Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Berdasarkan Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini, saya berasa amat berpuas hati kerana
responden-responden saya boleh mengikuti apa yang telah didedahkan dan
diperkenalkan dalam langkah atau aktiviti yang ditunjukkan. Setelah beberapa sesi
intervensi dan latihan tropikal diberikan kepada mereka, mereka tidak melakukan
kesilapan-kesilapan sebelum ini. Walaupun kaedah ini mempunyai aktiviti yang
banyak, namun begitu setiap aktiviti ini adalah penting dan bertujuan untuk
membantu responden menguasai kemahiran yang difokuskan.
Responden-responden berasa menarik apabila diperkenalkan kepada kaedah
GeoLight dan mereka dapat menjawab semua soalan latihan tropikal dengan betul
dan tepat. Namun begitu, mereka juga membuat kecuaian sewaktu mengira petak
yang dilakarkan dan menulis jawapan yang silap walaupun lakaran gambar rajah
mereka adalah betul. Walau bagaimanapun, kaedah GeoLight ini dapat membantu
murid untuk menguasai kemahiran penolakan dua pecahan wajar yang berbeza
penyebut hingga 10 dengan lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional. Semasa
intervensi dilakukan, Responden D dan E mengalami sedikit kekeliruan ketika
melakar dan mengira petak yang dilorekkan tetapi kekeliruan tersebut berjaya diatasi
dengan menggunakan unsur dinamik warna.
Setelah selesai beberapa sesi intervensi dan soalan latihan tropikal, saya telah
melaksanakan aktiviti yang merangkumi semua aktiviti yang dipelajari untuk melihat
peningkatan prestasi dan juga kecekapan responden saya. Mereka sudah mula
menguasai kemahiran difokuskan dengan menggunakan kaedah GeoLight.
Akhirnya, responden-responden saya dapat menggunakan kaedah GeoLight tanpa
bimbingan guru untuk memperoleh jawapan yang betul dan tepat. Melalui hasil kerja
latihan tropikal responden, saya mendapati bahawa responden menunjukkan
pengetahuan konseptual yang kukuh ketika menjawab soalan yang disediakan. Oleh
itu, saya amat berpuas hati dengan prestasi responden saya. Justeru, saya telah
mentadbirkan Ujian Pasca kepada responden-responden saya untuk melihat
kefahaman dan kemahiran mereka dalam penolakan dua pecahan wajar yang berbeza
penyebutnya hingga 10 serta kecekapan mereka dari segi masa menjawab setelah
semua sesi intervensi dilaksanakan.

Refleksi Aktiviti 1:
Responden dapat mengenali nilai pecahan yang ditunjukkan sama ada dengan
menggunakan bahan konkrit ataupun perisian interaktif yang direka cipta. Mereka
dapat menjawab soalan yang diberi dengan betul dan tepat. Dengan itu, saya dapat
memerhati bahawa responden dapat menjawab soalan dengan lebih yakin dan
bermotivasi.
Refleksi Aktiviti 2:
Pada mulanya aktiviti ini dilaksanakan, terdapat beberapa orang responden tidak
dapat membezakan nilai pecahan yang lebih besar dan jawapan kebanyakan mereka
adalah silap. Setelah itu, responden dapat mengenal pasti nilai pecahan yang lebih
besar daripada satu lagi dengan menggunakan Light Box dan perisian yang reka cipta
sendiri.
Refleksi Aktiviti 3:
Responden berasa gembira apabila warna berubah pada bahagian tertentu apabila
pertindihan dua pecahan wajar dilakukan. Saya mendapati bahawa perisian interaktif
yang direka cipta dapat menarik minat responden untuk belajar.
Refleksi Aktiviti 4:
Kebanyakan responden pada mulanya sering silap mengira bilangan petak untuk
mendapatkan jawapan bagi penyebut. Kesilapan ini berlaku disebabkan kekemasan
lakaran gambar rajah dan kecuaian mereka sewaktu mengira bilangan petak. Untuk
meminimumkan kesilapan mereka, kertas petak telah digunakan untuk membantu
mereka melakar gambar rajah dengan kemas dan memudahkan mereka ketika mengira
petak.
Refleksi Aktiviti 5:
Responden dapat menolak bahagian pecahan yang bertindih terlebih dahulu dan
kemudian mengeluarkan petak-petak yang dipasangkan dengan melorek garisan hijau.
Responden mendapatkan jawapan yang betul berdasarkan baki petak yang berlorek
bagi jawapan pengangka. Tetapi, beberapa orang responden didapati membuat silap
ketika membilang baki petak dan cuai dalam menulis jawapan yang silap walaupun

lakaran gambar rajah yang dibuat itu adalah betul dan tepat. Untuk mengatasi masalah
ini, saya meminta responden untuk membuat lakaran gambar rajah dengan
menggunakan pen warna yang berlainan. Oleh itu, saya membuat inovasi terhadap
kaedah GeoLight dengan menggunakan unsur perubahan warna dan unsur muzik
bagi memudahkan responden membezakan petak dengan warna yang berlainan dan
mengekalkan tahap motivasi mereka untuk belajar.
Refleksi Aktiviti 6:
Saya mendapati bahawa responden dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik dan
tanpa bimbingan guru. Responden dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan
menggunakan kaedah ini dengan baik. Lakaran gambar rajah yang dihasilkan juga
semakin jelas dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai