Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan teori kepimpinan transformasional, anda sebagai pengetua atau guru besar, sila

bincangkan apakah dan bagaimanakah perubahan yang anda ingin lakukan dalam sekolah
anda bagi meningkatkan kecemerlangan.

Sekolah hari ini memerlukan pengurus sekolah yang menguasai banyak kemahiran dan sanggup
melakukan perubahan transformasi (Bast, 2010). Dalam nada yang sama, Alger (2008) berpendapat
bahawa pemimpin sekolah yang berkesan harus mempunyai keinginan untuk melakukan perubahan
transformasi. Guru besar bagi sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai tahap pencapaian yang
rendah atau sederhana terutamanya dalam bidang akademik boleh menggunakan pendekatan
kepimpinan transformasional untuk memantapkan kepimpinan instruksional yang sedia diamalkan
dan seterusnya mampu melonjakkan pencapaian mereka (Mohammad Yunus, 1994).

Keterampilan Pengurusan dan Kepimpinan

Pengurusan dan Kepimpinan adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. Keterampilan ini
dapat diwujudkan dengan memastikan semua urusan di sekolah adalah sistematik, kemas dan terkini.
Sebagai contohnya, pemantauan secara berjalan untuk memastikan kesemua kegiatan kurikulum dan
kokurikulum di sekolah berjalan dengan lancar. Kehadiran murid perlu diambil berat dan buku latihan
perlu diperiksa dengan cermat. Selain itu, guru besar juga boleh menggalakkan guru-guru melawat
kelas antara satu sama lain.

Kepimpinan Pengajaran

Dalam realiti pentadbiran di sekolah, guru besar didapati banyak menumpukan masa kepada
tugas-tugas pentadbiran sehingga tiada masa untuk menjalankan pengurusan kurikulum (Harris,
2003). Pengabaian terhadap tugas kepimpinan kurikulum sering mendesak sarjana pendidikan seperti
Sergiovanni (2001) menyatakan pengurusan sekolah dan kepimpinan kurikulum adalah dua tugas
berasingan yang sukar dilakukan dengan berkesan secara serentak oleh seorang guru besar di sekolah.
Guru besar perlu menunjukkan kepimpinan pengajaran yang baik kepada guru-guru sekolah dengan
selalu menunjukkan contoh terbaik kepada guru-guru tentang bagaimana mengajar mata pelajaran
dan menggalakkan perkembangan pembelajaran murid dengan baik. Oleh itu, pada saya, guru besar
akan rasa tiada kredibiliti apabila berhadapan dengan guru-guru mengenai urusan pembelajaran
tanpa pendedahan yang cukup terhadap realiti bilik darjah. Demi memperbaharui ilmu pengetahuan
guru besar dari semasa ke semasa, guru besar perlu menghadiri kursus dan seminar tentang
pengajaran dan pembelajaran, dan sering berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
melalui kursus atau seminar dengan guru-guru lain dalam kursus pembangunan staf.

Pengurusan Kolaboratif

Demi mencapai kejayaan cemerlang sekolah, guru besar perlu mementingkan pengurusan kolaboratif
kerana kepimpinan sekolah tidak semestinya terletak kepada pengurus sekolah yang memegang
jawatan pentadbir secara hakiki. Guru besar perlu melatih dan mewujudkan barisan pelapis di sekolah
untuk mengambil alih tugas pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Sebagai contohnya, melantik
guru yang berkebolehan dan mengupayakan mereka melaksanakan tugas yang relevan. Sebaik sahaja
tugas diamanahkan kepada guru, guru besar seharusnya menghormati kuasa guru dalam bidang
tersebut untuk membuat keputusan yang sewajarnya. Namun begitu, tidak melepaskan tangan begitu
sahaja dengan meminta guru-guru yang bertanggungjawab melaporkan perkembangan dan halangan
yang dihadapi dari semasa ke semasa dalam mesyuarat. Misalnya, guru besar melibatkan seluruh
kakitangan dalam membahaskan matlamat sekolah, kepercayaan, dan visi pada awal tahun atau
memberi ruang kepada guru-guru untuk mengkaji dengan idea-idea baru, berkongsi dan
membincangkan penyelidikan dalam kalangan mereka.

Kesimpulannya, transformasi sesebuah sekolah tidak dapat berlangsung dengan baik tanpa pengaruh
agensi luaran dan dalaman. Mengikut teori keberkesanan sekolah (Slater & Teddlie, 1992), tiga
perkara asas perlu wujud sebelum keberkesanan sekolah dapat dinilai.

Alger, G. (2008). Transformational Leadership Practieces of Teacher Leaders. Academic Leadership


The Online Journal. Muat turun pada 21 Oktober 2018 daripada
http://www.academicleadership.org/emprical_research/412.shtml.

Bast, M. R. (2010) Transformational Change in Organisations. Dimuat turun pada 21 Oktober 2018
daripada http://www.breakoutofthebox.comltranschange.htm.

Sergiovanni, T. (2001). Leadership: what’s in it for schools? London: Routledge Falmer Gunter.

Anda mungkin juga menyukai