Anda di halaman 1dari 44

1.

Pengenalan Terdapat beberapa model reka bentuk dan pengembangan instruksional yang boleh digunakan untuk mereka bentuk dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran. Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa tiap-tiap model reka bentuk dan pengembangan instruksional yang dikaji mempunyai elemen-elemen reka bentuk yang sama (Andrews & Goodson, 1980; Gustafon, 1991; Richey, 1986 dalam Yusup Hashim dan Razmah bt. Man (2001: 7). Model-model reka bentuk ini hanya berbeza daripada segi istilah yang digunakan, siapa, bila dan cara ia direka bentuk dan cara ia digunakan. Model reka bentuk dan pengembangan instruksional menyediakan panduan kepada pereka instruksional dan guru untuk membina bahan pembelajaran yang kreatif menggunakan pendekatan sistem (Yusup Hasim dan Razmah bt. Man, 2001: 7). Pelbagai bahan dan sumber dapat dieksploitasi dalam meningkatkan mutu pendidikan dan ini sejajar dengan perkembangan teknologi pendidikan, teknologi komunikasi dan maklumat di alaf ke-21 ini. Video mempunyai banyak kelebihan untuk digunakan sebagai media pengajaran (English dan Steffy, 1995; Wetzel, 1994). Penggunaan video dalam pengajaran memberi kesan yang positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Selain penggunaan unsur-unsur gerak bunyi, warna dan cahaya yang ada pada video untuk menarik perhatian murid, video perlu dilihat sebagai media pengajaran yang dinamik yang dapat merangsang tindak balas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang (Fontana, 1988 dalam Mohd Arif Hj. Ismail dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2001: 33). Keupayaannya yang menghampiri kedudukan konkrit (Dale, 1995) dapat merangsang daya imaginasi, perbincangan, mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan penafsiran terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Dalam tugasan projek Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105), satu klip video digunakan sebagai media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berdasarkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan satu topik subjek Matematik, iaitu bentuk dua matra (2D) dan langkah-langkah reka bentuk pengajaran Model ASSURE dihuraikan secara terperinci berasaskan klip video yang digunakan dalam RPH. Selain itu, jenis-jenis shot yang terdapat dalam kilp video tersebut juga diterangkan dalam tugasan ini dan ilmu-ilmu pengetahuan yang sudah dipelajari diaplikasi agar rote learning leads to inert knowledge tidak berlaku.

2. Sediakan satu rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan satu tajuk daripada sukatan pengkhususan Matematik dengan menggunakan satu kilp video sebagai media pengajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Tarikh Hari Masa Tahun Bilangan murid Mata Pelajaran Tajuk : 29 Julai 2013 : Isnin : 8.00 9.00 pagi : 4 Delima : 30 orang : Matematik : Bentuk dan Ruang

Objektif Pembelajaran: Murid akan diajar: 9.1 Memahami perimeter bentuk dua dimensi. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a) Menyatakan jumlah sisi bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dengan betul. b) Mengukur dan merekod perimeter bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah belajar nama dan sisi bentuk dua dimensi. Contohnya, kerincing. Perbendaharaan kata: Panjang, lebar, perimeter Kemahiran berfikir: Menaakul, menyelesaikan masalah dan membuat kaitan

Penerapan nilai: Bersabar, kemas dan bekerjasama Penyerapan mata pelajaran: Pendidikan Muzik Alat bantu mengajar: Video, tayangan slaid, kad imbasan dan lembaran kerja. Langkah / Masa Set Induksi ( 5 minit) Tayangan Song kembali lepas). bertajuk The Shapes (mengimbas pengajaran 2. Guru bertanyakan soalan tentang Contoh soalan: bentuk yang ditayangkan 1. Apakah yang bentuk daripada video. Kaedah 3. Guru mendapatkan respons daripada murid. ABM: Contoh respons murid:i. Pokok itu segitiga ii. Tingkat itu segiempat sama 4. Guru menunjukkan beberapa bahan yang mempunyai bentuk segiempat sama, segiempat Kemahiran berfikir: Membuat kaitan Kontekstual Konstruktivism e Komputer riba Video pengajaran: Soal jawab Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Video 1. Guru menayangkan video bertajuk The Shapes Song. Strategi pengajaran: Berpusatkan murid Berpusatkan guru Berpusatkan bahan Catatan

ditayangkan

dalam video?

2. Berapakah jumlah sisi untuk bentukbentuk tersebut?

tepat dan segitiga seperti biskut, kotak kasut, kek segitiga dan ketupat.

5. Murid-murid diminta menamakan bahan tersebut dan memberitahu bentuk bagi setiap bahan, sama ada segiempat sama, segiempat tepat atau segitiga.

6. Guru membuat kesimpulan dan Contoh Jawapan: mengaitkannya dengan topik 1. Segiempat segiempat dan segitiga. 2. Segiempat dan sama 4 sisi Segitiga 3 sisi tepat Contoh kesimpulan: tepat, sama pelajaran pada hari ini.

segiempat Murid dapat menyatakan bentuk yang

Contoh biskut:

terdapat dalam video. Pembelajaran hari ini adalah berkaitan

Segiempat tepat

dengan bentuk dua dimensi.

Contoh kotak kasut:

Segiempat tepat

Contoh kek segitiga:

Segitiga Contoh Bentuk ketupat:

Segiempat

Perkembanga n Langkah 1 ( 15 minit) 1) Konsep perimeter Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan atau satah. rajah 3. Guru menghentikan slaid itu sebentar. 2. Murid melihat tayangan slaid. 1. Guru menayangkan tayangan slaid. Strategi pengajaran: Berpusatkan guru Berpusatkan murid Berpusatkan bahan

4. Guru bercerita

Teknik pengajaran:

tentang tajuk Kebun Pak Mee.

Bercerita Soal jawab

5. Guru meneruskan tayangan slaid tersebut.

Nilai: Keyakinan

Kemahiran berfikir: 6. Guru menyoal dan murid menjawab soalan guru. Perbendaharaan kata: Contoh soalan: Bagaimanakah Pak Mee itu mengelakkan kambingnya dimakan oleh serigala lagi? Perimeter Panjang Lebar Menaakul

Contoh jawapan: Alat Bantu Mengajar (ABM):Pak Mee boleh memperbaiki kandangnya agar serigala tidak dapat makan kambingnya lagi.

7. Guru menerangkan konsep perimeter dengan menggunakan alat bantu mengajar.

Cadangan : Guru boleh menggunakan Geometer Sketchpad (GSP) untuk mengajar perimeter.

Contoh penerangan:

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan atau rajah satah.

8. Guru menayangkan video tentang perimeter.

Langkah 2 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan.

Strategi pengajaran: Berpusatkan guru Berpusatkan murid Berpusatkan bahan

Contoh bahan:

2. Setiap kumpulan mempunyai 5 ahli.

3. Setiap kumpulan dibekalkan satu Contoh: papan geometri dan 6 gelung getah. Teknik pengajaran: Demonstrasi

4. Guru membuat demonstrasi tentang cara menggunakan papan geometri dan Segiempat sama gelung getah untuk membuat bentuk dua dimensi seperti segiempat sama,

Nilai: Toleransi Kasih sayang

Kemahiran berfikir: Menaakul

ABM:

segiempat tepat dan segitiga.

Papan geometri Gelung getah

5. Guru memberi penekanan kepada bilangan sisi bagi Segitiga sama sisi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga.

6. Guru mengajar murid-murid mencari perimeter bagi Segitiga sama kaki setiap bentuk.

7. Murid-murid cuba membuat saiz bentuk yang berlainan dengan menggunakan Segitiga bersudut tepat papan geometri dan gelung getah dan mengira perimeter.

8. Guru membuat penilaian terhadap kefahaman murid dengan meronda Segiempat tepat dari satu kumpulan ke kumpulan yang Cara perimeter: mengira lain.

9. Guru memberi panduan kepada murid-murid jika perlu.

1cm

Contoh :

4cm 2cm 4cm 2cm

Saiz kecil Perimeter =4cm+2cm+4cm+ 2cm = 12 cm

6cm

6cm

6cm

6cm

Saiz besar Perimeter =6cm+6cm+6cm+ 6cm = 24cm

6cm

6cm

6cm

Perimeter = 6cm+6cm+6cm = 18cm

Langkah 3 (20 minit)

Lembaran kerja Contoh soalan:

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

Strategi pengajaran: Berpusatkan murid Berpusatkan bahan

1. Apakah nama bagi bentuk tersebut? a)

(Rujuk Lampiran 1)

2. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan yang

Teknik pengajaran: Perbincangan

b)

terdapat dalam lembaran kerja.

3. Murid-murid berbincang dalam 2. Berapakah perimeter bagi kumpulan masingmasing untuk mendapatkan jawapan yang 5cm 9cm terbaik.

Nilai: Bekerjasama

Kemahiran berfikir: Menaakul

bentuk tersebut? a)

ABM: 4. Guru melekatkan kad yang mengandungi jawapan bagi setiap Kad perkataan

soalan di papan putih sebelah kiri. b) 8cm 8cm

5. Guru memilih murid secara rawak untuk

8cm

menjawab setiap soalan.

c) 6cm 6cm

6cm 6cm 6. Murid mendapatkan kad yang 6cm 6cm mempunyai jawapan dan melekatkan jawapan tersebut di

d)

3cm

sebelah kanan papan putih.

7. Murid-murid yang lain menyemak jawapan tersebut. Jawapan: 1a) segiempat sama b)segitiga

2a) 28cm b)24cm c) 36cm d) 30cm

Kad perkataan contoh: Segitiga SegiempatSama

SegiempatTepat

40cm 24cm

Penutup ( 5 minit)

Rumusan

1. Guru meminta murid merumuskan semula

Kemahiran berfikir: Imbas kembali

Lirik Lagu Shapes Stars!: I see new shapes every day, Heres some new shapes, I can say. I see new shapes every day, Heres some new shapes, I can say. Square, square, square, square, Squares everywhere, Square, square, square, square, Squares on top of bear Song

topik pelajaran yang telah dipelajari. ABM: Contoh rumusan murid: Lirik lagu

Squares, Triangles and

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu.

2. Guru membuat kesimpulan tentang topik pengajaran hari ini.

Contoh kesimpulan: Hari ini, murid sudah mempelajari konsep perimeter. Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan atau rajah satah.

3. Guru menyanyikan lagi Shapes Song Squares, Triangles and Stars! bersama dengan murid.

3. Huraikan langkah-langkah reka bentuk pengajaran Model ASSURE berasaskan penggunaan media pengajaran.

2.1. Pengenalan Model ASSURE Menurut Noriati A. Rashid, et al (2012:45), sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan seperti yang dinyatakan oleh Heinich et al. (1996: 34). Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Selaras dengan pandangan Gagne (1985) dipetik Noriati A. Rashid, et al (2012: 45) bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara peringkat dan peringkat-peringkat ini dirujuk sebagai Events of Instruction (Heinich et al., 1996: 34) selaras dengan proses pembelajaran. Menurut Yusup Hashim dan Razmah bt. Man (2001:7), terdapat beberapa model reka bentuk dan pengembangan instruksional yang boleh digunakan untuk mereka bentuk dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran. Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa setiap model reka bentuk dan

pengembangan instruksional yang dikaji mempunyai elemen-elemen reka bentuk yang sama (Andrews & Goodson, 1980; Gustafson, 1991; Richey, 1986 dalam Yusup Hashim dan Razmah bt. Man, 2001:7). Model - model reka bentuk ini hanya berbeza daripada segi istilah yang digunakan, siapa, bila dan cara model direka bentuk dan cara model digunakan. Model reka bentuk dan pengembangan instruksional menyediakan panduan kepada pereka instruksional dan guru untuk membina bahan pembelajaran yang kreatif dengan menggunakan pendekatan sistem (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984: 5). Gustafon (1991) dipetik Yusup Hashim (1998: 26) telah membahagikan 12 model kepada tiga tumpuan, iaitu model yang berorientasikan bilik darjah, model yang berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem. Model ASSURE (Heinich et al., 1996) merupakan salah satu model reka bentuk yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan dan hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajaran (Yusup Hashim, 1998: 26; Yusup Hashim dan Razmah bt. Man, 2001: 9). Model ini memberikan

fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah dan dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing (Noriati A. Rashid et al, 2012:46; Heinich et al., 1996: 34). Model ASSURE mengandungi enam langkah, iaitu analisis pelajar, nyatakan objektif, pilih kaedah, media dan bahan sumber, gunakan media dan bahan sumber, libatkan pelajar dalam pembelajaran serta nilai dan semak semula (Noriati A. Rashid et al., 2012: 46). 2.1.1. Analisis pelajar (Analyse learner) Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984: 2), semua murid adalah berbeza dari segi kebolehan, keperluan dan minat. Keberkesanan sesuatu media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan sekiranya ciri-ciri pelajar adalah selaras dengan kaedah, media dan bahan sumber yang digunakan (Heinich et al., 1996: 36). Oleh yang demikian, menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar berdasarkan aspek ciri-ciri umum (general characteristics), pengetahuan atau pengalaman sedia ada (specify entry competencies) dan gaya pembelajaran (learning styles) adalah penting untuk membantu seorang guru merancang pembelajaran yang sesuai bagi mereka (Noriati A. Rashid et al., 2012:46). 2.1.1.1. Ciri-Ciri Umum Pelajar (General Characteristics)

Seperti yang dinyatakan oleh Heinich et al., (1996: 36), pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Jadi, ciri-ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, taraf sosioekonomi, petempatan, kawasan, daerah, budaya dan seumpamanya (Noriati A. Rashid, et al, 2012:46) boleh diperoleh melalui sumber maklumat murid, misalnya Kad 001R, Buku Rekod Guru, Buku Kedatangan Murid dan Kad Laporan Akademik untuk merancang reka bentuk aktiviti pengajaran (Yusup Hashim, 1998: 30; Sharon E. Smaldino et al., 2005: 49). Dengan adanya hasil analisis pelajar, pelbagai resos yang konkrit seperti biskut dan papan Geometri dapat digunakan untuk membantu murid-murid kelas 4 Delima yang terdiri daripada 30 orang murid (14 orang perempuan dan 16 orang lelaki) bagi meneroka dan menguasai konsep bentuk dua dimensi dan konsep perimeter dengan berkesan. Mereka

akan lebih berdisiplin semasa mereka melibatkan diri mereka dalam aktiviti penerokaan dan masalah disiplin akan timbul sekiranya aktiviti yang dilaksanakan tersebut hanya berdasarkan buku teks dan berorientasikan kaedah kertas dan pensil sahaja. Melalui penerokaan, murid-murid akan menguasai pengetahuan fizikal (Physical Knowlegde) seperti yang

dinyatakan oleh Piaget (1969) dan Wadsworth (1978) dipetik Marcy P. Driscoll (1994: 172) tentang bentuk dua dimensi dengan menggunakan deriaderia mereka. Tambahan pula, berdasarkan Model Komunikasi Brown (1963) dalam Sharifah Alwiah Alsagoff (1984: 27), peneriman murid bergantung kepada sejauh manakah pengaruh-pengaruh seperti gangguan, media dan lain-lain serta faktor individu murid itu dapat dikawal oleh guru supaya mesej yang diterima itu tidak jauh berbeza dari mesej yang asal. Justeru, tayangan video bertajuk The Shapes Song disediakan untuk murid-murid kelas 4 Delima yang latar belakang mereka pelbagai (heterogenous) bagi mengurangkan gangguan komunikasi dan meningkatkan keberkesanan penerimaan murid terhadap mesej yang ingin disampaikan agar sesuatu konsep Matematik dapat dikuasai dengan baik. 2.1.1.2. Pengetahuan atau Pengalaman Sedia Ada (Specify Entry

Competencies) Menurut Noriati A. Rashid et al., (2012:47), setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah dan Skemp (2002: 75) dalam Doreen Drews & Alice Hansen (2003: 15) juga menyatakan bahawa:Children come to school having already acquired, without formal teaching, more mathematical knowledge than they are usually given credit for. Pengalaman atau pengetahuan tersebut dikenali sebagai peringkat masuk (entry point) (Noriati A. Rashid et al., 2012:47). Jadi, ujian ujian peringkat masuk (entry tests dinyatakan oleh Heinich et al., 1996: 37) dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Pengajaran

yang bermakna bermaksud guru berkeupayaan untuk menyediakan sesuatu aktiviti pengajaran yang membolehkan murid menggunakan anchoring ideas mereka (Marcy P. Driscoll, 1994: 114) untuk membina ilmu pengetahuan yang bermakna. Tanpa menganalisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid, murid akan mula mengganggap subjek Matematik merupakan subjek yang tidak bermakna atau tidak berkaitan dengan mereka. Kesannya, mereka mula menginterprestasikan subjek Matematik sebagai satu subjek yang penuh dengan simbol-simbol, rumus-rumus dan prosedur-prosedur sahaja (Greeno, 1988). Oleh itu, setelah menganalisis peringkat masuk murid kelas 4 Delima melalui ujian peringkat masuk, kami mengenal pasti bahawa mereka sudah mempelajari dan mengetahui nama dan sifat bentuk dua dimensi. Justeru, pengalaman sedia ada mereka ini akan memberi panduan kepada seseorang guru untuk memilih kaedah, media dan bahan sumber (Heinich et al., 1996:37). 2.1.1.3. Gaya pembelajaran (Learning Styles)

Dari kajian-kajian awal yang telah dilakukan oleh Ausubel (1968:171) dan Hill (1972) sehingga ke kajian-kajian kini yang dilakukan oleh Reid (1995), Ehrman (1996) dan Cohen (1998), terdapat pelbagai gaya pembelajaran telah dikenal pasti (H. Douglas Brown, 2000: 114). Selaras dengan pandangan Heinich et al. (1996: 37) dan Keefe (1979: 4) dipetik H. Douglas Brown (2000: 114), gaya pembelajaran ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran (Noriati A. Rashid et al., 2012:47). Menurut Noriati A. Rashid et al (2012:47), pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan gaya pembelajaran tersebut merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Gardner (1993: 21) menyatakan bahawa:.....not all people have the same abilities; not all of us learn in the same way. Dengan itu, kami telah mengenal pasti bahawa gaya pembelajaran dan tabiat pemprosesan informasi (information processing habit) yang sesuai dan berkesan bagi murid-murid kelas 4 Delima adalah berbeza. Mereka terdiri

daripada golongan murid yang dinyatakan dalam Model Gregorc yang diterangkan oleh Butler (1986) dalam Sharon E. Smaldino (2005: 51). Muridmurid mempelajari konsep perimeter dengan lebih berkesan melalui aktiviti pembelajaran yang menggunakan bahan manipulatif dan berbentuk

kumpulan. Oleh demikian, kami telah menyediakan satu video bertajuk Shapes and Perimeter, bahan-bahan autentik, alat-alat manipulasi, lembaran kerja, dan lagu bertajuk The Shapes Song untuk membantu pelajar-pelajar memproses maklumat dan membentuk persepsi dengan berkesan agar pembelajaran dapat dilaksanakan dapat memenuhi keperluan mereka. Contohnya, bagi bahan-bahan autentik (Juriah Long et al, 1993: 133) seperti biskut yang berbentuk segiempat tepat dapat membolehkan murid menghubungkaitkan pembelajaran topik pengajaran dengan pengalaman kehidupan harian kerana bahan-bahan tersebut dapat membolehkan mereka mempelajari tentang sifat-sifat dan komponen-komponennya (Edwards ,1998: 8 dipetik Doreen Drews dan Alice Hansen, 2007: 25). 2.1.2. Nyatakan Objektif atau Hasil Pembelajaran (State Objectives) Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012:48), pernyataan objektif atau hasil pembelajaran adalah penting sebagai hala tuju pengajaran-pembelajaran. Objektif pengajaran-pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas dan khusus apa bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar (Noriati A. Rashid, et al., 2012:48; Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984: 37; Heinich et al., 1996: 39). Objektif eksplisit itu menerangkan tingkah laku yang akan terlaksana oleh murid dan dapat mengelakkan sebarang salah tafsir (Frank J. Swetz dan Liew Su Tim, 1982: 209). Hal ini disebabkan tingkah laku atau prestasi yang dinyatakan tersebut akan menunjukkan keupayaan dunia sebenar (real-world capability) yang diperlukan oleh pelajar (Heinich et al., 1998; 40). Menurut Yusup Hashim (1998: 28), objektif mungkin diambil daripada sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. Pengetahuan tentang objektif ini akan membantu guru untuk mencipta satu suasana pembelajaran di mana objektif atau hasil pembelajaran dapat dicapai dan membuat penilaian secara berkesan (Heinich et al., 1996: 39). Dengan itu, penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati (Yusup Hashim, 1998: 28).

Pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria, iaitu kumpulan sasaran (Audience), bentuk perlakuan baharu (Behavior), syarat perlakuan (Conditions) dan standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai (Degree) (Noriati A. Rashid et al., 2012: 48; Heinich et al., 1996: 40). Dengan berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, kami telah menghasilkan satu pernyataan objektif dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4 KBSR, iaitu pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan jumlah sisi bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dengan betul serta mengukur dan merekod perimeter bagi bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dengan betul. 2.1.3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber (Select Methods, Media and Materials) Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber dibuat secara sistematis dan terancang juga (Noriati A. Rashid et al., 2012: 50). Menurut Gagne (1985) dipetik Yusup Hashim (1998: 36), kaedah dan media boleh ditentukan selepas hasilan pembelajaran seperti maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap telah dikenal pasti. Bahan media dipilih berdasarkan kepada tahap kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai (Yusup Hashim, 1998: 28). Sehubungan dengan itu, guru mesti mengetahui objektif pembelajaran terlebih dahulu untuk membuat pemilihan kaedah dan media (Heinich et al., 1996: 39). Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 50), proses pemilihan merangkumi tiga langkah, iaitu membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih, dan memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

2.1.3.1.

Penentuan Kaedah

Menurut Prabhu (1990) dalam Diane Larsen Freeman dan Marti Anderson (2011: vi), tidak ada sebarang kaedah yang mengatasi kaedah lain atau kaedah yang paling baik. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang

pelbagai, gabungan teknik dalam sesi pembelajaran adalah lebih berkesan (Noriati A. Rashid et al., 2012: 50). Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Dengan itu, kami mengaplikasi beberapa kaedah yang bersesuaian dengan murid-murid kelas 4 Delima. Antara kaedah termasuklah kaedah inkuiri-penemuan dengan menggunakan strategi pembelajaran induktif. Dalam proses penggunaan kaedah inkuiri-penemuan, para murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menggunakan akal fikiran mereka untuk mencari konsep, fakta, rumus atau hukum matematik daripada maklumat-maklumat yang diperoleh. Pada waktu yang sama, guru hanya memainkan peranan dengan proses mengenal pasti rumusan matematik yang hendak dikaji sehingga mencapai objektif atau hasil pembelajaran (Noraini Idris, 2005:41). Tambahan itu, kaedah penyoalan juga diaplikasi untuk menguji dan melahirkan

pengetahuan. Selain itu, pembelajaran koperatif juga diaplikasikan melalui aktiviti dalam peringkat perkembangan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Kajian mendapati penggunaan pembelajaran koperatif boleh meningkatkan

pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan serta berkeyakinan dan saling menghormati (Artzt dan Newman, 1997; Slavin, 1995 dipetik oleh Noraini Idris, 2005: 43). Hal ini disebabkan menggalakkan para pelajar yang lemah dan berfikiran negatif terhadap Matematik untuk melibatkan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah matematik secara bekerjasama dan mengurangkan persaingan dalam bilik darjah. Menurut Gestwicki (1995); Richey and Wheeler (2000) dalam oleh Burns, Roe dan Smith (2002: 36), Realizing that children in any classroom are at a variety of levels, the teacher should apply developmentally appropriate practice, a framework or an approach for working with young children in which the teacher considers each childs competencies and adjusts instruction accordingly.

Dengan berdasarkan pandangan tersebut, kami menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan kecekapan-kecekapan pelajar dan mengubahsuai cara pengajarannya. Tindakan ini adalah berdasarkan teori Piaget bahawa pendidikan seseorang kanak-kanak adalah bergantung pada pencarian sesuatu padanan antara kurikulum dan aras pemikiran kanak-kanak (Elkind, 1989). Jadi, aktiviti pembelajaran yang bersesuaian meningkatkan harga diri kerana kanak-kanak yakin akan diri sendiri mereka apabila mereka dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya. Harga diri mempengaruhi prestasi kanak-kanak di sekolah dan harga diri tersebut harus dipupuk sejak kecil lagi disebabkan harga diri menjadi lebih sukar untuk dipupuk apabila mereka sudah menjadi dewasa (Sameroff dan McDonough, 1996-1997 dalam Burns, Roe dan Smith, 2002: 36). Oleh yang demikian, dengan kaedah koperatif yang kami aplikasi, prosedur-prosedur pengajaran yang kami rancang merangkumi semua kebolehan murid-murid 4 Delima yang berbeza dengan tujuannya semua murid dapat mengalami kejayaan melalui aktiviti kelas. Buktinya, Madden dan Slavin (1983), Kamps et al. (1994) dan Gilles dan Ashman (2000) telah membuktikan strategi ini adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dan pelajar kurang upaya. Contohnya, dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid setiap kumpulan, mereka diberi peluang untuk membentuk sesuatu bentuk dua dimensi yang berlainan saiznya dengan menggunakan papan geometri dan gelung getah lalu mengira perimeternya dengan betul. 2.1.3.2. Pemilihan Format Media

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 50), format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan komputer multimedia. Setiap format media mempunyai kekuatan dan bantasannya untuk setiap jenis mesej yang ingin disampaikan dan dipaparkan (Sharon E. Smaldino et al., 1996: 57). Untuk memilih format media, guru hendaklah mengambil kira beberapa kriteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu). Keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan (Noriati A.

Rashid et al., 2012: 50). Contohnya, kami menggunakan klip video untuk menyampaikan topik pengajaran kepada murid-murid disebabkan mereka lebih suka melihat klip video berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari oleh mereka. Selain itu, papan geometri juga digunakan oleh murid-murid untuk meneroka konsep perimeter dalam bentuk kumpulan kecil bagi mencapai objektif proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, lembaran kerja disediakan untuk disiapkan oleh murid-murid secara individu atau berkumpulan akan memudahkan guru membuat penilaian terhadap pencapaian murid dan hasil penilaian tersebut akan bertindak sebagai maklum balas kepada guru dan murid tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian mereka. 2.1.3.3. Pemilihan Bahan Sumber

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran (Noriati A. Rashid et al., 2012: 50). Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Berbalik kepada Edgar Dale dan Cone of Experiencenya, beliau telah mengesyorkan berbagai-bagai kegiatan atau pengalaman yang sesuai untuk membantu murid-murid belajar, mengikut peringkat-peringkat tertentu: daripada pengalaman langsung kepada pengalaman yang abstrak

(Kamarudin Hj. Husin, 1988: 244). Bahan sumber yang digunakan memerlukan perancangan guru yang baik kerana seperti yang dinyatakan oleh Bottle (2005: 84) bahawa:the appropriateness of the resource should be judged by the extent to which the mental images that children form as a result are likely to be helpful in structuring their thinking. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubah suai bahan sumber sedia ada dan mereka bentuk bahan sumber baharu (Noriati A. Rashid et al., 2012: 51). Sharon E. Smaldino et al. (2005: 58) menyatakan bahawa:-

Obviously, if materials are already available that will allow your students to meet your objectives, by all means use them, thus saving work, time, and money. Jadi, untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh McAlphine dan Weston (1994) dipetik Sharon E. Smaldino et al. (2005: 59) telah kami jadikan panduan. Untuk itu, kami memilih bahan sumber yang sedia ada, iaitu klip video untuk merangsangkan minat muridmurid seperti yang dikatakan oleh Strevens (1988) dalam Joan Morley (2001: 77), iaitu encouraging the intention to learn dan menyampaikan konsep perimeter kepada mereka. Selain itu, seperti yang dikatakan oleh Sharon E. Smaldino et al. (2005:60) bahawa:Another modification technique, which many instructors overlook, is to show just a portion of video, stop the VCR, discuss what has been presented, then continue with another short segment followed by additional discussion. Dengan itu, kami juga mengubah suai klip video tersebut dengan menayangkan klip video dan menghentikan klip video untuk sebentar bagi menerangkan konsep perimeter yang ditayangkan kepada murid, kemudian klip video tersebut akan disambung. 2.1.4. Gunakan Media dan Bahan Sumber Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 51), anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar turut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. 2.1.4.1. Semak, Pratonton atau Kaji Bahan Sumber Sebelum

Digunakan Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 51), guru hendaklah mengkaji, menyemak atau menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakannya di dalam kelas. Perkara ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar,

objektif pengajaran dan pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitif, berada dalam keadaan baik dan sebagainya (Noriati A. Rashid et al., 2012: 51). Oleh demikian, kami telah membuat pratonton terhadap klip video yang digunakan untuk memastikan kandungan klip video tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur negatif. 2.1.4.2. Sediakan Bahan Sumber

Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar (Noriati A. Rashid et al., 2012: 52). Jadi, untuk menggunakan klip video tersebut dengan baik, kami telah mengumpulkan peralatan yang diperlukan seperti alat tayangan LCD, pembesar suara, papan geometri dan gelung getah yang mencukupi untuk digunakan oleh murid semasa mereka membuat aktiviti penerokaan di dalam kelas. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 52), guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan yang sesuai untuk penggunaan. Untuk itu, kami juga menyediakan beberapa papan geometri yang baru, kad-kad imbasan tentang bentuk dua dimensi dan papan pamer untuk menerangkan konsep perimeter sekiranya keadaan yang tidak dijangkakan berlaku seperti alat tayangan LCD tidak berfungsi dan sebagainya. 2.1.4.3. Sediakan Persekitaran Pembelajaran

Sharon E. Smaldino (2005: 62) menyatakan bahawa:Whenever the learning is to take place in the classroom, in a laboratory, at the media center, on the athletic field the facilities will have to be arranged for proper student use of the materials and media. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 52), menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Oleh demikian, disebabkan kaedah makmal dan kaedah inkuiri-penemuan digunakan, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan dalam bilik atau makmal matematik

sekolah. Tambahan pula, aktiviti pembelajaran yang disediakan adalah dalam bentuk kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang sekumpulan, jadi susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan (Noriati A. Rashid et al., 2012: 51). Susunan ini akan menyediakan murid-murid kelas 4 Delima untuk melibatkan diri secara koperatif dalam aktiviti pembelajaran yang disediakan dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan diganggu. Selain itu, guru juga patut memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Sehubungan dengan itu, kami juga memastikan alatan atau bahan resos berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan oleh murid-murid. Contohnya, alatan tayangan LCD dan pembesar suara adalah digunakan untuk menayangkan klip video semasa set induksi dan seterusnya semasa peringkat perkembangan juga, klip video juga akan ditayangkan bagi memudahkan guru menerangkan konsep perimeter dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid-murid membuat penerokaan dengan menggunakan papan geometri dan gelung getah. 2.1.4.4. Sediakan Pelajar

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 52), menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan

pengalaman pembelajaran yang merangsangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar (Noriati A. Rashid, et al., 2012: 52). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988: 143), guru harus dapat menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-baiknya dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran. Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui penggunaan gerak isyarat yang sesuai, pernyataan muka, gambar, perhubungan penglihatan, media dan sebagainya (Kamarudin Hj. Husin, 1988: 143). Sehubungan dengan itu, kami menayangkan kilp video untuk menarik minat murid dalam set induksi dan memberitahu murid-murid bahawa objektif-objektif pembelajaran yang akan dicapai. Perhatian juga boleh didapati apabila kami membentuk satu situasi dengan membawa murid-murid ke situasi berlakunya cerita dan peristiwa tersebut semasa proses menerangkan konsep perimeter kepada murid. Untuk mengekalkan perhatian murid lagi, lembaran kerja juga disediakan dan

diedarkan kepada mereka untuk menjawab dan mereka diberitahu juga bahawa lembaran kerja tersebut adalah bertujuan untuk menilai pencapaian mereka. Jadi, cara-cara ini akan membimbing murid-murid menyertai secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mereka akan lebih bersedia untuk mempelajari konsep dan kemahiran matematik yang ingin disampaikan. 2.1.4.5. Sediakan Pengalaman Pembelajaran

Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai (Noriati A. Rashid et al., 2012: 52). Semasa penyampaian isi pelajaran, kami menggunakan klip video dan papan geometri sebagai media pengajaran untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaian konsep perimeter. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran

diberikan keutamaan (Noriati A. Rashid et al., 2012: 52). Jadi, kami mengaplikasi pendekatan berpusatkan pelajar dengan mengadakan sesuatu aktiviti pembelajaran hands-on yang mana murid-murid dikehendaki menggunakan bahan manipulatif yang disediakan untuk meneroka konsep perimeter yang ditayangkan oleh klip video tersebut. Dalam aktiviti pembelajaran ini, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah makmal diaplikasi dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator untuk memberi bimbingan kepada murid yang memerlukan. Pada waktu yang sama, guru juga boleh membuat pemerhatian terhadap pencapaian murid semasa mereka

meneroka konsep perimeter dengan bergerak dari kumpulan ke kumpulan lain di dalam bilik makmal matematik. Pergerakan guru sebegini akan memastikan murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan

membolehkan mereka memberi tumpuan pada aktiviti yang dijalankan. Menurut Noriati A. Rashid et al., (2012: 52), apabila murid terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

2.1.5. Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 53), sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Perkara ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan (Noriati A. Rashid et al., 2012: 53). 2.1.5.1. Aktiviti-Aktiviti Kelas (Whole-Class Activities)

Setelah encouraging the intention to learn seperti yang dikatakan oleh Strevens (1988) dipetik Joan Morley (2001: 77) dalam set induksi, guru melibatkan semua murid kelas 4 Delima dalam aktiviti bercerita. Dalam aktiviti bercerita ini, guru menceritakan sebuah cerita untuk menerangkan konsep perimeter berbantukan klip video yang disediakan. Cerita tersebut memang dapat menarik minat semua murid walaupun mereka tahu bahawa peristiwa dalam cerita tersebut mungkin tidak akan berlaku dalam kehidupan harian mereka, namun mereka masih berminat dan melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah peristiwa tersebut (Doreen Drews dan Alice Hansen, 2003: 49). The problem itself was a worthwhile choice because it used and applied the mathematical knowledge that the teacher aimed for the children to gain. Klip video tersebut akan memudahkan murid-murid untuk melihat perjalanan cerita yang guru ingin sampaikan dengan menayangkan langkah demi langkah dan klip video tersebut menyediakan satu masalah yang dikehendaki diselesaikan oleh semua murid. Seperti yang dikatakan oleh Doreen Drews dan Alice Hansen (2003: 49) bahawa:...being able to return to the problem context throughout the problem solving process helps children to remain focused on the problem to be solved.

Dengan

itu,

murid-murid

akan

memainkan

peranan mereka

dalam

menyelesaikan masalah peristiwa tersebut walaupun kebolehan mereka adalah berbeza. Dalam aktiviti ini, mereka mencabar pemikiran antara satu sama lain, menyoal murid lain dan menerangkan sesuatu dalam cara yang lain. Dengan berbantukan klip video tersebut, mereka membuat perkaitan antara pengetahuan atau pengalaman sedia mereka dengan masalah peristiwa yang terdapat dalam klip video tersebut dan mengaplikasinya dalam proses menyelesaikan masalah, contohnya mereka melukis bagaimana Pak Mee menyelesaikan masalahnya dengan membina pagar kandangnya dengan baik. Lukisan penyelesaian masalah murid ialah an iconic representation of the problem (Bruner, 1966). Pada waktu yang sama, guru memberi maklum balas kepada murid-murid dengan menayangkan jawapan penyelesaian masalah yang terdapat dalam klip video tersebut. Justeru, dengan memasukkan masalah tersebut dalam konteks realistik, aktiviti ini akan menyediakan suasana yang bermakna dan motivasi kepada kanakkanak (Doreen Drews dan Alice Hansen, 2003: 46). Seterusnya, aktiviti kelas diteruskan dengan aktiviti penerokaan konsep perimeter dengan menggunakan bahan manipulatif berbantukan klip video. Interaksi antara murid dengan bahan manipulatif yang konkrit dengan berbantukan klip video akan memudahkan kefahaman mereka untuk membentuk model-model mental mereka. Perkara ini disebabkan muridmurid masih dalam peringkat operasi konkrit dan memerlukan bahan

manipulatif yang konkrit untuk mempelajari konsep matematik yang abstrak. Walaupun model-model tersebut adalah dibentuk berdasarkan pengalaman konkrit murid-murid, namun English dan Halford (1995: 57) menyatakan bahawa:this does not necessarily restrict their power to deal with abstract concepts... The important thing about mental models, especially in the context of mathematics, is the relations they present. Dengan itu, murid-murid menggunakan papan geometri untuk membentuk bentuk dua dimensi yang terdapat dalam klip video. Murid akan

memanipulasi, meneroka, mengukur dan merekod hasil penerokaan mereka untuk menyiapkan tugasan diberikan. Murid dibenarkan berbincang dengan murid lain apabila mereka menghadapi masalah. Pada waktu yang sama, guru akan memberi bimbingan dan maklum balas kepda murid-murid semasa mereka membina model mental mereka tentang konsep perimeter dan menyoal murid tertentu untuk mengenal pasti murid berkenaan membina konsep matematik yang betul. Semasa guru menyoal, murid akan menjawab soalan guru dengan baik dan dapat menerangkan bagaimana konsep perimeter itu dibentuk serta apa yang dimaksud perimeter. Anghileri (2005: 90) menyatakan bahawa:Some children find it a lot easier to explain their thinking if they have equipment available to touch and move so that they can describe their actions rather than try to formulate abstract thoughts... These objects also provide images that make it easier for children to follow the thinking of others and to recall situations they have experienced before.

2.1.5.2.

Aktiviti Kumpulan Kecil (Small Group Activities)

Menurut Ainley (1988: 243), permainan boleh menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasi proses matematik dan berfikir dengan cara matematik. Aktiviti pembelajaran diterusnya dengan aktiviti permainan. Mohd. Arif Hj. Ismail dan Rosnaini Hj. Mahmud (2001:30), strategi pembelajaran koperatif telah digunakan secara berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dalam pelbagai bidang atau mata pelajaran sekolah seperti penulisan (Dale, 1995), penyelesaian matematik (Webb dan Farivar, 1994), penulisan dan pemahaman dalam bacaan (Stevens dan Slavin, 1995a) dan pemahaman konseptual sains dan matematik (House, 2000). Untuk aktiviti ini, guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid. Dalam aktiviti ini, guru menyediakan lembaran kerja untuk setiap kumpulan dan setiap kumpulan akan bekerjasama secara koperatif untuk menyiapkan lembaran kerja

tersebut. Perkara ini disokong oleh Doreen Drews dan Alice Hansen (2003: 24) bahawa:While many mathematical games are designed as competitive games, they can often turn into co-operative games where pupils support each other to obtain the greatest success. Seterusnya semasa menyiapkan lembaran kerja, guru menayangkan semula konsep perimeter dan cara-cara untuk mengukur perimeter dengan betul kepada murid. Dengan berbantukan klip video, mereka akan menyiapkan lembaharan kerja tersebut dengan baik. Kumpulan yang menyiapkan lembaran kerja dengan betul dan cepat diisytiharkan sebagai pemenang. 2.1.5.3. Aktiviti Secara Individu (Individual Activities)

Aktiviti pembelajaran juga diteruskan dengan aktiviti individu. Dalam aktiviti ini, lembaran kerja juga disediakan kepada setiap murid namun mereka dikehendaki untuk menyiapkan tugasan ini secara individu. Hasil kerja murid akan digunakan sebagai bahan untuk proses penilaian terhadap

keberkesanan penggunaan klip video sebagai media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.1.6. Nilai dan Semak Semula Langkah akhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat atau bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Penilaian sering kali dianggap sebagai menilai pencapaian pelajar semata-mata melalui latihan lembaran kerja atau ujian. Sebenarnya, langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran (Noriati A. Rashid et al., 2012: 53). Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media, dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid (Noriati A. Rashid et al., 2012: 53). Seterusnya, penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan bentuknya terbahagi kepada dua, iaitu penilaian formal dan penilaian informal (Noriati A. Rashid et al., 2012: 53). Penilaian informal kami gunakan untuk menilai pencapaian murid melalui hasil kerja murid, jawapan

diberikan oleh murid semasa soal jawab, penglibatan murid dalam aktiviti kumpulan dan kerjasama murid semasa menyiapkan lembaran kerja dalam kumpulan. Hal ini disebabkan perlakuan murid sebenarnya memberikan maklum balas tentang pencapaian objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan bahan sumber(Noriati A. Rashid et al., 2012: 52). Selain itu, penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran melalui amalan refleksi. Untuk membuat refleksi, kami merakam pengajaran dengan menggunakan Camcorder dan rakaman tersebut akan dinilai kemudian. Selain itu, maklum balas yang diberikan oleh murid-murid terhadap pengajaran yang menggunakan klip video tersebut sebagai media pengajaran juga dikumpul untuk membuat refleksi kendiri tentang keberkesanan penggunan klip video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas murid boleh didapati dengan mengedarkan borang penilaian atau membuat temu bual dengan beberapa murid. Melalui refleksi tersebut, kami akan menilai semula perancangan, pengajaran, tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran sebagainya. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012: 53), penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Kami menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas murid untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Dengan itu, tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya. Contohnya, sekiranya klip video yang kami gunakan adalah kurang berkesan, kami akan membuat pembetulan atau pengubahsuaian terhadap klip video tersebut agar klip video tersebut menjadi lebih sesuai dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan memenuhi keperluan murid-murid pada masa depan. Secara kesimpulannya, menurut Doreen Drews dan Alice Hansen (2003: 23), media Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah disediakan di sekolah rendah sebagai bahan resos atau alat yang berguna untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Bottle (2005:95) menyatakan bahawa:yang menggunakan klip video, pencapaian objektif dan

...there need to be connections between the tasks / activities undertaken using the ICT device and mathematical activities indepedent of the device. Justeru, guru hendak merujuk kepada model ASSURE untuk membuat rancangan persediaan mengajar (RPM) agar pengajaran yang efektif dapat dihasilkan dan memenuhi keperluan pembelajaran semua murid.

3. Jenis-Jenis Shot Kumpulan kami telah memilih klip video yang menarik untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat memberi kesan yang positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran pelajar. Dalam klip video tersebut, terdapat pelbagai jenis shot yang dapat disaksikan. seperti berikut: 3.1. Long Shot Antaranya adalah

Gambar di atas diambil dari video tersebut yang menggunakan long shot. Menurut Isaac V. Kerlow (2004:192), shot ini juga dikenali sebagai Establishing Shot. Sifat tangkapan shot ini menunjukkan keseluruhan dan kesemua objek yang berada dalam ruang yang dirakamkan. Shot ini banyak membantu memperkenalkan situasi, keadaan tempat berlakunya sesuatu kejadian. Dalam shot ini, seluruh tubuh subjek, iaitu dua ekor tupai diambil bersama dengan pandangannya yang lebih luas. semasa mengambil shot ini, kamera mesti berada pada jarak yang agak jauh untuk membolehkan permandangan yang lebih luas dirakamkan (Wolf Gewehr: 2002, 88).

3.2. Slow motion

Kedua-dua gambar di atas menggunakan shot slow motion. Pada mulanya, video menunjukkan gambar A dan bergerak semakin dekat dengan budak itu seperti yang terdapat pada gambar B dengan menggunakan teknik zoom in. Shot ini seperti satu animasi yang membolehkan ia bergerak ke arah subjek (Sherri Sheridan: 2004,178). 3.3. Over the Shoulder

Gambar di atas menggunakan shot over the shoulder. Hal ini disebabkan gambar yang diambil ini menunjukkan sudut-sudut di mana gambar ini diambil dari belakang budak itu dan fokus pada objek yang mempunyai hubungan dengan subjek, iaitu buku yang dipegang oleh budak itu (Sherri Sheridan: 2004,175). Gambar ini diambil melalui bahu budak itu untuk mewujudkan shot ini. 3.4. Flying into Subject

Kedua-dua gambar di atas menggunakan shot flying into subject. Pada mulanya, video hanya diambil pada buku yang dipegang oleh budak itu seperti yang ditunjukkan pada gambar X. Selepas itu, kamera itu bergerak ke arah buku itu untuk menunjukkan imej yang terdapat pada muka surat tersebut. Untuk mendapatkan shot ini, video yang diambil boleh menggunakan teknik zoom in atau menggerakkan kamera ke arah buku itu. Shot ini seperti satu animasi yang membolehkan ia bergerak ke arah subjek (Sherri Sheridan: 2004,172).

3.5. Medium Shot

Gambar ini menggunakan medium shot. Menurut Norhamin Production (2006), kawasan potongan shot ialah dari paras dada dan ke atas. Shot jenis ini menunjukkan jumlah objek persekitaran lebih kecil dari shot jarak jauh (long shot). Jarak antara kamera dan subjek (budak itu) adalah dekat atau menggunakan teknik zoom.

3.6. Waist Shot

Gambar ini menggunakan waist shot. Menurut Noriati A. Rashid et al (2012, 169), kawasan potongan shot ialah dari paras pinggang dan ke atas. Jarak antara kamera dan subjek (budak itu) adalah sederhana atau menggunakan teknik zoom tanpa menghampiri budak itu.

3.7. Static shot

Gambar di atas menggunakan static shot. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1523), statik bermaksud sesuatu berada dalam keadaan tidak aktif atau tidak berubah. Untuk mendapatkan gambar seperti di atas yang tidak berubah selama 10 saat, kamera berada di satu tempat dan dikuncikan supaya kamera tidak akan bergerak semasa mengambil video tersebut (Sherri Sheridan: 2004,178).

3.8. Thigh Shot

Gambar ini menggunakan thigh shot. Menurut Noriati A. Rashid et al (2012, 169), kawasan potongan shot ialah dari paras peha dan ke atas. Jarak antara kamera dan subjek (budak itu) adalah jauh supaya boleh mengambil video dua orang pada pada peha dan ke atas pada jarak yang tertentu.

3.9. Hip Length

Gambar ini menggunakan shot hip length. Menurut Noriati A. Rashid et al (2012, 169), kawasan potongan shot ialah dari paras pinggul dan ke atas. Jarak antara kamera dan subjek (budak itu) adalah sederhana supaya video yang diambil boleh merangkumi dua orang pada paras pinggul dan ke atas pada jarak yang tertentu.

3.10.

One Shot

Gambar di atas menggunakan one shot. Menurut Adi Putra (2006), one shot bermaksud satu shot menampilkan satu objek, iaitu budak kecil. Semasa mengambil video ini, kamera berada pada jarak yang sederhana sehingga membolehkan watak tersebut berada di bahagian tengah skrin.

3.11.

Two Shot

Gambar di atas menggunakan two shot. Menurut Sherri Sheridan (2004:181), two shot bermaksud satu shot menampilkan dua orang, iaitu budak

kecil dan orang Egypt. Shot ini menunjukkan perhubungan antara dua orang tersebut. Semasa mengambil video ini, kamera berada pada jarak yang sederhana sehingga membolehkan kedua-dua watak berada di bahagian tengah skrin. Pull-back

3.12.

Menurut Sherri Sheridan (2004:177), untuk menggerakkan gambar A ke gambar B dan seterusnya ke gambar C, shot yang telah digunakan ialah pullback. Pada mulanya, kamera hanya fokus pada dua orang tersebut. Selepas itu, pergerakan dolly digunakan dengan mengundur kamera yang dipasangkan di atas tripod beroda untuk mendapatkan kesan pada gambar C (Noriati A. Rashid et al: 2012:172).

3.13.

Straight on

Menurut Sherri Sheridan (2004:179), jenis shot yang digunakan adalah straight on. Shot ini berlaku apabila kamera hanya fokus pada depan subjek, iaitu orang Egypt bukannya fokus pada belakang subjek. Shot ini memberi dapat memberi tumpuan kepada subjek untuk menyampaikan sesuatu penerangan kepada penonton video ini. Oleh itu, murid-murid dapat melihat dan mendengar penerangannya dengan perhatian sepenuhnya di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu konsep.

Penutup Secara kesimpulannya, video dapat digunakan untuk mencapai pelbagai objektif pengajaran secara berkesan. Dalam keadaan tertentu, video boleh mendorong motivasi dan meningkatkan kesan pembelajaran murid sekiranya gabungan penggunaan video dengan media lain. Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley, 1992 dalam Mohd Arif Hj. Ismail dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2001: 34). Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas lagi. Perkara ini selaras dengan katakata Kung Fu Tze:-

kalau saya dengar, saya lupa, kalau saya lihat, saya ingat dan kalau saya buat, saya tahu Pembelajaran yang berkesan biasanya dapat dicapai apabila bahan pengajaran yang digunakan lebih bersifat ikonik, realistik, konkrit, dan menghampiri dengan pelajar. Video yang bersifat ikonik, realistik dan menghampiri pelajar begitu baik jika digunakan dalam mencapai sesuatu objektif pengajaran dengan lebih berkesan (Barron dan Bergen, 1989).

Senarai Rujukan Sharon E. Smaldino, James D Russell, Robert Heinich dan Michael Molenda (2005). Instructional Technology and Media for learning (8th ed.). United States of America: Pearson Education, Inc. Sherri Sheridan (2004). Developing Digital Short Films. United States of America: New Riders Publishing. Robert Heinich, Michael Molenda, James D. Russell dan Sharon E. Smaldino (1996). Instructional media and techologies for Learning (5th ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc. Yusup Hashim dan Ramzah bt. Man (2001). Satu Tinjauan tentang Model Reka Bentuk dan Pengembangan Instruksional bagi Pembelajaran Elektronik. Malaysian Journal of Educational Technology, 1 (1), 7 17. Mohd Arif Hj. Ismail dan Rosnaini Hj. Mahmud (2001). Penggunaan Teknik Video Bagi Model Pembelajaran Kooperatif: Teknik Tayangan Bersilang Dengan Komentar. Malaysian Journal of Educational Technology, 1(1), 29 36. Barron, D. dan Bergen, T. (1989). Thinking about Learning Teachnology. School library Media Activities Monthly, 10, 45 - 47. Dale, H. (1995). Collaborative Writing Interactions in One Ninth-Grade Classroom. Journal of Educational Research, 87, 334 344. English, F. W. dan Steffy, B. E. (1995). Using Film to Attain a Cultural and Contextual Understanding of Moral Leadership. Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association. April 18 -22. House, J. D. (2000). Relationships between instructional activities and science achievement of adolescent students in Hong Kong: Findings from the Third International Mathematics and Science Study (TIMSS). International Journal of Instructional Media, 27(3), 275 288. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, dan Wan Kamaruddin Wan Hasan (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (Ed. Kemas kini). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Diane Larsen-Freeman dan Marti Anderson (2011). Techniques & Principles in Language Teaching. Oxford, New York: Oxford University Press. H. Douglas Brown (2000). Principles of Language Learning and Teaching (4th Ed.). White Plains, New York: Addison Wesley Longman, Inc. Marcy P. Driscoll (1994). Psychology of Learning for Instruction. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon A Division of Paramount Publishing, Inc. Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ainley, J. (1988). Playing Games and Real Mathematics. In Pimm, D. (ed.) Mathematics, teachers and children. London: Casell. Bottle, G. (2005). Teaching Mathematics in the Primary School. London: Continuum. English, L.D. dan Halford, G.S. (1995). Mathematics Education: Models and Processes. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Bruner, J. (1966). On cognitive growth. In Bruner, J., Oliver, R., dan Greenfield, P. (eds) Studies in Cognitive Growth. New York: John Wiley. Anghileri, J. (2005). Childrens Mathematical Thinking in the Primary Years. London: Continuum. Joan Morley (2001). Aural Comprehension Instruction: Principles and Practices. In Marianne Celce Murcia (ed), Teaching English as a Second or Foreign Language. Boston, MA: Heinle, Cengage Learning. Juriah Long, Raminah Hj. Saoran dan Sofiah Hamid (1993). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Greeno, J. G. (1988). The Situated Activities of Learning and Knowing Mathematics. In Behr, M. J., Lacampagne, C. G. and Wheeler, M.M. (Eds.), Proceedings of the Tenth Annual Meeting of PME-NA (481 521). DeKalb, IL: Northern Illinois University. Doreen Drews dan Alice Hansen (2007). Using Resources to Support Mathematical Thinking: Primary and Early Years. Southernhay East Exeter: Learning Matters Ltd. Gillies, R. M. dan Ashman, A. F. (2000). The Effects of Cooperative Learning on Students with Learning Difficulties in the Lower Elementary School. Journal of Special Education, 34(1), 19 27. Kamps, D., Dugan, E., Leonard, B. dan Daoust, P. (1994). Enhanced Small Group Instruction Using Choral Responding and Student Interaction for Children with Autism and Developmental Disablities. American Journal on Mental Retardation, 99, 60 73. Stevens, R. dan Slavin, R.E. (1995a). The Cooperative Elementary School. American Educational Research Journal, 32, 321 351. Webb, N. dan Farivar, S. (1994). Promoting Helping Behaviour in Cooperative Small Groups in Middle School Mathematics. Americ an Educational Research Journal, 31, 369 395. Madden, N. dan Slavin, R.E. (1983). Cooperative Learning and Social Acceptance of Mainstreamed Accademically Handicapped Students. The Journal of Special Education, 17, 171 -182. Betty D. Roe, Sandra H. Smith dan Paul Clay Burns (2002). Teaching Reading in Todays Elementary Schools. Boston, MA: Heinle, Cengage Learning. Frank J. Swetz dan Liew Su Tim (1982). Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Frank J. Swetz dan Liew Su Tim (1988). Pengajaran Matematik KBSR. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai