Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Kajian yang telah saya jalankan ini memberi banyak pengalaman dan pengetahuan
baharu kepada diri saya sebagai bakal pendidik. Kajian ini sebenarnya asalnya
daripada satu kaedah inkuiri dan refleksi kendiri terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan. Dengan itu, saya telah mendapati bahawa
murid-murid saya mengalami masalah penguasaan kemahiran menolak pecahan
wajar yang berbeza penyebutnya hingga 10 dengan baik. Hasil dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa kaedah GeoLight dapat membantu murid-murid saya dengan
menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran penguasaan murid serta kecekapan
murid dari segi masa menjawab soalan. Kejayaan ini telah mengalakkan saya untuk
melaksanakan kajian kitaran seterusnya untuk menambahbaikkan amalan pengajaran
saya agar saya berupaya meningkatkan keberhasilan murid dalam pencapaian
akademik.
Seterusnya, melalui kajian yang telah saya lakukan, saya berpeluang untuk
memperkembang diri dan profesion saya sebagai seorang pendidik. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa peningkatan dalam pembelajaran murid saya setelah
beberapa sesi intervensi dilakukan telah mendatangkan kepuasan dan kesedaran
kepada saya untuk meneruskan penyelidikan dan membawa inovasi untuk membantu
murid-murid pada masa depan.
Kesimpulannya, kaedah GeoLight boleh dijadikan sebagai alternatif untuk
membantu murid menguasai konsep dan kemahiran penolakan dua pecahan wajar
yang berbeza penyebutnya hingga10 dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai