Anda di halaman 1dari 17

Amali 1

: Menentukan haba

tindak

balas

penukaran natrium

hidrogen karbonat kepada natrium karbonat menggunakan


Hukum Hess
Tujuan

: Untuk menentukan haba tindak balas bagi:


i.
ii.

Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2, H1


NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2,
H2

dan secara tidak langsung, dengan menggunakan Hukum


Hess, menentukan haba tindak balas untuk:
i.
Teori

2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O,

H3

Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam


tindak balas kimia. Perubahan haba dalam tindak balas
dikenali sebagai entalpi. Oleh itu, entalpi boleh ditakrifkan
sebagai perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan
terbentuk daripada unsur-unsurnya pada tekanan tetap.
Entalpi yang dihasilkan daripada tindak balas kimia juga
boleh dikenali sebagai haba tindak balas. Tindak balas ini
boleh melibatkan penyerapan dan pembebasan haba. Kuantiti
haba ini boleh ditentukan pada keadaan piawai iaitu dalam
keadaan:

Suhu bilik 25oC atau 298 K


1 tekanan atmosfera iaitu 101.3/101 kPa
1mol dm-3 kepekatan larutan
Dalma tindak balas termokimia, Hukum Hess juga

merupakan salah satu hukum yang selalu digunakan untuk


meramalkan jumlah perubahan entalpi bagi keseluruhan
proses. Hukum Hess menyatakan bahawa entalpi bagi sesuatu
tindak balas adalah sama tanpa mengira sama ada tindak
balas itu berlaku dalam satu langkah sahaja atau melalui
beberapa langkah. Ini menunjukkan bahawa perubahan haba
semasa perubahan kimia tidak bergantung kepada jalan
perubahan itu dan hanya bergantung pada keadaan awal dan
akhir.

Oleh itu, dengan hukum Hess, nilai H boleh ditentukan


dengan persamaan:
Hasil

Bahan .

= jumlah entalpi bagi hasil jumlah entalpi bagi


bahan

Hal ini menyebabkan perubahan entalpi suatu reaksi boleh


dikira sekalipun tidak dapat diukur secara langsung.
Sebagai contoh:

Bagi tindak balas A D, tindak balas ini mempunyai beberapa


jalan untuk mencapai, ia boleh melalui A B D atau A C
D. Entalpi bagi kedua-dua jalannya adalah sama mengikut
Hukum Hess, iaitu H4 + H3 = H1 + H2. Dengan ini,
walaupun kita tidak dapat mengukur entalpi bagi tindak balas A
D, tetapi masih dapat mengira melalui jalan yang dilalui.
Seperti yang dijelaskan di atas, proses tindak balas boleh
terjadi

oleh

beberapa jalan yang

berbeza, sama ada

melibatkan penyerapan dan pembebasan haba. Oleh itu, jika


entalpi bersih bersifat negatif (H < 0), reaksi ini merupakan
tindak balas eksotermik manakala jika entalpi bersih bersifat
positif (H > 0), reaksi ini merupakan tindak balas endotermik.

Hipotesis

: Haba tindak balas bagi tindak balas yang berkaitan, iaitu


2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O dapat ditentukan dengan
menggunakan Hukum Hess.

Bahan

: a) EC1: 2.0 moldm-3 larutan asid hidroklorik, HCl


b) EC2: pepejal natrium karbonat kontang, Na2CO3
c) EC3: pepejal natrium hidrogen karbonat, NaHCO 3
d) air suling

Radas

: a) Buret yang berisipadu 50cm3


b) Termometer yang mempunyai kepekaan dari 0C hingga
100C
c) Cawan plastic
d) Penimbang elektrik
e) Kaki retort
f ) Pengapit
g) Bikar

Prosedur

: 1) 30.00cm3 larutan EC1 dimasukkan ke dalam cawan plastik


dengan menggunakan buret.
2) Cawan plastik dibiarkan dengan kandungannya selama
beberapa minit. Selepas itu, suhu awal bagi larutan asid
hidroklorik diukurkan dengan termometer dan dicatatkan
dalam jadual di bawah.
3) Satu bikar yang mengandungi 2.00g hingga 2.40g pepejal
EC2 ditimbang tepat.
4) Semua pepejal EC2 dipindahkan dengan cepat ke dalam
cawan plastik yang berisi larutan asid hidroklorik. Pada
masa yang sama, semua pepejal EC2 daripada bikar
dipastikan dimasukkan ke dalam cawan plastik dan tidak
mempunyai sebarang larutan yang terpercik keluar.
5) Larutan tersebut dikacau berhati-hati dengan menggunakan
termometer. Suhu maksimum yang dicapai oleh larutan
diperhati dan dicatatkan ke dalam jadual.
6) Bikar kosong ditimbang semula lagi.

7) Campuran dibuang daripada cawan plastik. Cawan plastik


tersebut dicuci dan dibilas dengan menggunakan air suling
8) Prosedur

(1)

hingga

prosedur

(7)

diulangi

dengan

menggunakan EC3 yang mempunyai jisim sebanyak 2.75g


hingga 3.15g untuk menggantikan EC3.

Keputusan :
Set 1 EC2

Set 2 EC 3

Berat bikar, m/g

14.97

13.28

Berat bikar dan pepejal, m/g

17.20

16.20

Berat bikar kosong, m/g

14.98

13.28

17.20 14.98 = 2.22

16.20 13.28 = 2.92

Suhu awal asid, Ti /C

30.0

30.5

Suhu akhir campuran, Tf /C

31.0

24.0

31.0 30.0 = 1.0

24.0 30.5 = -6.5

-6 kJmol-1

+23.4 kJmol-1

Berat pepejal, m/g

Perubahan suhu, T/C


Haba tindak balas
(Ketumpatan larutan = 1gcm-3,

Muatan haba tentu larutan, c = 4.2Jg-1C-1,

isipadu asid hidroklorik, m = 30cm3)

Pengiraan

a) Set 1 : (Na2CO3 + HCl)


Berat bagi pepejal Na2CO3 yang digunakan, m = 17.20 14.98
= 2.22g
Perubahan suhu, T

= Tf Ti = 31.0 30.0
= 1.0 C

Jumlah perubahan, Q = mcT


= 30 x 4.2 x 1
= 126 J
Persamaan kimia:
Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2
Bilangan mol bagi HCl

MV
1000

2 x 30
1000

= 0.06 mol (bahan berlebihan)


Bilangan mol bagi Na2CO3 =
=

m
JMR
2.22
(23 x 2+12+16 x 3)

= 0.021 mol

0.021 mol Na2CO3 bertindak balas dengan 0.042 mol HCl

untuk membentuk 0.021 mol air, H2O.


Haba yang dibebaskan apabila 0.021 mol H2O dibentuk = 126 J
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol H2O dibentuk =

Q
Bil . mol

126
0.021

= 6000 J

Haba tindak balas, H = -6

b) Set 2 : (NaHCO3 + HCl)


Berat bagi pepejal NaHCO3 yang digunakan, m = 16.20 13.28
= 2.92 g
Perubahan suhu, T = Tf Ti = 24.0 30.5
= -6.5 C
Jumlah perubahan, Q = mcT
= 30 x 4.2 x 6.5
= 819 J
Persamaan kimia:
NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2,
Bilangan mol bagi HCl

MV
1000

2 x 30
1000

= 0.06 mol (bahan berlebihan)


Bilangan mol bagi NaHCO3 =
=

m
JMR
2.92
(23+1+12+16 x 3)

= 0.035 mol

0.035 mol Na2CO3 bertindak balas dengan 0.035mol HCl

untuk membentuk 0.035 mol air, H2O.


Haba yang dibebaskan apabila 0.035 mol H2O dibentuk = 819 J
Haba yang dibebaskan apabila 1 mol H2O dibentuk =

Q
Bil . mol
819
0.035

= 23400 J

Haba tindak balas, H = +23.4

c) Tindak balas untuk : 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O


Persamaan kimia:
2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O
Tindak balas merupakan tindak balas penukaran NaHCO 3 kepada
Na2CO3:

(1) Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2,

(2) NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2,

H = -6 kJmol-1
H = +23.4 kJmol-1

(1)x-1: 2NaCl + H2O + CO2, Na2CO3 + 2HCl

H = +6 kJmol-1 (3)

(2)x 2: 2NaHCO3 + 2HCl 2NaCl + 2H2O + 2CO2

H = +46.8 kJmol-

(4)

(3) + (4):
2NaCl + H2O + CO2, Na2CO3 + 2HCl

H = +6 kJmol-1

2NaHCO3 + 2HCl 2NaCl + 2H2O + 2CO2

H = +46.8 kJmol-1

2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O

H = +52.8 kJmol-1

Perbincangan

Haba tindak balas, H = +52.8

Selepas menjalani eksperimen ini, kami mendapati bahawa apabila


pepejal natrium karbonat ditambah ke dalam larutan asid hidroklorik, tindak
balas berlaku, iaitu larutan menjadi kabur dan bacaan bagi termometer telah
bertambah. Peningkatan suhu persekitaran ini telah menunjukkan bahawa
tenaga haba telah dibebaskan dan dipindahkan dari bahan ke persekitaran.
Oleh itu, kami boleh merumuskan bahawa proses tindak balas antara asid
hidroklorik dengan pepejal natrium karbonat kontang merupakan proses
tindak balas eksotermik.
Bagi set 2, iaitu percampuran asid hidroklorik dengan pepejal natrium
hidrogen karbonat, kami mendapati bahawa larutan asid masih menjadi kabur
tetapi bacaan bagi termometer telah menurun. Penurunan suhu termometer
ini telah dapat menunjukkan bahawa tenaga haba telah diserapkan dari

persekitaran ke bahan. Oleh itu, proses tindak balas ini merupakan tindak
balas endotermik.
Dengan mengetahui perubahan suhu, kami dapat mengira perubahan
haba semasa tindak balas. Beberapa andaian telah dibuat semasa mengira
iaitu ketumpatan bagi larutan adalah sama dengan ketumpatan air, 1gcm -3.
Selain itu, muatan haba tentu bagi larutan juga sama dengan muatan haba
tentu bagi air, iaitu c = 4.2Jg-1C-1. Jisim yang digunakan juga hanya jisim
larutan sahaja, jisim pepejal natrium karbonat kontang dan pepejal natrium
hidrogen karbonat adalah tidak diambil kira dalam pengiraan. Hal ini kerana
nilainya terlalu kecil dan tidak akan mempengaruhi tindak balas. Bilangan mol
bagi pepejal diambil kira kerana asid merupakan bahan berlebihan dalam
kedua-dua tindak balas.
Melalui pengiraan, kami juga mendapati bahawa haba tindak balas
bagi setiap tindak balas adalah berbeza. Antaranya termasuklah:
Set 1: Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2, H = -6 kJmol-1
Set 2: NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2,

H = +23.4 kJmol-1

Merujuk kepada nilai-nilai di atas, kami mendapati bahawa proses


tindak balas boleh melibatkan penyerapan atau pembebasan haba. Nilainya
adalah berbeza-beza mengikut bahan yang digunakan.
Dengan nilai-nilai haba ini, kami boleh mendapat nilai haba tindak
balas bagi proses ketiga, iaitu 2NaHCO 3 Na2CO3 + CO2 + H2O. Hal ini
kerana mengikut Hukum Hess, perubahan haba semasa perubahan kimia
adalah tidak bergantung kepada jalan perubahan itu dan hanya bergantung
pada keadaan awal dan akhir. Oleh itu, dengan megimbangkan kedua-dua
proses, iaitu proses Set 1 dan Set 2, haba tindak balas dapat ditentukan.
2NaCl + H2O + CO2, Na2CO3 + 2HCl

H = +6 kJmol-1

2NaHCO3 + 2HCl 2NaCl + 2H2O + 2CO2

H = +46.8 kJmol-1

2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O

H = +52.8 kJmol-1

Haba tindak balas bagi tindak balas 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O
adalah +52.8 kJmol-1.

Dengan ini, walaupun kami tidak menjalankan proses tindak balas ini
dan tidak mengukur nilai haba tindak balas, namun begitu, dengan
mengetahui haba antara keadaan awal dan akhir tindak balas, kami masih
dapat mengira dan meramal haba tindak balas dengan mudah dan cepat.
Tindak balas ini juga boleh ditentukan sebagai tindak balas endotermik
kerana pada akhirnya, jumlah nilai entalpi tindak balas adalah bersifat positif.
Oleh itu, ini menunjukkan bahawa tindak balas ini akan menyerapkan haba ke
dalam system dan merupakan sebagai salah satu tindak balas endotermik.
Sepatutnya, eksperimen ini perlulah dijalankan sebanyak beberapa kali
untuk meningkatkan kejituan keputusan. Namun begitu, semasa menjalankan
eksperimen ini, kumpulan kami telah menghadapi masalah kesuntukkan
bahan, iaitu kebanyakan bahan telah digunakan habis oleh kumpulan dan
menyebabkan kumpulan kami terpaksa menjalankan satu kali eksperimen ini
sahaja. Dengan ini, kemungkinan keputusan yang kumpulan kami dapat
adalah tidak sama dengan haba tindak balas yang dinyatakan secara teorikal.
Di samping itu, eksperimen kita juga tidak dijalankan di bawah keadaan
piawai, iaitu mempunyai tekanan yang tetap dan suhunya adalah kurang
daripada 25oC. Dengan ini akan menjejaskan keputusan kami dan
menyebabkan keputusan yang kami dapat mempunyai sedikit perbezaan
dengan nilai haba yang dicatatkan dalam buku.
Cara penambaikkan dan langkah berjaga-jaga
Bagi menambahbaikkan keputusan eksperimen, beberapa langkah
perlulah kami perhatikan bagi uji kaji pada masa depan.
1. Menggunakan radas yang diperbuat daripada bahan yang mempunyai
muatan haba tentu yang lebih rendah supaya dapat mengelakkan
penyerapan haba yang telah dibebaskan dalam proses tindak balas.
2. Kemolaran bagi bahan-bahan yang hendaklah digunakan juga perlu
disemak dahulu sebelum memulakan sebarang eksperimen. Hal ini adalah
untuk memastikan kemolaran bagi bahan adalah tepat seperti yang
dinyatakan atau telah dicampuri oleh benda-benda asing lain yang akan
menjejaskan eksperimen yang akan dijalankan.

3. Suhu awal bagi larutan perlulah diambil selepas termometer telah dibiarkan
dalam larutan tersebut selama beberapa minit bagi memastikan bacaan
suhu mencapai suhu sekata.
4. Pencampuran pepejal ke dalam air perlulah dilakukan dengan cepat dan
cermat supaya dapat mengelakkan haba dibebaskan ke persekitaran dan
mengelakkan larutan tidak terpincik.
5. Pepejal haruslah dipastikan melarut sepenuhnya dalam larutan.
6. Selepas memasukkan pepejal ke dalam larutan, penutup boleh digunakan
supaya dapat menutupkan cawan plastik bagi mengelakkan haba tindak
balas dibebaskan ke persekitaran yang akan menyebabkan nilai suhu
menjadi tidak tepat.
7. Campuran hendaklah dikacau dengan perlahan-lahan dan berterusan
supaya suhu larutan sekata dapat diambil. Bacaan termometer juga perlu
diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai oleh
campuran tindak balas dapat direkodkan dengan segera.
8. Semasa mengambil bacaan, kedudukan mata perlulah berserenjang
dengan bacaan bagi mengelakkan ralat paralaks.
9. Selepas radas digunakan, semua radas perlu dibilas dengan air suling dan
patut diletakkan sehingga kering bagi mengelakkan pencampuran air suling
dengan asid yang akan menjejaskan kemolaran bagi asid.
10. Selain itu, kipas juga perlulah dipastikan tutup dan tapak eksperimen perlu
dijalankan dalam bilik yang tertutup bagi mengelakkan sebarang
penganginan yang akan menjejaskan suhu termometer.
11. Mengulangkan eksperimen ini sebanyak beberapa kali supaya dapat
mencari purata bagi nilai haba tindak balas bagi meningkatkan kejituan
keputusan.

Soalan

1. Lukis paras tenaga bagi tindak balas yang berkaitan


i. Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2
Tenaga, E/J
Na2CO3 + 2HCl

H = -6

2NaCl + H2O + CO2

Masa, T/s

ii.

NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2

Tenaga, E/J
NaCl + H2O + CO2

H = +23.4
NaHCO3 + 2HCl

Masa, T/s

iii.

2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O + CO2


Tenaga, E/J

Na2CO3 + CO2 + H2O

H = +52.8

2NaHCO3

Masa, T/s

2. Apakah empat tanggapan yang dibuat dalam pengiraan anda?

Semasa membuat pengiraan, beberapa tanggapan perlu dibuat


dahulu. Antaranya termasuklah:
i) Semua haba yang dibebaskan atau yang digunakan telah diserap
oleh larutan. Oleh itu, tiada haba yang hilang ke persekitaran
semasa tindak balas berlaku. Dengan ini, barulah perubahan haba
dapat ditentukan dengan melihat perubahan suhu bagi larutan.
ii) Ketumpatan bagi larutan adalah sama dengan ketumpatan air iaitu
1gcm-3.
iii) Muatan haba tentu bagi larutan adalah sama dengan muatan haba
tentu bagi air, iaitu c = 4.2Jg-1C-1.
iv) Semua bahan yang digunakan bertindak balas sepenuhnya.

3. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki


ketepatan nilai-nilai bagi H1, H2, dan H3?
Bagi memperbaiki ketepatan nilai-nilai bagi H 1, H2, dan H3, satu
penutup disediakan untuk menutup cawan sebaik sahaja pepejal EC2
dan EC3 dituangkan ke dalam larutan EC1. Dengan ini akan dapat
mengelakkan haba tindak balas dibebaskan ke persekitaran dan
semua haba akan diperangkap serta menyebabkan perubahan haba
menjadi lebih tepat.
Selain itu, nilai-nilai boleh diperbaiki menjadi lebih tepat dengan
mengulangi eksperimen ini sebanyak beberapa kali. Hal ini kerana nilai
yang diambil dalam eksperimen yang dijalankan satu kali kemungkinan
besar mudah dipengaruhi oleh pelbagai ralat yang tidak boleh
diabaikan atau kecuaian semasa menjalankan eksperimen. Dengan
mengulangi eksperimen, kami akan dapat mengambil purata bagi nilainilai yang kami dapat. Dengan ini akan dapat meningkatkan kejituan
eksperimen. Namun begitu, akibat kesuntukan bahan, kumpulan kami
terpaksa membuat eksperimen ini satu kali sahaja dan menyebabkan
ketepatan keputusan kami tidak begitu tinggi.

4. Nilai perubahan entalpi bagi pembakaran benzena, karbon dan


hidrogen masing-masing adalah -3271 kJmol-1, -394 kJmol-1, dan
-286 kJmol-1. Hitung perubahan entalpi piawai bagi pembentukan
benzena.
Persamaan kimia:
15
(1)
C6H6 + 2 O2 6CO2 + 3H2O,
(2)
(3)

kJmol-1
C + O2 CO2,
1
H2 + 2 O2 H2O,

(1) x -1

kJmol-1
(2) x 6
:

-3271

H = -286 kJmol-1

H = ?
15
2

O2 H

+3271

6C + 6O2 6CO2,

-2364

3
2

-858

6CO2 + 3H2O C6H6 +

kJmol-1
(3) x 3

H = -394 kJmol-1

Pembentukan benzena
6C + 3H2 C6H6

3H2 +

O2 3H2O,

kJmol-1
(1) + (2) + (3):
6CO2 + 3H2O C6H6 +
6C + 6O2 6CO2,
3
3H2 + 2 O2 3H2O,

15
2

O2

H = +3271 kJmol-1
H = -2364 kJmol-1
H

-858

kJmol-1
6C + 3H2 C6H6

kJmol

-1

H = 49 kJmol-1

Perubahan entalpi piawai bagi pembentukan benzena, H = 49

Kesimpulan :
Haba tindak balas bagi proses Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 ialah
-6 kJmol-1 manakala bagi proses NaHCO3 + HCl NaCl + H2O + CO2 ialah
+23.4 kJmol-1.
Oleh itu, haba tindak balas bagi tindak balas yang berkaitan, iaitu perubahan
natrium hidrogen karbonat kepada natrium karbonat, 2NaHCO3 Na2CO3 +
CO2 + H2O dapat ditentukan dengan menggunakan Hukum Hess dan nilai
haba tindak balasnya adalah +52.8 kJmol-1.

Rujukan

Annes N. (2014, September 28). Penentuan Perubahan Entalpi (H) Reaksi


Dengan
Hukum
Hess.
Didapatkan
dari
Blogspot:
http://annesniwa.blogspot.my/2014/09/penentuan-perubahan-entalpi-hreaksi_28.html
Anonymous. (t.t). Tenaga Dalam Kimia.
http://rozinawati.tripod.com/kimia.html
Ilmu

Didapatkan

dari

Tripod:

Kimia. (t.t). Hukum Hess. Didapatkan dari


http://www.ilmukimia.org/2014/08/hukum-hess.html

Ilmu

Kimia:

Wikipedia. (2014, Februari 23). Termokimia. Didapatkan dari Wikipedia:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Termokimia
Wikipedia. (2015, Februari 5). Hukum Hess. Didapatkan dari Wikipedia:
https://id.wikipedia.org/wiki/Hukum_Hess

Lampiran

Rajah 2.1: Asid hidroklorik


dituangkan ke dalam buret.

Rajah 2.3: Bikar bersama pepejal


natrium karbonat kontang ditimbang.

Rajah 2.4: Bikar bersama pepejal


natrium hidrogen karbonat

ditimbang

Rajah 2.4: Pemerhatian bagi Set 1.

Rajah 2.5: Pemerhatian bagi Set 2.

Anda mungkin juga menyukai