Anda di halaman 1dari 5

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK , UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019

KERTAS KERJA PERMOHONAN CADANGAN MENGANJURKAN


PROGRAM INDOOR GAMES PIALA PUSINGAN TIMBALAN KETUA
PUSTAKAWAN TAHUN 2019

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan daripada Rektor Universiti


Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan
cadangan menganjurkan program Indoor Games Piala Pusingan Timbalan
Ketua Pustakawan yang julung kali di adakan di UiTMCNS.

2.0 LATAR BELAKANG

UiTM Cawangan Negeri Sembilan mempunyai tiga (3) perpustakaan yang


terletak di Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus Rembau.
Tiga (3) perpustakaan ini diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan
(TKP) yang mempunyai kekuatan staf seramai 26 orang. Cetusan idea atau
cadangan untuk mengadakan program ini adalah daripada perancangan
pengurusan PTAR UiTM CNS.

Impak dari program ini dilihat dapat mengukuhkan lagi budaya kerja
berpasukan dan sekaligus memahami konsep kerjasama. Melalui program ini
juga diharapkan dapat menwujudkan nilai-nilai budaya perdana sebagai
contoh kepercayaan dan kejujuran. Dua (2) eleman ini sangat penting untuk
membolehkan kerja atau tugasan yang diberi dapat dilakukan secara efisien
selain merupakan insiatif jabatan dalam memberikan penghargaan dan ruang
kepada staf untuk melupakan sejenak bebanan tugas di tempat kerja.

Program ini diberi nama Indoor Games Piala Pusingan Timbalan Ketua
Pustakawan sempena menghargai dan meraikan kejayaan-kejayaan yang
pernah diraih oleh tiga (3) staf perpustakaan yang aktif mewakili UiTM amnya
di dalam bidang sukan masing-masing sama ada di peringkat negeri mahupun
kebangsaan. Melalui kepakaran yang ada, secara tidak langsung dapat
memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada staf perpustakaan yang
lain. Piala Pusingan dijadikan imbuhan kepada pemenang keseluruhan games
dan perpustakaan merencanakan program ini diadakan pada setiap tahun.

1
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK , UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program ini adalah:-

i. Menjadikan program ini sebagai salah satu kaedah atau alternatif untuk
mengurangkan tekanan atau stress di tempat kerja.
ii. Menggalakkan staf perpustakaan melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang
dapat membentuk diri dan minda menjadi lebih positif.
iii. Mewujudkan suasana yang lebih erat dan kukuh sebagai asas untuk
staf perpustakaan ketika menjalankan tugas.
iv. Menyuntik semangat kerjasama dan kesefahaman di kalangan staf
perpustakaan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

4.0 TARIKH & MASA PROGRAM

Tarikh 8 & 9 Oktober 2019

Hari Selasa & Rabu

Masa 9.00 pagi sehingga 5.00 petang

5.0 TEMPAT PROGRAM

i. Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan


Kampus Rembau

ii. Ole-ole Bowling Seremban

6.0 SASARAN UTAMA PROGRAM

Staf perpustakaan Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus

Rembau.

7.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah urus setia 13 orang

Peserta 26 orang

2
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK , UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019

8.0 TENTATIF & PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh & Hari Masa Aktiviti Program Tempat


8 Oktober 2019 - 8.30 pg – 9.00 pg Pendaftaran peserta & PTAR
Selasa Minum pagi UiTMCNS
9.00 pg Permainan Catur Kampus
1 ptg Rehat Rembau
2.00 ptg – 4.30 Permainan Dart
ptg
5.00 ptg Bersurai
9 Oktober 2019 – 9.30 pg Pendaftaran peserta & Ole-ole Bowling
Rabu Kata alu-aluan TKP Seremban
10.00 pg – 1 ptg Tenpin Boling
1 ptg Penyampaian hadiah &
Bergambar
1.30 ptg Bersurai

8.1 Senarai & Pelaksanaan Aktiviti Permainan

No Permainan Penerangan Permainan


1. Catur • Setiap perpustakaan UiTM CNS perlu
menghantar dua (2) orang wakil.
• Bermain secara individu.
• Mempunyai tiga (3) pusingan.
• Hadiah diberikan kepada tiga (3) pemenang.
2. Dart • Setiap perpustakaan UiTM CNS perlu
menghantar satu (1) pasukan.
• Bermain secara berpasukan.
• Mempunyai tiga (3) pusingan.
• Hadiah diberikan kepada tempat pertama,
kedua dan ketiga.
3. Tenpin boling • Setiap perpustakaan UiTM CNS perlu
menghantar satu (1) pasukan.
• Bermain secara berpasukan.
• Bermain dua (2) games.
• Hadiah diberikan kepada tempat pertama,
kedua dan ketiga.

3
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK , UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019

• Hadiah jatuhan pin terbanyak (L&P)


JUARA KESELURUHAN
PIALA PUSINGAN TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN
Hanya ada satu (1) perpustakaan UiTM CNS sahaja (Kampus Kuala Pilah,
Seremban atau Rembau) yang akan berjaya mendapatkan piala berdasarkan
jumlah keseluruhan mata bagi setiap permainan.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG
Y. Bhg Prof. Dr. Yamin bin Yasin
Rektor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Negeri Sembilan

PENASIHAT
Puan Wan Norizan binti Wan Mansor
Timbalan Ketua Pustakawan
PENGERUSI
Encik Mohd Hafiz bin Kasirun
Pustakawan Kanan

PENGARAH PROJEK
Puan Nur Rabita Rouzan
Pustakawan Kanan

SETIAUSAHA
Siti Hajar binti Zambri
Pustakawan

BENDAHARI
Cik Nor Azrina binti Kasim
Pustakawan

BIRO JEMPUTAN, PENDAFTARAN & HADIAH


Puan Hajah Lily Aznira Binti Omar
Puan Rosida Binti Mat Derus
Puan Izyani Binti Md Yusop

4
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK , UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019

BIRO PERSIAPAN TEMPAT, TEKNIKAL & PUBLISITI


Encik Mohd Paizal Bin Usman
Encik Iskandar Bin Zailan

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS


Cik Malisyah Binti Jamal Abdul Nasir
Puan Norlilawati Binti Mohd Shah
Encik Norakhmalshah Nordin

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

KOS / UNIT
BIL PERKARA UNIT JUMLAH (RM)
(RM)
1. HADIAH
Piala 100.00 1 100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 100.00

11.0 TINDAKAN

Menerusi program yang akan dijalankan selama dua (2) hari ini, pihak
perpustakaan mengharapkan permohonan kertas kerja ini mendapat kelulusan
dan pertimbangan dari pihak tuan. Segala keprihatinan dan kerjasama yang
diberikan dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

________________________
Tarikh:

Disemak oleh:

________________________
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai