih

daripada

satu

jawapan
Terdapat lebih daripada satu jawapan
Memerlukan

masa

yang

mencukupi

untuk diselesaikan
Menggalakkan
kumpulan

perbincangan
untuk

dalam

mendapatakan

penyelesaian

Artikel 1 : Rangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Sumber : Berita Harian 2013/07/31


Kaedah HOTs membantu pelajar dan guru berfikiran kritikal dan kritis serta dapat dapat diterap
dalam aktiviti kokurikulum.
Transformasi ubah pengajaran dan pembelajaran, lebih bertumpu kepada peperiksaan
dan menghafal.
Seremban: Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTs) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.
Secara umumnya, mengikut taksonomi Bloom yang disemak semula, HOTs merujuk kepada
empat aras teratas kemahiran berfikir (lihat grafik) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta, manakala aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran berfikir aras rendah
(LOTs) iaitu memahami dan menghafal.
Kemahiran berfikir antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi kementerian untuk
mereka berupaya bersaing pada peringkat global.
Pelajar tak lagi menghafal
Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung HOTs ialah inisiatif
supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan, sebaliknya tahu
menggunakannya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr


Amin Senin, berkata transformasi itu akan mengubah pengajaran dan pembelajaran yang
sebelum ini lebih bertumpu kepada peperiksaan dan menghafal.

Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada
tahap memuaskan.
Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu ialah soalan dalam kedua-dua ujian
yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk HOTs, iaitu bukan
mengingat sesuatu fakta, tapi bagaimana hendak menggunakannya.
Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat cadangan dalam PPPM supaya HOTs
diberi penekanan, katanya kepada BH di sini.
Beliau berkata, walaupun HOTs wujud dalam kokurikulum sebelum ini, tidak
dilaksanakan secara berfokus, sebaliknya konsep pemikiran itu hanya diharap digunakan
pelajar secara semula jadi.
Katanya, pelaksanaan HOTs di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek Sains,
Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan proses pengajaran
dan pembelajaran, soalan peperiksaan, penyediaan alat bantuan mengajar, malah diterapkan
dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan pertandingan.
Konsep soalan peperiksaan ada elemen HOTs
Katanya, bagi memastikan pelajar mengaplikasi kemahiran berfikir, kementerian juga
mengubah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen HOTs dalam soalan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berperingkat.
Sasaran Kementerian Pendidikan ialah sebanyak 40 peratus soalan HOTs dimasukkan
dalam kertas soalan UPSR, manakala SPM (50 peratus) menjelang 2016, katanya. Beliau
berkata, untuk memastikan pelaksanaannya berjaya, guru terlebih dulu perlu mengikuti kursus
jangka pendek dalam program i-Think kendalian Agensi Inovasi Malaysia, bagi membolehkan
mereka menguasai teknik berfikir HOTs.
Tahun ini, guru dari 500 sekolah dihantar mengikuti program ini dan tahun depan, kita mahu
guru dari semua sekolah negara ini mengikuti kursus itu.
Mereka akan pulang ke sekolah dan berkongsi kemahiran itu dengan rakan sejawatan
seterusnya mengajar murid menggunakan teknik terbabit, katanya.

Lebih interaktif
Mengulas lanjut, Amin berkata, penekanan terhadap HOTs secara tidak langsung
mengubah corak dan proses pembelajaran dalam kelas, menjadikannya lebih interaktif kerana
memerlukan pembabitan aktif pelajar dan guru.
Kita tidak lagi melihat proses sehala dengan guru berada di depan kelas mengajar, manakala
murid hanya menyalin dan menghafal.
Sebaliknya guru perlu menggalakkan murid banyak bertanya dan membiarkan mereka
meneroka rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar, seterusnya mengaitkannya
dalam kehidupan, katanya.
Amin berkata, kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan
pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS.

Anda mungkin juga menyukai