Anda di halaman 1dari 79

KMP6103: MATHEMATICS FOR

GIFTED CHILDREN

KURIKULUM YANG
SESUAI
UNTUK PELAJAR
PINTAR CERDAS
POOVVANES A/P
KRISHNAN
M20151000358

LAAVANYA A/P
RAMACHANDRA
N
M20151000350

SHANTI A/P
SUBRAMANIAM
M20151000360

JEYANTHI A/P
RAJAGURU
M20151000359

PENGENALAN
Perkembangan pendidikan semasa, terutama dari segi
modifikasi sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran untuk
memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas, normal dan
pendidikan khas, samaada di Malaysia atau di luar negeri,
telah menarik minat ahli pendidik dan penulis bahan ilmiah
untuk membicarakan fenomena tersebut.

PENGENALAN
Dengan perlaksanaan program KBSR, KBSM dan yang
terbaharu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
yang memberi tumpuan kepada pendidikan umum untuk
semua pelajar, maka dengan ini kita memerlukan masa
untuk meneliti isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran,
pembelajaran dan penilaian bagi pendidikan untuk murid
pintar cerdas secara meluas dan mendalam.

PENGENALAN
Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari telah dibentuk
dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum bagi pelajar
pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar
biasa.
Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas
dengan pelajar biasa ialah pengayaan kurikulum atau asas
kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang
berfokus kepada bidang yang diminati pelajar.

PENGENALAN
Untuk

melahirkan

insan

yang

cemerlang,

program

pendidikan pintar cerdas perlu memberi fokus kepada


perkembangan

dan

pembangunan

manusia

secara

seimbang, menyeluruh dan bersepadu.


Program pendidikan pintar cerdas yang bersepadu dapat
diwujudkan

hanya

apabila

ahli

pendidik

membuat

beberapa perubahan besar terhadap falsafah, teori dan


amalan pendidikan konvensional.

SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS DI DUNIA
1. Tahun 1919

Kelas telah bermula di beberapa lokasi terpilih seperti di


cleveland dan new York.
Terdapat perbezaan di dalam pembelajaran, isi kandungan,
strategi dan tiada peperiksaan.

2. Tahun 1950
Program

yang

dijalankan

berdasarkan

isi

kandungan

tertentu.
Murid pintar cerdas belajar dengan lebih sistematik.

..SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS DI DUNIA
3. Ward 1961
Mengembangkan teori pendidikan yang berbeza bagi
murid pintar cerdas yang ditetapkan.
Prinsip-prinsip khusus yang merupakan kurikulum yang
sesuai dengan pelajar pintar cerdas boleh dibangunkan.

..SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS DI DUNIA
4. Meeker 1969
Menggunakan Guilford structure of intellect untuk mencari
kekuatan dan kelemahan murid
Isi kandungan yang khusus dapat mengatasi kelemahan
kurikulum pintar cerdas terutamanya dalam bidang daya
ingatan, kognitif, pemikiran konvergen, pemikiran divergen
dan penilaian.

5. Stanley, Keating & Fox 1974


Tertumpu

pada

model

isi

kandungan

membezakan program murid pintar cerdas

pecutan

untuk

..SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS DI DUNIA
6. Renzuli 1975
Berfokus kepada perbezaan model kurikulum, murid pintar
cerdas tidak lagi terikat dengan aktiviti pengayaan tetapi keda
latihan dalam kemahiran berfikir.
Program berorientasikan projek menangani masalah sebenar
untuk diselesaikan.

7. Passow 1982
Merumuskan

tujuh

prinsip

kurikulum

kardinal

yang

melibatkan isi kandungan, proses, produk tingkah laku dan


menilai pertimbangan.

..SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS DI DUNIA
6. Renzuli 1975
Berfokus kepada perbezaan model kurikulum, murid pintar
cerdas tidak lagi terikat dengan aktiviti pengayaan tetapi keda
latihan dalam kemahiran berfikir.
Program berorientasikan projek menangani masalah sebenar
untuk diselesaikan.

7. Passow 1982
Merumuskan

tujuh

prinsip

kurikulum

kardinal

yang

melibatkan isi kandungan, proses, produk tingkah laku dan


menilai pertimbangan.

..SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
PINTAR CERDAS DI DUNIA
8. Van-Tassel Baska (1993b)

Menggariskan 20 aspek kurikulum yang baik untuk murid


pintar cerdas yang menekankan

isi kandungan, proses,

produk dan konsep dimensi tema dari kurikulum


Digunakan dalam Model Kurikulum Bersepadu
Integrated Curriculum Model telah diuji di dalam kelas sains
dan kelas bahasa kebangsaan.

ELEMEN UTAMA DALAM


MEMBANGUNKAN KURIKULUM
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
1.

KEPERLUAN

KANAK-KANAK

PINTAR

CERDAS
Penekanan kepada struktur bagi konsep dan prinsip asas
dalam sesuatu mata pelajaran dan bukan kepada aktiviti
hafalan dan ingatan sahaja.
Penekanan kepada cara bagaimana sesuatu prinsip atau
algoritma itu diterbitkan dan bukan kepada apa yang
diterbitkan sahaja.
Penekanan kepada pengembangan sesuatu kurikulum secara
meluas dan mendalam.

..ELEMEN UTAMA DALAM


MEMBANGUNKAN KURIKULUM
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
1.

KEPERLUAN

KANAK-KANAK

PINTAR

CERDAS
Penekanan kepada kaedah pembelajaran melalui pengalaman
seperti kerja projek, simulasi, memain peranan, kajian kes,
inkuiri secara individu atau kelompok dan reka cipta.
Penekanan

kepada

integrasi

teknik

pembelajaran

berseorangan, bekerjasama dan bersaing konstruktif.

..ELEMEN UTAMA DALAM


MEMBANGUNKAN KURIKULUM
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
2. KEMAHIRAN BERFIKIR
kemahiran memberi tumpuan kepada maklumat yang relevan,
kemahiran mengumpul data dari pelbagai sumber,
kemahiran mengingat,
kemahiran mengurus,
kemahiran analisis,
kemahiran menghasilkan idea yang bermakna,
kemahiran membuat hubungkait dan
kemahiran membuat penilaian.

MODEL KURIKULUM
1. MODEL WIILIAM 1970, MODEL TAYLOR 1971 &
MODEL TORRANCE 1978

MODEL KURIKULUM
2. MODEL MAKER 1982
Maker (1982) menyenaraikan empat komponen kurikulum
yang boleh diubahsuai oleh pendidik bagi membentuk
program pendidikan pintar cerdas yang berbeza dari segi
kualiti dengan program pendidikan konvensional iaitu:
i. Isi Kandungan
ii. Proses pengajaran
iii. Hasil pembelajaran
iv. Persekitaran Pembelajaran

MODEL KURIKULUM
2. MODEL MAKER 1982
i.

Isi Kandungan

. Menggubal isi kandungan yang khusus bagi membolehkan


pelajar

tersebut

mengembangkan

potensinya

secara

maksimum.
. Konsep dan prinsip yang sesuai dengan tahap kebolehan
mereka, dan bukan lebih rendah atau terlalu tinggi.
. Renzulli (1977) menyatakan sebahagian besar daripada
program pintar cerdas sekarang lebih merupakan program
hiburan daripada pendidikan.

MODEL KURIKULUM
2. MODEL MAKER 1982
i.

Isi Kandungan

. Pendidikan khusus bagi pelajar pintar dan berbakat


ditentukan sifatnya oleh pandangan hidup sesuatu budaya
kerana pendidikan itu merupakan alat terpenting untuk
merealisasikan tujuan dan pandangan hidup itu.
. Guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan
kandungan sesebuah kurikulum.

MODEL KURIKULUM
2. MODEL MAKER 1982
ii. Proses pengajaran & iii. Hasil pembelajaran
Proses pengajaran merujuk kepada penggunaan kaedah
pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan pelajar
pintar dan berbakat dalam mengembangkan tahap pemikiran
yang tinggi, penaakulan induktif dan deduktif, penghasilan
kreatif dan akhlak yang mulia.
Hasil

pembelajaran

pula

merujuk

kepada

pembinaan

tindakan dan operasi yang mantap yang membolehkan


pelajar pintar cerdas memberi sumbangan yang professional
kepada kesejahteraan diri dan keharmonian masyarakat.

MODEL KURIKULUM
2. MODEL MAKER 1982
ii. Proses pengajaran & iii. Hasil pembelajaran
Output yang dihasilkan oleh pelajar pintar cerdas mestilah
berbeza dari segi penekanannya kepada transformasi.
Pendidikan itu mestilah mampu melahirkan pelajar yang
dapat

memberi

sumbangan

yang

konstruktif

kepada

pembangunan negara dari segi intelek, ekonomi, teknologi,


politik dan akhlak.
Guru

pula

berperanan

sebagai

penyambung

budaya,

pembimbing, contoh tauladan yang baik dan pemberi ingatan


kepada murid.

MODEL KURIKULUM
2. MODEL MAKER 1982
iv. Persekitaran Pembelajaran
Berpusatkan

murid

seperti

pembelajaran

melalui

pengalaman, autonomi, pemikiran terbuka, pembinaan


adab, amanah, penerokaan, berdikari, fleksibel dan mobiliti.
Pembelajaran berpusatkan pembinaan tingkahlaku yang
sofistikated.
Perubahan

ini

boleh

diwujudkan

pengayaan, pecutan dan pengelompokan.

melalui

kaedah

PROGRAM MURID PINTAR


CERDAS
Dalam melaksanakan kurikulum kepada pelajar pintar cerdas,
aktiviti yang dijalankan perlu bersesuaian. Program yang boleh
digunakan ialah;

PENGAYAAN

PECUTAN
PENGELOMPOKAN

PENGAYAAN
Meluaskan

pengetahuan

dan

pengalaman

serta

mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.


Program pengayaan yang berkesan berlaku apabila guru
menyediakan pelajaran yang berbeza untuk pelajar pintar
dan berbakat dalam bentuk aktiviti yang telah tersusun rapi
dan pelajar menggunakan kebolehan kognitif pada peringkat
tinggi.
Ianya membabitkan isi kandungan yang luas dan mendalam
serta memerlukan strategi komunikasi yang mencabar.

PENGAYAAN

Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan


Renzullis Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang
sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

PENEROKAAN
Pendedahan pelbagai bidang

LATIHAN BERKELOMPOK
Kemahiran asas bagi kembangkan minat

KAJIAN BEBAS
Penyelidikan , rekacipta /aktiviti yang mencabar

PENGAYAAN

Model ini direka untuk pelajar mendapat pendedahan kepada


pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan,
pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain.
Pengalaman yang dikutip mampu membantu pelajar untuk
mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan
dan guru bertindak sebagai mentor.

PENGAYAAN
Kitano & Kirby (1986) dan Weiss & Gallagher (1982) telah
menyenaraikan beberapa cadangan kaedah yang boleh
gunakan untuk program pengayaan:
1. Kajian

bebas:

menjalankan

penyelidikan

yang

telah

dirancang dengan teliti oleh guru dan diawasi secara


sistematik.
2. Peluang menghabiskan kurikulum pelajaran dengan
cepat

dan

mengambil

peperiksaan

lebih

awal:

membolehkan pelajar menggunakan masa selebihnya untuk


meneroka bidang pembelajaran yang baru dan mencabar.

PENGAYAAN
3. Penggunaan proses pemikiran pada tahap yang tinggi:
guru menyediakan beberapa aktiviti dalam topik yang sama
yang memberi peluang kepada penglibatan pelajar pada tahap
yang sesuai dengan kebolehan inteleknya.
4.

Program

ceramah:

penceramah

diundang

untuk

menyampaikan maklumat yang lebih dan mendalam daripada


apa yang disampaikan oleh guru tentang sesuatu tajuk.

PENGAYAAN
5. Program mentor: mentor ialah seorang pakar rujuk yang akan
memberi tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan mengadakan
perbincangan

dengan

pejar

pintar

dan

berbakat

secara

perseorangan dalam bidang yang diminati dalam tempoh masa


tertentu.
6. Bahan peringkat tinggi: guru menyediakan bahan rujukan
dan bacaan yang bertahap tinggi dalam bidang yang tertentu.
7. Program guru penasihat: guru menyediakan pelajaran yang
berbeza dalam kelas biasa dengan bantuan guru penasihat.

PEMECUTAN
Memendekkan masa belajar dengan melakukan perubahan
dalam

kadar

penyampaian

sukatan

pelajaran

untuk

membolehkan pelajar pintar dan berbakat menyiapkan program


pendidikan biasa dalam masa yang singkat.
Rancangan pendidikan lanjutan yang baik perlu disusun untuk
membolehkan pelajar tersebut menggunakan masa yang
selebihnya secara produktif. Tanpa rancangan lanjutan yang
sistematik, program pecutan akan menemui kegagalan.
Melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akan belajar dengan
lebih banyak dan ke hadapan berbanding pelajar lain.

PEMECUTAN

Karen

Roger

(1991)

mencadangkan

bahawa

program

pemecutan akan lebih memberi manfaat apabila dilaksanakan


pada tahap umur berbeza;
1. Pendidikan permulaan; kemasukan awal, melangkau
kelas, pembelajaran bukan di kelas, memampat kurikulum.
2.

Pendidikan

memendekkan

menengah
kelas

rendah;

(grade

melangkau

telescoping),

kelas,

pendaftaran

serentak (concurrent enrollment), pemecutan berasaskan


subjek dan memampat kurikulum.

PEMECUTAN

3. Pendidikan menengah atas; pendaftaran serentak di


sekolah dan universiti (concurrent enrollment), pemecutan
berasaskan subjek, kelas AP (advanced placement),program
mentor, kredit melalui peperiksaan (credit by examination), dan
kemasukan awal ke pengajian tinggi.

PEMECUTAN

Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan


kanak-kanak yang menguasai sesuatu subjek tertentu.
Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama
dengan rakan sekelas mereka.
Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar
pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa
dalam masa yang singkat.

PENGELOMPOKAN

Penempatan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan


yang hampir sama dalam satu kelas yang khusus.
Satu kajian oleh Karen Rogers pada tahun 1991 mendapati
bahawa, pengelompokan sepenuh masa (tracking) arahan
rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan
pencapaian

akademik

bagi

pelajar

biasa,

tetapi

pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam


pencapaian akademik pelajar pintar cerdas.

PENGELOMPOKAN

Kaedah

pengelompokan

merangkumi

pengelompokan

sepenuh masa, pengelompokan kluster, pengelompokan


dalam kelas, pengelompokan silang kelas (cross-class/
grade grouping) dan pull-out grouping.
Pengelompokan juga mempunyai kesan positif terhadap
motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu
kanak-kanak berbakat untuk mengembangkan persepsi diri
yang lebih realistik.

PENGELOMPOKAN
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk
mengelompokkan pelajar pintar dan berbakat di sekolah
rendah.
1. Program bawa keluar: pelajar pintar dan berbakat
meninggalkan kelas mengikut jadual yang ditetapkan untuk
menerima pelajaran yang khusus daripada guru yang terlatih.
2. Pengelompokan rumpun: pelajar pintar dan berbakat dari
sekolah yang berhampiran dikumpulkan bersama mengikut
jadual yang ditetapkan untuk mengikuti aktiviti yang tertentu.
Contohnya program Rancangan Integrasi untuk Perpaduan
Murid (RIMUP).

PENGELOMPOKAN

3. Ekspedisi masa cuti: Ekspedisi yang dikendalikan oleh


pakar dalam bidang tertentu dapat membekalkan pengalaman
yang berfaedah kepada pelajar pintar dan berbakat.
4. Program luar: pelajar pintar dan berbakat dikumpulkan
bersama pada tempat tertentu seperti di muzium, universiti,
makmal sains, hospital, masjid dan pusat industri untuk
mempelajari dan mengambil bahagian dalam penyelidikan atau
perkhidmatan yang dijalankan di tempat tersebut.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
1. KELAS SISTEM EKSPRESS 1962

Golongan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia mula


diberi

perhatian

dalam

sistem

pendidikan

dengan

terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962.


Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan
memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan
sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh
sekolah rendah mereka daripada enam tahun kepada lima
tahun sahaja. Namun begitu, perlaksanaan sistem ini telah
diberhentikan pada awal tahun 1970an.

...EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
2. MENSA (1984)
Persatuan Mensa diasaskan oleh Tan Sri Dato Yong Poh
Kon setelah beliau mendaftarkan Persatuan Mensa
Malaysia pada 22 Mei 1984.
Keahlian Mensa Malaysia dibuka kepada semua rakyat
Malaysia yang mempunyai IQ yang tinggi.
Ujian saringan seperti ujian IQ perlu dijawab dan Mensa
telah

menetapkan

skala

skor

yang

tertentu

untuk

seseorang itu diterima menjadi ahli persatuan Mensa.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
2. MENSA (1984)
Ujian kecerdasan ini telah diluluskan oleh International
Supervisory Psychologist dimana ia merupakan badan
yang mengiktiraf ujian yang dibuat oleh Mensa.
Antara faedah yang diperolehi setelah menyertai Mensa
adalah

memberi

kesempatan

kepada

individu

yang

mempunyai tahap fikiran yang sama untuk berinteraksi dan


berkongsi pendapat antara satu sama lain.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
3. BAKA (1985)
Sejarah BAKA bermula sebagai sebuah projek kajian di
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk pembangunan
program Superior and Gifted Intellectual Potential pada
tahun 1980.
Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya telah mula
mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus
untuk kanak-kanak pintar cerdas.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
3. BAKA (1985)
Ujian pengesanan untuk kanak-kanak yang pintar cerdas
telah dijalankan dan seterusnya pada tahun 1982, program
ini menjadi "pull-out" program dilakukan selama bercuti
sekolah dan masa yang lain apabila diperlukan.
Dikenali sebagai Program Baka untuk Tinggi Potensi
Intelek (untuk kanak-kanak pintar cerdas) yang telah
ditubuhkan oleh Prof Madya Azman Wan Chik.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
4. UJIAN PENILAIAN TAHAP SATU (1996)
Pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal
pasti kanak-kanak pintar cerdas telah dilaksanakan, yang
dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS).
Penilaian ini dilaksanakan keatas kanak-kanak tahun tiga
yang belajar di sekolah rendah.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
4. UJIAN PENILAIAN TAHAP SATU (1996)
Murid yang berjaya memperolehi tahap maksimum serta
cemerlang dibenarkan meneruskan persekolahan ke tahun
lima, tanpa perlu mengikuti persekolahan tahun empat.
Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan
dalam tempoh lima tahun sahaja dan berakhir pada tahun
2001 kerana beberapa masalah.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
5. KURIKULUM MAKTAB RENDAH SAINS
MARA (MRSM)
Menekankan kepada 3 bidang utama iaitu:(a) Program Akademik
(b) Program Perkembangan Sahsiah
(c) Program Pembangunan Bakat

KURIKULUM MRSM
(a) Program Akademik
Sama seperti Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi
mereka dikehendaki mengambil beberapa subjek khas.
Bagi pelajar menengah bawah, subjek-subjek khas yang
turut ditawarkan ialah Sains Komputer, Kemahiran Berfikir,
Kemahiran Belajar dan Bahasa Arab.
Pelajar menengah atas pula ditawarkan subjek-subjek
seperti

Sains

Komputer,

Senireka,

Keusahawanan,

Perkembangan Kerjaya dan Kemahiran Berkomunikasi,


Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar.

KURIKULUM MRSM
(b) Program Perkembangan Sahsiah
Melalui Program Pembangunan Sahsiah pula, aktivitiaktiviti seperti Program Pembangunan Diri, Kem Cuti Sains,
Kem Astronomi dan Kem Arkeologi Muda diperkenalkan.
Pengenalan aktiviti seperti ini mampu mengoptimumkan
keupayaan murid.

KURIKULUM MRSM
(c) Program Pembangunan Bakat
Program pengayaan yang telah diolah berdasarkan The
Enrichment Triad Model (Renzulli, 1976).
Terdapat tiga aras pengayaan iaitu:i.

Pengayaan Type I

ii.

Pengayaan Type II

iii.

Pengayaan Type III

KURIKULUM MRSM
i.

Pengayaan Type I

. Dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada pelbagai


disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang
biasanya tidak diberikan dalam kelas formal.
. Antara aktiviti di bawah jenis ini ialah ceramah, dialog,
lawatan-lawatan,

tayangan,

melalui internet dan sebagainya.

pembacaan,

penerokaan

KURIKULUM MRSM
ii.

Pengayaan Type II

. Memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti penerapan


kemahiran dan emosi afektif.
. Kemahiran generik diterapkan seperti proses pemikiran
aras tinggi, cara belajar, membuat penyelidikan, komunikasi
dan sebagainya.
. Selain itu, kemahiran khusus seperti analisis statistik data
turut

diselitkan

sebagai

menjalankan penyelidikan.

persediaan

murid

untuk

KURIKULUM MRSM
iii. Pengayaan Type III
. Menjurus kepada aktiviti penyiasatan dan menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang memberikan kesan ke atas
audien sebenar.
. Mereka akan bertindak sebagai seorang penyelidik dan
mempratikkan semua kemahiran dan emosi afektif yang
diterapkan dalam pengayaan sebelum ini.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
6. PERMATA PINTAR (2008)
Program Permata Pintar telah dimulakan di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak tahun 2008 untuk
mengenal pasti kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat
pada peringkat usia awal.
Sebelum ini tiada program khusus untuk kanak-kanak
pintar bagi meningkatkan kebolehan mereka.
Matlamat dan strategi program ini untuk melahirkan lebih
ramai pelajar pintar di negara ini.

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
6. PERMATA PINTAR (2008)
Selain itu, program ini juga dapat mendidik dan melahirkan
pelajar pintar sebanyak mungkin mengikut sistem dan ujian
yang lebih efektif.
Ujian saringan PERMATApintar UKM1 mula dijalankan
bermula pada tahun 2010 berbentuk ujian secara talian
Ia merupakan ujian saringan pertama untuk pelajar
menyertai program seperti perkhemahan cuti sekolah
PERMATApintar (usia 9-15 tahun)

EVOLUSI KURIKULUM PINTAR


CERDAS
DI MALAYSIA
6. PERMATA PINTAR (2008)
Program

Permata

Insan

yang

dikendalikan

oleh

Universiti Sains Islam Malaysia (usia 8 tahun), Akademi


Permata Pintar untuk pelajar tingkatan 3 yang akan
memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
1. Meningkatkan Inisiatif Kendiri Dan
Memperkembangkan Pembelajaran Arah Kendiri
. Pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada
sumber pembelajaran bagi membolehkan murid-murid
pintar cerdas memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara kendiri.
. Guru perlu sedar bahawa murid-murid berbeza daripada
kebolehan mereka.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Maka, bahan pembelajaran yang direka dan diuruskan


oleh guru membolehkan murid-murid ini dapat belajar
mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya
pembelajaran mereka.

Contohnya murid-murid diminta untuk membina bentuk


gabungan 3D. Murid-murid boleh membuat pembacaan
tentang ciri-ciri dan rupa bentuk 3D dan objek-objek
yang mempunyai bentuk 3D (bola hoki, bekas pensel)
daripada bahan yang disediakan oleh guru, internet dan
majalah.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Secara tidak langsung, strategi ini menggalakkan muridmurid

yang

suka

bekerja

bersendirian,

berdikari

melakukan sesuatu aktiviti yang akan memanfaatkan diri


sendiri serta keinginan mereka untuk mencuba perkara
baru dapat disempurnakan.

Pendapat ini turut disokong oleh Robiah & Nor Sakinah


(2007)

yang

menyatakan

guru

perlu

sentiasa

menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari. Murid juga


akan menunjukkan minat dan keseronokan mempelajari
matematik.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
2. Memberi Penekanan Kepada Kaedah Pembelajaran
Melalui Pengalaman
Pembelajaran Berasaskan Projek
. Salah satu kaedah pengajaran yang akan menjadikan
sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi
ruang untuk membolehkan murid-murid pintar cerdas
terlibat secara aktif serta bergiat sepanjang sesi pdp
tanpa merasa jemu dan bosan.

Pembelajaran Berasaskan
Projek

Pembelajaran berasaskan projek ini memberi pengalaman


sebenar kepada murid-murid dan memberi penekanan
kepada

bidang

kognitif

serta

menyemai

kemahiran

produktiviti dalam diri murid.

Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang


projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu
dilaksanakan.

Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara handson dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian.

...Pembelajaran Berasaskan
Projek

Contohnya murid-murid diminta untuk membina bentuk


gabungan 3D.

Murid-murid boleh mengaplikasikan pengetahuan yang


diperolehi semasa pembelajaran kendiri.

Murid-murid akan dibimbing untuk menggabungkan bahan


maujud seperti dadu dan bekas pensel bagi menghasilkan
satu objek lain seperti lori.

Strategi ini secara tidak langsung menggalakkan muridmurid untuk berfikir secara kritis

bagi menyelesaikan

masalah kompleks yang diberi dan mencintai matematik.

...Pembelajaran Berasaskan
Projek

Selain itu, matlamat kurikulum sekolah rendah agar muridmurid

mengaplikasikan

pengetahuan

serta

kemahiran

matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam


kehidupan seharian dapat dicapai.

Murid-murid juga akan berasa suka hati untuk terus


mengikuti pdp matematik.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
2. Memberi Penekanan Kepada Kaedah Pembelajaran
Melalui Pengalaman
Pembelajaran Berasaskan Kerja
. Satu

kaedah

pembelajaran

yang

menggabungkan

pembelajaran teori dan amali secara serentak di


lapangan kerja sebenar.
. Pembelajaran ini memberi penekanan kepada bidang
psikomotor dan kognitif.

Pembelajaran Berasaskan
Kerja

Murid-murid akan diminta untuk menghasilkan bentuk


3D dengan menggunakan plastisin. Murid diminta
memperbanyakkan bentuk 3D.

Kemudian, murid-murid mereka objek yang ingin


dihasilkan hasil gabungan bentuk-bentuk 3D.

Strategi

ini

kerjasama

secara

tidak

langsung

dan

membolehkan

mewujudkan
murid-murid

berkomunikasi dengan berkesan jika aktiviti ini berupa


aktiviti kumpulan.

Pembelajaran Berasaskan
Kerja

Murid-murid

pintar

cerdas

juga

boleh

memimpin

kumpulannya untuk mencapai kejayaan.

Strategi

ini

tidak

menghalang

guru

daripada

melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep


secara mudah dan berkesan.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
3. Membenarkan Murid Membina Dan Mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Secara Produktif
. Kaedah inkuiri penemuan adalah salah satu kaedah yang
memberi peluang kepada murid-murid pintar cerdas untuk
meneroka.
. Murid perlu dibimbing untuk menggunakan kaedah inkuiri
penemuan untuk memperoleh ilmu pengetahuan melalui
usaha diri sendiri.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membantu murid


untuk

menemui

pembentukan

sesuatu

masalah

generalisasi

matematik

dan

terhadap
seterusnya

mencuba dengan kaedah inkuiri penemuan untuk mencari


penyelesaiannya dalam makmal matematik.

Murid-murid akan sedar bahawa kebanyakan kemahiran,


konsep dan prinsip matematik adalah berkaitan dengan
objek-objek di alam sekitar dan sumber matematik yang
digunakan

untuk

mengaitkan

matematik dengan situasi sebenar.

konsep

dan

prinsip

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Dengan

ini,

memantapkan

murid-murid

kemahiran

pintar

konstruktif

cerdas
dan

dapat

membina

keyakinan terhadap pembelajaran matematik.

Selain

itu,

murid-murid

akan

dapat

melatih

dan

meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan


melaksanakan tugasan dengan menggunakan kemahiran
sendiri serta berinteraksi dengan menggunakan panca
indera jika mereka meneroka.

Murid-murid

juga

akan

cekal

dan

tabah

menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

dalam

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
4. Menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
. Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2012).
. Contohnya, guru bolehlah meminta murid mencipta satu
model daripada bentuk-bentuk 3 dimensi seperti kubus,
kuboid, silinder dan piramid.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
Kreativiti murid-murid dapat dicungkil dan kemahiran menyiasat
murid dapat ditingkatkan. Pengaplikasian KBAT akan dapat
menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan
peringkat

antarabangsa

terutama

dalam

pentaksiran

Programme for International Student Assessment (PISA) dan


Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Maka, guru perlu memastikan murid-murid pintar cerdas diberi


latihan yang mempromosikan kemahiran berfikir aras tinggi
agar daya imaginasi yang tinggi, aktif dan pelik murid tidak
dibazirkan sewenang-wenangnya.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
5. Memberi Perhatian Pada Kemahiran Kritis
. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan
Fawziah Yahya (2005) mendefinisikan pemikiran kritis
sebagai satu bentuk pemikiran yang dikawal oleh satu set
standard atau piawaian pemikiran yang jelas dan bijaksana.
. Antara standard pemikiran kritis adalah pemikiran yang
jelas, pemikiran yang teliti, pemikiran yang tepat, pemikiran
yang berkaitan, pemikiran yang konsisten, pemikiran yang
logik, pemikiran yang sempurna dan pemikiran yang adil.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Langkah-langkah penyelesaian masalah menggalakkan


pemikiran kritis.

Antaranya adalah mengenal pasti dan memahami masalah


(mencirikan,
mengelas),
(menilai),

membanding
mencari

melakukan

beza,

strategi
strategi

mengumpul

dan

penyelesaian

masalah

(menyusun

mengikut

keutamaan dan menganalisis) dan menyemak semula


(menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan).

Pemikiran kritis amat perlu untuk membuat keputusan yang


adil dan saksama serta tidak berat sebelah.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
6. Memberi Perhatian Pada Kemahiran Kreatif
. Pemikiran kreatif pula menekankan dan menggalakkan
daya imaginasi, inovasi dan kreativiti seseorang pelajar
untuk mendapat kepelbagaian idea dan cuba mencipta
analogy (Noraini, 2005).
. Menurut Norhayati Razali (2015) pula kreativiti bermaksud
kecekapan dan keupayaan meneroka bagi menghasilkan
yang baru, asli dan bernilai

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Murid-murid dikehendaki mengembangkan idea sedia ada


untuk menghasilkan idea baru bagi menyiapkan tugasan
atau projek yang diberi.

Kreativiti dalam PdP dapat dilihat apabila murid suka


menyoal dan mencari jawapan, membuat hubung kait,
menjangka

peristiwa

yang

akan

berlaku,

membuat

spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir


secara lateral dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal
tentang idea, tindakan dan hasil.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Murid-murid

yang

kreatif

mampu

menjana

idea,

menghubung kait, membuat inferens, meramal, membuat


hipotesis, mensintesis, mengitlak, membuat gambaran
mental, menganalogi dan mereka cipta.

Contohnya murid-murid menggunakan bentuk-bentuk 2D


untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang diingini
berdasarkan kreativiti tersendiri atau melakukan inovasi
terhadap rupa bentuk yang sedia ada mengikut kesukaan
mereka.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH

Kurangnya unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik menjadikan mata pelajaran itu
begitu beku dan kaku. Maka, guru perlu menerap kreativiti
dalam pdp agar murid-murid yang seimbang dan harmonis
seperti yang dinyatakan fpk dapat dilahirkan.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
7. Memberi Perhatian Pada Kemahiran Penyelesaian
Masalah
. Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah perlu
diberi penekanan sewajarnya supaya murid berupaya
menyelesaikan

pelbagai

masalah

dengan

berkesan

(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).


. Kemahiran penyelesaian masalah turut diberi perhataian
yang lebih dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
Salah satu objektif KSSR bagi matapelajaran Matematik
adalah membolehkan murid menggunakan pengetahuan dan
kemahiran

matematik

untuk

diaplikasi

dan

membuat

penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan


masalah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013).

Pada era teknologi maklumat ini, penekanan terhadap


penyelesaian

masalah

perlu

diberi

perhatian

kerana

menyelesaikan masalah matematik bukan hanya melibatkan


mengajar konsep matematik malahan memerlukan murid
untuk membuat penerokaan/penyiasatan, pemikiran dan
pembuktian.

CARA PELAKSANAAN
KURIKULUM
PINTAR CERDAS DI SEKOLAH
RENDAH
Antara kaedah pengajaran yang memberi penekanan pada
kemahiran penyelesaian masalah adalah kaedah praktik,
kaedah makmal dan kaedah inkuiri penemuan.

Maka pengajaran penyelesaian masalah perlu diajar dari


sekolah rendah lagi.

Dengan

ini,

murid

akan

mempunyai

kemahiran

menyelesaikan masalah yang asas (berdasarkan Model


Polya) untuk menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi
sama ada dalam pelajaran atau di luar pelajaran dan
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu seperti yang diungkapkan dalam FPK.

KESIMPULAN
Kurikulum untuk pelajar pintar adalah berbeza daripada
pelajar

biasa.

Walaupun

terdapat

persamaan

dari

beberapa segi terutamanya rangka kurikulum tetapi


penekanan terhadap kandungan kurikulum dan strategi
pengajaran dan pembelajaran mengandungi perbezaan
yang ketara.
Guru, ibubapa serta masyarakat perlulah bekerjasama
dalam memastikan kurikulum untuk kanak-kanak pintar
cerdas ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai