Anda di halaman 1dari 3

Hiperaktif (ADHD) Apakah itu hiperaktif?

Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang juga dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorders (ADHD) . Kanak-kanak sebegini senang tersembunyi dalam kalangan kanak-kanak biasa dan ini sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengenalpasti serta memberi kasih sayang. Ciri ciri kanak hiperaktif amat terserlah dengan kegiatannya yang banyak daripada kanak-kanak biasa. Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan permainan kerana perhatian mereka mudah beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Mereka sering gagal mememberi tumpuan yang teliti terhadap sesuatu perkara. Ini mudah dijelaskan dari sudut biologi, iaitu mempunyai kesukaran dalam mengawal impuls. Sebagai contoh, ketika membuat keputusan dalam keadaan tertentu, mereka tidak akan pernah memikirkan perkara tersebut dari sudut positif dan negative sebaliknya hanya melakukan mengikut keinginan hati sendiri. Selain itu, kanak-kanak ADHD sering mengingkari arahan guru dan tidak mematuhinya. Mereka amat sukar untuk dikawal kerana degil dan tidak suka mendengar percakapan orang lain. Mereka juga suka memberontak, mengganggu kawan dan mencari gaduh. Walaupun tiada orang menghirau mereka, mereka tetap akan mencari pasal tidak tentu. Ini merupakan kesalahan sekolah yang sering disalah fahami oleh setiap orang. Sebenarnya, mereka cuma tidak dapat mengawal diri sendiri dan dapat menghentikan gejala sebegini dengan tunjuk ajar serta kasih sayang pada masa tepat. Di samping itu, mereka juga selalu kehilangan barang dan mudah lupa sesuatu perkara. Ingatan mereka terhadap sesuatu fenomena atau barang adalah tidak berpanjangan. Mereka juga lemah dalam menguasai 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini merupakan implikasi daripada kegagalan menumpukan perhatian. Guru perlu menjalankan tugasnya dalam membimbing supaya mereka dapat mengikuti jejak pelajaran kanak-kanak lain.

Dalam hal ini, kanak-kanak ADHD adalah amat bertenaga sehingga menimbulkan kegelisahan. Mereka tidak dapat duduk diam dan suka berbuat bising. Mereka juga mempunyai masalah dalam mengatur tugas aktiviti. Ini kerana secara baka, mereka sudah berasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan. Langkah sebegini akan menyebabkan kebersihan diri kurang dijaga dan seluruh proses pengendalian sendiri tidak sistematik. Mengenai implikasi kanak-kanak ADHD terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang mempunyai gangguan luaran yang minima. Antara caranya ialah Mewarnakan dinding kelas dengan warna yang lebih harmoni seperti warna biru bagi menenangkan fikiran kanak-kanak. Warna dapat menpengaruhi perasaan seseorang dan terdapat kajian telah membuktikan bahawa cara ini sememangnya berkesan. Murid akan berasa lebih tenang dan mengurangkan keaktifan. PdP juga disarankan supaya dijalankan dalam situasi 1-1, iaitu seorang guru dengan seorang murid. Sekiranya kanak-kanak ADHD lebih stabil, guru boleh mengadakan perbincangan dalam sebuah kumpulan supaya mereka belajar lebih banyak. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu guru mengambil kira. Pertama, guru kena mengehadkan masa untuk bercakap. Kedua, memberi masa kepada murid untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mereka memberi ulasan. Kedua-dua cara ini dapat menenangkan fikiran dan tingkah laku mereka. Kanak-kanak ADHD sangat sensitif dan sikap guru mesti baik dalam mengajar mereka. Mereka amat berprasangka dengan segala gerak-geri orang lain. Jadi, seorang guru mesti sentiasa sabar dan menasihati kanak-kanak tersebut, tetapi bukan marah mereka dengan suara yang kuat. Guru juga boleh memberi ganjaran atau jawatan kepada kanak-kanak hiperaktif bagi meningkatkan rasa tanggungjawab mereka. Langkah yang boleh diambil ialah memilih mereka sebagai ketua kelas untuk mengawal disiplin kelas. Mereka akan lebih terharu dan mendengar arahan guru jika dia diberi hadiah seperti gula-gula apabila mereka berjaya mengawal diri. Pujukan juga diberi untuk menggalakkan mereka yang tidak berjaya berbuat demikian.

Di samping itu, guru perlu merancang pengajaran yang mampu menarik minat pelajar, terutama aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan semua pelajar. Menggunakan bahasa yang mudah difahami. Dia seharusnya merendahkan diri sendiri dengan menggunakan perkataan kanak-kanak. Guru juga dicadangkan supaya menggunakan kaedah dan pendekatan seperti melukis, menyanyi, bercerita. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak di samping mengurangkan kebosanan mereka. Akhir sekali, guru perlu membimbing dan membuat demonstrasi. Dalam hal ini, guru juga boleh sering melibatkan murid tersebut dengan menyuruh atau memanggil mereka untuk menjawab soalan. Sekiranya kanak-kanak hiperaktif sukar dikawal, mereka boleh ditukar tempat duduk ke hadapan supaya guru mudah memberi tumpuan padanya.

Anda mungkin juga menyukai