Anda di halaman 1dari 22

PEMARKAHAN

KPD 60204: MODEL-MODEL PENGAJARAN (M212PCS)

TAJUK

Model-model Pembelajaran

DISEDIAKAN OLEH

TEE WEI YI

M20211000685

SARJANA PENDIDIKAN

TEKNOLOGI INTRUKSIONAL SEMESTER 1

PENSYARAH: ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH

Tarikh :_3 APR 2022 _

Isi Kandungan
5.1 Pengenalan ........................................................................................................................... 1
5.2 Model-Model Personal......................................................................................................... 2
5.2.1 Rajah Model Pengajaran Personal................................................................................. 2
5.2.2 Komponen Model Pengajaran Personal ........................................................................ 2
5.3 Pengoperasian Model Non-Directive dalam Pengajaran Berkesan ............................... 3
5.3.1 Latar Belakang Model Non-Directive ..................................................................... 3
5.3.2 Rajah Proses Aplikasi Model Non-Directive ......................................................... 3
5.3.3 Penggunaan Model Non-Directive dalam Pengajaran............................................ 6
5.3.4 Kekuatan dan Kekurangan Penggunaan Model Non-Directive dalam Pengajaran
11
5.4 Pengoperasian Model synectic dalam Pengajaran Berkesan ............................................. 13
5.4.1 Latar Belakang Model Synectic ........................................................................... 13
5.4.2 Komponen Model Pengajaran Synectic ............................................................... 13
5.4.3 Rajah Proses Aplikasi Model Synectic ................................................................. 14
5.4.4 Penggunaan Model Synectic dalam Pengajaran ................................................... 15
5.5 Penutup .............................................................................................................................. 19
5.6 Rujukan .............................................................................................................................. 19
5.1 Pengenalan

Kemenjadiaan merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam pendidikan.
Kemenjadian murid perlulah dilihat daripada tiga aspek, iaitu dari segi aspek akademik,
kokurikulum dan sahsiah murid. Tugas utama guru adalah untuk membantu murid-murid untuk
mencapai kemenjadian. Oleh itu, sebagai guru, kita perlulah mengambil berat terhadap
kemenjadian murid dan berusaha membantu murid untuk mencapai tahap yang optimum.
Daripada situ, model pengajaran memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai
objektif ini. Model pengajaran merupakan kerangka yang merangkumi keadaan kandungan,
strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk
murid kita. Daripada situ, model pengajaran sebenarnya adalah blueprint untuk pengajaran bagi
mencapai sesuatu matlamat pengajaran yang ditetapkan. Oleh itu, sebagai guru, kita perlulah
memilih model pengajaran yang sesuai untuk membantu murid mencapai kriteria dan aspek
yang ditetapkan dalam kemenjadian murid.

Sebenarnya, terdapat pelbagai model pengajaran yang telah dikemukakan. Antaranya


termasuklah model Model Pemprosesan Maklumat, Model Tingkah laku, Model Sosial, Model
Personal dan sebagainya. Daripada situ, setiap model pengajaran akan memainkan peranan
yang berbeza dalam kemenjadian murid. Sebagai contoh, bagi model pemprosesan maklumat,
murid akan menggunakan input yang diperoleh daripada persekitaran pembelajaran bergabung
dengan pengetahuan sedia ada untuk mendapat ilmu pengetahuan baru. Dengan ini, tahap
pengetahuan dan kemahiran berfikir murid boleh ditingkatkan dan seterusnya meningkatkan
kemenjadian murid dari segi akademik.

Dalam model ini, kita akan membuat perbincangan yang lebih lanjut berkaitan dengan
model Personal.

1
5.2 Model-Model Personal

5.2.1 Rajah Model Pengajaran Personal

Model Kemahiran berfikir


Model Personal
secara kritis dan kreatif
(KBKK)

Model Non-Direktif

Model Synectic

\
Rajah 1 : Model Pengajaran Personal

5.2.2 Komponen Model Pengajaran Personal

Model Personal merupakan model yang merujuk kepada kesedaran peribadi murid dan
penekanan kendiri individu. Model Personal adalah diperkenalkan oleh Carls Roger.Oleh itu,
model ini adalah berdasarkan teori humanistic. Tujuan model personal adalah untuk
membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama ialah
pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

Daripada situ, dengan implikasi daripada pandangan Model Personal, lahirlah tiga
model pembelajaran seperti iaitu Model Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK),
Model Non-Direktif dan Model Synectic. Ketiga-tiga model pembelajaran adalah bermatlamat
untuk membentukkan individu menjadi lebih memahami diri sendiri, bertanggungjawab atas
pendidikan dan berusaha belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum. Maka, model
personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta
intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.

2
5.3 Pengoperasian Model Non-Directive dalam Pengajaran Berkesan

5.3.1 Latar Belakang Model Non-Directive

Model Non-directive merupakan satu model pembelajaran yang diperkenalkan oleh


Carls Roger dan berdasarkan kepada model Personal. Mengikut Kamus Oxford, non-directive
memberi pengertian bermaksud secara tidak langsung. Oleh itu, model pembelajaran non-
directive boleh diinterpretasikan sebagai model pembelajaran yang tanpa penglibatan guru
secara langsung. Konsep utama model non-directive adalah untuk membuat pendidikan
menjadi suatu proses yang aktif dan bukannya pasif. Daripada situ, model non-directive dapat
membentuk satu komuniti murid yang berdisiplin dan mempunyai kesedaran peribadi yang
tinggi.

Dalam model ini, pengajaran adalah lebih berfokuskan hubungan manusia berbanding
dengan pengajaran konsep mata pelajaran. Hal ini kerana mengikut Carls Rogel, beliau
mempercayai bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan yang positif. Dengan
ini, peranan guru dalam model non-directive juga agak berbeza dengan model pembelajaran
lain. Dalam model non-directive, guru hanya dijadikan sebagai kaunselor atau fasilitator sahaja.
Guru bertanggungjawab untuk membimbing murid memainkan peranan dalam pembelajaran,
membantu murid mengarah diri sendiri demi mencapai matlamat, membantu murid dalam
penyelesaian masalah dan memberi maklum balas tentang kemajuan murid. Segala tindakan
dan keputusan adalah dicadangkan dan diambil oleh murid sendiri dan guru hanya memberikan
galakan dan bimbingan sahaja.

5.3.2 Rajah Proses Aplikasi Model Non-Directive

Model Non-Directive adalah model pembelajaran yang berpusatkan murid dan


memerlukan penglibatan murid secara aktif. Pelaksaan model non-directive dalam proses
pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada 5 fasa. Berikut adalah fasa-fasa dalam
model pembelajaran non-directive:

3
Fasa 1 : Kenal pasti dan mendefinisi situasi

Guru menggalakkan luahan perasaan murid

Fasa 2 : Meneroka masalah

Murid digalak untuk menerangkan masalah.


Guru menerima dan memperjelas perasaan murid

Fasa 3 : Membentuk pengertian baru.

Murid membincang masalah.


Guru memberikan sokongan kepada murid

Fasa 4 : Perancangan dan membuat keputusan


Murid merancang untuk membuat keputusan
Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin
diambil

Fasa 5 : Integrasi/kesepaduan.
Murid memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk
tindakan yang lebih positif.
Guru memberikan sokongan kepada murid.

Tindakan luar daripada temu bual:

Murid sendiri mengambil tindakan positif

Gambar rajah : Fasa-fasa pelaksanaan Model Non-Directive

4
5
5.3.3 Penggunaan Model Non-Directive dalam Pengajaran

Berikut merupakan contoh penterjemahan Model Non-Directive dalam pengajaran


mata pelajaran Sains Tahun 3. Tajuk yang saya pilih ialah Pengukuran.

Rancangan Muridan Harian (Model Non-Directive)


Tahun : 3G
Bilangan Murid : 30
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Tema/Tajuk : Pengukuran : Isipadu
Standard Kandungan : 6.3 Isipadu objek
Standard Pembelajaran : 6.3.1 Menyatakan isi padu adalah besarnya sesuatu ruang.
6.3.3 Menyatakan bahawa unit isi padu dalam sistem metrik
6.3.4 Mengira isi padu kubus dan kuboid.
6.3.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan bahagian-bahagian bagi isipadu objek.
2. Menyatakan rumus bagi isipadu objek.
3. Menggunakan rumus dalam pengiraan isipadu objek.
KPS : Memerhati, Mengukur dan menggunakan nombor, Membuat
inferens, Meramal, Berkomunikasi
Kemahiran Berfikir : Menganalisis, Menjana idea, Menghubungkaitkan, Mereka
cipta
Bahan Bantu Mengajar : Slaid powerpoint, kubus dan kuboid yang berlainan isipadu,
model kubus, plat betul dan plat salah
Elemen Merentasi Kurikulum: Kreativiti, Keusahawanan

Perancangan P&P
Fasa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Masalah: 1. Guru menceritakan kisah ini BBM:


Set induksi kepada murid-murid. Slaid
Seorang peniaga ingin
(7 minit) powerpoint
megisikan barangannya dalam 2. Selepas itu, guru bertanya
satu kotak. Namun, kotak murid adakah mereka

6
tersebut tidak cukup besar bagi mengetahui cara-cara KPS:
barangannya Peniaga itu perlu peniaga itu membesarkan Memerhati,
memikirkan tiga cara kotaknya. meramal
membesarkan kotak itu supaya
KB:
barangan-barangannya dapat
Menjana idea
disimpan secara selamat.

(Pengukuhan pengetahuan 1. Guru membahagikan KPS:


sedia ada, konsep panjang dan murid-murid kepada 5 Membuat
luas) kumpulan. Setiap inferens
kumpulan mempunyai 6
ahli. KB:
Panjang = Jarak antara dua
Menganalisis,
2. Setiap kumpulan
hujung.
Membuat
dikehendaki untuk
gambaran
membantu peniaga
Luas = Saiz bagi satu mental
menyelesaikan masalah.
permukaan
3. Guru menerima pelbagai
BBM:
jenis jawapan yang
Slaid
Langkah 1 dikemukakan oleh murid-
Rumus luas: powerpoint
(15 minit) murid. Murid diberi
Luas = panjang X lebar
kebebasan untuk memberi
jawapan yang munasabah.

4. Guru meyenaraikan
jawapan-jawapan murid di
atas papan hitam.

5. Guru berbincang jawapan-


jawapan tersebut dengan
murid-murid dan
menjelaskan kepada murid
jika jawapannya merupakan
jawapan salah.

7
(Pengajaran konsep isipadu 1. Guru menjelaskan bahawa KPS:
objek) tinggi sesuatu objek boleh Mengukur dan
membesarkan objek atau menggunakan
menambahkan isipadu nombor
Rumus isipadu:
objek itu.
Isipadu = panjang X lebar KB:
2. Guru menunjukkan model
X tinggi
Menganalisis,
kubus.
Langkah 2 Menghubungka
3. Guru mendemonstrasikan
itkan, Membuat
(15 minit) cara penggunaan model
gambaran
kubus kepada murid-murid
mental
dan memberi masa 5 minit
kepada mereka untuk
BBM:
menghubungkaitkan cara
Slaid
penggunaan model kubus
powerpoint,
dengan perkaitan antara
Model kubus
panjang, luas dan isipadu.

(Pelaksanaan aktiviti dan 1. Guru membahagikan KPS:


membuatkan pengiraan murid-murid kepada 5 Berkomunikasi
dengan menggunakan rumus kumpulan. Setiap kumpulan
bagi isipadu objek). mempunyai 6 ahli. KB:
Membuat
2. Guru menyediakan dan
gambaran
kuboid yang berlainan
Langkah 3 mental, Mereka
ukuran.
cipta
(15 minit) 3. Guru mengarahkan murid-
murid memilih tiga kubus
BBM:
atau kuboid yang berlainan
Slaid
isipadu.
powerpoint,
4. Kumpulan yang telah kubus dan
menyiapkan jawapan kuboid yag
mereka dikehendai untuk berlainan

8
menulis jawapan mereka isipadu,
pada papan hitam. pembaris

5. Guru berbincang jawapan-


jawapan tersebut dengan
murid-murid.

(Penilaian pemahaman murid- 1. Satu permainan kecil KPS:


murid tentang pengajaran dijalankan di mana guru Memerhati,
guru) menguji konsepsi murid Mengukur dan
dengan soal jawab. menggunakan
nombor
Jawapan: 2. Murid-murid dikehendaki
1. Panjang ialah jarak menjawab soalan guru
KB:
antara dua hujung. dengan mengangkat plat
Menganalisis,
(Betul) betul atau plat salah.
Kesimpulan Menghubungka
2. Isipadu ialah saiz bagi 3. Murid melengkapkan peta
itkan
(8 minit) satu permukaan. minda di papan tulis yang
(Salah)
menggabungkan ilmu
BBM:
3. Rumus luas tentang panjang, luas dan
Plat betul dan
merupakan panjang x isipadu.
plat salah
lebar. (Betul)
4. Murid merumuskan
4. Rumus panjang
pengajaran yang belajar
merupakan panjang x
pada hari ini.
lebar x tinggi. (Salah)

Bagi mengaplikasikan model non-directive dalam proses pengajaran dan pembelajaran,


sesi PdP boleh dibahagikan kepada 5 fasa. Pada fasa pertama, guru mengemukakan masalah
yang ditemui dalam kehidupan. Selepas itu, murid-murid perlu berbincang tentang masalah
yang dihadapi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, murid-murid akan berbincang
dalam kumpulan untuk mencari cara penyelesaian. Murid-murid boleh menyenaraikan segala
cara penyelesaian yang munasabah. Pada peringkat ini, guru tidak akan memberikan sebarang
komen dan hanya menerima jawapan murid sahaja. Dalam fasa ketiga, guru akan membuat

9
perbincangan dengan murid-murid. Setiap kumpulan akan memberikan komen kepada
kumpulan lain. Daripada situ, murid akan dapat mengubahsuaikan jawapan sekiranya
jawapannya merupakan jawapan salah. Seterusnya, murid-murid akan menggunakan cara
penyelesaian yang dibincang sebelum itu untuk mengaplikasikan ke dalam situasi baharu. Guru
akan mengemukakan situasi baharu kepada murid dan murid-murid perlu menggunakan
pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah ini. Pada fasa akhir, guru akan
menjalankan penilaian bersama dengan murid-murid. Guru akan menjalankan sesi soal jawab
bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid-murid terhadap topik yang diajar pada hari ini.

Pelan Pengajaran Berasaskan Model Pengajaran


Standard Standard Hasil Pentaksiran Bilik Strategi, Kemenjadian
Kandunga Pembelajaran Pembelajaran Darjah Kaedah & Murid
n Teknik
PdP
6.0 6.3.1 Menyatakan • Memerhati Strategi: Murid dapat
Pengukura
n
Menyatakan isi bahagian- • Mengeksperimen Pemusatan menguasai
padu adalah bahagian bagi Murid penggunaan
6.3
besarnya sesuatu isipadu objek. bahagian-
Isipadu Kaedah:
objek ruang. Pemerhatian bahagian bagi
Eksperimen isipadu objek.
6.3.3 Menyatakan unit • Memerhati Strategi: Murid dapat
Menyatakan dan rumus bagi • Mengeksperimen Pemusatan menguasai
bahawa unit isi isipadu objek. • Membuat Murid penggunaan unit
padu dalam kesimpulan dan rumus bagi
Kaedah:
sistem metrik isipadu objek.
Simulasi
Pemerhatian
Eksperimen
6.3.4 Mengira Mengira isi padu • Memerhati Strategi: Murid mengira
isi padu kubus kubus dan • Mengeksperimen Pemusatan isi padu kubus
dan kuboid. kuboid. • Merekod data Murid dan kuboid

• Membuat Kaedah:
kesimpulan Simulasi
Pemerhatian

10
Eksperimen

Jadual 4: Pelan Pengajaran Berasaskan Model Non-Directive

5.3.4 Kekuatan dan Kekurangan Penggunaan Model Non-Directive dalam


Pengajaran

Penggunaan model non-directive sebenarnya mendatangkan pelbagai faedah untuk


pendidik. Hal ini kerana model non-directive adalah model pembelajaran yang mementingkan
hubungan manusia. Oleh itu, melalui penggunaan model non-directive dalam waktu pengajaran
dan pembelajaran, interaksi antara guru dengan murid akan dapat bertambah. Dengan ini,
hubungan antara guru dan murid akan menjadi lebih erat dan rapat antara guru dan murid.
Murid juga akan menjadi lebih mempercayai guru dan sudi meluahkan masalah sendiri kepada
guru.

Selain itu, model non-directive juga bertujuan membentuk satu komuniti murid yang
berdisiplin dan mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi. Proses pembelajaran yang
dijalankan dengan menggunakan model non-directive adalah lebih berpusatkan murid dan
memerlukan penglibatan murid secara aktif. Dengan ini, murid akan mempunyai peranan yang
lebih besar dan seterusnya menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri dalam
pembelajaran mereka.

Di samping itu, murid juga akan menjadi lebih peka terhadap emosi individu dan orang
lain. Model non-directive yang berdasarkan model personal selalu berhubungkaitkan dengan
model humanistik yang juga mementingkan aspek emosi. Dalam fasa pertama model non-
directive, murid perlulah meluahkan perasaan mereka supaya dapat mengenal pasti masalah
yang dihadapi. Daripada proses ini, murid bukan sahaja akan menjadi lebih peka terhadap
perubahan emosi sendiri, padahal pada masa yang sama, murid juga akan lebih mengakui
kelemahan dan kesilapan yang dilakukan. Apabila mereka membuat perbincangan dalam
kumpulan, mereka juga dapat berpeluang untuk memahami pendapat dan perasaan daripada
ahli kumpulan lain. Dengan ini, prihatin terhadap perubahan emosi sendiri dan orang lain akan
dapat ditingkatkan.

11
Walaubagaimanapun, penggunaan model non-directive juga akan mempunyai beberapa
kekurangan. Seperti yang dikatakan sebelum itu, model non-directive adalah lebih
mementingkan hubungan antara manusia. Hal ini juga akan menimbulkan Sifat
kebergantungan murid kepada guru menjadi berlebihan. Apabila murid menghadapi masalah,
murid akan datang untuk jumpa guru bagi meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi.
Hal demikian menyebabkan mereka wujudkan satu kebergantungan kepada guru dan perkara
ini akan mengurangkan kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Selain itu, pengaplikasi model non-directive dalam proses PdP juga melibatkan banyak
aktiviti perbincangan sama ada perbincangan secara kumpulan atau perbincangan bersama
dengan guru. Hal demikian akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan
pengajaran lain. Model pembelajaran non-directive juga merupakan pembelajaran yang
berpusatkan murid di mana murid-murid perlulah mengenal pasti masalah secara sendiri,
menyelesaikan masalah secara sendiri dan mengaplikasi cara penyelesaian dalam situasi
baharu. Hal demikian menyebabkan mereka mungkin lebih mudah berasa hilang arah dan
panduan semasa melaksanakan tugasan.

12
5.4 Pengoperasian Model synectic dalam Pengajaran Berkesan

5.4.1 Latar Belakang Model Synectic

Model Synectic merupakan model pembelajaran yang berdasarkan model personal.


Perkataan Synectic adalah berasal daripada bahasa Yurani, iaitu Syn bermaksud
menggabungkan manakala Ectic bermaskud unsur yang berbeza. Dengan ertinya, Synectic
bermaksud menggabungkan unsur-unsur yang berbeza.

Model Synectic adalah diperkenalkan oleh George M. Putera dan William JJ Gordon.
Mengikut Choong Lean Keow, model Synectic ini pada mulanya digunakan dalam bidang
industri, kemudian diubahsuai oleh Willian Gordon untuk proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah rendah dan menengah. Model Synectic yang digunakan dalam bidang pendidikan
selalu berkaitan rapat dengan pemikiran kreativiti dan penyelesaian masalah melalui
pemecahan masalah. Dengan ini, model ini adalah direkabentuk untuk mengajar kemahiran
menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang lain-lain.

5.4.2 Komponen Model Pengajaran Synectic

Model Synectic merupakan model pembelajaran yang menggunakan analogi untuk


mengembangkan kemampuan berfikir daripada pelbagai sudut pandangan. Terdapat tiga jenis
analogi yang digunakan dalam model synectics, antara termasuklah:

a) Analogi langsung
Analogi langsung merupakan analogi yang melibatkan perbandingan antara dua
objek atau gagasan. Objek-objek yang dibandingkan tidak harus mempunyai
aspek yang sama kerana tujuan perbandingan adalah hanya untuk
mentranformasikan keadaan objek atau situasi masalah sebenar pada situasi lain
bagi membentukkan satu cara pandangan baru. Semasa menggunakan analogi
langsung, murid-murid akan diminta untuk menemukan situasi masalah yang
sejajar dengan situasi kehidupan sebenar. Dengan ini, mereka akan dapat
menghubungkaitkan dengan situasi kehidupan sebenar dan dapat mempunyai
gambaran yang lebih jelas.

13
b)Analogi personal
Analogi personal merupakan kegiatan untuk melakukan analogi antara objek
dengan dirinya sendiri. Dalam penggunaan analogi ini, murid-murid akan diminta
menempatkan dirinya sebagai objek itu sendiri. Daripada situ, murid-murid akan
mencuba memperluas masalah dari pandangan simpati bagi menyelesaikan
masalah tersebut.

c) Analogi konflik
Analogi konflik merupakan analogi yang menggabungkan pandangan yang
berbeza terhadap suatu objek sehinggalah wujud dua kerangka yang berbeza. Hasil
kegiatan ini adalah berbentuk deskripsi tentang suatu objek atau gagasan. Tujuan
kegiatan ini adalah untuk memperluas pemahaman tentang gagasan-gagasan baru
dan untuk memaksimakan unsur kejutan. Bagi menggunakan analogi ini, murid-
murid akan diminta menyebutkan suatu objek secara berpasangan. Semakin
banyak pasangan yang disebutkan, semakin tinggi skor yang diperoleh.

5.4.3 Rajah Proses Aplikasi Model Synectic

Pelaksaan model Synectic dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh


dibahagikan kepada beberapa fasa. Berikut adalah fasa-fasa dalam model pembelajaran
Synectic:

Mendefinisikan atau
menggambarkan situasi
atau masalah yang sedang
dihadapi;

Mengujinya dalam situasi


yang sebenar Menulis gagasan tentang
analogi langsung;

Membuat analogi langsung Menulis reaksi terhadap


yang baru hasil analogi langsung;

Mengeksplorasi sesuatu
yang menjadi konfliks;

14
5.4.4 Penggunaan Model Synectic dalam Pengajaran

Berikut merupakan contoh penterjemahan Model Synectic dalam pengajaran mata


pelajaran Sains Tahun 3. Tajuk yang saya pilih ialah Pengukuran.

Rancangan Muridan Harian (Model Non-Synectic)

Tahun : 3H
Bilangan Murid : 28
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Tema/Tajuk : Asid dan Alkali
Standard Kandungan : 10.1 Sifat kimia bahan
Standard Pembelajaran : 10.1.1 Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan
neutral dari segi perubahan warna kertas litmus.
10.1.3 Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral
10.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan perubahan warna kertas litmus secara tepat
semasa diuji dengan bahan berasid, beralkali dan neutral.
2. Membuat pengelasan bahan yang diberi berdasarkan sifat
kimianya dengan menggunakan kertas litmus dalam bentuk
jadual dengan betul.
3. Menjelaskan dengan contoh kegunaan bahan berasid dan
beralkali dalam kehidupan seharian.
KPS : Memerhati, Mengelas, Meramalkan, Berkomunikasi,
Mentafsirkan data
Kemahiran Berfikir : Mengumpulkan dan menjelaskan, Menghubungkaitkan,
Meramalkan, Membuat gambaran mental
Bahan Bantu Mengajar : Persembahan power point, kertas mahjong, bahan-bahan
penyiasatan seperti air limau, kopi, air ubat magnesium, air
syampu, air ubat gigi, air madu, air garam, cuka, air, kertas
litmus biru dan merah
Elemen Merentasi Kurikulum: Kreativiti, Keusahawanan

15
Perancangan P&P
Fasa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Peta minda sifat kimia 1. Guru menunjukkan peta KB:


bahan minda sifat kimia bahan Membuat
kepada murid-murid.
Contoh Peta Minda gambaran

(Rujuk kepada Lembaran Peta 2. Guru berbincang istilah- mental


Langkah 1 istilah penting dengan
Minda) BBM:
(5 minit) murid-murid.
Persembahan
• Kertas litmus
powerpoint,
• Sifat kimia
kertas mahjong
• Asid, Alkali dan
Neutral

Sifat kimia bahan contoh 1. Guru menunjukkan KPS:


beberapa bahan. Memerhati,
2. Murid-murid meramalkan
Jangkaan ramalan:
memerhatikan ciri-ciri
Air limau(Masam)- Kertas
bahan-bahan dengan
litmus biru ke merah ABM:
menggunakan deria
Air Madu(Manis)- Tiada penglihatan, rasa, bau Air limau, air
perubahan terhadap kertas dan sentuh. syampu, air
Langkah 2 litmus. madu, air,
3. Murid-murid membuat
kertas litmus
(8 minit) Air(Tawar)- Tiada perubahan ramalan tentang
biru dan merah.
terhadap kertas litmus perubahan yang akan

Air Syampu(Berbuih dan berlaku pada kertas

Licin)- Kertas litmus merah ke litmus apabila diuji

biru dengan bahan-bahan


tersebut.

4. Guru membuat
penjelasan atas ramalan
murid-murid.

16
Penyiasatan mengkaji 1. Murid-murid dibahagikan Kaedah:
bahan-bahan bersifat asid, kepada 4 orang dalam satu Penyiasatan,
alkali dan neutral. kumpulan. perbincangan
(Rujuk kepada Lembaran 2. Guru membimbing murid-
Penyiasatan Sifat Kimia murid untuk mengkaji
Bahan) sifat kimia bahan-bahan
Langkah 3 yang disediakan. ABM:

(35 minit) 3. Wakil murid Persembahan


membentangkan data-data powerpoint,
yang dikumpul. kopi, air ubat
gigi, air ubat
4. Murid membuat kesimpulan
magnesium, air
daripada penyiasatan yang
garam, cuka,
dijalankan.
kertas litmus
biru dan merah
Aplikasi sifat kimia bahan 1. Guru memberi situasi Kaedah:
dalam kehidupan seharian kepada murid-murid. Perbincangan,
2. Murid-murid harus simulasi
berlakon sambil ABM:
menyelesaikan masalah
Persembahan
dengan menggunakan
power point,
bahan-bahan yang
Ubat
disediakan.
Langkah 4 magnesium,
3. Guru membincang dan
(7 minit) Ubat gigi, cuka,
menerangkan cara
Jangkaan cara penyelesaian air garam, kopi.
penyelesaian masalah
masalah
yang betul kepada murid-
murid.

Situasi 1:

Tangan Hayden telah


digigit oleh lebah.
Bagaimanakah

17
1a) Memilih ubat gigi untuk menghilangkan kesakitan
sapunya pada luka tangannya, tangannya?Jelaskan.
kerana cecair yang dihasilkan
oleh gigitan lebah bersifat asid
dan ia perlu dineutralkan oleh
bahan alkali, iaitu ubat gigi.

Situasi 2:

Susan sedang mengalami


sakit gastrik. Sebagai
kawannya, apakah cara
boleh membantu
b) Memilih ubat magnesium
Susan?Jelaskan.
yang bersifat alkali boleh
mengubati sakit gastrik kerana 4. Guru mengingatkan
sakit gastrik berlaku murid supaya tidak boleh

disebabkan oleh terlalu banyak makan bahan-bahan yang

asid dalam perut. disediakan.

Membuat kesimpulan 1. Setiap kumpulan diberi KPS:


satu keping kertas Mengelas,
mahjong untuk membuat berkomunikasi
peta minda tentang isi
Penutup pelajaran bagi tajuk ini.
(5 minit) ABM:
(Rujuk Lembaran Peta
Minda) Kertas
mahjong,
persembahan
power point

18
5.5 Penutup

Kesimpulannya, implikasi model personal lebih kepada pengajaran dan pembelajaran


kendiri yang lebih tradisional seperti latihan atau aktiviti yang boleh dicapai dengan sendiri.
Semua model pembelajaran di atas sebenarnya amat sesuai diguna pakai untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid. Hanya pemilihan strategi ini
adalah bergantung pada kebolehan murid, kesesuaian dengan objektif yang dicapai, sumber
yang tersedia di dalam kelas. Oleh itu, sebagai guru, kita haruslah bijak dan berusaha memilih
model pembelajaran yang lebih sesuai bagi mengoptimumkan situasi pembelajaran murid.

5.6 Rujukan

Boon, P.Y. & Ragbir, K. (1997). Educational psychology 1. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York:
Holt, Rinehart and Winston.
Djamarah Bahri Syaiful. 2010. Strategi Belajar Mengajar, Jakarta: Rineka Cipta

Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd ed.).


Buckingham: Open University Press

Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Noriati Arashid, Boon Pong Ying (2009) Murid dan Alam Belajar (Siri Pendidikan Guru) ;
Oxford Fajar

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), PEDAGOGI:
Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan; PTS Publication & Distribution
Sdn.bhd

Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

19
20

Anda mungkin juga menyukai